Seperti biasa, saya pasti, ramai akan membicarakan mengenai azam tahun 2010. Bagi saya, alhamdulilah, ada beberapa azam yang saya tanamkan pada tahun 2009 telah pun berjaya dicapai. Berikut seperti dibawah ini:
1. Buku kedua dipasaran
Alhamdulilah, buku kedua saya sudah pun berada dipasaran. Buku tersebut adalah dalam niche multimedia. Tajuk buku adalah ‘Pembangunan Aplikasi Permainan Komputer Menggunakan Flash dan ActionScript 2.0 (Aras Pertengahan)’. Buku pertama saya telah berada dipasaran 2 tahun yang lepas.
2. Rangking blog
Azam saya pada tahun 2009 juga adalah untuk menempatkan blog saya berada dibawah 1juta, alhamdulilah, sudah berjaya mencapai target. Kini blog saya berada di tangga 700,000++, menurut maklumat yang disediakan oleh Alexa.com. Jumlah pengunjung juga semakin bertambah dari hari ke hari. Pada pertengahan tahun 2010, saya target untuk mencapai rangking 500+++ ke bawah pula.
3. Hasil pendapatan meningkat
Alhamdulilah, pendapatan pada tahun 2009 semakin meningkat berbanding pada tahun 2008 sewaktu mula-mula terbabit dalam dunia IM.
Pendapatan tersebut bertambah dengan beberapa cara seperti jualan produk sendiri, affiliate dan servis. Ketiga-tiga ini adalah sumber utama saya di internet ketika ini. InsyaAllah, pada tahun 2010 pula, ada tambahan iaitu menerusi royalti buku pula(buku pertama bukan royalti, saya mendapat bayaran secara pukal)
Dan target untuk tahun 2010 sudah semestinya untuk meningkatkan lagi pendapatan saya menerusi internet ini sebab pada tahun 2010 saya akan berkahwin…hohohohho
4. Produk sendiri
Alhamdulilah, beberapa projek saya sendiri telah berjaya dihasilkan seperti Sistem Easy Order Form versi (1.0) yang kini dalam proses upgrade versi 2.0 , Raja Grafik Icon, Twitter-Mania dan servis design Peel Away Ads.
InsyaAllah, pada tahun 2010 nanti, ada beberapa projek akan dihasilkan dan lebih kepada perkhidmatan.
Perubahan tahun 2010
Itu antara beberapa azam tahun 2009 saya yang berjaya dilaksanakan. Bagi tahun 2010 pula, saya belum menetapkan secara terperinci azam saya, tetapi, akan ada perubahan untuk diri saya terhadap dunia IM ini. Antaranya :
1. Tiada lagi promosi PPL
Saya akan berhenti terus promosi program PPL. Ini adalah keputusan saya. Perkara ini dah lama saya fikirkan, tetapi saya masih terus lakukan untuk 2009, tetapi pada tahun 2010, memang saya tidak akan terima lagi JV untuk program PPL. Saya ada alasan tersendiri kenapa saya mahu berhenti, sebab saya dah merasa kesannya yang ‘dasyat’ terhadap perjalanan bisnes saya. Tak perlulah saya beritahu disini kenapa.
2. JV produk
Untuk tahun 2010, saya lebih berhati-hati dengan mana-mana JV yang dijemput. Selalunya saya akan berkata ‘YA’, tapi untuk tahun 2010, saya tidak akan sewenang-wenangnya mengatakan YA lagi. Untuk produk buat duit, mungkin saya lebih banyak berkata TIDAK selepas ini, tetapi untuk produk teknikal, sangat-sangat dialu-alukan untuk JV. Contoh produk teknikal seperti software, panduan website, dan seumpama dengannya.
3. Pengiklanan di blog
Ramai yang email saya, tak buka ruang untuk pengiklanan di blog? InsyaAllah, tahun hadapan akan saya buka ruangan iklan, memandangkan trafik di blog saya semakin bertambah. Harga iklan akan saya maklumkan dalam satu artikel khusus nanti. Jadi, yang berminat, boleh alert dengan pengumuman ini nanti.
Akhir sekali…
Dengan beberapa ‘kejayaan’ yang saya perolehi pada tahun 2009, akan terus memberikan semangat kepada saya khususnya untuk terus ke hadapan membina kejayaan. Saya harap, anda juga telah bersedia untuk menempuh tahun 2010 yang semakin mencabar samada didalam kerjaya, kehidupan dan sebagainya.
Tidak perlu meletakkan azam yang terlalu banyak kalau anda tidak berkeupayaan melaksanakannya. Cukup satu dua, rancangkan perlaksanaannya dan rasai kejayaannya, insyaAllah, anda akan lebih bersemangat, bermotivasi untuk menempuh tahun-tahun yang akan datang
Selamat Tahun Baru 2010!
Ikhlas,
Mazlie Nadzri
Sphere: Related Content



















