
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Mungkin terlalu cepat saya ucapkan selamat hari kepada anda. Tetapi saya rasakan ada lagi yang belum bertolak balik ke kampung, jadi saya ucap disini awal-awal
Disini saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah bahasa saya, terkasar, termarah dan sebagainya kepada anda.Kita sebagai manusia, tak pernah tidak melakukan dosa. Jadi, di kesempatan ini, saya memohon ampun kepada anda.
Saya doakan juga semoga anda selamat sampai ke kampung masing-masing. Jangan terburu-buru nak sampai. Pandulah berhati-hati.Saya akan balik ke Perak di Teluk Intan pada hari ahad ini sorang-sorang je naik motor..huhuhuuh..doakan saya juga selamat sampai ya
Hari ini sahaja, dalam perjalanan saya nak ke tempat kerja, 3 kali saya terjumpa kemalangan membabitkan motorsikal. Hmmm..seram sejuk saya di buatnya. Mungkin sekali lagi rekod kemalangan yang paling banyak berlaku kekal milik penunggang dan pembonceng motorsikal.Semasa sedang menikmati juadah raya janganlah lupakan saya.Saya berharap semoga anda selepas ini kembali semangat membina perniagaan internet.
Saya turut merasakan akan kembali semangat selepas berhari raya nanti. Pelbagai perancangan telah diaturkan bagi merancakkan dunia perniagaan di internet di Malaysia ini.Harapan saya juga moga bertambah rezeki saya dan juga anda selepas ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada saya untuk anda..
Nota : Saya bercuti selama seminggu di kampung dan akan kembali ke KL pada hari isnin(6hb)
Salam usahawan,
Mazlie Nadzri
p/s: Pada mereka yang baru sahaja mendapat duit raya daripada majikan(yang bekerja makan gaji) dan yang ada duit lebih, bolehlah dapatkan Rahsia Newbie daripada saudara Ammar Zahar melalui link di bawah yang kini dalam harga promosi lagi, namun tinggal 200 12 kuota sahaja sebelum harga dinaikkan. Ayuh dapat segera ya :
p/p/s : Kuota RM20 yang saya akan pulangkan kepada anda sekiranya membeli DVD Video Usahawan daripada link saya hanya tinggal 20 10 8 tempat sahaja lagi. Boleh dapatkan disini sekiranya berminat



















