Gambarkan dengan jelas apa yang anda mahu

Posted on 25 December 2008 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pernah tak anda mengalami peristiwa seperti di bawah:

ketika anda sedang fikirkan seseorang, tiba-tiba orang tersebut akan call anda, lalu anda pun cakap, saya baru fikirkan anda

Atau anda pernah mengalami peristiwa macam ni

anda rasakan perkara atau peristiwa yang berlaku, pernah anda fikirkan dalam minda anda

Inilah kuasa minda. Itu sebabnya penting anda menetapkan matlamat. Pastikan ianya sesuatu yang boleh dicapai kerana tanpa imej dan gambaran yang jelas tentang apa yang anda mahukan, anda tidak boleh membayangkan apa yang anda mahukan didalam minda anda. Sekiranya anda tidak boleh melihatnya, anda tidak akan mencapainya.

Di dalam buku Yes, You Can tulisan Jack Collis, beliau menyatakan, adalah mustahil bagi anda untuk mencapai sesuatu benda tanpa terlebih dahulu menggambarkan benda yang anda hajati. Tiada satu pun yang boleh dicapai tanpa terlebih dahulu melihatnya dalam imaginasi.

Beliau menulis lagi, dalam semua hal, idea, imej dan proses, penggambaran akan muncul terlebih dahulu sebelum perancangan mengenainya dapat dibuat. Selepas itu barulah apa yang dihajati boleh menjadi kenyataan.

Pengalaman saya

Saya pernah menggambarkan apa yang saya mahukan dengan menampal imej motorkegemaran saya di dinding bilik saya. Saya tampal selama 3 bulan, dan alhamdulilah, kini motor tersebut sudah saya milik.

Saya sudah lama praktikkan kaedah menggunakan minda ini. Kini saya menampal satu lagi imej benda yang saya mahukan di dinding bilik saya. Saya sedang menuju untuk mendapatkannya.

Kesimpulan

Ramai jutawan, usahawan yang berjaya menggunakan kaedah ini.  Mereka menggambarkan dengan jelas apa yang mereka mahukan. Saya teringat cerita dari seorang usahawan yang berjaya, katanya, setiap kali beliau lalu di depan rumah yang mewah, beliau sematkan dalam hati, beliau mahu miliki rumah tersebut satu hari nanti. Kini, impian tersebut telah menjadi kenyataan hasil imej rumah yang beliau nampak hari-hari telah disematkan didalam mindanya.

Kepada anda, gambarkan dengan jelas apa impian anda. Moga ianya menjadi kenyataan.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Share/Save/Bookmark

Sphere: Related Content

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

7 Comments For This Post

  1. rusliesophian Says:

    Assalamualaikum Mazlie,
    Perkara begini memang sering terjadi pada saya. Baru semalam saya teringatkan seorang kawan, tiba-tiba aje dia menghubungi saya bertanya khabar.
    Kadang2 bila kita berada di suatu tempat, minda kita terus berputar mengatakan yang sememangnya kita dah pernah berada di situ. Tetapi bila? Mungkin itulah kuasa minda kita.
    Pernah saya berangan giler untuk memiliki kereta BMW keluaran terbaru, alhamdulillah saya mampu milikinya.
    Terbaru saya dibawa oleh seorang kawan melihat tanah dusun yang hendak dijual. Saya betul2 giler dgn dusun itu yang sungguh cantik. Sehingga tidur malam pun jelas tergambar dalam ingatan saya. Akhirnya alhamdulillah dusun itu milik saya sekarang.
    Dan untuk tahun 2009 ini saya gambarkan blog yang cantik dan menarik dgn banyak iklan…insya-Allah ianya akan tercapai.
    Akhir kata selamat menyambut tahun baru 2009 kepada Mazlie dan semua rakan2 dalam dunia ini.
    Salam sejahtera kepada semua.

  2. mazlienadzri Says:

    Salam..

    wow…hebat tu bro…tahniah dah dapat apa yang anda impikan…itulah, memang ianya berkesan sekiranya kita gambarkan dengan jelas dalam minda kita.

    Tahniah sekali lagi…mungkin lepas ni, saya nak gambarkan kereta pula :p

  3. rusliesophian Says:

    Insya-Allah apa yang kita cita-cita dan idamkan akan kita perolehi sekiranya difokuskan betul-betul.
    Tetapi banyak kali juga dalam kerjaya dan bisnes saya telungkup. Itu pula tak tahulah di mana silapnya. Mungkin amal ibadat yang kurang, amal jariah yang kurang dan tak bayar zakat harta dan pencarian. Maka pesan saya, marilah kita sama2 renung-renungkan.
    12 tahun saya pernah tinggal di Kajang dalam keadaan jatuh bangun dan berpindahrandah.
    Pengalaman hidup itu rasa terlalu pahit untuk ditelan, tetapi sayang pula hendak diluahkan.
    Kuatkan iman cekalkan semangat dalam menempuh dugaan. Insya-Allah kita akan berjaya melepasinya.

  4. mazlienadzri Says:

    Thanks bro..satu perkongsian yang menarik dan boleh jadikan teladan..

    Moga bertambah rezeki bro lagi :)

  5. khai Says:

    Sekarang baru saya tahu apa itu sebenarnya kuasa minda. Rupa-rupanya setiap orang kat dunia ni memiliki kuasa minda ini. sebelum ini mmg sy pnah dengar istilah tersebut melalui artikel di blog-blog lain. Tetapi peneranganya kurang jelas dan terlalu menyeleweng sehingga sy ingatkan kuasa minda ni sesuatu kemampuan ‘extraordinary’ bagi seseorg yg bgelar manusia.

    Sy mmg banyak mengalami pristiwa tersebut, tetapi xdpt nk istilahkan apakah bendanya ini, sehinggalah sy menjumpai artikel dr bro ni. Thanks bro kerana perkongsian maklumat yg ringkas & padat ni. ‘You straight to the point’.

    Skrg barulh sy faham yg kuasa minda ni adalah satu lakaran pelan yg akan berlaku dalam hidup kita ini pd masa akan datang. Kuasa minda ini blh dikuatkan dgn cara sperti yg bro buat utk mendapatkan motosikal yg bro idamkan iaitu dgn menampal gambar motosikal tersebut.

    Dan apa yg bro rusliesophian tu katakan mmg benar. Amal ibadat dalam kehidupan seharian kita adalah amat penting utk menerbitkan fokus kpd apa yg tergambar di minda kita. Tanpa itu semua, apa yg tergambar di dalam minda kita akan bertukar menjadi angan-angan kosong.

  6. mazlienadzri Says:

    Ya..lebih kurang begitulah…kita gambarkan apa yang kita mahu dalam minda kita dengan pelbagai cara. Seperti saya, saya suka tampalkan di dinding bilik saya apa yang saya mahu.

    Segala perancangan dan sebagainya. Kita akan digerakkan secara tidak sedar ke arah untuk mencapainya..

    moga berjaya

    p/s: saya balik kampung petang ni :)

  7. rusliesophian Says:

    Kuasa minda ini sememangnya hebat sekira kita fokus dan berikan tumpuan sepenuhnya.
    Apabila berdetik saja di hati kita sesuatu yang kita hajati…ia akan terus menular ke minda kita. Di situ kita gambarkan betul-betul beserta dengan niat yang ikhlas…insya-Allah apa yang dihajati itu akan termakbul.

1 Trackbacks For This Post

  1. Tutup buku lama, buka buku baru -- Wanita & Komputer Says:

    [...] Cara saya menggapai impian hidup saya Share and [...]

Leave a Reply

Mininiaga

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest