Archive | October, 2008

Artikel Bersiri: Langkah Pertama – Merancang Perniagaan

Tags: , , , , , ,

Artikel Bersiri: Langkah Pertama – Merancang Perniagaan

Posted on 31 October 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Saya harap anda sentiasa sihat dan berterusan membina perniagaan internet anda.

Baiklah, untuk kali ini, saya akan siarkan 5 siri artikel dengan tajuk 5 Langkah Asas Memulakan Perniagaan Internet. Artikel ini saya tuju khas kepada mereka yang baru nak bermula membina perniagaan internet. Mungkin ada yang baru terjumpa semalam ke atau hari ini potensi membina perniagaan di internet, jadi artikel bersiri ini khas untuk anda :)

Saya berharap anda akan mendapat sedikit input atau faedah daripada artikel saya ini.

Langkah Pertama : Merancang Perniagaan.

Pernahkah anda mendengar kata-kata seperti di bawah ini:

“Jika anda gagal untuk merancang, maka anda merancang untuk gagal”

Di dalam membina perniagaan samada internet ataupun bukan internet, anda  ‘wajib’ mempunyai perancangan. Ada yang menganggap sebaliknya, “alah,  tak payahlah nak skema sangat sampai nak buat perancangan, bukannya nak bisnes buat bangunan pun, nak buat part time je bisnes online ni”

Saya pasti, anda juga pernah terdetik di hati macam tu kan? Tapi harus diingatkan, ramai orang gagal dalam perniagaan internet kerana gagal untuk merancang dengan baik.

Disebabkan itu, mereka terkandas di pertengahan usaha membina perniagaan, Kenapa agak-agak anda? Satu jawapan yang saya pasti yang dapat menjawab persoalan tersebut, iaitu :

HANYA MENGEJAR KEUNTUNGAN SEMATA-MATA

Sedangkan, perniagaan memerlukan strategi pemasaran, penjagaan kualiti produk, hubungan dengan pembeli dan banyak lagi. Ini adalah sebahagiannya sahaja. Saya senaraikan antara faktor kegagalan sesebuah perniagaan di bawah ini :

a – Kaedah pemasaran yang tidak berkesan
b – Pengurusan kewangan yang teruk
c – Kedekut untuk melabur bagi menambah ilmu perniagaan internet
d – Perkhidmatan yang diberikan semasa atau selepas produk dijual amat teruk
e – Hanya mengejar keuntungan semata-mata/tamak
f – Terburu-buru membina perniagaan
g – Perancangan yang tidak lengkap/tiada perancangan langsung

Kepentingan Merancang Perniagaan

Secara ringkasnya, apabila anda merancang perniagaan anda, anda akan lebih jelas melihat hala tuju perniagaan anda. Kemana anda akan berada dalam masa 2-3 tahun akan datang. Ini akan membuatkan anda mempunyai pelan tindakan atau langkah-langkah yang perlu diambil untuk merealisasikannya.

Juga perlu juga anda ketahui, dengan merancang perniagaan anda, anda akan mengetahui jumlah pelaburan yang telah anda keluarkan dari permulaan hingga akhir sesuatu produk tersebut.

Teknik Merancang Perniagaan Internet Anda

Terdapat beberapa teknik yang perlu anda lakukan sebelum memulakan perniagaan internet anda. Berikut adalah teknik-tekniknya :

a – Kajian Pasaran(permintaan)
b – Mengenalpasti pesaing dan cara menghadapinya
c – Kaedah Pemasaran
d – Matlamat Perniagaan Anda
e – Pengurusan Operasi
f – Pengurusan Kewangan

A) Kajian Pasaran(permintaan)

Sebelum menghasilkan sesuatu produk/perkhidmatan, terlebih dahulu anda perlu melakukan sedikit kajian pasaran atau bahasa mudahnya, golongan pembeli bagi produk  anda. Kajian ini adalah untuk mengetahui apa yang mereka mahukan.

Golongan ini mungkin mahukan sesuatu yang dapat memenuhi kehendak ataupun menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Terkini, produk berbentuk informasi(maklumat)  adalah produk yang  paling mendapat permintaan. Pelbagai jenis produk informasi dihasilkan. Ianya dihasilkan berdasarkan kajian tadi.

Sebagai contoh, mereka pernah mendengar kejayaan beberapa orang menjual  barangan di Ebay, maka mereka akan mencari maklumat mengenai Ebay. Bagaimana nak bermula dan  sebagainya. Jadi,  produk informasi menjadi pilihan mereka ini.

Namun begitu, anda masih boleh menjual produk berbentuk barangan lain tetapi  ia mestilah  sesuai dengan perniagaan internet dan mempunyai permintaan terhadapnya.

B) Mengenalpasti pesaing dan cara menghadapinya

Saya anggarkan anda sudah memiliki produk sendiri. Anda belum lagi  mengetahui persaingan produk tersebut. Jadi, persoalannya, bagaimanakah cara untuk anda  mengenalpasti pesaing anda? Mudah sahaja, teliti produk yang ditawarkan oleh pesaing anda.

Buat bandingan antara produk anda dan produk pesaing tersebut. Baiki  kelemahan yang ada hasil penelitian anda itu. Tambahkan apa yang patut  agar produk anda lebih mengancam daripada produk mereka :)

C) Kaedah Pemasaran

Pemasaran adalah kunci utama dalam menentukan perniagaan anda berjaya atau  tidak, untung atau rugi. Gunakan segala bentuk pemasaran yang anda rasa mampu menaikkan jualan bagi produk anda. Boleh menggunakan kaedah offline dan online dan ianya  bergantung kepada kemampuan kewangan anda. Ingat, tanpa pengiklanan, produk anda tidak akan dibeli oleh sesiapa pun.

Nota : Pada artikel akan datang, saya akan jelaskan kaedah pemasaran yang berkesan

D) Matlamat Perniagaan Anda

Seperti yang saya jelaskan pada awal artikel ini, dengan menetapkan  matlamat, perniagaan akan lebih jelas sasarannya.

Tetapkan matlamat untuk jangka masa tertentu. Seperti saya, saya tetapkan hujung tahun ini, saya akan mencapai income sebanyak RM5k. Setiap bulan saya perlu mendapatkan RM417 untuk mencapai sasaran tersebut. Adakah saya  berjaya? Nantikan penghujung tahun ini, saya akan ulas :)

Dalam menetapkan matlamat, anda perlulah menetapkan matlamat yang rasional dan sesuai dengan kemampuan dan perniagaan anda. Anda akan berputus asa  sekiranya matlamat yang anda tetapkan itu tidak berjaya oleh kerana matlamat yang mustahil anda tetapkan.

E) Pengurusan Operasi

Pengurusan operasi yang dimaksudkan ialah cara bagaimana anda dapat  menguruskan perniagaan internet dengan baik dan sistematik.

Ianya bermula dengan proses menghasilkan produk sehinggalah produk tersebut  dijual. Malah, ianya tidak berhenti disini sahaja, anda perlu memikirkan  perkhidmatan yang sesuai perlu ditawarkan selepas produk tersebut sampai ke  tangan pembeli.

F) Pengurusan Kewangan

Apa yang perlu anda buat adalah membuat sedikit analisis/kajian bagaimana perniagaan anda ini dibiayai. Apa sahaja perniagaan memerlukan modal. Bezanya, adakah modal tersebut besar  ataupun kecil. Perniagaan internet tidaklah memerlukan modal yang besar. Di anggarkan dalam linkungan RM500 sahaja untuk memulakan perniagaan internet ini.

Anda mesti mahir menguruskan kewangan milik perniagaan anda dengan cekap kerana sebahagian besar jualan memerlukan pelaburan semula untuk  aktiviti pemasaran.

Juga digalakkan menyediakan aliran tunai pendapatan dan perbelanjaan supaya anda dapat melihat dengan jelas akiviti perniagaan yang sedang anda usahakan.

Kesimpulan Artikel Pertama

Apa yang saya nyatakan di atas ini adalah antara aspek terpenting dalam pembinaan perniagaan internet anda. Sekiranya anda dapat menghasilkan kertas kerja, ianya lagi bagus. Sekiranya tidak mampu, boleh sahaja catitkan  didalam buku nota anda seperti yang saya lakukan. Untuk projek bersama usahawan lain, barulah saya hasilkan kertas kerja.

Dengan adanya pelan-pelan ini, anda akan lebih jelas dan setiap apa yang  anda ingin lakukan lebih tersusun dan seterusnya dapat membina perniagaan yang cemerlang dan berjaya.

Ikuti siri ke-2 sambungan artikel ini yang bertajuk Langkah Kedua : Produk dan Perkhidmatan selepas ini:

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s : Dapatkan produk percuma saya Resale Rights : Panduan Asas HTML yang kini tinggal 10 9 7 kuota sahaja lagi dengan syarat dapatkan ebook Rahsia Newbie melalui link saya disini.

p/p/s :  Kepada yang sudah membeli ebook Rahsia Newbie daripada link saya di atas, saya akan berikan link download bonus tersebut setelah saudara Ammar mengesahkan pembelian anda. Perlukan masa sedikit ya :)

Sphere: Related Content

Comments (9)

Percuma Ebook Panduan Asas HTML Resale Rights untuk anda..

Tags: , , , , , , ,

Percuma Ebook Panduan Asas HTML Resale Rights untuk anda..

Posted on 28 October 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Harap anda sihat sentiasa. Jaga kesihatan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang :)

Ok, kembali kepada tajuk post. Saya ingin memberikan kepada anda secara PERCUMA produk saya, iaitu Ebook Panduan Asas HTML berserta dengan lesen Resale Rights. Bermakna, anda boleh menjual kembali ebook saya ini kepada orang ramai dengan keuntungan adalah milik anda 100% namun, lesen ini hanya untuk anda. Orang yang membeli ebook ini daripada anda tidak dibenarkan menjualnya kepada orang ramai.

Segala material seperti minisites, banner, bonus saya sediakan. Anda hanya perlu melakukan beberapa pengubahsuaian sahaja seperti nombor akaun bank anda, nama, url laman web anda(sekiranya ada) dan beberapa lagi setting yang akan saya sediakan didalam pakej ini. Kemudian promosikan laman web anda ini. Boleh lihat imej di bawah apa yang anda akan dapat :

 

1. Salesletter lengkap siap dengan page testimoni, page terma dan syarat, page penafian dll

 

2. Pelbagai saiz banner untuk tujuan promosi anda pada laman web, blog, forum dan sebagainya. Ini dapat memastikan produk ini dapat di promosikan sebaik mungkin oleh anda.

 

3. Anda juga akan mendapat satu Panduan Ringkas Reseller. Panduan ini akan menerangkan bagaimana edit beberapa file laman web jualan, setting contact form, order form, upload file produk dan bina link download.

 

4. Anda juga akan menerima satu template email untuk diberikan kepada bakal pembeli anda nanti

Harga bagi ebook ini yang disertakan dengan lesen Resale Rights adalah berharga RM60 namun ianya percuma sahaja untuk anda dengan satu syarat iaitu anda mestilah mendapatkan Ebook Rahsia Newbie daripada saudara Ammar Zahar daripada link saya disini

Secara ringkasnya, ebook Rahsia Newbie ini terbahagi kepada 5 iaitu :

1. Teknik Cipta Produk

2. Teknik Blog

3. Teknik Email

4. Teknik JV

5. Teknik O.T.O

Jadi, anda boleh gunakan Ebook Panduan Asas HTML saya yang saya berikan secara percuma kepada anda untuk mengaplikasikan 5 teknik yang diajar di dalam Rahsia Newbie ini dan seterusnya membuat jualan pertama anda di internet(dengan syarat berusaha).

Bagi ebook saya pula, klik link di bawah untuk melihat apa kata mereka mengenai ebook saya :

BUKTI SATU

BUKTI DUA

Jadi, dapatkan segera Rahsia Newbie dan nantikan Ebook Panduan Asas HTML Resale Rights menerjah inbox email anda.

KLIK DISINI UNTUK MENDAPATKANNYA SEGERA!!

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s : Tawaran ini terhad hanya kepada 10 9 7 orang sahaja lagi. Jadi cepat ya :)

p/p/s :  Kepada yang sudah membeli ebook Rahsia Newbie daripada link saya di atas, saya akan berikan link download bonus tersebut setelah saudara Ammar mengesahkan pembelian anda. Perlukan masa sedikit

Sphere: Related Content

Comments (13)

Mesyuarat – Pembazir Masa

Tags: , , , , ,

Mesyuarat – Pembazir Masa

Posted on 24 October 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Tahukah anda, di dalam buku Yes You Can tulisan Jack Collis, mesyuarat diletakkan sebagai pembazir masa yang ketujuh paling besar di dunia. Namun demikian, bukan semua mesyuarat merupakan pembazir masa. Saya sendiri setiap kali diberitahu akan ada mesyuarat, rasa malas nak menghadirinya, bukannya apa, kalau setiap minggu kadangkala lebih dari sekali mesyuarat, masa banyak terbuang begitu sahaja.

Di bawah ini beberapa cadangan yang telah berjaya membantu ramai individu mengawal masalah yang diperkatakan ini :

  • Adakan mesyuarat hanya apabila penting sahaja.
  • Edarkan agenda kepada semua pihak yang berkepentingan sebelum mesyuarat diadakan supaya mereka yang menghadirinya mempunyai masa untuk menimbang sumbangan yang boleh diberikan.
  • Hantarkan agenda muktamad serta senarikan semua perkara yang akan dibincangkan menurut susunan kepentingannya. Peruntukkan masa bagi setiap perkara dan pastikan agenda mesyuarat berkenaan dipatuhi. Sertakan bersama agenda mesyuarat maklumat yang diperlukan oleh hadirin untuk memudahkan perbincangan diadakan. Andainya ia tidak disertakan, mintalah agar ia disediakan dan pada waktu yang sama, jelaskan bahawa andainya kaedah ini di amalkan, perbincangan akan menjadi lebih relevan dan dapat memendekkan masa mesyuarat.
  • Jemput hanya mereka yang perlu sahaja. Bagi mereka yang hanya perlu hadir pada waktu-waktu tertentu dalam sesuatu mesyuarat itu, jemputlah mereka pada waktu yang dimaksudkan sahaja. Setelah selesai bahagian masing-masing, mereka bolehlah meninggalkan mesyuarat berkenaan.
  • Apabila menghadiri sesuatu mesyuarat, mintalah agar perbincangan yang diadakan dihadkan kepada hal-hal semasa sahaja.
  • Galakkan mereka yang mengendalikan mesyuarat supaya mengadakan sesi pelan tindakan secara ringkas sebelum mesyuarat berkenaan ditangguh. Tujuan sesi ini ialah untuk memastikan semua yang perlu diambil, siapa yang akan bertanggungjawab untuk membuat apa, apa yang perlu dibuat, bilakah sesuatu tindakan itu perlu dibuat dan siapakah yang perlu dimaklumkan setelah ianya siap.
  • Hantarkan satu salinan minit mesyuarat berkenaan kepada mereka yang tidak menghadirinya tetapi mempunyai kaitan dengan perkara-perakra yang dibincangkan. Ini akan mendorong lebih banyak orang untuk tidak menghadiri mesyuarat dan hanya  berpuas hati dengan minit yang diterima sahaja.

Kesimpulan

Apabila prosedur-prosedur ini ditetapkan dan diamalkan secara tegas, tidak banyak lagi mesyuarat yang perlu diadakan dan seterusnya tidak banyak lagi masa yang perlu dihabiskan kerana mesyuarat, serta tidak ramai lagi orang yang ingin menghadiri mesyuarat.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Dapatkan ebook Panduan & Teknik Rahsia Ebay disini dan mulakan perniagaan anda di internet tanpa bersusah payah menghantar, membungkus dan menyediakan stok.

p/p/s : Nantikan artikel seterusnya daripada saya, ada benda percuma saya nak berikan kepada anda yang bernilai RM60 tapi dengan syaratla. Apa syaratnya? Tunggu. Sentiasa kunjungi blog ni ya :)

Sphere: Related Content

Comments (6)

Anda mahu berniaga tanpa bersusah payah di internet?

Tags: , , , , ,

Anda mahu berniaga tanpa bersusah payah di internet?

Posted on 20 October 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya terus ke isu utama artikel ini tanpa membuang masa lagi, kerana bagi saya, saya ingin berkongsi apa sahaja peluang kepada anda untuk menjana pendapatan di internet.

Baik, satu lagi peluang untuk anda menjana pendapatan di internet adalah melalui Ebay. Ebay diumpamakan sebagai Kompleks Membeli Belah terbesar didunia, dan anda memiliki sebuah kedai di dalamnya. Menarik bukan?

Telah ramai yang berjaya menjana pendapatan beribu-ribu dengan menjual barangan di Ebay.  Kini, lagi mudah kerana telah keluar panduan yang sangat praktikal dan penuh dengan rahsia dan tips bagaimana menjual barangan di Ebay tanpa anda bersusah payah mengurus bekalan stok dan penghantaran stok kepada pelanggan.

Saya ingin memperkenalkan kepada anda ebook Panduan & Teknik Rahsia Ebay untuk anda. Saudara Sifu Lan menjual pelbagai jenis barangan seperti T-shirt, Pendrive, Mousepad, Mug dan beratus-ratus produk di Ebay. Beliau tidak pernah melihat produk yang dijualnya, beliau hanya ‘design’ produk tersebut dan segala penghantaran, pembungkusan dan sebagainya diuruskan oleh pembekal barangan tersebut.

Perhatikan gambarajah di bawah ini untuk lebih pemahaman anda :

Di dalam ebook ini juga anda diterangkan bagaimana nak buka akaun Ebay dan akaun Paypal dengan mudah.  Juga disertakan bagaimana melakukan research sesuatu produk, menghasilkan design produk dan menyenaraikan produk di Ebay.

Saya akan memberikan jaminan kepada anda yang anda akan berpuas hati dengan ebook ini. Malah anda akan mendapat bimbingan dan bantuan daripada Sifu Lan sendiri. Sekiranya anda tidak berjaya menjana pendapatan setakat ini, bolehlah mencuba pula berniagan di Ebay.

Lebih 90 billion US didagangkan di Ebay SETIAP HARI. Jadi, manfaatkan peluang yang besar ini. Mungkin ini jalan terbaik bagi anda menjana pendapatan di internet. Cubalah!!

KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s : Saya tahu, mungkin ada yang ketiadaan bajet untuk membeli mana-mana ebook memandangkan baru sahaja berbelanja untuk persiapan Hari Raya. Boleh dapatkan bila sudah mendapat gaji dan sebagainya. Hendaklah bijak membuat pilihan dan keputusan. Saya hanya mencadangkan apa yang terbaik untuk anda. Inilah tujuan blog ini diwujudkan :)

p/p/s : Untuk memastikan mendapat artikel terkini terus ke email anda,  saya menjemput anda mendaftar di RSS FEED saya disini. Terima kasih :)

p/p/p/s: Kalau anda mahukan Video Panduan Asas Paypal, boleh juga dapatkan disini 

Sphere: Related Content

Comments (8)

Bagaimana Menjana Pendapatan Melalui Blog

Tags: , , ,

Bagaimana Menjana Pendapatan Melalui Blog

Posted on 18 October 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Blog kini menjadi satu kegilaan bagi kebanyakan lapisan masyarakat, umur, dan sebagainya. Blog dijadikan medium berkongsi fakta, idea, pandangan terus kepada orang ramai, tetapi juga kini, blog boleh mendatangkan pulangan yang lumayan kepada individu terbabit.

Terus terang saya katakan, saya dulu tidak percaya hanya dengan blog, saya boleh menjana pendapatan. Serius. Namun, saya hanya mencuba. Saya tak beli pun mana-mana panduan bagaimana nak buat blog, saya belajar sendiri, try and error.Dan kini, ‘kepercayaan’ kepada kenyataan ini, sudah mula menebal :) Saya sudah mendapat pulangannya. Tidak percaya, percayalah!!hehehehe…

Blog mudah untuk disetup dan senang juga untuk update. Kini, mengikut fakta, 75,000 blog dibina setiap hari – lebih kurang satu blog dihasilkan dalam satu saat!!!

Baiklah, kembali kepada tajuk di atas. Antara faktor ataupun langkah yang perlu anda lakukan untuk menjana pendapatan melalui blog, perhatikan  tips-tips di bawah ini :

1. Trafik, Trafik dan Tafik - Ini adalah perkara yang ‘wajib’ untuk anda lakukan. Tanyalah kepada mana-mana usahawan sekalipun, akan terpancul melalui mulut mereka perkataan ini. Persoalannya, bagaimana nak menarik trafik? Pelbagai cara kini boleh digunakan untuk menarik trafik. Antaranya ialah :

a – Berikan report percuma dan edarkan – Saya mengenali team Saifulsham melalui report percuma yang mereka edarkan. Saya lupa dari mana saya dapat report tersebut. Hingga kini, saya pengunjung setia blog mereka.

b – Teknik SEO – Try and error keyword-keyword yang sesuai dengan niche anda.

c – Berforum – Aktif dengan menyertai mana-mana forum yang berkaitan dengan niche anda. Letakkan banner dan link kan blog anda pada signature di forum tersebut. Contoh forum adalah www.wangcyber.com/forum dan http://mazlienadzri.com/J3

d – Kad nama/bisness – Berikan kad nama/bisness anda kepada rakan-rakan anda. Salah satu promosi yang berkesan. Saya sendiri melakukannya, dalam setiap CD yang saya pos kepada pembeli, saya sertakan kad bisnes saya :)

e – Social Web Marketing Tool – manfaatkan tool terhebat ini. Friendster, HI5, Myspace, dan terkini Twitter. Berjuta pengunjung dalam sehari. Manfaatkan.

f – Bertukar-tukar link-link dengan mana-mana blog yang sama niche dengan anda.

2. Update - Blog anda hendaklah selalu di update dengan artikel-artikel terkini. Paling elok, seminggu 3 kali. Lagi kerap di update, lagi sukalah ‘pakcik’ Google menyenaraikan anda dan sekaligus menaikkan rangking blog anda.

3. Autoresponder – Jangan abaikan kepentingan autoresponder. Letakkan di blog anda. Ianya penting supaya anda dapat follow up pengunjung anda supaya kembali ke blog anda. Bayangkan, trafik dah hebat, namun pengunjung anda dibiarkan begitu sahaja tanpa anda ‘menangkap’ mereka. Adakah anda yakin mereka akan kembali melawat blog anda?

:) Takde autoresponder, boleh gunakan yang free atau boleh juga guna RSS FEED dan letakkan di blog anda.

4. Affiliate – Akhir sekali barulah join mana-mana program affiliate dan letakkan di blog anda. Makin banyak trafik, makin banyak peluang untuk anda menjana pendapatan di internet.

Kesimpulan

Blogging adalah cara terbaik berkongsi maklumat, idea dan sebagainya, namun ianya juga adalah cara yang powerful untuk menjana pendapatan di internet. Jadi, jangan hanya melihat, cubalah kalau anda tidak percaya :p

Tak tahu membina blog, dapatkan panduan di bawah, saya jamin anda akan berpuas hati dan dapat membina blog anda sendiri dan seterusnya berpeluang menjana pendapatan di internet

PANDUAN BINA BLOG

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s : Dapatkan RAHSIA NEWBIE dan anda berpeluang mendapat ebook Panduan Asas HTML berserta lesen Resale Rights secara PERCUMA. Segera dapatkan disini, hanya 10 orang terawal sahaja.

Sphere: Related Content

Comments (1)

Maybank2u berwajah baru..

Tags: , , , ,

Maybank2u berwajah baru..

Posted on 16 October 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Anda sudah lihat laman web Maybank2u pagi ini? Jangan terkejut dengan imej baru Maybank2u. Bagi saya, design yang terbaru sangat ‘cool’ dan segar dengan kombinasi warna hitam dan kuning.

Saya juga perasan ada beberapa tambahan features yang disediakan oleh Maybank2u. Kalau tak silap saya, terbaru rewards point(betulkan kalau saya salah) dan susun letak yang jauh berbeza dengan yang versi lama. Saya pasti anda akan rasa susah pada mula-mula menggunakan versi terbaru ini. Saya pun sama ni. Biasalah tu :)

Ada beberapa orang yang email kepada saya bertanyakan, akaun apa yang sesuai digunakan bagi memulakan perniagaan internet? Secara peribadi saya berpendapat, akaun Maybank adalah akaun bank yang wajib anda ada untuk menerima pembayaran atau membuat pembayaran di internet.

Rata-rata saya perhatikan, lebih 80% pembeli produk saya menggunakan akaun Maybank sebagai medium pembayaran mereka. Jadi, saya galakkan anda buka akaun Maybank sekiranya belum ada lagi, dan apply pula akaun Maybank2u untuk transaksi di internet pula.

Saya juga berpendapat, lagi banyak akaun yang anda ada, lagi memudahkan urusan perniagaan internet anda. Kenapa? Saya ada pengalaman. Ada seorang pembeli yang ingin beli produk saya, namun beliau hanya ada akaun Bank Islam sahaja, pada masa itu, saya belum buka lagi akaun Bank Islam, jadi saya kehilangan seorang pembeli :(

Jadi, nasihat saya, lagi banyak buka akaun, lagi elok. Tak semua orang ada akaun Maybank, dan tak semua juga yang ada akaun Maybank, meletakkan duitnya semua di akaun Maybank(seperti saya). Saya akan tranfer ke akaun lain bagi mengasingkan duit hasil perniagaan saya. Kiranya, barulah nampak kita berniaga..hohohohho…

Kini saya sudah miliki 4 jenis akaun, iaitu Maybank, Bank Islam, CIMB dan Bank Rakyat. InsyaAllah, dalam perancangan untuk menambah lagi akaun seperti akaun Public Bank dan yang lain-lain baui menyediakan pilihan terbaik untuk pelanggan.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s : Dapatkan RAHSIA NEWBIE dan anda akan menerima percuma Ebook Panduan Asas HTML berserta lesen Resale Rights daripada saya yang berharga RM60. Terhad hanya kepada 10 orang sahaja. Klik disini segera

p/p/s : Ingin membina laman web jualan anda? Dapatkan Video Panduan Minisites hanya berharga RM35. Klik disini untuk mendapatkannya

Sphere: Related Content

Comments (0)

Faktor Kegagalan Sesuatu Usaha

Tags: , , , ,

Faktor Kegagalan Sesuatu Usaha

Posted on 15 October 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Apa khabar? Diharapkan anda sihat sentiasa ya. Saya disini, alhamdulilah sihat sahaja. Agak sibuk dengan beberapa projek, khususnya servis. Alhamdulilah, planning tahun depan, namun dah rezeki, laman web belum launch, dah ade yang guna khidmat servis tersebut. Malah, bukan calang2 orang yang guna :)  

Apa dia ye? Masih lagi saya rahsiakan. Bila dah sedia dilancarkan, saya akan beritahu, malah secara tidak rasminya juga, saya sudah ada pekerja yang membantu melancarkan servis tersebut :) 

Ok. Berbalik kepada artikel kali ini, saya ingin bertanya kepada anda. Apakah sebenarnya yang menjadi faktor kegagalan sesuatu usaha?

Faktor UTAMA kegagalan ialah pada diri kita sendiri atau dalam perniagaan, usahawan tersebut.  Di antara sebabnya adalah :

 1. Tiada fokus dan kesungguhan –  Jenis usahawan yang pemalas. Mereka tidak mempunyai daya juang yang tinggi apatah lagi kesungguhan. Tiada sales hanya tahu merungut, tiada traffik, banyak bebelnya. Susah sedikit, mula serik. Akhirnya terkubur begitu sahaja, walaupun diri ada potensi. 

2. Tamak – Kalau boleh nak buat semuanya. Pantang tengok orang lain berjaya bidang tertentu, mereka pun mahu buat. Nak jual benda yang sama.  

3. Gelojoh – Hendak cepat kaya. Hendak cepat berjaya. Baru launch projek, blog, terus kalau boleh nak dapat hasilnya esok hari!! Nak jualannya cecah ribu-ribu dalam masa yang singkat. Bukan tak mustahil, tapi jarang. Kecualilah dari awal dah bina kredibiliti, bina list yang ramai dan sebagainya. Tapi ini sebaliknya. 

4. Dengki dan iri hati - Jangan ingat perniagaan internet takde perasaan begini, ianya tetap ada. Saya percaya. Sekiranya anda ada sifat tersebut , anda takkan kemana. Binalah perniagaan anda setinggi mana pun, akhirnya akan terjunam dan hancur!! 

5. Tidak jujur dan amanah –  kepada diri anda sendiri dan orang lain. Menjadi usahawan kena jujur dalam perniagaan. Contohnya, kalau kos penghantaran termasuk didalam harga CD, nyatakan, dan tidak perlu menyatakan ianya percuma untuk menarik pembeli. 

Salam usahawan, 

Mazlie Nadzri 

p/s: Kepada newbie, saya ada tawaran kepada anda, saya ingin berikan kepada anda Ebook Panduan Asas HTML berserta lesen Resale Rights secara percuma dengan syarat anda dapatkan Rahsia Newbie melalui link dibawah :

 SAYA MAHU MAZLIE  

Boleh lawati laman web jualan Ebook Panduan Asas HTML berserta lesen Resale Rights untuk mengetahui lebih lanjut.

 Namun, ianya terhad kepada 10 orang sahaja. Jadi, cepat dapatkan segera RAHSIA NEWBIE dan nantikan email download ebook Panduan Asas HTML dengan lesen RR ke kotak inbox anda ya :)  

 

Sphere: Related Content

Comments (1)

Ringkasan Masalah Newbie

Tags: , , ,

Ringkasan Masalah Newbie

Posted on 13 October 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya ada menghantar email kepada list saya sebulan lepas. Didalam email tersebut saya mempelawa kepada list saya supaya menghantarkan email kepada saya sekiranya mereka mempunyai masalah berkaitan perniagaan internet.

Tujuan saya hanyalah satu sahaja, untuk berkongsi pengalaman, membantu, memberikan panduan dan paling kurang saya akan berikan motivasi kepada mereka. Pelbagai ragam dan rungutan yang mereka emailkan kepada saya, dan adakalanya saya terkejut juga dengan email mereka :)

Antara masalah yang saya lihat melanda newbie-newbie adalah seperti berikut :

1.  Sudah mendapatkan pelbagai jenis ebook, panduan samada percuma ataupun berbayar, namun takut atau tidak tahu bermula. Sampai satu tahap, mereka kebanjiran maklumat.

2. Tidak tahu membina blog

3. Tidak yakin ada orang beli produk mereka.

4. Sudah ada produk dan laman web, namun masalah bagaimana hendak menarik traffik

5. Tidak tahu dimana kekuatan masing-masing atau masih tercari-cari niche yang ingin diketengahkan.

Mungkin pada senior IM mereka tidak akan melayan email-email yang ringkas dan terlampau general, namun dengan saya, insyaAllah, saya akan berikan respon. Saya tidak menjaminkan yang anda akan berjaya serta merta ataupun buat hari ini, esok dapat pulangannya. Tidak.

Saya tak mahu menyatakan buat duit di internet mudah tapi ianya bukan mustahil. Saya mahu mengubah minda newbie supaya rajin berusaha, jangan putus asa, dahagakan ilmu dan jangan takut dengan kegagalan.

Kepada newbie, hubungi saya sekiranya ada pertanyaan dan masalah. InsyaAllah, saya akan bantu sedaya upaya saya. Jangan risau, tiada bayaran dikenakan ;)

Satu lagi, sekiranya pertanyaan anda bukan didalam bidang pengetahuan saya, saya akan berterus terang dan akan berikan sumber dimana patut anda rujuk. Seperti contoh, ada yang bertanya mengenai program Adsense, ianya bukan fokus saya, jadi saya akan nyatakan kepada mereka dimana patut mereka bertanya mengenai program tersebut.

Saya tidak perlu malu untuk mengakui kelemahan saya. Saya mahu mereka mendapatkan ilmu yang benar-benar tulen. Itu sahaja. Tidak perlu hipokrit menyatakan yang kita tahu semuanya. Di dalam al-quran juga ada menyatakan, bertanyalah pada mereka yang tahu.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (0)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest