Archive | December, 2008

Berhijrah dari makan gaji…

Tags: , , , , , , ,

Berhijrah dari makan gaji…

Posted on 31 December 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Lama juga saya tak update artikel dalam blog ni. Saya sebenarnya baru balik dari kampung dan sibuk uruskan tempahan design pelanggan.

Saya hanya nak tinggalkan kepada anda beberapa soalan yang anda perlu jawab sendiri didalam hati, atau boleh juga tinggalkan di ruang komen blog saya.

Soalannya:

1. Adakah anda akan terus bergantung dengan ‘makan gaji’

atau

2. Membina perniagaan anda sendiri, berhijrah dari makan gaji kepada menjadi boss sendiri

Saya tertarik dengan tulisan ShamsuddinKadir di blognya, beliau menyatakan:

Ramai yang masih berkata, orang yang bisnes akan menghadapi risiko yang teruk di tahun 2009, mengikut kajian saya sejak dari kegawatan yang kedua iaitu pada tahun 1997-1998, orang yang makan gaji paling banyak mendapat kesan tidak baik. Manakala orang yang bisnes menerima limpahan kebaikan yang datang mendadak.

Semoga mendapat jawapan dalam keadaan yang tenang dan ikhlas

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (4)

672,000 wow!!!

Tags: , , ,

672,000 wow!!!

Posted on 28 December 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Anda terkejut dengan tajuk artikel di atas? Hehehehe…itu bukan income yang saya dapat. Kalau dapat camtu, saya kahwin hari ni jugalah.. :)

Ok..ok…serius-serius..sebenarnya saya rasa happy sebab blog saya tersenarai di ranking keempat dalam enjin carian Google dengan keyword artikel+perniagaan. Ranking keempat daripada 672,00 carian!!. Itu menggembirakan saya.Boleh lihat disini result carian di Google

Saya banyak menghantar url blog saya ke directory-directory besar seperti Blogtoplist, Blogtopsite dan banyak lagi. Selain sentiasa update artikel blog ini. Seperti yang saya pernah nyatakan dalam blog ini, impian IM adalah untuk menduduki carta top 10 didalam enjin carian Google. Sebab ianya memberi kelebihan kepada saya membina nama, menarik trafik dan sekaligus menjana income dari blog.

Kepada mereka yang ingin mencuba berada didalam top 10 di Google, bolehlah dapatkan ebook Panduan SEO Google yang ditulis oleh saudara Inspiration. Saya pernah post artikel khusus mengenai ebook ini sedikir masa lalu.

Banyak lagi keyword yang buatkan saya berada dalam 5 teratas, satu lagi keyword, kek+cawan, saya berada di nombor 3 teratas. Boleh lihat disini hasilnya.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: saya sedang bercuti di kampung ketika anda sedang membaca artikel ini :)

Sphere: Related Content

Comments (0)

Gambarkan dengan jelas apa yang anda mahu

Tags: , , , , ,

Gambarkan dengan jelas apa yang anda mahu

Posted on 25 December 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pernah tak anda mengalami peristiwa seperti di bawah:

ketika anda sedang fikirkan seseorang, tiba-tiba orang tersebut akan call anda, lalu anda pun cakap, saya baru fikirkan anda

Atau anda pernah mengalami peristiwa macam ni

anda rasakan perkara atau peristiwa yang berlaku, pernah anda fikirkan dalam minda anda

Inilah kuasa minda. Itu sebabnya penting anda menetapkan matlamat. Pastikan ianya sesuatu yang boleh dicapai kerana tanpa imej dan gambaran yang jelas tentang apa yang anda mahukan, anda tidak boleh membayangkan apa yang anda mahukan didalam minda anda. Sekiranya anda tidak boleh melihatnya, anda tidak akan mencapainya.

Di dalam buku Yes, You Can tulisan Jack Collis, beliau menyatakan, adalah mustahil bagi anda untuk mencapai sesuatu benda tanpa terlebih dahulu menggambarkan benda yang anda hajati. Tiada satu pun yang boleh dicapai tanpa terlebih dahulu melihatnya dalam imaginasi.

Beliau menulis lagi, dalam semua hal, idea, imej dan proses, penggambaran akan muncul terlebih dahulu sebelum perancangan mengenainya dapat dibuat. Selepas itu barulah apa yang dihajati boleh menjadi kenyataan.

Pengalaman saya

Saya pernah menggambarkan apa yang saya mahukan dengan menampal imej motorkegemaran saya di dinding bilik saya. Saya tampal selama 3 bulan, dan alhamdulilah, kini motor tersebut sudah saya milik.

Saya sudah lama praktikkan kaedah menggunakan minda ini. Kini saya menampal satu lagi imej benda yang saya mahukan di dinding bilik saya. Saya sedang menuju untuk mendapatkannya.

Kesimpulan

Ramai jutawan, usahawan yang berjaya menggunakan kaedah ini.  Mereka menggambarkan dengan jelas apa yang mereka mahukan. Saya teringat cerita dari seorang usahawan yang berjaya, katanya, setiap kali beliau lalu di depan rumah yang mewah, beliau sematkan dalam hati, beliau mahu miliki rumah tersebut satu hari nanti. Kini, impian tersebut telah menjadi kenyataan hasil imej rumah yang beliau nampak hari-hari telah disematkan didalam mindanya.

Kepada anda, gambarkan dengan jelas apa impian anda. Moga ianya menjadi kenyataan.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (8)

Selamat tahun 2009

Tags: , , , , , ,

Selamat tahun 2009

Posted on 24 December 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Tahun 2008 tidak lama lagi akan meninggalkan kita. Kini kita akan memasuki tahun 2009. Segala ‘buku’ tahun 2008 secara rasminya akan ditutup sebaik sahaja tahun 2009 menjelma.

Seperti menjadi kewajipan, ramai orang akan menceritakan mengenai azam yang baru dan yang lepas. Adakah tercapai atau sebaliknya dan apakah pula azam bagi tahun 2009 pula.

Seperti saya, alhamdulilah, banyak peningkatan pada tahun 2008 yang saya perolehi, namun ada juga yang gagal. Saya senaraikan beberapa diantaranya :

1. Mendaftar perniagaan Mazlie Nadzri Solution

Saya dah lama menetapkan azam nak daftar perniagaan saya. Namun asyik tertangguh. Dan, alhamdulilah, pada tarikh 18 Ogos lalu, saya berjaya mendaftar perniagaan saya dengan nombor pendaftaran 001791455-X

2. Ebook pertama saya

Alhamdulilah, saya juga berjaya melancarkan ebook pertama saya iaitu ebook Panduan Asas HTML. Ebook ini khas untuk mereka yang hendak memahami bahasa HTML. Banyak pengalaman saya dalam menghasilkan ebook ini. Saya menyifatkan ebook ini GAGAL. Bukan gagal dari aspek jualan, namun dari aspek proses penghasilannya. Saya sebenarnya boleh buat lagi baik. Tapi itulah pengalaman. Pengalaman itulah yang membuka mata saya.

Terima kasih kepada saudara Smartzul yang banyak menunjuk saya cara yang betul dalam melancarkan sesuatu produk.

Miliki autoresponder sendiri

Yang ini tiada dalam perancangan tahun 2008, namun ianya berjaya saya dapatkan atas nasihat Smartzul juga. Dan alhamdulilah, memang saya sangat-sangat puas hati bila menggunakannya. Saya sangat-sangat sarankan kepada mereka, dapatkan sekarang autoresponder anda sendiri, miliki mailing list sendiri dengan segera. Anda akan menyesal kalau masih bertangguh. Dapatkan disini

Saya mendapat pulangan 200% setelah menggunakan autoresponder!!

3. Ebook percuma

Saya juga berjaya menulis Panduan Setup Getresponse yang diberikan secara percuma. Ebook ini banyak membantu newbie yang baru nak menggunakan autoresponder getresponse.

4. Ebook Panduan Lengkap FLASH

Ebook ini berada dalam perancangan 2008, malah sudah membeli domain yang boleh anda lihat disini. Sudah siap ecover, sudah siap minisites dan ebook hanya tinggal 20% sahaja lagi, namun saya telah membuat keputusan untuk membatalkan jualan melalui ebook.

Saya akan menerbitkan buku untuk Flash ini, dan saya ubah kepada tajuk Panduan Membina Game Menggunakan Actionscript. Kalau jadi, ianya buku kedua saya selepas buku pertama yang bertajuk Flash 8 :P engenalan yang masih dijual di kedai-kedai buku berhampiran.

5. Projek Ruang Iklan

Saya sebelum ini ada memiliki laman web menjual ruang iklan yang saya namakan Iklan-Niaga. Projek ini berjalan untuk 2 tahun dan saya hentikan servisnya 2-3 bulan lepas. Saya tak tahu samada ingin meneruskan semula atau tidak, masih dalam pertimbangan.

Perancangan 2009

Untuk perancangan 2009 pula, ada 11 projek yang berjaya saya catitkan. Saya tidak akan ceritakan semuanya, antaranya saya perlu rahsia dahulu. Cuma yang saya fikir, saya tidak akan menghasilkan ebook sendiri pada tahun ini, tetapi untuk menjadi reseller, saya akan sertai. Sebab saya mendapat untung menjual produk reseller ini. Kita tidak payah susah buat ebook, hanya beli dan jual semula dengan keuntungan 100% milik kita sendiri. Bukankah ianya menarik? Saya ada satu lesen jualan semula untuk ebook saya, anda boleh dapatkan disini sekiranya berminat.

Cuma yang saya boleh beritahu adalah, saya akan cuba tulis 2 buku lagi untuk tahun 2009(tidak termasuk buku Flash di atas). Satu tajuk saya sudah dapatkan, cuma tinggal satu tajuk lagi masih mencari.

Main projek saya untuk tahun 2009 ini ialah servis. Salah satunya VirtualNiaga yang kini sedang berjalan, servis yang menawarkan pembinaan minisites, banner dan ecover untuk produk dan sebagainya.

Satu lagi servis sudah siap 80% dan insyaAllah akan dilancarkan pada tahun 2009 ini. Yang ini saya hanya outsourcekan sahaja nanti kerana saya dah jumpa beberapa individu yang berminat.

Dan akhir sekali, saya merancang untuk mendapatkan pendapatan RM10K pada tahun 2009. Saya rasakan ianya realistik berbekalkan perancangan yang diatur sekarang. Saya tidak mahu target terlalu tinggi kerana akan mengecewakan diri sendiri sekiranya gagal.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk anda mengenai perancangan 2009. Selebihnya nanti anda akan dimaklumkan oleh saya sendiri bila sudah sampai masa untuk dilancarkan beberapa projek 2009 tersebut.

Kesimpulan

Penting anda memiliki perancangan dalam perniagaan. Ianya akan menjadi penunjuk arah kepada perniagaan kita, sekiranya tiada perancangan, anda ibarat berjalan sambil tutup mata. Teraba-raba kemana nak pergi.

Rancanglah perniagaan anda. Sikit pun takpe, janji anda ada arah. Kalau tahun 2008 anda hanya setakat membaca dan menonton orang lain membina perniagaan di internet, kini anda perlu bertindak. Sudah sampai masanya. Jangan takut untuk bermula. Selagi tak mula, anda tidak tahu dimana kelemahan anda. Kita tidak sempurna, pasti ada kelemahan yang akan berlaku dalam perniagaan pertama anda.

Apa yang penting adalah, kemahuan. Kemahuan dari pelbagai aspek. Kemahuan mahu berjaya, kemahuan mahu belajar dan kemahuan tidak berputus asa. Just do it!!

Selamat tahun baru 2009

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (5)

Tags:

Tahukah anda

Posted on 23 December 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya nak tulis secara santai sahaja. Saya nak berkongsi dengan anda apa yang anda tidak tahu mengenai saya, moga lebih ‘rapat’ lagi..hohoho :)

1. Tahukah anda, saya adalah anak sulong daripada 5 orang adik beradik,dan kesemua adik beradik saya lelaki(selalu bergaduh masa kecik-kecik)

2. Tahukah anda, walaupun saya abang sulong kepada 4 orang lagik adik, tapi sayalah yang paling kecil sekali dalam keluarga. Sampaikan, kalau saudara mara datang, mereka tak sangka yang saya adalah abang sulong sebab saya kecil molek je :)

3. Tahukah anda, baru bulan lepas saya memiliki lesen motor dan kereta dan beli motor 2 bulan sebelum itu.

4. Tahukah anda, saya mudah menangis atau sebak terutama kalau baca kisah-kisah orang miskin (kalau ada siaran Bersamamu, saya akan tukar channel lain atau tutup tv)

5. Tahukah anda, saya kurang bersosial samada dengan rakan ofis dan rakan rumah, saya boleh duduk sehari suntuk dalam bilik. Kalau saya keluar, saya lebih suka sorang-sorang

6. Tahukah anda, saya didalam kategori SNA (Single Not Available) :)

7. Tahukah anda, saya meminati warna oren, ikutkan ada 5 baju warna oren tapi 2 dah hilang dan juga warna biru

8. Tahukah anda, saya sangat suka tengok game badminton kat tv. Pernah ponteng kerja semata-mata nak tengok live dalam tv tambahan kalau Piala Thomas

9. Tahukah anda, masa sekolah menengah, saya salah sorang kaki motor (bocor rahsia)

10. Tahukah anda, saya tidak mahir matematik

Itu sahaja kot. Kalau anda ada tulis begini dalam blog anda, beritahu daya di ruang komen, saya nak baca mengenai anda pula :)

wassalam

p/s: Saya hanya sentuh mengenai peribadi sahaja, malas nak sentuh mengenai perniagaan. Nak rehat

Sphere: Related Content

Comments (4)

Perniagaan ibarat memancing

Tags: , , , , , ,

Perniagaan ibarat memancing

Posted on 22 December 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Umpama memancing, begitu juga dengan perniagaan

Begitulah kata pemilik selaku Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn.Bhd yang lebih dikenali jenama Ramly Burger dipasaran tempatan.

Kata beliau lagi,

Jika orang memancing diberikan sebanyak manapun umpan, jika dia tidak berminat, tidak berhasil juga

Begitu juga dalam perniagaan, jika kita minat, kita akan berusaha bersungguh-sungguh dan berusaha menangani pelbagai cabaran yang datang walaupuan ianya perit.

Saya kagum dengan pencapaian beliau. Sudah hampir 30 tahun perniagaannya kekal kukuh yang pada asalnya hanya mempunyai 2 orang pekerja sahaja, dan kini sudah menggaji 400 orang pekerja  dengan penjualan sehari sebanyak 1000 keping dengan keuntungan RM400 juta setahun.

Beliau hanya memiliki SPM sahaja. Namun beliau percaya, perniagaan adalah sumber pendapatan yang paling besar. Bayangkan kalau beliau bekerja makan gaji? Adakah mampu beliau berjaya seperti ini? TIDAK sama sekali.

Kekecewaaan saya

Saya ingin meluahkan sedikit pandangan kepada mereka yang masih ragu-ragu dengan dunia perniagaan. Saya masih tidak faham mengapa orang melayu memandang serong kepada orang yang ingin berniaga tidak kira online ataupun offline.

Bila kita suarakan kita hendak berniaga, pelbagai macam kata-kata yang akan keluar. Pelbagai perkara negatif yang mereka sogokkan kepada kita. Bukan menggalakkan, tapi melemahkan.  Memang betul, kita bekerja makan gaji, tiap-tiap bulan kita akan mendapat duit, kita tidak perlu risau. Tapi adakah kita nak begitu sampai ke tua? Mengapa tidak berani untuk berniaga? Mengapa kita tidak mempunyai impian untuk membuka perniagaan?

Inilah masalah orang melayu. Masalah inilah yang menyebabkan pengangguran yang banyak dan malangnya orang melayu paling ramai. Kalau hendak berniaga, nak mulakan dengan modal yang juta-juta. Hati tak lepas daripada perasaan nak berlagak!! Sekiranya gagal, menyalahkan orang.

Kita orang melayu merasa bangga memberikan duit kepada bangsa asing. Tersenyum mendengar kejayaan bangsa asing di bumi kita dalam perniagaan. Tidak cuba untuk menggalakkan orang kita sendiri berniaga.

Bagi saya, saya tidak akan mempedulikan apa yang mereka cakap. Cakaplah sampai berbuih mulut, saya akan memekakkan telinga dan buat apa yang saya nak buat.

Kegagalan adalah manis bila kita sudah mencapai kejayaan

Kesimpulan

Bila kita sudah bermula, jangan memandang ke belakang. Jangan merasa menyesal dengan keputusan yang dibuat. Teruskan ke depan.

Saya suka menasihatkan anda selalulah membaca kisah usahawan-usahawan yang berjaya. Selami bagaimana kepayahan yang mereka pernah alami. Dapatkan Harian Metro setiap ahad, dan buka muka surat tengah-tengah, akan ada disiarkan cerita mengenai usahawan-usahawan Bumiputera yang berjaya tiap-tiap minggu. Bacalah kalau anda memang benar-benar mencintai perniagaan. Saya hanya beli semata-mata nak membaca kisah-kisah tersebut.

Marilah berniaga

Mazlie Nadzri

p/s: Saya sedang menunggu seorang IM yang akan membuka pejabatnya di Setapak tahun 2009. Saya doakan dia berjaya. Saya sangat kagum dengan dia ni :)

Linking Posts

Sphere: Related Content

Comments (9)

Tags: , , , , , ,

Tips mendapat tempahan

Posted on 21 December 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Dalam zaman kegawatan ekonomi yang sedang melanda dunia kini, segala bentuk perniagaan merasa tempiasnya. Para usahawan samada online ataupun offline bertungkus lumus mencari idea bagi menjual produk, menerima tempahan dan sebagainya.

Tips mendapat tempahan

Bagi saya, untuk mendapat tempahan design, saya menggunakan kaedah meninjau laman web jualan produk-produk di internet, mencari mana-mana laman web jualan yang tidak mampu menarik pelanggan(dalam kes saya adalah design), saya akan meluangkan masa men’design’ laman web tersebut dengan grafik yang segar, professional dan berkualiti dan akan menghubungi pemilik laman web tersebut dan saya nyatakan saya telah redesign laman web beliau, sekiranya berminat, boleh beritahu saya.

Kaedah ini selalunya mendapat respon yang positif. Kebanyakan laman web produk yang begini(tidak menarik) adalah disebabkan mereka yang design sendiri, sedangkan mereka tidak tahu penggunaan warna, font yang sesuai dan sebab itulah laman web mereka tidak menarik.

Jadi, kita perlu bijak mengambil peluang ini. Hasilkan laman web yang menarik yang sangat berbeza dengan laman web asal. Jika perlu diberikan diskaun, tidak mengapa, anda boleh pertimbangkan, ialah, anda telah pun meluang masa untuk design web mereka, tak salah rasanya berikan diskaun sebab atas kerelaan kita sendiri offer pada mereka.

Kalau tiada yang berminat?

Jawapannya mudah sahaja, anda boleh jadikan portfolio. Itu sahaja. Itu sebab saya dan nyatakan pada post yang lepas disini , bila perniagaan yang kita buat itu datang dari jiwa kita, kita akan melakukannya dengan rela hati, tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Semalam saya baru sahaja selesai design laman web jualan ebook, saya design tak sampai sehari dan emailkan kepada pemilik tersebut. Cuba fikirkan apakah jawapan daripada pemilik tersebut? :)

Kesimpulan

Dalam masalah ekonomi sekarang ini, kita perlu melakukan kerja lebih selain kreatif. Pelbagai laman web jualan kini muncul, semalam pun saya baru sahaja selesai tolong seorang member beli domain+hosting, katanya nak jual produk.

Jadi, anda kena bijak curi peluang ini. Tawarkan kepada mereka kepakaran anda. Jangan hanya menunggu mereka yang menyapa kita, tapi kita juga perlu menyapa mereka.

Selamat mencuba

Mazlie Nadzri

p/s: Saya mungkin banyak menyentuh mengenai tips perkhidmatan selepas ini :)

Sphere: Related Content

Comments (1)

Tags: ,

Google Friend Connect

Posted on 19 December 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Tak tahu samada saya tak perasan atau benda ni baru lagi, saya nak share satu lagi tools dari Google yang dipanggil Google Friend Connect . Saya terjumpa tadi ketika sedang tinjau-tinjau blog mat salleh.

Apa yang saya faham, tools ini sama dengan tools yang lain seperti MyBlogLog dan lain-lain. Saya baru terjumpa tadi, tak sempat nak kaji lebih mendalam.

Anda boleh cuba melalui link disini

Semoga bermanfaat

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (1)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest