Archive | July, 2008

Updated : Koleksi Grafik dilancarkan!!

Updated : Koleksi Grafik dilancarkan!!

Posted on 31 July 2008 by mazlienadzri

Assalamualaikum, dan Salam Hormat

Setiap hari. kita sebagai usahawan internet akan terfikir bagaimana caranya untuk menambah hasil pendapatan kita. Setiap hari, kita akan terfikir bagaimana nak menjana wang lebih banyak dari internet. Namun adakah kita perasan bahawa dengan satu produk dan satu web jualan, kita mampu membuat duit sehingga 5 angka..Tak mustahil!!

Adakah kita perasan bahawa untuk menjadi seperti ini, buat duit dengan hanya satu web jualan, kita perlukan keyakinan daripada ramai pelawat web jualan kita. Semakin ramai pelawat web kita yang yakin dengan web jualan kita, kemungkinan untuk mereka menjadi pembeli kita amat tinggi sekali. Bukan semua orang mampu menyediakan surat jualan yang membunuh. Bukan semua orang mampu membina senarai email prospek yang besar. Tapi kini, sesiapa sahaja mampu menjadi Professional Designer seterusnya mampu mencantikkan dan menampakkan web jualan kita lebih professional tanpa mengupah mana-mana designer..

Sebenarnya, untuk menjadi jutawan di internet,anda perlu mahir atau paling tidak tahu serba sedikit membina grafik yang professional kerana itulah kunci utama menentukan kuasa pembeli.Jom kita baca cerita berikut:

Ahmad mempunyai satu laman web jualan. Dia juga terkenal dengan teknik SEO. Jadi tidak hairanla web jualannya sentiasa berada di ranking teratas di Google, Yahoo dan MSN. Dia juga mempunyai produk yang baik lenkap dengan lesen PLR. Malah, surat jualannya benar-benar membunuh. Dia juga mampu mendapatkan testimonial dari ramai pakar yang lain. Hebat berJV juga si Ahmad ni. Setelah sebulan produknya berada di pasaran, Ahmad hanya mampu menghasilkan 10 jualan sahaja. Apakah silapnya? Setelah difikirkan kembali, web jualannya sebenarnya masih tidak nampak professional dan tidak dinaiktaraf ke versi web 2.0.

Danial juga usahawan internet. Danial salah seorang pembeli produk PLR Ahmad tadi. Danial memang masih baru dalam perniagaan internet ni. Namun, satu kelebihannya, dia merupakan seorang pereka grafik professional. Dia kemudiannya menukar kesemua grafik yang terdapat pada web jualan Ahmad. Malah, dia mampu menghasilkan banner-banner promosi yang nampak sangat menarik. Walaupun masih baru dalam internet serta tidak ada kepakaran seperti SEO, JV dan surat jualan yang membunuh, dia mengatasi semua kelemahannya itu dengan menghasilkan grafik yang menarik. Dia kemudiannya melancarkan produknya. Isi sama saja dengan si Ahmad ni tadi. Selepas seminggu, sebarang jualan belum dapat dilakukan. Dia tahu mengapa. Ini kerana web jualannya masih belum dapat disedari orang. Dia kemudian melanggan PPC supaya web jualannya mampu berada sederet dengan web jualan Ahmad.

Selepas sebulan, rekod jualannya mencecah 100!!berkali ganda dari Ahmad yang sudah lama menjalankan perniagaan di internet. Teknik yang membezakan mereka hanyalah GRAFIK! Kedua-duanya mampu menarik pelawat unik setiap hari, tapi pelawat unik tersebut yang tidak pernah mengenali Ahmad dan Danial, lebih yakin membeli dari Danial walau harga yang ditawarkan adalah sama!

Anda nampak bagaimana pelawat web jualan anda memilih produk yang mereka akan beli? Pelawat web anda juga manusia biasa. Manusia memang sukakan yang cantik-cantik saja. Semua orang suka kereta cantik, rumah cantik..

Jadi anda perlu mencantikkan produk anda supaya berjaya memikat pelawat web jualan anda. Mungkin anda mempunyai masalah sebegini tentang grafik.(mungkin saya juga :p)

1. Tak ada masa membina grafik yang cantik-cantik dan menawan. Sedangkan kerja tersebut lebih baik di outsource kepada orang lain.(Tapi sampai bila?)

2. Tak tahu bina grafik sendiri. Panduan yang diajarkan di internet biasanya bukan mengajar anda dari scratch lantas susah nak ikut sebab anda tak faham apa yang mereka (professional designer) ni ajarkan.

3. Anda dah tahu membina grafik. Tapi masalahnya anda tak tahu pula macam mana nak bina dengan cantik dan mempunyai mesej. Grafik yang mempunyai mesej ni lebih mahal dari grafik yang ‘kosong’ walaupun cantik. Kalau tak, macam mana TM berani membelanjakan 2 juta hanya untuk menjenama semula logonya. Logonya simple tapi bermesej.

4. Anda sudah tahu membina grafik yang canggih dan mantap tapi menghabiskan sehingga setengah jam duduk di depan komputer untuk menghasilkan grafik sebegitu sedangkan professional designer hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk membina grafik seperti yang anda bina. Maksudnya, anda tak guna teknik yang mudah. Sedangkan pro designer hanya gunakan teknik mudah sahaja!

5. Nak belajar grafik, tapi kelas-kelas grafik di luar begitu mahal. Kelas photoshop saja mencecah RM400 untuk 56 jam. Sangat mahal. Modal anda habis begitu saja nanti.

Seorang sahabat saya, AmmarZahar yang sebelum ini terkenal dengan Rahsia Squeeze Page kini tampil ingin membantu semua orang bergelar professional designer supaya anda dapat menjadi seorang pro dalam design. Setidak-tidaknya anda boleh membina grafik anda sendiri. Yang paling bestnya, dia akan menunjukkan anda cara yang PALING MUDAH untuk membina grafik walau anda bermula dari kosong!

Jika anda mempunyai masalah-masalah yang saya sebutkan diatas, anda wajib membaca sedikit overview tentang produk beliau yang dinamakan Koleksi Grafik V2.

Oh ya, saya telah diberikan peluang mereview Koleksi Grafik V2 :)

Dengan harga yang begitu rendah, anda mampu menjadi professional designer..!Berikut saya senaraikan apa yang anda bakal dibekalkan kepada anda untuk menjadi pro ni..

Box Grafik
==========
Dalam box grafik ini, lengkap dibekalkan dengan grafik copy paste. Sesuai benar bagi mereka yang tak ada masa untuk membina grafik sendiri. Mungkin anda sudah tahu bina grafik yang cantik. Tapi anda tiada banyak masa. Jadi, anda bolehla menggunakan box grafik ini untuk anda copy paste sahaja. Dalam box ini sudah lengkap dengan grafik-grafik yang diperlukan untuk web jualan anda seperti download button, order button, bullet, animation button, tag guarantee, tag harga, tag tawaran terhad dan banyak lagi. Penat pula nak senaraikan kesemuanya :p. Yang bestnya, anda dibekalkan dengan fail psd yang mana anda boleh edit semua grafik yang diberikan.

Ebook Manual
============
Bahagian ini pula mengajar anda langkah demi langkah bagaimana mengedit sumber grafik yang diberikan sehingga grafik anda namoak seperti professional. Anda sudah baca bukan Rahsia Squeeze Page? AmmarZahar ni memang suka letak screenshot tutorial sehingga membuatkan anda benar-benar faham dan tak tertinggal satu langkah pun.

Malah, teknik yang diajarnya ini SANGAT MUDAH! Anda perlukan tak sampai 10minit untuk membina grafik yang mantap dan pro ini. Sangat-sangat berbaloi. Malah, dalam ebook manual ni juga, ada 2 orang pakar grafik terkenal akan berkongsi tutorial bagaimana membina grafik web jualan. Nah, kini memang terbukti lengkap.

Anda dapat 3orang guru sekaligus. Saya yakin anda pernah dengar nama 2orang designer tersebut.

Video Tutorial
==============
Anda juga dibekalkan dengan video tutorial asas-asas photoshop. Mempunyai 4 bab asas photoshop seperti penggunaan tools, layers, filter dan blending option.

Sememangnya 4 bab ini anda WAJIB tahu untuk menggunakan photoshop. Anda diterangkan dengan ringkas penggunaannya. Sangat sesuai bagi mereka yang bermula dari scracth. Bukan itu saja, malah ada tutorial membina animasi, membina ebook cover, membina  header, dan membina background dengan cara yang SANGAT MUDAH. Ptutla dia cakap adik dia darjah enam pun boleh bina grafik secantik pro. Satu lagi kelebihan yang membuatkan Koleksi Grafik V2 ini wajib dimiliki, ianya mempunyai lesen MRR yang bermakna anda boleh menjual semula video ini atau memberikan bonus kepada produk anda.

Ahli Kelab
==========
Ini bahagian yang paling mahal. AmmarZahar tidak membiarkan anda terkapai-kapai seorang diri menggunakan grafiknya. Dia menjanjikan bimbingan selama setahun kepada anda jika anda menjadi ahli kelab tersebut. katanya, anda bakal disediakan satu blog khas yang mana anda akan berguru dengan team grafik beliau. Kalau anda masih rasa belum cukup dengan Box Grafik, Ebook Manual, dan Video Tutorial, anda request saja di blog tersebut dan anda akan diajar dengan tutorial sokongan seperti yang anda minta. Itu janji AmmarZahar kepada pembeli Koleksi Grafik V2.

Sangat berbaloi bukan? Jika anda tak percaya dengan kebolehan AmmarZahar, anda bacalah ebook Rahsia Squeeze Page yang diberikan secara percuma kepada subsriber beliau dan disitu anda lihat bagaimana AmmarZahar membongkarkan ilmu berharganya kepada  anda tanpa bayaran. Dan untuk pengetahuan anda, Koleksi Grafik V2 milik AmmarZahar ini telah dilancarkan pada 2 Ogos 2008. Untuk seminggu pelancaran, beliau menjanjikan  harga promosi yang sangat rendah. Selepas seminggu, AmmarZahar akan menaikkan harga. Ini katanya.

Anda boleh dapatkan Koleksi Grafik beliau disini

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (2)

Ebook sahaja ke?

Ebook sahaja ke?

Posted on 29 July 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Rata-rata yang baru sahaja mengenali perniagaan internet, yang baru sahaja berjinak-jinak akan berfikir, mereka juga mahu menghasilkan ebook untuk dijual seperti mereka-mereka yang telah berjaya menjana beribu-ribu duit hanya dengan menjual ebook. Betulkah pemikiran begini?

Saya tidak mengatakan ianya salah 100%. Tidak sama sekali. Namun, ianya haruslah dipandang dengan seluas-luasnya perniagaan internet ini. Selalunya kita didedahkan dengan kejayaan, keuntungan yang dijana oleh penjual ebook. Tapi jarang kita didedahkan dengan kejayaan, keuntungan satu lagi cabang perniagaan di internet, iaitu dengan menyediakan servis ataupun perkhidmatan.

Saya ambil satu contoh mudah sahaja, servis design dari cheapest-design.com . Agak-agak anda, berapa pendapatan yang diperolehi oleh saudari Nurul daripada cheapest-design.com dalam sebulan? Saya jangkakan mesti cecah ribu-ribu sebulan. Analoginya mudah sahaja, sekiranya lima orang menempah design untuk seminggu yang berharga RM150(anggaran saya) seorang, Nurul sudah berjaya memperolehi RM750 dalam masa seminggu sahaja!! Kalau sebulan, sudah RM3000 berjaya diperolehi oleh cheapest-design.com .

Sekiranya anda tidak mahir, tiada idea menulis ebook, janganlah jadikan ianya alasan tidak mahu mencuba perniagaan internet. Mungkin anda berkata, “saya design pun lagilah tak tahu langsung, macam mana lak tu?”. Huh, inilah yang sering terjadi kepada kita. Tidak menggunakan akal yang di anugerahkan oleh Allah kepada kita. Kita kena kreatif dalam berfikir. Saya bagi tips mudah bagi mereka-mereka yang berfikiran begitu.

Anda cuba aplikasikan cara saya. Anda buat deal dengan mana-mana designer(sebagai contoh, saya ambil designer), nyatakan kepada mereka, anda ingin promosi servis mereka kepada rakan-rakan anda, dan kepada yang berminat dan mendapatkan servis mereka, anda diberi komisen 10% ke 20% hasil promosi anda. Bagaimana? Ada tak yang telah melakukan idea tersebut. Kawan saya telah melakukannya :)

Tidak semestinya hanya ebook sahaja yang anda fikirkan. Namun, sekiranya anda mempunyai idea, teruskan. Ianya tidak salah pun. Saya juga menulis ebook. Dan saya akan perkembangkan cabang perniagaan internet saya dengan menyediakan perkhidmatan tidak lama lagi. Rakan team telah pun saya perolehi, kami sekarang sedang menyiapkan beberapa portfolio untuk diletakkan didalam laman web kami nanti. Ianya tiada lagi dibuat di negara Malaysia, namun, di market luar, sudah banyak. Apa ya? tunggu sahaja :)

Kesimpulannya…jangan setkan minda anda, buat duit di internet mesti hasilkan ebook. Tidak sama sekali. Banyak lagi cara menjana duit di internet dan salah satunya antara yang lumayan ialah dengan menyediakan servis kepada orang ramai. Sekiranya tiada kepakaran servis, lantik diri anda kepada mereka sebagai tukang promosi atau cari klient kepada servis mereka, anda dibayar dengan komisen.

Saya juga baru beberapa hari ini menerima pembayaran daripada servis yang saya lakukan. Simple, tapi dapatlah RM200. Siapa nak bagi kan?

Salam usahawan,

MazlieNadzri

p/s : Saudara Mawardee telah memperolehi RM21000.00 dengan ebook Panduan Click Bank beliau. Saya rasa, ebook beliau antara yang top dan terhangat pada tahun ini, boleh juga saya katakan rekod jualan terbanyak setakat ini bagi mana-mana ebook yang dihasilkan setakat ini. Jadi, kepada mereka yang belum mendapatkan ebook beliau, dapatkan disini sekarang juga.

Sphere: Related Content

Comments (2)

Produk terbaru Mazlie akan muncul!!

Tags: , , ,

Produk terbaru Mazlie akan muncul!!

Posted on 26 July 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera….

Apa khabar ya? Diharapkan anda sihat sentiasa. Baiklah, seperti pada tajuk di atas, saya tidak lama lagi akan melancarkan satu panduan lengkap __________. Saya dalam proses menulis bagi panduan kedua sekarang. Baik, saya akan ceritakan serba sedikit mengenai panduan ini kepada anda.

Panduan ini pada asalnya saya gabungkan di dalam satu ebook sahaja, tetapi setelah saya memikirkan sedalam-dalamnya, saya akan pecahkan panduan ini kepada dua. Mengapa dua panduan? Baik, saya mengasingkan kepada dua kerana membolehkan bakal pembeli membuat pilihan mana satu yang mereka mahu dapatkan. Saya akan tawarkan harga yang berlainan untuk kedua-dua panduan ini. Tetapi, sekiranya anda membeli keduanya sekali, ada diskaun menarik yang saya tawarkan kepada anda.

Berita baik, saya akan buka affiliate kepada umum nanti. Anda bolehlah promosi dan dapat komisen daripada saya sekiranya ade jualan daripada affiliate anda. Juga untuk pertama kalinya, saya akan sediakan satu forum eksklusif untuk pembeli saya nanti. Jadi, sekiranya ada masalah, ada pertanyaan, idea mahupun bantuan, bolehlah berkongsi di dalam forum tersebut kelak disamping artikel daripada saya didalam forum tersebut :)

InsyaAllah, saya akan berikan dalam bentuk CD _________ kepada anda. Namun saya masih lagi memikirkan cara ini, memandangkan saya bukanlah full time ebiz ni. Saya akan maklumkan kepada anda kelak.

Oleh itu, nantikan pengumuman saya kelak. Dan kepada pembeli ebook Panduan Asas HTML , anda akan diberikan harga diskaun untuk produk ini sekiranya berminat. Saya akan hubungi anda nanti untuk maklumkan perkara ini. Di bawah ini gambaran awal ecover panduan tersebut. Menarik bukan?

============================

Mentor Jutawan Irfan Khairi

============================

Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi baru sahaja melancarkan Mentor Jutawan. Mentor Jutawan adalah adalah transkripsi temubual bersama 8 ikon jutawan Malaysia iaitu Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, Azizi Ali (Jurulatih Jutawan), Chef Li (Jutawan Senyap),Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM), Billi Lim (Jutawan Berani Gagal), Dato’ Hussamuddin (Pengasas Kumpulan Karangkraf), Abang Abu (Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapore) dan IK (Jutawan Internet ) ditemubual oleh Nizal Mohammad . Boleh dapatkan Mentor Jutawan Irfan Khairi disini yang telah terjual sebanyak 100 walaupun baru soft launch!! Hebat penangan IK ni :)

Sphere: Related Content

Comments (3)

Mari Berevolusi Untuk Terus Berjaya!

Mari Berevolusi Untuk Terus Berjaya!

Posted on 23 July 2008 by mazlienadzri

Semua orang mempunyai impian dan azam untuk dicapai dalam hidup ini tidak kiralah sebesar mana pun impian tersebut. Tanpa impian dan azam, percayalah bahawa hidup anda selama ini adalah sia-sia sahaja kerana tanpanya, hidup anda tidak bermakna langsung.

Apakah impian dan azam yang ingin anda kecapi? Adakah anda mengimpikan hidup mewah, rumah besar, kereta sport dan sebagainya? Adakah anda ingin mengelilingi satu dunia dengan berbasikal? Adakah anda ingin membuka yayasan kebajikan sendiri untuk membantu orang yang tidak berkemampuan? Adakah anda ingin memiliki sebuah syarikat besar?

Percayalah bahawa dengan memiliki impian dan azam sebegini membuatkan hidup anda lebih bermakna dan mempunyai target untuk dicapai. Namun begitu adakah untuk mencapai impian tersebut merupakan impian yang kosong?

Oh, dukacitanya dimaklumkan bahawa ia hanya merupakan impian yang kosong JIKA anda tidak tahu bagaimana untuk mencapainya. Sedar atau tidak, sebenarnya kita sendiri telah menyebabkan impian kita mustahil untuk dicapai kerana kita sering memberikan alasan untuk mengelak dari mencapainya. Dan sedar ataupun tidak sebenarnya setiap kali anda mengatakan bahawa ianya mustahil, ia merupakan satu doa dan anda semestinya tidak dapat mengapai impian anda.

Jadi, Bagaimanakah caranya untuk mencapai impian tersebut?

Hanya ada dua cara utama iaitu BERHENTI BERALASAN dan pastikan MINDSET ANDA berada dalam keadaan yang betul. Dengan dua cara inilah yang dapat membantu anda mengapai segala impian anda dan percayalah anda juga boleh mendapatkan apa juga yang anda impikan walaupun ia sukar. Inilah rahsia sebenar bagaimana untuk anda mendapatkan apa yang dihajati!
Bagaimana pula untuk memastikan mindset dalam keadaan yang betul?

Caranya agak ringkas tetapi anda perlu mempelajarinya. Cara untuk memastikan mindset anda berada dalam keadaan yang betul mengikut naluri impian anda adalah dengan menguasai minda anda! Dengan menguasai minda anda, untuk menikmati kejayaan, kekayaan dan sebagainya menjadi amat mudah untuk anda.

Pihak Evolusi Minda telah menganjurkan satu seminar khas untuk membantu anda menguasai minda anda. Seminar ini sangat istimewa kerana ia mampu mengubah hidup anda menjadi lebih baik setelah anda mempelajari cara untuk menguasai minda secara praktikal. Kini masa depan anda sangat cerah dan kejayaan dan kekayaan akan menjadi milik anda.

Berikut merupakan maklumat mengenainya:

Hari & Tarikh : Ahad, 10 Ogos 2008
Tempat : Hotel Armada, Petaling Jaya
Masa: 8 a.m – 5 p.m
Pakaian: Bebas Asalkan Selesa
Harga: RM398 sahaja
(Segala Kelengkapan Disediakan Oleh Pihak Evolusi Minda) 

Jadi marilah kita bersama-sama menggapai impian kita bersama-sama dengan mempelajari cara untuk menguasai minda di Seminar Evolusi Minda ini.

Klik Di SIni Untuk Mengubah Hidup Anda!

Sphere: Related Content

Comments (0)

Kek cawan

Tags: , ,

Kek cawan

Posted on 22 July 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera…

Apa khabar ya? Harap sentiasa sihat. Hari ini saya hanya ingin berkongsi satu perniagaan yang mungkin tak ramai lagi mengusahakan secara online. Ianya tidak khusus hanya kepada kaum hawa sahaja, malah sesuai juga untuk kaum adam.

Perniagaan yang saya maksudkan ialah perniagaan kek cawan atau cupcakes. Saya ada seorang sahabat yang saya kenal melalui sebuah forum ni, dan dia menjual kek cawan ini melalui online. Sudah lama sebenarnya beliau mengusahakannya, namun kini saya perhatikan makin berkembang. Anda boleh layari blog beliau dan perhatikan jadual tempahannya sentiasa penuh(full)

http://mazlienadzri.com/Xf

Saya percaya, jualan sahabat saya ini sangat lumayan berdasarkan tempahan-tempahan yang saya perhatikan di dalam blog tersebut. Malah, yang seronok ialah, suaminya juga turut mempromosikan perniagaan tersebut dengan menghantar mesej di YM saya :)

Teringat pesanan Dato’ fadilah Kamsah, salah satu ciri perniagaan yang berjaya ialah, anda telah berkahwin dan kedua-duanya membantu di antara satu sama lain.

So, usahalah mencari model perniagaan anda sendiri. Takkan kita mahu melihat orang lain berjaya sahaja, kerana kita ada hak untuk berjaya bersama mereka.

Tips perniagaan

Ambil Idea Lama dan Berikan Nafas Baru

Tidak semua perniagaan yang berjaya bermula daripada idea-idea yang bernas dan bagus. Mungkin ia adalah idea yang biasa-biasa sahaja, tetapi ianya diletakkan dalam satu ‘bungkusan’ yang baru dan menarik, di tambah dengan perkembangan semasa, ianya menarik orang melihat dan sekaligus mendorong mereka mendapatkannya.

Oleh itu, anda fikirkan apa maksud saya di atas :)

salam usahawan

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (4)

Mengenal Pasti dan Mencapai Matlamat

Mengenal Pasti dan Mencapai Matlamat

Posted on 19 July 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera…

Adakah perkara-perkara yang anda ingin capai di dalam hidup ini menjadi matlamat utama anda? Adakah ia telah dicatat? Adakah anda telah berusaha mendapatkannya setiap hari dalam hidup anda? Adakah imej-imej, keinginan serta kemahuan yang anda zahirkan sama dengan matlamat yang ingin anda capai?

Anda perlu sentiasa menjadikan matlamat anda sebagai gambaran mental tentang apa yang ingin anda capai. Anda perlu memberi fokus secara berterusan terhadap apa yang  anda mahu dan bukannya terhadap apa yang anda jauhi.

Untuk menjamin kemenangan dalam hidup anda, untuk mencapai kemenangan dalam bidang perniagaan, untuk mencapai matlamat hidup anda dan untuk menjadikan impian anda suatu realiti, anda perlu mengamalkan asas pemikiran yang mudah ini. Adalah penting bagi anda untuk menjadikan segala apa yang anda ingini sebagai matlamat anda dan bergerak menuju ke arahnya dalam fikiran anda setiap hari.

Sekarang tibalah masa untuk andameletakkan apa yang menjadi impian anda di tempat utama dalam pemikiran utama anda bagi memastikan ia menjadi kenyataan. Peluang untuk menjadikannya satu kenyataan terdapat di sini dan masanya adalah sekarang. Anda tidak perlu menunggu lagi. Bertindaklah dengan segera. Ingat, impian serta komitmen kitalah yang mempastikan ia menjadi kenyataan.

Gunakannlah masa dan apa juga perkara yang anda lakukan untuk memprogram diri serta minda bawah sedar anda agar anda terarah sepenuhnya terhadap impian anda. Bacalah mengenai apa yang anda iginkan, lihatlah apa yang anda inginkan, bayangkan apa yang anda inginkan dan bayangkan yang diri anda memiliki apa yang anda inginkan itu. Selalulah bercakap kepada diri anda tentang apa yang menjadi matlamat anda, bagaimana anda ingin mencapainya, kenapa anda mahukannya. Ingat, hidup anda adalah hasil daripada apa yang anda fikirkan dan anda akan menjadi apa yang anda fikirkan. Anda hendak menjadi jutawan? Anda sudah boleh mempraktikkanya dari sekarang :)

Selamat berjaya!!

Mazlie Nadzri

p/s : Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Resale Rights Ebook Panduan Asas HTML, boleh dapatkan disini 

Sphere: Related Content

Comments (2)

My SOHO….

My SOHO….

Posted on 14 July 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum,

Sihat? Diharapkan anda sihat sentiasa :) Saya ingin berkongsi gambar meja kerja saya. Boleh lihat di bawah :

Hohohhoho..jangan terkejut 2 pc saya pakai. Pc yang saya guna buat kerja adalah pc di sebelah kanan anda ini. Dan pc sebelah kiri adalah pc untuk saya record video samada tutorial dan sebagainya. Juga saya gunakan untuk print dan scan gambar yang diperlukan. Kalau anda perasan, keyboard tu yang lama punya., tapi pc masih baru dengan Pentium 4. Saya masih pakai keyboard tersebut sebab selesa menggunakan keyboard tu, sedap menaip :)

Nampak berselerak kan? Bagi saya, saya selesa dengan keadaan macam tu. Taklah berselerak sangat rasanya(bagi sayalah). Kalau dah kahwin adelah orang tolong kemaskan kan? :p

Ok, seperti yang saya tandakan di dalam gambar tersebut, saya ada tampalkan di dinding bilik saya apa target saya untuk sepanjang tahun ni, dan beberapa produk yang saya akan keluarkan sehingga akhir tahun ini dan juga beberapa gambar inpirasi. Kesemuanya orang jutawan muda yang sudah berjaya dengan kepakaran masing2.

Saya juga turut tampal beberapa keratan akhbar yang menceritakan kejayaan usahawan bangsa kita. Ada satu artikel yang saya terus tampal selepas saya membacanya. Begitu memberikan inspirasi kepada saya. Kisah bagaimana seorang anak muda yang hanya mempunyai SPMV dan hanya bekerja sebagai ‘budak punch card’, tetapi dengan kesabaran, kekuatan dan ketekunan beliau, beliau berjaya membeli majikan tempat beliau bekerja dahulu. Kini beliau yang memberi gaji kepada mereka!! Saya sungguh teruja dengan kisah beliau.

Dan di sebelah tempat saya bekerja, saya letakkan buku2 motivasi. Ianya senang untuk saya baca bila motivasi saya ‘down’. Huhuhuhu..so, itulah SOHO saya. Tempat saya bekerja apabila saya balik dari ofis dan weekend. Saya masih lagi mencari sebuah meja yang besar dan boleh letak 2 pc sekaligus. Kiranya seperti meja ofis yang sebenarnya. Dalam perancangan saya nak duduk rumah sendiri sekarang sebabnya insyaAllah, tahun depan saya nak adakan kenduri nasi minyak. Hohohohhoho…(Labanon jangan jeles ek…kekekek)

So, saya kena kuat bekerja sekarang. Perlu siapkan segala perancangan untuk tahun ini. Saya harap saya terus bermotivasi. Satu produk sudah saya keluarkan, dan ada 3 produk lagi insyaAllah. Doakan saya.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s : Ada target nak sambar monitor LCD…huhuhu…tapi terpaksa ditangguhkan sebab hasil jualan perlu digunakan untuk modal perniagaan.

Sphere: Related Content

Comments (8)

Salah Satu Cara Untuk Menggunakan Masa Dengan Cekap : Letakkan di atas meja hanya benda-benda yang sedang di uruskan..

Tags: , ,

Salah Satu Cara Untuk Menggunakan Masa Dengan Cekap : Letakkan di atas meja hanya benda-benda yang sedang di uruskan..

Posted on 13 July 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Harap sihat sentiasa :) Saya ingin lagi menulis artikel mengenai motivasi

Menumpukan minda anda terhadap apa yang sedang anda uruskan merupakan satu disiplin yang sangat baik. Sememangnya mudah menjadi mangsa kepada perbuatan menyimpan kerja yang sedang dan akan dilakukan di meja anda kerana anda akan kehilangan masa yang berharga untuk mencari apa yang perlu anda siapkan.

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang bekerja dengan keadaan meja yang penuh dengan surat atau fail, menghabiskan purata sehingga sejam sehari untuk mencari apa yang mereka mahu. Oleh itu, seeloknya sembunyikan atau buang mana yang tida perlu. Ataupun anda sorokkan di dalam kotak atau di mana-mana tempat yang mudah anda cari apabila anda memerlukannya semula. Tetapi, pastikan ia tidak berada di meja anda.

Apabila meja anda bebas daripada fail-fail tersebut, letakkan pula fail-fail/surat  yang ingin anda uruskan. Disebabkan ia berada di situ, anda tetap akan melihatnya walaupun apa sahaja yang anda lakukan!. Anda seolah-olah mendengar ‘mereka’ memanggil anda supaya segera selesaikan ‘mereka’ :)   Akhirnya, anda akan mengambil salah satu daripada dua tindakan iaitu sama ada anda akan menyelesaikannya ataupun anda menyembunyikannya dari pandangan anda.

Salam usahawan,

MazlieNadzri

Sphere: Related Content

Comments (0)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest