Archive | June, 2008

Perkhidmatan atau Barang Yang Anda Tidak Jumpa, Jadikan Peluang Perniagaan

Perkhidmatan atau Barang Yang Anda Tidak Jumpa, Jadikan Peluang Perniagaan

Posted on 27 June 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum,

Ape khabar? Harap anda sentiasa sihat. Soalan yang kerap kali ditimbulkan oleh bakal usahawan samada online ataupun offline adalah tiada idea nak mulakan perniagaan.

Masalah ini kadang kala boleh membawa masalah yang BESAR sebenarnya. Ianya boleh mematikan naluri ingin berniaga disebabkan kecewa tiada apa-apa yang ingin di bisneskan. Mereka berputus asa.

Bagi saya ianya merupakan masalah yang besar. Oleh itu saya ingin memberikan tips yang ringkas untuk kali ini. Ianya boleh diamalkan samada perniagaan online ataupun offline. Tips ini tidak ramai yang tahu dan sekiranya tahu, adalah amat sedikit.

Perkhidmatan atau Barang Yang Anda Tidak Jumpa, Jadikan Peluang Perniagaan

Pernah anda menghadapi situasi seperti di atas? Anda mencari sesuatu barang di kawasan anda tetapi tiada? Nah, ianya satu idea yang hebat.

Mengapa anda tidak bertindak menyelesaikan masalah tersebut dengan membuka perniagaan menjual barangan yang anda cari itu. Ingat, perniagaan yang terbaik terbina berdasarkan masalah dan kita bertindak menyelesaikannya.

Di kawasan saya sekarang, saya lihat tiada lagi kedai 7 Eleven. Tiada lagi kedai motor. Sedangkan kedai-kedai yang saya nyatakan ini mempunyai permintaan yang tinggi. Saya yakin.

Banyak lagi sebenarnya idea-idea bisnes yang boleh anda perolehi. Perhatikan sekeliling anda. Apakah masalah orang ramai. Terjemahkan kepada peluang perniagaan. Begitu juga dengan perniagaan online. Fikirkan sesuatu yang dapat memberikan manfaat kepada orang ramai. Cari..cari dan cari..pasti anda akan menjumpainya

wassalam

MazlieNadzri

  

Sphere: Related Content

Comments (0)

Projek Mazlie yang akan datang….

Projek Mazlie yang akan datang….

Posted on 25 June 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua ya? Diharapkan sentiasa sihat sentiasa. Baiklah, seperti tajuk di atas, saya ingin bercerita sedikit mengenai beberapa projek saya untuk tahun ini, insyaAllah.

Buku ‘IDEA’ saya yang saya bawa ke mana-mana saya pergi

Ikutkan saya mempunyai 5 buah projek untuk dihasilkan sepanjang tahun ini. Ianya terdiri daripada 4 panduan dan 1 servis. Yang pasti kesemuanya bukan panduan ‘Buat Duit’, tapi satu di antara 4 panduan tersebut adalah bagaimana anda boleh mendapatkan pendapatan sampingan melalui servis ini.

Saya sebenarnya teruja panduan yang satu ini. Sepanjang 2-3 hari ini saya banyak mencatit apa planning untuk menyiapkan panduan ini. Panduan ini berdasarkan pengalaman saya. Mula-mula saya mendapatkan duit dari internet adalah melalui projek _____ ini. Sampai sekarang juga saya masih mendapatkan income, tapi sudah berkurangan kerana saya tidak fokus kepada projek tersebut, tapi kelmarin ada juga duit yang masuk :) Apa dia ya? Anda tunggu sahaja. Saya rasa ianya projek terbesar saya untuk tahun ini, insyaAllah.

Namun, saya perlu melancarkan 2 panduan terawal yang sudah saya siapkan terlebih dahulu. InsyaAllah, saya akan umumkan nanti, tunggu market ‘reda’ kembali kerana sekarang saya perhatikan market sangat-sangat padat :) Yang pasti 2 panduan ini lebih kepada tutorial sepertimana ebook Panduan Asas HTML saya.

Anda Tiada Idea?

Sering saya terima soalan mengatakan mereka tiada idea untuk berniaga di internet. Yup, saya juga tidak terkecuali sebenarnya, namun ianya berbalik kepada KEKUATAN diri kita sendiri. Apa yang anda mahir? Apa ilmu yang anda kuasai? Terjemahkan ia. Sekiranya anda menguasai ilmu IT, anda perlu fikirkan apa yang boleh anda berikan manfaat kepada orang ramai. Tidak semestinya ebook sahaja.

Saya beri satu contoh, sahabat saya, SmartZul dari SmartUsaha, dia merupakan pelajar IT dan kini dia akan mengeluarkan sistem EZSURVEY yang saya rasakan sangat kreatif. Ianya dihasilkan daripada ilmu yang dia kuasai.

Anda kena rajin mendalami ilmu. Banyakkan membaca. Saya teringat pesanan Irfan Khairi, cuba anda perhatikan di dalam surat khabar, pelbagai masalah yang anda akan lihat, mungkin disana anda akan ada idea untuk menyelesaikan masalah mereka? Siapa tahu?

Selamat berjaya!!

wassalam,

MazlieNadzri

Sphere: Related Content

Comments (5)

1% hanya daripada saya

Posted on 18 June 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Harap sentiasa sihat. Hari ini saya hanya ingin berkongsi berita sahaja.

Sedang saya membaca artikel pagi ini, tiba-tiba saya mendapat mesej melalui YM saya. Berikut petikan mesej tersebut :

 11:23:35 AM    zusyaharadzi: Salam, Lie bz ke?
 11:23:44 AM    zusyaharadzi: Kak zu nak sembang sikit
 11:24:00 AM    lie_alaqsa: ape dia?
 11:24:26 AM    zusyaharadzi: Emmm, kak zu nak belanja Lie makan piza
 11:24:45 AM    zusyaharadzi: kak zu dapat A untuk subjek research programming hari tu

Itulah berita gembira daripada kak zu dan berita gembira bagi diri saya. Kenapa? Hasil ilmu yang saya beri sedikit, membolehkan kak zu berjaya mendapat keputusan seperti di atas.

Untuk makluman anda, kak zu mengambil saya sebagai subjek kajian di universiti. Saya telah ditemuramah oleh kak zu beberapa bulan yang lalu. Saya hanya memberi jawapan berdasarkan apa yang saya tahu dan sedikit pandangan mengenai dunia programming.

Mengapa kak zu ambil saya sebagai subjek kajian? Saya sebenarnya bukan daripada latarbelakang pelajar IT. Tiada asas programming dan seangkatan dengannya. Namun saya minat, saya belajar sendiri, dan alhamdulilah, saya dapat menguasai sikit demi sedikit.

Dari situ, kak zu berminat mengambil saya sebagai subjek kajian beliau, dan saya bersetuju. Oh ya, yang saya kuasai adalah ilmu Flash Actionscript dan sedikit berkaitan web seperti HTML dan lain.

Apa yang penting disini bagi saya,  ianya takkan berjaya tanpa usaha dari empunya diri sendiri. Saya hanya membantu dan kak zu yang berusaha. Dan usaha beliau, sudah menampakkan hasilnya. Tahniah kak zu.

Yang lebih menarik, kami tidak pernah berjumpa pun. Hanya berkomunikasi melalui dunia maya ni. InsyaAllah, satu hari boleh jumpa ye kak zu. Lama tak makan pizza ni :)

Dengan perkembangan ini, saya semakin bersemangat untuk berkongsi ilmu yang saya ada dengan anda. InsyaAllah. Ini hanyalah satu permulaan bagi saya :)

wassalam,

MazlieNadzri

p/s: Kak zu, bolehlah bagi komen disini ya :)

Sphere: Related Content

Comments (3)

Kau Boleh!!

Posted on 13 June 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum,

Untuk hari ini, saya hanya ingin berkongsi satu lagu yang memang saya suka daripada dulu lagi. Lagu yang banyak memberi semangat kepada saya dan semua orang. Lagu ni saya dengar ketika kejohanan Badminton beberapa tahun lepas.

[video1]t6_QJ6cg4G0[/video1]

Selamat menonton, semoga anda bersemangat dan YAKIN BOLEH dalam ape juga yang anda lakukan :)

wassalam

MazlieNadzri

Sphere: Related Content

Comments (1)

Bagaimana Mendapatkan Wang Dalam Waktu Kecemasan?

Bagaimana Mendapatkan Wang Dalam Waktu Kecemasan?

Posted on 12 June 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pernahkah anda mengalami kesuntukan wang? Bagaimanakah cara untuk mendapatkan wang dengan segera?

Disini saya akan berikan sedikit tips yang digunakan oleh IM yang berjaya membuat jualan beribu-ribu hanya dengan teknik simple ini.

Teknik ini di panggil QUICK CASH. Ada 2 cara untuk mendapatkan quick cash ini :

  1. Jual ebook secara bundle dengan harga yang MURAH. Ya, disini anda hanya perlu bermain dengan bilangan belian sahaja.  Sebagai contoh, anda inginkan duit sebanyak RM300. Disini anda hendaklah menjual ebook anda hanya dengan harga RM15 untuk 20 orang pembeli sahaja.RM15 x 20 orang = RM300.00
  2. Berikan potongan harga untuk produk anda. Katakan anda mempunyai produk berharga RM50, anda jualkan dengan harga RM25 hanya untuk beberapa orang sahaja. Katakan anda jual kepada 20 orang, anda sudah mampu mendapat RM500.00

Baiklah, kini anda sudah tahu teknik QUICK CASH ini, teknik sahaja tidak cukup kalau tanpa promosi kan?

Ada 2 cara promosi untuk teknik QUICK CASH ini

  1. Buat special offer di mana-mana forum yang anda sertai. Sekiranya anda perasan, akan ada tawaran kepada ahli forum dengan harga yang murah dan terhad. Kebanyakannya laku. Tambahan lagi produk mereka unik dan murah
  2. Jual kepada LIST anda. Sekali lagi kepentingan list. Bayangkan semasa anda ‘kecemasan’, anda tekan sekali sahaja untuk maklumkan produk anda, akan ada list yang membelinya. Ingat, list adalah ‘lubuk’ duit anda.

Sebenarnya tidak kisah apa pun yang anda jual, yang memainkan peranan yang penting ialah TAWARAN anda. Manusia secara normalnya akan tertarik dengan tawaran yang mereka rasakan unik dan murah.

Percayakah anda, seorang IM ada menceritakan kepada saya, beliau ingin membeli laptop, dan beliau hanya menggunakan teknik ini, dari tawaran yang beliau berikan kepada orang ramai, beliau mampu untuk mendapatkan wang beribu ringgit dalam masa beberapa jam sahaja. Teknik ini juga digunakan oleh semua IM di dunia.

Kepada anda yang mempunyai produk, cubalah teknik ini. Ianya berkesan sekiranya anda  dalam keadaan ‘kecemasan’. Ingat, tawarkan sesuatu yang UNIK dan MURAH dan bermain dengan bilangan yang hendak dijual.

Terima kasih,

MazlieNadzri

Sphere: Related Content

Comments (0)

ebook Panduan Asas HTML : Bukan mengajar anda membuat laman web

ebook Panduan Asas HTML : Bukan mengajar anda membuat laman web

Posted on 12 June 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar? Harap sihat sentiasa. Alhamdulilah, sambutan terhadap ebook Panduan Asas HTML saya amat menggalakkan. Saya akan update nanti testimonial daripada pembeli ebook saya nanti.

Baiklah, saya ada menerima email dari seorang pembeli ebook saya, beliau bertanya, bagaimana pula kalau saya nak bina laman web? Saya berterima kasih dengan pertanyaan pembeli saya ini.

Ok, terlebih dahulu saya ingin menjelaskan disini bahawa ebook Panduan Asas HTML ini bukanlah ebook yang mengajar anda membina laman web. Tidak sama sekali. Tujuan saya menghasilkan ebook ini bertujuan untuk mendedahkan satu perkara asas yang perlu anda tahu sekiranya ingin membina laman web, blog dan sebagainya. Kesemuanya terhasil daripada HTML.

Ebook ini menerangkan fungsi tag HTML sahaja. Jika anda buat begini, HTML akan memaparkan begini. Buat begini akan jadi begini. NAMUN, sekiranya anda perhatikan di dalam ebook saya tersebut, sebenarnya anda sudah pun berjaya membina laman web dalam tak sedar, tapi dengan syarat anda mengikuti panduan tersebut daripada awal.

Kepada pembeli yang bertanya soalan ini, saya boleh sahaja memberi tunjuk ajar membina laman web, namun saya berasakan, sahabat IM saya yang lain telah pun menghasilkan ebook membina laman web, saya hanya mencadangkan anda dapatkan ebook tersebut daripada mereka. Mereka pakar dalam bidang tersebut. Anda juga akan dijanjikan support yang berkaitan :)

Beberapa contoh ebook yang boleh anda dapatkan seperti di bawah ini :

 http://mazlienadzri.com/ee

http://www.monakas.com

Itu sahaja untuk artikel ini, kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan ebook ini, bolehlah melawat

http://mazlienadzri.com/Ge

Harga hanya RM30 sahaja. Sangat murah. Ianya untuk dikongsi bersama-sama dengan anda.

Terima kasih,

MazlieNadzri

p/s : Saya akan launch ebook tutorial saya yang lama terpendam dalam hard disk saya. Kesemuanya sudah tersedia, cuma launch sahaja belum lagi. Saya akan umumkan nanti. Ianya khusus untuk peminat bidang Mulmedia. Apakah dia? Tunggu ya

p/p/s : Kepada pembeli ebook Panduan Asas HTML, ada diskaun istimewa untuk anda sekiranya ingin mendapatkan ebook saya yang akan dilancarkan kelak

Sphere: Related Content

Comments (2)

Pakej Lengkap Rahsia 10K Kini Terbongkar!

Pakej Lengkap Rahsia 10K Kini Terbongkar!

Posted on 10 June 2008 by mazlienadzri

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Team Flarebiz telah melancarkan produk terbaru mereka yang bertajuk “Pakej Lengkap Rahsia 10K” yang ditulis oleh mereka sendiri bertujuan untuk membongkarkan mengenai “blueprint” untuk mendapatkan RM10K sebulan.

Blueprint untuk mendapatkan RM10K ini merupakan blueprint sebenar yang digunakan oleh Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz untuk mendapatkan RM10K sebulan dalam bulan Januari 2008 walaupun pada ketika itu Adly sedang menunggu keputusan SPM keluar.

Pakej Rahsia 10K ini ditulis berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan antara pakej yang paling lengkap kerana ia merangkumi semua aspek yang diperlukan dari e-book, video dan mp3 interview khas untuk Rahsia 10K ini.
Pakej Lengkap Rahsia 10K ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k – Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k – Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k – Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)
- Forum Sokongan Eksklusif (Tidak Ternilai!)
Harga yang diletakkan oleh mereka iaitu RM47 juga agak rendah buat masa ini dan rasanya mereka perlu meletakkan harga lebih tinggi lagi kerana pakej Rahsia 10K ini sangat lengkap untuk anda semua. Tahniah untuk Flarebiz kerana telah membuatkan perniagaan internet ini semakin mudah untuk semua orang!

Tambahan daripada saya

Sekiranya anda membeli Rahsia10k daripada link saya di bawah, anda akan mendapat percuma ebook Panduan Asas HTML saya yang baru seminggu dilancarkan.

Dapatkan segera sebelum harga Pakej Lengkap Rahsia 10K ini naik dua atau tiga kali ganda selepas ini! Dapatkan segera di http://mazlienadzri.com/16 sekarang juga!

Emailkan bukti pembelian anda kepada saya di alamat email admin@panduanhtml.com

Sahabat online anda,

MazlieNadzri

Sphere: Related Content

Comments (0)

Minyak naik, ikhtiar anda?

Minyak naik, ikhtiar anda?

Posted on 06 June 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Negara gempar seketika kerana isu minyak naik secara tiba-tiba. Forum, blog , paper dan sebagainya semuanya mengulas, menghentam, menyokong dan sebagainya mengenai isu minyak ini.

Baiklah, apa yang paling penting sekarang ialah, mencari jalan untuk survive dengan situasi sekarang ini. Untuk saya, saya hanya mahu mengajak anda semua membina perniagaan sendiri. Ini saja salah satu cara untuk menampung perbelanjaan anda sekarang.

Kepada yang bekerja makan gaji, mungkin sudah boleh melihat peluang perniagaan, samada secara online mahupun offline. Bagi yang usahawan pula, perlukan lagi kreativiti dalam  mengeluarkan produk untuk memikat pembeli-pembeli di luar sana.

Saya bersetuju apa yang dikatakan oleh saudara Irfan Khairi di blog beliau, pakar-pakar perniagaan sudah dapat menjangkakan pada suatu ketika, semua keluarga memerlukan pendapatan sampingan untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Pendapatan sampingan ini, tidak perlulah disempitkan hanya kepada perniagaan online sahaja, perniagaan offline juga mempunyai kelebihannya sendiri. Saya sendiri sekarang terlibat dengan perniagaan offline, nak tahu apa? Saya jual keropok lekor mentah kepada staff ofis saya. Ya, walaupun untung hanya 20-30 sen, bagi saya, ialah satu langkah positif.

Dengan langkah yang kecil ini, kita akan nampak langkah-langkah yang besar nanti. Dari kecil ia akan jadi besar. Itu target saya. Mungkin saya boleh menjadi pembekal keropok lekor untuk negeri Perak. Siapa tahu? Sebab bila kita mula bertindak, akan banyak idea, peluang perniagaan yang kita akan nampak.

Minyak naik 40%, usaha kita kena naik 40% juga. Bila kita dalam keadaan terdesak, kadang-kadang ilham tu akan sampai. Catit dan nilaikan sekiranya sesuai, laksanakan. Semoga berjaya!!!

p/s : Musim bola dah nak mula, bagi saya, reda sikitlah geram saya mengenai isu minyak ni, sebab boleh tengok bola. Pasukan kegemaran, Portugal :)

Sphere: Related Content

Comments (0)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest