PENGUMUMAN KHAS
Ini bukan pengumuman bila puasa ye
Seperti yang anda ketahui, saya telah melancarkan program Pay Per Lead dengan mengedarkan ebook Panduan Setup GETRESPONSE secara percuma. Setiap yang download dari link anda, saya bayar RM0.30. Tarikh tamat promosi sebelum ini saya tetapkan pada 21/9/2008, namun setelah saya berfikir semasak-masaknya saya ingin mengubah untuk kali terakhir tarikh tersebut, saya telah membuat keputusan, tarikh tamat promosi pada 7hb September 2008 atau jumlah jualan sudah mencapai RM500!! maka program ini akan berakhir.
Ini bagi membolehkan saya membuat pembayaran dengan senang tanpa rasa kelam kabut, memandangkan ianya belum lagi dalam dalam keadaan orang ramai sibuk nak balik kampung dan seangkatan dengannya
Program tersebut mendapat sambutan yang hebat, pagi tadi, laman web tersebut tidak boleh masuk kerana bandwitch sudah ‘overdos’, terpaksa ganggu bro Shuth sekejap
Boleh klik disini untuk lihat screenshort jualan setakat ini
Paypal Adalah Satu Keperluan!
Bila kita berbicara mengenai suatu keperluan, pastinya terpancar difikiran masing-masing bahawa ia sama penting dengan keperluan asas hidup kita sebagai manusia. Ia bermakna ia sama penting dengan makanan, pakaian serta rumah anda.
Situasi ini sama sahaja seperti keperluan untuk anda menjalankan perniagaan internet anda. Jika tiada salah satu keperluan untuk anda memulakan perniagaan internet, sudah pasti keadaan bisnes anda akan jadi tak stabil dan tak mustahil ia tidak akan sekali
menguntungkan anda. Sama sahaja seperti bila kita tiada makanan sudah tentu hidup akan kelaparan dan tidak tenang.
Baiklah, berbalik kepada tajuk asas pada post kali ini, Paypal merupakan suatu keperluan untuk anda semua menjalankan perniagaan internet anda. Tanpa Paypal, perniagaan internet anda terutamanya target market luar negara anda akan gagal menjual.
Bayangkanlah jika anda mengeluarkan modal RM500 untuk memulakan perniagaan internet (outsources semua kerja), tapi anda tidak berjaya mendapat balik modal ataupun tidak mampu mendapat satu sen pun daripada jualan anda.. Huh! Ia suatu mimpi ngeri untuk anda dan perniagaan anda!
Persoalannya ialah apakah itu Paypal dan mengapakah ia merupakan suatu keperluan dalam perniagaan internet anda?
Paypal merupakan sebuah internet payment processing yang popular digunakan oleh pengguna internet diluar negara. Ini kerana Paypal adalah percuma untuk semua pengguna internet dan anda tidak perlu membayar untuk menghantar wang atau menerima wang secara online melalui internet tanpa perlu beratur panjang di bank. Malahan anda boleh menghantar atau menerima wang walau dimanapun anda berada.
Boleh dikatakan hampir setiap pengguna internet mempunyai sekurang kurangnya satu akaun Paypal untuk menghantar serta menerima wang daripada keluarga, rakan-rakan mahupun daripada para pelanggan. Jadi tidak hairanlah para usahawan internet luar negara menggunakan kemudahan ini untuk menerima pembayaran daripada pelanggan mereka kerana ramai pengguna internet menggunakannya.
Sama juga seperti anda, jika anda tidak menggunakan Paypal untuk menerima pembayaran dalam perniagaan internet anda terutamanya bisnes market luar negara, ia merupakan suatu kerugian terbesar bagi anda kerana para pengguna majoritinya menggunakan Paypal untuk membeli sesuatu produk. Malahan Paypal juga mampu proses pembayaran melalui kad kredit dengan mudah dan selamat.
Kesimpulannya anda memerlukan Paypal untuk perniagaan internet anda!
Ingin tahu bagaimanakah Caranya untuk menggunakan Paypal dalam urusan perniagaan internet anda dan memaksimumkan penggunaannya untuk mendapat keuntungan yang lebih lumayan?
Sahabat Usahawan Internet yang saya kenali, Ahmad Adnin telah menerbitkan Set Video untuk mempelajari cara menggunakan paypal dalam perniagaan internet anda dan memaksimumkan penggunaannya untuk mendapat keuntungan yang lebih lumayan.
Set Video Belajar Paypal ini menunjukkan langkah demi langkah secara live melalui video bagi membantu anda menggunakan Paypal dalam perniagaan internet anda. Video ini sesuai untuk semua golongan kerana ia dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Terdapat 5 Video Khas Yang Merangkumi:
Video 1-:Pengenalan Paypal
Video 2-:Pengenalan Akaun Dan Panduan Pendaftaran
Video 3-:Panduan Butang Pembayaran
Video 4-:Panduan Profile
Video 5-:Panduan Extra (mengandungi beberapa nasihat penting)
Namun, laman web tersebut belum dilancarkan lagi. Saya akan maklumkan kepada anda nanti. Jadi, sentiasa melawat blog ini ya untuk perkembangan selanjutnya
Sahabat Perniagaan Anda,
Mazlie Nadzri
Sphere: Related Content


















