Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Blog kini menjadi satu kegilaan bagi kebanyakan lapisan masyarakat, umur, dan sebagainya. Blog dijadikan medium berkongsi fakta, idea, pandangan terus kepada orang ramai, tetapi juga kini, blog boleh mendatangkan pulangan yang lumayan kepada individu terbabit.
Terus terang saya katakan, saya dulu tidak percaya hanya dengan blog, saya boleh menjana pendapatan. Serius. Namun, saya hanya mencuba. Saya tak beli pun mana-mana panduan bagaimana nak buat blog, saya belajar sendiri, try and error.Dan kini, ‘kepercayaan’ kepada kenyataan ini, sudah mula menebal
Saya sudah mendapat pulangannya. Tidak percaya, percayalah!!hehehehe…
Blog mudah untuk disetup dan senang juga untuk update. Kini, mengikut fakta, 75,000 blog dibina setiap hari – lebih kurang satu blog dihasilkan dalam satu saat!!!
Baiklah, kembali kepada tajuk di atas. Antara faktor ataupun langkah yang perlu anda lakukan untuk menjana pendapatan melalui blog, perhatikan tips-tips di bawah ini :
1. Trafik, Trafik dan Tafik - Ini adalah perkara yang ‘wajib’ untuk anda lakukan. Tanyalah kepada mana-mana usahawan sekalipun, akan terpancul melalui mulut mereka perkataan ini. Persoalannya, bagaimana nak menarik trafik? Pelbagai cara kini boleh digunakan untuk menarik trafik. Antaranya ialah :
a – Berikan report percuma dan edarkan – Saya mengenali team Saifulsham melalui report percuma yang mereka edarkan. Saya lupa dari mana saya dapat report tersebut. Hingga kini, saya pengunjung setia blog mereka.
b – Teknik SEO – Try and error keyword-keyword yang sesuai dengan niche anda.
c – Berforum – Aktif dengan menyertai mana-mana forum yang berkaitan dengan niche anda. Letakkan banner dan link kan blog anda pada signature di forum tersebut. Contoh forum adalah www.wangcyber.com/forum dan http://mazlienadzri.com/J3
d – Kad nama/bisness – Berikan kad nama/bisness anda kepada rakan-rakan anda. Salah satu promosi yang berkesan. Saya sendiri melakukannya, dalam setiap CD yang saya pos kepada pembeli, saya sertakan kad bisnes saya
e – Social Web Marketing Tool – manfaatkan tool terhebat ini. Friendster, HI5, Myspace, dan terkini Twitter. Berjuta pengunjung dalam sehari. Manfaatkan.
f – Bertukar-tukar link-link dengan mana-mana blog yang sama niche dengan anda.
2. Update - Blog anda hendaklah selalu di update dengan artikel-artikel terkini. Paling elok, seminggu 3 kali. Lagi kerap di update, lagi sukalah ‘pakcik’ Google menyenaraikan anda dan sekaligus menaikkan rangking blog anda.
3. Autoresponder – Jangan abaikan kepentingan autoresponder. Letakkan di blog anda. Ianya penting supaya anda dapat follow up pengunjung anda supaya kembali ke blog anda. Bayangkan, trafik dah hebat, namun pengunjung anda dibiarkan begitu sahaja tanpa anda ‘menangkap’ mereka. Adakah anda yakin mereka akan kembali melawat blog anda?
Takde autoresponder, boleh gunakan yang free atau boleh juga guna RSS FEED dan letakkan di blog anda.
4. Affiliate – Akhir sekali barulah join mana-mana program affiliate dan letakkan di blog anda. Makin banyak trafik, makin banyak peluang untuk anda menjana pendapatan di internet.
Kesimpulan
Blogging adalah cara terbaik berkongsi maklumat, idea dan sebagainya, namun ianya juga adalah cara yang powerful untuk menjana pendapatan di internet. Jadi, jangan hanya melihat, cubalah kalau anda tidak percaya :p
Tak tahu membina blog, dapatkan panduan di bawah, saya jamin anda akan berpuas hati dan dapat membina blog anda sendiri dan seterusnya berpeluang menjana pendapatan di internet
Salam usahawan,
Mazlie Nadzri
p/s : Dapatkan RAHSIA NEWBIE dan anda berpeluang mendapat ebook Panduan Asas HTML berserta lesen Resale Rights secara PERCUMA. Segera dapatkan disini, hanya 10 orang terawal sahaja.
Sphere: Related ContentIf you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!











October 23rd, 2008 at 5:30 pm
on this site: http://tinyurl.com/58nsa3