Assalammualaikum dan salam sejahtera,
![]()
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda kisah seorang manusia bernama Sean Belnick. Percayakah anda bahawa beliau menjual kerusi melalui internet sejak berumur 14 tahun!! Anda boleh melihat laman web beliau disini
Pada awal perniagaan beliau, beliau hanya menjual beberapa kerusi sahaja, namun kini beliau menjual hampir atau lebih 25,000 jenis kerusi kepada syarikat-syarikat besar seperti Microsoft, Google dan banyak lagi.
Pada tahun 2007 pendapatan yang beliau perolehi adalah sebanyak USD38 Million!! Dan menarik, beliau kini mensasarkan jumlah pendapatan USD50 – USD54 pada tahun ini. Beliau kini mempunyai seramai 75 orang pekerja yang membantu membangunkan perniagaan menjual kerusi tersebut.
Jelaslah disini, tiada apa yang mustahil sekiranya ada azam dan usaha. Beliau memberi pesanan seperti berikut :
Don’t’ be afraid to take risks. It’s your first business and you have your whole life to succeed. Make sure they are calculated and not careless risks.
Di Malaysia juga, saya mengkagumi usahawan wanita yang isteri kepada pemilik forum WangCyber dan Sempoihosting, iaitu saudara Shuth yang menjual cadar secara online yang boleh anda layari laman web tersebut di cadarshop
Saya telah menunjukkan kepada anda 2 contoh dari luar negara dan dalam negara mengenai peluang perniagaan di internet. Bagi mereka yang masih ragu-ragu, teruslah dengan sikap ragu-ragu tersebut. Anda tidak akan kemana-mana hanya setakat memikirkan masalah bagaimana nak mula dan sebagainya.
Sepatutnya apa yang perlu anda fikirkan adalah tindakan. Tanpa tindakan, anda tidak akan tahu dimana kedudukan anda. Dimana kelemahan anda, dimana kekuatan anda. Mungkin anda menyatakan, anda tidak tahu membina laman web menjual produk, saya tidak nampak itu adalah masalah BESAR, anda boleh mengupah orang membina laman web tersebut seperti yang ditawarkan oleh team Flarebiz melalui niagakit mereka disini.
Saya berharap semoga anda bermotivasi dengan sedikit info yang saya siarkan melalui artikel ini. Mungkin ada yang dah tahu, tetapi saya sasarkan kepada mereka yang baru hendak berjinak dengan perniagaan internet. Ingat, tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan, namun tidak mustahil sekiranya anda benar-benar mahu disertakan dengan ilmu dan pengorbanan jiwa dan raga anda.
Saya berharap, semoga anda terbakar dengan 2 contoh diatas.
Salam usahawan,
Mazlie Nadzri
p/s: Muka dia dengan avatar saya di atas macam serupa je..hoho :p
Sphere: Related Content














