Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Saya sambung kembali artikel lepas di bawah tajuk Langkah Ketiga : Pembangunan Laman Web (Part 1). Bagi yang belum membaca artikel sebelum ini, boleh klik link bawah ini:
Langkah Pertama : Merancang Perniagaan
Langkah Kedua : Produk dan Perkhidmatan
Langkah Ketiga : Pembangunan Laman Web (Part 1)
Ikuti sambungan artikel sebelum ini. Moga ada manfaatnya untuk anda
Pembangunan Laman Web : Kandungan laman web perniagaan
Untuk menghasilkan laman web perniagaan yang mampu membuat pengunjung membeli, beberapa kandungan utama perlu diletakkan di dalam laman web anda.
Berikut adalah beberapa isi kandungan utama bagi laman web perniagaan.
a – Mengutarakan masalah yang dihadapi pelanggan.Sekiranya anda pernah mengunjungi laman web jualan usahawan internet, pastinya anda akan perasan mereka mengutarakan masalah yang dihadapi oleh pelanggan.
Masalah bagaimana? Masalah yang dimaksudkan adalah masalah yang berkaitan dengan produk yang anda jual. Contohnya, anda menjual ebook Panduan Bina Blog, masalah yang dihadapi pelanggan ialah masalah tidak tahu membina blog.
“Anda tidak tahu membina blog sendiri? Menghadapi masalah kesukaran memahami bahasa inggeris untuk memasang blog anda? Kesukaran memahami skrip-skrip programming?”
Ayat di atas ini memfokuskan kepada pelanggan yang tidak tahu membina blog sendiri, namun mereka mahu memiliki blog sendiri. Dengan mengemukakan masalah seperti di atas, ianya akan membuatkan pengunjung tertarik dan tertanya-tanya apakah jalan penyelesaian kepada masalah mereka itu.
b – Memberi penyelesaian dengan menawarkan produk
Setelah anda kemukakan masalah kepada pengunjung, kini anda hendaklah tawarkan produk yang boleh mengatasi masalah mereka itu tadi.
“Jangan risau dan bimbang, kini anda sudah mempunyai penyelesaiannya”
Ketahuilah bagaimana telah ramai pelanggan kami berjaya membina blog mereka sendiri dengan cepat dan pantas. Ianya sudah terbukti dipercayai. Memperkenalkan…..
“Panduan Bina Blog Express”
Contoh diatas, merupakan contoh bagaimana produk tersebut diperkenalkan kepada pengunjung. Mereka pasti berkata, “wahh..inilah yang aku cari selama ni..dah jumpa pun”….apakah perasaan anda kalau anda sebagai pemilik produk mendengar mereka berkata begitu? Mahu kembang kempis hidung dibuatnya ye tak ?
c – Nyatakan ciri-ciri produk
Aspek yang penting yang perlu diletakkan di dalam laman web perniagaan anda adalah, menyatakan ciri-ciri produk yang anda hasilkan tersebut(ebook) dan produk yang anda jual.
Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah adakah produk digital anda berbentuk video, ebook, penghantaran menggunakan link download, CD dan sebagainya.
Sekiranya produk fizikal pula, nyatakan bahan yang digunakan dan lain-lain lagi.
d – Menyatakan faedah
Inilah bahagian yang paling penting sekali. Apa yang mereka akan dapat sekiranya membeli produk anda?
Banyak contoh yang anda boleh rujuk untuk dijadikan panduan mengenai hal ini. Apa yang penting, biar bakal pembeli anda merasakan berbaloi membeli produk tersebut. Dan juga perlu diingatkan, jangan sesekali menipu pembeli ya
e – Testimoni
Kenapa perlu testimoni? Testimoni adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pembeli dan ianya juga dapat menggalakkan pelanggan lain untuk membeli produk anda. Cukup 2-3 testimoni sahaja. Testimoni yang terbaik adalah dari pengguna produk anda tersebut. Hubungi mereka dan nyatakan anda memerlukan testimoni dan minta mereka berikan gambar, url laman web dan nama.
f – Bonus PERCUMA
Satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya adalah memberikan BONUS PERCUMA kepada pembeli yang membeli produk anda. Siapa tidak suka benda percuma. Yang penting, bonus anda berkaitan dengan produk yang anda jual.
Ebook, tips-tips percuma, software dan sebagainya boleh anda jadikan bonus kepada pembeli anda.
g – Diskaun
Satu lagi cara yang menarik dan terbaik memikat hati pelanggan ialah dengan menawarkan diskaun terhadap produk yang dijual. Ianya bergantung kepada harga yang anda tawarkan. Anda boleh berikan diskaun sebanyak 20% atau 30%.
h – Program affiliate
Anda juga boleh menyediakan program affiliate untuk memasarkan produk anda secara meluas. Setiap jualan yang datang dari ejen-ejen affilaiet anda, anda akan memberikan komisen kepada mereka. Terpulang kepada anda berapa komisen yang anda tetapkan untuk satu-satu jualan. Jangan terlalu rendah sudahlah
i – Borang Pengesahan Pembayaran
Borang pengesahan pembayaran ini membolehkan pelanggan mengisi borang secara terus selepas pembayaran dilakukan. Ini menjimatkan masa kerana sebaik sahaja anda menerima email pengesahan pembayaran, anda boleh menghantar produk secepat yang mungkin kepada pelanggan. Pelanggan akan menerima produk dalam tempoh yang singkat. Ini menambahkan kepercayaan pelanggan kepada anda.
j – Borang hubungi
Saya merasakan anda wajib meletakkan borang hubungi dalam laman web perniagaan anda. Pengalaman saya, pembeli akan bertanya kepada saya mengenai produk yang saya jual dengan 1-2 soalan.
Anda juga boleh menggunakan Yahoo Messegger, Google Talk dan sebagainya untuk berkomunikasi dengan pelanggan anda.
Begitulah secara ringkas kandungan yang perlu ada di dalam laman web perniagaan anda. Saya harap, ianya menjadi panduan yang berguna kepada anda yang baru memulakan perniagaan internet. Nantikan sambungan artikel ini ya
Salam usahawan,
Mazlie Nadzri
Sphere: Related Content












