Mesyuarat – Pembazir Masa

Posted on 24 October 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Tahukah anda, di dalam buku Yes You Can tulisan Jack Collis, mesyuarat diletakkan sebagai pembazir masa yang ketujuh paling besar di dunia. Namun demikian, bukan semua mesyuarat merupakan pembazir masa. Saya sendiri setiap kali diberitahu akan ada mesyuarat, rasa malas nak menghadirinya, bukannya apa, kalau setiap minggu kadangkala lebih dari sekali mesyuarat, masa banyak terbuang begitu sahaja.

Di bawah ini beberapa cadangan yang telah berjaya membantu ramai individu mengawal masalah yang diperkatakan ini :

  • Adakan mesyuarat hanya apabila penting sahaja.
  • Edarkan agenda kepada semua pihak yang berkepentingan sebelum mesyuarat diadakan supaya mereka yang menghadirinya mempunyai masa untuk menimbang sumbangan yang boleh diberikan.
  • Hantarkan agenda muktamad serta senarikan semua perkara yang akan dibincangkan menurut susunan kepentingannya. Peruntukkan masa bagi setiap perkara dan pastikan agenda mesyuarat berkenaan dipatuhi. Sertakan bersama agenda mesyuarat maklumat yang diperlukan oleh hadirin untuk memudahkan perbincangan diadakan. Andainya ia tidak disertakan, mintalah agar ia disediakan dan pada waktu yang sama, jelaskan bahawa andainya kaedah ini di amalkan, perbincangan akan menjadi lebih relevan dan dapat memendekkan masa mesyuarat.
  • Jemput hanya mereka yang perlu sahaja. Bagi mereka yang hanya perlu hadir pada waktu-waktu tertentu dalam sesuatu mesyuarat itu, jemputlah mereka pada waktu yang dimaksudkan sahaja. Setelah selesai bahagian masing-masing, mereka bolehlah meninggalkan mesyuarat berkenaan.
  • Apabila menghadiri sesuatu mesyuarat, mintalah agar perbincangan yang diadakan dihadkan kepada hal-hal semasa sahaja.
  • Galakkan mereka yang mengendalikan mesyuarat supaya mengadakan sesi pelan tindakan secara ringkas sebelum mesyuarat berkenaan ditangguh. Tujuan sesi ini ialah untuk memastikan semua yang perlu diambil, siapa yang akan bertanggungjawab untuk membuat apa, apa yang perlu dibuat, bilakah sesuatu tindakan itu perlu dibuat dan siapakah yang perlu dimaklumkan setelah ianya siap.
  • Hantarkan satu salinan minit mesyuarat berkenaan kepada mereka yang tidak menghadirinya tetapi mempunyai kaitan dengan perkara-perakra yang dibincangkan. Ini akan mendorong lebih banyak orang untuk tidak menghadiri mesyuarat dan hanya  berpuas hati dengan minit yang diterima sahaja.

Kesimpulan

Apabila prosedur-prosedur ini ditetapkan dan diamalkan secara tegas, tidak banyak lagi mesyuarat yang perlu diadakan dan seterusnya tidak banyak lagi masa yang perlu dihabiskan kerana mesyuarat, serta tidak ramai lagi orang yang ingin menghadiri mesyuarat.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Dapatkan ebook Panduan & Teknik Rahsia Ebay disini dan mulakan perniagaan anda di internet tanpa bersusah payah menghantar, membungkus dan menyediakan stok.

p/p/s : Nantikan artikel seterusnya daripada saya, ada benda percuma saya nak berikan kepada anda yang bernilai RM60 tapi dengan syaratla. Apa syaratnya? Tunggu. Sentiasa kunjungi blog ni ya :)

Share/Save/Bookmark

Sphere: Related Content

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

6 Comments For This Post

  1. Mohdbazli Says:

    Sangat bersetuju dengan artikel di atas. Pengalaman saya sendiri, menghadiri mesyuarat dari pukul 9.30 pagi hingga 3.00 petang. Non stop. Akhirnya saya mendapat penyakit gastrik. Pasal lambat makan.

  2. mazlienadzri Says:

    Iyeke? lamanya..hmmm..itulah, saya pun kadang2 rimas kalau terlampau lama meeting.

    Banyak meeting dari buat kerja. Seminggu sampai 2-3 kali. Hasil taklah ketara sangat

  3. WaidaKmy Says:

    Bagusnya kalau bos saya baca artikel ni :P

    Andai kata bos saya baca..please take note bullet ke-3 :) Tak perlu lah saya buat kerja lain masa meeting gara2 terpaksa hadiri meeting yang tak berkaitan hoho

  4. mazlienadzri Says:

    Hehehehe..bagilah url blog ni :p

    Tu yang kadang2 buang masa, kadang2 kita hanya jadi ‘pak pacak’ je dalam meeting tersebut. Tak tahu apa tujuan dijemput

  5. WaidaKmy Says:

    hoho.. i wish..kang kena blacklist plak dengan bos waha

    boleh tambah satu bullet lagi..

    kalau perkara berbangkit tu dah drag terlalu lama dalam meeting (discuss tak habis2)..baik keluarkan dari meeting tu dan discuss dalam meeting lain yang lebih spesifik

  6. FaridSulaiman.com Says:

    Kenkadang rasa seronok teramat sangat bila tak dipanggil masuk meting sbb banyak kerja lain yang boleh kita buat….

    Teringat kerja kat syarikat Jepun dan Korea, mereka meting sebulan 2 kali, tiap minggu 1 kali aje briefing pagi sambil berdiri lepas nyanyi lagu negaraku, ambil masa kurang 10 minit, tapi untung berjuta jugak…..

    Topik yang perlu dilihat oleh Pak Lah, he…he…he

Leave a Reply

Mininiaga

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest