Archive | April, 2008

Update terkini ebook percuma

Update terkini ebook percuma

Posted on 29 April 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Just untuk makluman sahaja, seperti semalam saya ada umumkan saya akan launch ebook free saya dan juga interview bersama otai IM, terkini saya baru siapkan ebook versi interaktif untuk pakej percuma ini.

Bermakna, saya akan beri 2 versi untuk ebook ini nanti. Satu berbentuk multimedia dan satu lagi manual(biasa). Tak sabar saya nak launch ebook tersebut. Lupa lak nak beritahu, ebook interaktif ini dalam proses prototype lagi. Apa kelebihan ebook interaktif ini:

  • Tidak perlu bersusah payah untuk buka fail yang banyak, hanya didalam satu skrin, anda boleh berinteraksi (user friendly).
  • Audio dan video juga boleh dimasukkan (untuk pakej saya, hanya audio sahaja dimasukkan)

Features-features yang lain akan difikirkan nanti. So,  tunggu untuk pengumuman rasmi saya di blog dan di forum WC nanti. Esok saya akan balik ke kampung, bercuti sehingga hari ahad. Nak cari semangat baru. Ok, di bawah ini saya tunjukkan screenshort ebook interaktif tersebut :-)

wassalam

Sphere: Related Content

Comments (3)

Ebook percuma akan dilancarkan dan…

Ebook percuma akan dilancarkan dan…

Posted on 28 April 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Sudah lama saya tidak menulis di blog saya ni. Saya agak sibuk sedikit, selain kerja pejabat dan juga penyempurnaan ebook percuma yang saya akan lancarkan tidak lama lagi. Segalanya sudah sedia untuk dilancarkan, cuma tengah menunggu masa yang sesuai saja.

Saya juga akan membuka peluang kepada usahawan-usahawan internet untuk mempromosikan produk mereka didalam ebook saya ini. Ia hanya sekali sahaja untuk seumur hidup. Tawaran juga adalah terhad. Saya akan maklumkan setelah saya bersedia nanti. Kebiasaanya bagi produk percuma ini, ia laku bagai pisang panas!! So, itu merupakan satu kelebihan kepada siapa yang meletakkan iklan didalam ebook percuma saya nanti

Dan juga eksklusif, anda akan dapat mendengar temuramah bersama otai usahawan internet Malaysia. Ya, anda tentu nak tahu, siapa beliau yang saya maksudkan? Tunggu sahaja pengumuman daripada saya. Saya sediakan dalam 2 format iaitu AUDIO dan EBOOK(dua hari saya menyalin kembali audio tersebut ke dalam format ebook..hohohoo)

Satu lagi, anda juga akan dapat diskaun sebanyak 30% untuk projek ebook yang akan dilancarkan kemudian. Kandungan sudah siap.

So, tunggukan pengumuman saya samada di blog ini ataupun di forum WangCyber.

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (3)

Tags:

Fokuslah pada sesuatu…

Posted on 21 April 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ape khabar anda semua? Harap sihat sentiasa. Saya alhamdulilah sihat. Cuma agak penat badan ni. Baru balik dari kerja.

Sepertimana tajuk topik di atas, saya ingin meluahkan rasa kecewa saya kepada majikan saya. Dan ia juga iktibar dan panduan untuk anda supaya FOKUS pada sesuatu bidang yang anda ceburi. Kalau anda buat perniagaan digital, fokus, jadi affiliate, fokus dan sebagainya.

Bagi saya kuasa fokus ini sangat penting dan teramat mustahak. Sekiranya tidak fokus, perniagaan anda akan lingkup selingkup-lingkupnya. Ya, agak ganas ayat saya ni. Tapi saya dah rasakan kesannya. Ini dari pengalaman saya bekerja di 2 buah syarikat.

Syarikat pertama saya dulu, saya bekerja selama 2 tahun. Selama saya bekerja disana, saya tengok majikan saya tidak fokus pada sesuatu projek. Kami pernah masuk tender sebanyak 5 tender kerajaan, dengan kakitangan yang sedikit, namun disebabkan nak dapat duit, nak dapat projek, mereka sanggup merebut 5 tender dalam satu masa. Anda bayangkan bagaimana kami bekerja. Sebulan kami tido di ofis.

Namun hasilnya, tiada apa-apa. Tenaga hilang, masa rugi, syarikat pon alami kerugian.  Sebab ape? Sebab tidak fokus pada sesuatu projek. Contoh, sebenarnya, 5  tender tersebut adalah konsep yang sama, cuma berlainan tajuk, berlainan task. Kenapa majikan tidak hanya fokus pada satu tender, dan kita tumpukan sepenuh perhatian, develope betul2. Kualiti pon ada. Ini tidak, 5 tender masuk, tapi kualiti HANCUR. Bagaimana nak dapat projek kalau kualiti hancur. Maka selepas itu, majikan saya sedikit demi sedikit merudum. Terpaksa buang pekerja. Nah, terbukti FOKUS itu penting. Kompeni yang bermodal berjuta-juta pon boleh bungkus, inikan anda yang membina perniagaan internet.

Satu lagi yang saya rasa amat kecewa ialah, karenah birokrasi dalam pentadbiran kerajaan. Sebab ape saya bercakap macam ni, sebab majikan saya sudah mengalaminya. Memang majikan saya bergantung kepada tender kerajaan, namun disebabkan karenah begini, menyebabkan syarikat susah. Pembayaran pula memakan masa kadang2 sehingga 1-2 tahun. Macam2 benda, macam2 perangai yang saya perhatikan. Saya rasa saya tidak akan ulas panjang-panjang hal ini. Siapa yang pernah dapat tender kerajaan, anda akan paham apa maksud saya ini.

Berbalik pada topik, saya perhatikan sekarang, ramai newbie yang ‘main taram’ saja nak buat ebiz. Tak kisah, janji untung. Buat itu, buat ini. Lantaklah aku tahu ke tak tahu model ebiz tersebut. Ini bahaya sebenarnya. Anda akan jadi macam majikan saya dahulu. Anda akan terduduk, kecewa nanti. Ingat, biarlah besederhana. Tumpu pada satu-satu model ebiz. Kuasai satu persatu, bila sudah mantap, sudah berjaya dengan ebiz tersebut, barulah beralih ke model yang lain. Tapi sebolehnya, janganlah lari terlalu jauh. Saya masih teringat pesanan Gobala dalam interview beliau bersama team FlareBiz, ‘lebih baik memiliki 1 market yang berjaya daripada memiliki 2 market yang gagal’.

Oleh itu, kepada anda semua yang ingin memulakan perniagaan internet ataupun sudah pun bermula, FOKUS lah pada satu model dahulu. Jangan tamak, bak kata pepatah, ‘orang tamak selalu rugi’. Ya, anda akan rugi kalau anda tidak fokus. Believe it or not? Believe it!!

wassalam,

Mazlie Nadzri,

Sphere: Related Content

Comments (2)

Kata-kata motivasi untuk anda!!

Posted on 19 April 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Adusss..rasa tak larat mata ni nak buka, tapi saya tetapkan juga untuk menaip. Inilah buat 2 jenis kerja dalam satu masa, mana nak kejar kerja ofis, mana nak kejar ebiz. Kadang2 saya merasakan tidak berdaya sebenarnya. Tapi disebabkan saya dah plan untuk tahun ini, atleast ada pembaharuan terutamanya dalam bidang ebiz ini, saya gagahkan juga. Nah!! depan dinding saya ini, tertampal target saya untuk tahun ini. Ya, itulah semangat saya. Dalam keadaan kita yang kadang2 down, perkara macam ini perlu dilakukan. Anda juga, sekiranya terasa give-up, moral down dalam ebiz, semak kembali ape target anda. Saya yakin, anda kembali bersemangat!!

Sebenarya, saya tulis artikel ini, untuk nak berkongsi sama2 dengan anda di antara kata2 motivasi untuk kita hayati dari usahawan yang berjaya. Di bawah ini saya senaraikan di antaranya untuk anda hayati. Selamat membaca.

‘Our lives are not determined by what happens to us but how we react to what happens, not by what life brings o us, but by the attitude we bring to life. A positive attitude causes a chain reaction of positive thought, events, and outcomes. It is a catalyst, a spark that creates extraordinary results’

GIANNE AGNELLI – King of Italian Industry

‘Avoid the phrase, “I don’t have time”. It will soon help you to realize that you do have the time needed for just about anything you choose to accomplish in life’

Henri Nestle

‘Motivation is everything. You can do the work of two people, but you cannot be two people. Instead, you have to inspire the next guy down the line and get him to inspire his people’

John D Rockefeller – History’s first billionaire

‘ When you don’t have goal, you are not heading anywhere’

Mary Kay Ash – CEO Mary Kay Cosmetic

‘When you make a mistake, don’t look back at it long. Take the reason of the thing into your mind and then look forward. Mistakes are lesson of wisdo. The past cannot be changed. The future is yet in your power’

Michael Dell – CEO Dell Computer

‘Fall seven times, stand up eight. The bamboo that bends is stronger than the oak that resists’

Richard M Schulze – CEO Best Buy

‘He who ask a question is a fool for five minutes, he who does not ask a question remains a fool forever. Teacher open the door, but you must enter by yourself’

Roy Allen – A&W

‘Good, better, best, never let it rest till your good is better and your better is best. Success will not lower its standard to us. We must raise our standard to success’

Soichiro Honda – CEO Honda

‘Learn to value anything and everything that come across because the least expected thing could be your future maker’

Wiiliam Wrigley Jr – Wrigley Chewing Gum

‘Albert Einstein once said that the secret to creativity is knowing how to hide your sources. Talking of creativity, the problem is never how to get new, innovative thoughts into your mind, but how to get old ones out. Every mind is a building filled with archaic furniture. Clean out a corner of your mind and creativity will instantly fill it’

Larry Ellison – CEO Oracle Corporation

wassalam,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (1)

Tags:

Notepad++ menyenangkan anda!!

Posted on 15 April 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya tidak menyentuh mengenai perniagaan untuk hari ini. Saya hanya ingin berkongsi secara ringkas mengenai perisian Notepad++. Anda yang pernah menggunakan perisian ini atau tidak pernah? Atau anda hanya menggunakan Notepad biasa sahaja. Saya sarankan anda gunakan Notepad++ versi terkini.

Antara kelebihan Notepad++ ini, anda boleh pilih Bahasa Program yang anda gunakan. Contohnya, anda nak edit fail .html, anda boleh buka menggunakan Notepad++ ini, pergi ke Pilihan di atas, pilih Languange dan pilih HTML.

Terdapat banyak languange yang disediakan. Anda boleh edit samada PHP, FLASH(my favorite), ASP dan banyak lagila. Sangat menyenangkan. Dibandingkan kita guna Notepad yang lama, anda agak pening kerana Notepad tersebut menggunakan Plain Text. Berbanding dengan Notepad++ ini, syntax akan di higlight dan ini memudahkan anda membuat perubahan ke atas fail anda. Contoh di bawah:

                                                       Notepad

                                                Notepad++

Oleh itu, marilah beramai-ramai menggunakan Notepad++ ini. Ia akan menyenangkan anda mengubah atau menghasilkan fail yang anda gunakan. Boleh download disini

wassalam,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (2)

Projek saya yang dah siap tapi tergendala…

Posted on 13 April 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera, Tak sedar dah pukul 1 pagi sedang asyik menulis ebook terbaru saya. Ikutkan saya sudah mempunyai satu projek tetapi terpaksa di tangguhkan kerana menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Ecover, banner, blog, salesletter dan testimonial semua sudah disiapkan. Di bawah ini banner produk saya:

banner125.gif

Saya tidak tahu bila saya akan lancarkan kembali produk saya ini. Ramai yang PM saya di wang cyber bertanyakan produk saya di atas kerana saya pernah jual untuk beberapa hari. Namun kini terpaksa menangguh produk tersebut. Yang pasti, saya telah merangka plan B saya, iaitu menggantikan dengan produk yang sedang disiapkan ini. Produk apa? Hehehehehe. Anda tunggu saja pengumuman daripada saya.

Ok, saya nak sambung menulis ebook saya. Jumpa lagi!!

salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p.s: Ini ID YM saya, lie_alaqsa@yahoo.com. Kalau saya tak balas pada sesiapa yang menegur tu, paham2la ye samada saya ada sibuk atau tiada depan pc.

p.s.s :  Sesiapa yang berminat dengan produk saya di atas, boleh emailkan kepada saya, actually, produknya dah siap, cuma ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan untuk di launch.

Sphere: Related Content

Comments (1)

Pesanan Michael Dell

Posted on 12 April 2008 by mazlienadzri

“First of all, don’t start a business just because everybody else is doing it or it looks like it’s a way to make a lot of money. Start a business because you found something you really love doing and have a passion for. Start a business because you found something unique that you can do better than anyone else. And start a business because you really want to make a big contribution to society over a long period of time”

Assalammualaikum dan salam sejehtera,

Tengah sibuk menulis ebook yang akan datang ni, tiba-tiba rasa ingin berkongsi pesanan yang disampaikan oleh Michael Dell seperti di atas. yang boleh di ‘apply’ didalam membina perniagaan anda. Michael Dell adalah CEO Dell Computers dan salah seorang usahawan terbilang pada generasi kini dan beliau adalah salah seorang billionaires termuda yang pernah dilahirkan. Sehingga kini keuntungan Dell adalah sebanyak US30 billion!!

Beliau bermula hanya bermodalkan US1000 sahaja didalam bilik beliau di Universiti of Texas. Apa yang menarik mengenai Dell, keluarga beliau menginginkan Dell memasuki bidang perubatan. Tapi Dell memilih jalan yang berlawanan. Dell ada berpesan ketika memberi motivasi kepada orang ramai dan bakal2 usahawan. Antara kata Dell ialah ” Penting untuk kita ikut apa yang kita fikirkan ataupun keinginan kita. Ramai orang di luar sana mempunyai semangat untuk berjaya dalam perniagaan, namun mereka tidak faham apa tujuan mereka menjadi usahawan”

Ada manusia yang ingin memulakan perniagaan kerana duit. Mereka buat hanyalah kerana duit. Saya tidak nafikan ia adalah satu faktor kita berniaga, namun itu hanyalah satu motivasi yang sementara sahaja. Maksud saya, katakan anda mengalami kerugian, duit anda lesap begitu sahaja, adakah anda bermotivasi lagi? Bagi yang telah setkan mindanya berniaga kerana duit, saya pasti akan hilang motivasi. Berbeza dengan orang yang berniaga kerana minatnya, cintanya kepada berniaga, ia tidak akan mudah mengalah, malah ia akan terus bangun kembali. Seperti kata Ray Kroc (founder KFC) “if you work just for money,you’ll never make it!!”

Satu lagi kebiasaannya ramai yang memulakan perniagaan kerana mengikut orang. Mereka perhatikan sekiranya si A menjual produk Z, maka mereka juga akan menjual produk Z juga. Mereka tiada produk yang unik untuk di niagakan. Mereka tidak mengasah minda mereka untuk berfikir, mengkaji dan menganalisa persekitaran mereka yang boleh dijadikan produk untuk dijual di internet.

Saya bila membeli suratkhabar, saya akan perhatikan bahagian iklan disamping bahagian2 lain untuk mencari idea. Kita harus menganalisa masalah terlebih dahulu, barulah kita mengeluarkan produk sebagai jalan menyelesaikan masalah tersebut. Inilah cara yang digunakan oleh otai-otai perniagaan tidak kiralah samada online ataupun offline dan terbukti ialah adalah antara formula untuk berjaya. Saya ada nyatakan didalam post yang lepas supaya jangan takut untuk mencuba idea anda.Yakin dengan diri sendiri.

Hayati kata-kata Dato’ Tony Fernandez ini:

“Allow yourself to dream because it gives you idea. If you have the determination to carry out your idea, the success is yours” 

salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (0)

“Kerepek..kerepek…”

Posted on 11 April 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Hahahaha…saya nak jual kerepek ke? Bukanlah. Ayat tersebut selalu saya dengar bila saya balik dari kerja di stesen LRT Masjid Jamek. Seorang warga OKU yang berkerusi roda berniaga jual kerepek.

Saya selalu perhatikan hamba Allah ini. Saya suka sebab dengan gaya dia yang bersahaja. Dan satu lagi yang saya perhatikan ialah, jualannya mesti habis. Tak kira bangsa akan beli kerepek hamba Allah ini. Dan mukanya sentiasa senyum dan paling yang saya terharu ialah, saya pernah terserempak dengan dia sedang solat di tepi tangga menuju ke pintu LRT. Inilah peniaga yang disukai Allah. Tidak lalai dalam berniaga, mungkin disebabkan itu, jualannya mesti habis tiap hari.

Selepas saya beredar daripada kawasan tu, saya akan tertanya pada diri saya, adakah saya bersungguh seperti warga OKU itu dalam mencari rezeki? Kadang-kadang soalan ni saya tak dapat jawab dengan tepat.

Jelas disini, tidak kira anda bekerja sebagai IM full time ataupun bekerja makan gaji, seharusnya kita tanamkan niat untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki. Bagi IM yang junior pula, jangan putus asa sekiranya anda tidak mendapat pelanggan pada tahun pertama menjual produk. Bagi saya, ia adalah perkara biasa kerana dalam tempoh berkenaan, ia adalah proses belajar.

Contoh kita boleh lihat seperti Irfan Khairi sendiri, yang beliau ada ceritakan pada tahun pertama perniagaannya hanya mampu mendapatkan 3 orang pembeli sahaja!! Adakah Irfan Khairi berputus asa? Jawapannya semestinya tidak. Sekiranya beliau berputus asa, tidak akan kita dengar nama beliau sekarang.

Dan kepada otai-otai IM pula seharusnya anda semua melipatgandakan usaha untuk berjaya di arena ebiz ini. Anda adalah mentor saya. Dan saya yakin mereka ini, sudah setkan matlamat untuk berusaha dan terus berusaha. Mereka telah menghadapi banyak cabaran dan dari cabaran dan kegagalan inilah, yang menjadikan mereka ‘taiko’ dalam ebiz Malaysia ini.

Kesimpulan

Jangan takut gagal. Gagal sekali tapi insyaAllah, berjayanya berkali ganda. Tidak sah kalau kita tidak gagal dalam perniagaan. Ini hanyalah ujian Dia keatas kita. Oleh itu, tekadkan hati, kuatkan semangat, teruskan usaha, cari ilmu dan akhirnya bertawakal. Kejayaan sudah berada didepan mata anda cuma belum nampak lagi.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: Saya tengah siapkan projek ebook saya, anda nantikan ya!

Sphere: Related Content

Comments (2)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest