Categorized | Motivasi Diri

1% hanya daripada saya

Posted on 18 June 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Harap sentiasa sihat. Hari ini saya hanya ingin berkongsi berita sahaja.

Sedang saya membaca artikel pagi ini, tiba-tiba saya mendapat mesej melalui YM saya. Berikut petikan mesej tersebut :

 11:23:35 AM    zusyaharadzi: Salam, Lie bz ke?
 11:23:44 AM    zusyaharadzi: Kak zu nak sembang sikit
 11:24:00 AM    lie_alaqsa: ape dia?
 11:24:26 AM    zusyaharadzi: Emmm, kak zu nak belanja Lie makan piza
 11:24:45 AM    zusyaharadzi: kak zu dapat A untuk subjek research programming hari tu

Itulah berita gembira daripada kak zu dan berita gembira bagi diri saya. Kenapa? Hasil ilmu yang saya beri sedikit, membolehkan kak zu berjaya mendapat keputusan seperti di atas.

Untuk makluman anda, kak zu mengambil saya sebagai subjek kajian di universiti. Saya telah ditemuramah oleh kak zu beberapa bulan yang lalu. Saya hanya memberi jawapan berdasarkan apa yang saya tahu dan sedikit pandangan mengenai dunia programming.

Mengapa kak zu ambil saya sebagai subjek kajian? Saya sebenarnya bukan daripada latarbelakang pelajar IT. Tiada asas programming dan seangkatan dengannya. Namun saya minat, saya belajar sendiri, dan alhamdulilah, saya dapat menguasai sikit demi sedikit.

Dari situ, kak zu berminat mengambil saya sebagai subjek kajian beliau, dan saya bersetuju. Oh ya, yang saya kuasai adalah ilmu Flash Actionscript dan sedikit berkaitan web seperti HTML dan lain.

Apa yang penting disini bagi saya,  ianya takkan berjaya tanpa usaha dari empunya diri sendiri. Saya hanya membantu dan kak zu yang berusaha. Dan usaha beliau, sudah menampakkan hasilnya. Tahniah kak zu.

Yang lebih menarik, kami tidak pernah berjumpa pun. Hanya berkomunikasi melalui dunia maya ni. InsyaAllah, satu hari boleh jumpa ye kak zu. Lama tak makan pizza ni :)

Dengan perkembangan ini, saya semakin bersemangat untuk berkongsi ilmu yang saya ada dengan anda. InsyaAllah. Ini hanyalah satu permulaan bagi saya :)

wassalam,

MazlieNadzri

p/s: Kak zu, bolehlah bagi komen disini ya :)

Share/Save/Bookmark

Sphere: Related Content

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

3 Comments For This Post

  1. BudakKomputer Says:

    Tahniah Kak Zu. Walaupun saye tak tau sape kak zu. Walauapapun tahniah sekali lagi kak zu.

  2. newbie Says:

    kalau mcm tu saya pun nak belajar gak ngan en lie boleh tak? saya pun tak berapa reti gak ngan html nih….

  3. mazlienadzri Says:

    InsyaAllah saya akan tolong sedaya upaya saya :)

Leave a Reply

Mininiaga

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest