Assalammualaikum dan salam sejahtera…
Apa khabar ya? Harap sentiasa sihat. Hari ini saya hanya ingin berkongsi satu perniagaan yang mungkin tak ramai lagi mengusahakan secara online. Ianya tidak khusus hanya kepada kaum hawa sahaja, malah sesuai juga untuk kaum adam.
Perniagaan yang saya maksudkan ialah perniagaan kek cawan atau cupcakes. Saya ada seorang sahabat yang saya kenal melalui sebuah forum ni, dan dia menjual kek cawan ini melalui online. Sudah lama sebenarnya beliau mengusahakannya, namun kini saya perhatikan makin berkembang. Anda boleh layari blog beliau dan perhatikan jadual tempahannya sentiasa penuh(full)
Saya percaya, jualan sahabat saya ini sangat lumayan berdasarkan tempahan-tempahan yang saya perhatikan di dalam blog tersebut. Malah, yang seronok ialah, suaminya juga turut mempromosikan perniagaan tersebut dengan menghantar mesej di YM saya
Teringat pesanan Dato’ fadilah Kamsah, salah satu ciri perniagaan yang berjaya ialah, anda telah berkahwin dan kedua-duanya membantu di antara satu sama lain.
So, usahalah mencari model perniagaan anda sendiri. Takkan kita mahu melihat orang lain berjaya sahaja, kerana kita ada hak untuk berjaya bersama mereka.
Tips perniagaan
Ambil Idea Lama dan Berikan Nafas Baru
Tidak semua perniagaan yang berjaya bermula daripada idea-idea yang bernas dan bagus. Mungkin ia adalah idea yang biasa-biasa sahaja, tetapi ianya diletakkan dalam satu ‘bungkusan’ yang baru dan menarik, di tambah dengan perkembangan semasa, ianya menarik orang melihat dan sekaligus mendorong mereka mendapatkannya.
Oleh itu, anda fikirkan apa maksud saya di atas
salam usahawan
Mazlie Nadzri
Sphere: Related ContentIf you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!











January 6th, 2009 at 5:40 pm
October 26th, 2009 at 5:29 pm
October 28th, 2009 at 3:59 pm
sue baru je buat kek coklat..bg pada jiran2 serta bantuan suami beri pd kawan2 nya..
skrg sudah ada dua tiga custmer yg mengorder..alhamdulilah..
tp belum sampai ke tahap untuk online lg..tak hancur ke kalau pos??ksian kek ku…
November 18th, 2009 at 6:29 pm