Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Sifat cemburu adalah satu sifat yang memang ada dalam jiwa manusia. Malah ada pepatah yang berbunyi:
cemburu tanda sayang
Pepatah ini menunjukkan, kalau anda takde perasaan cemburu dalam perhubungan, anda tidak sayang pasangan anda..hohoho..betul ke?
Dalam dunia perniagaan, saya yakin, setiap usahawan akan mempunyai perasaan cemburu melihat kejayaan usahawan-usahawan lain. Yela, ada yang mendapat income sebanyak RM10ribu, RM20ribu malah ada yang mendapat RM30ribu sebulan. Bagi saya, kalau tiada langsung perasaan cemburu terhadap kejayaan mereka, anda bukanlah manusia yang normal!! Saya sendiri mengaku yang saya ‘cemburu’ dengan kejayaan mereka.
Cemburu yang bagaimana?
Persoalannya, cemburu bagaimana yang dibenarkann? adakah dengan cemburu yang membabi buta seperti ingin menjatuhkan perniagaan mereka, sabotaj, buat fitnah malah sampai hendak membunuh!!!(hoh!!belum ada lagi keluar dalam paper, usahawan internet kena bunuh sebab cemburu dengan perniagaan mereke)
Apa yang sepatutnya anda lakukan adalah berusaha ingin menjadi seperti mereka. Kaji, bagaimana mereka berjaya sampai ke tahap tersebut. Bukannya menjadikan mereka musuh. Ada beberapa usahawan yang kini membuka bengkel memulakan perniagaan internet. Mengapa anda tidak mengikuti bengkel tersebut? Satu jawapan yang saya pasti adalah kerana ego dan hasad dengki menguasai diri. Inilah masalahnya.
Dalam mencipta kejayaan, kita tidak perlu mencipta formula yang baru, kita hanya perlu mengikuti jejak mereka. Bagaimana? Bergaul bersama mereka, berkongsi-kongsi pandangan, ikuti seminar/bengkel yang mereka adakan, beli produk mereka sekiranya ada dan banyak lagi.
Kita seringkali melihat kesalahan orang lain, tetapi sangat jarang melihat kesalahan yang ada pada diri sendiri. Sudahlah mereka berkongsi ilmu dengan anda, tetapi tidak menghargai, mencaci, memaki hamun, itukah sifat orang nak berjaya?
Sekiranya anda peka dengan dunia perniagaan internet, mereka-mereka ini akan bersama-sama membantu sesama mereka dalam penjualan produk dan sebagainya. Mereka menolong diantara satu sama lain. Mereka menghubungi usahawan-usahawan lain untuk bekerjasama dengan mereka.
Saya bangga melihat seorang demi seorang usahawan internet muncul. Saya bangga mereka mendapat pulangan yang lumayan walaupun mengatasi diri saya sendiri. Itulah rezeki. Mengapa perlu dengki, anda usaha, anda akan mendapat balasan yang setimpal dengan usaha anda, anda malas, anda dapat pulangan yang sesuai. Itu sahaja.
Salam usahawan,
Mazlie Nadzri
p/s: Sedikit permintaan, marilah kita bersama-sama mendoakan ketabahan dan kemenangan ke atas saudara islam kita di Palestin yang kini menerima ujian yang sangat-sangat besar. Setiap kali tengok dalam tv berita mengenai keadaan disana, rasa sebak dan sedih dengan penderitaan mereka. Moga mereka-mereka yang terkorban mendapat ‘pangkat’ syahid disisi Allah. Amin
Sphere: Related Content
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!









January 7th, 2009 at 12:22 pm
Saya ni terpaksa guna cc sebab line broadband masalah kat rumah. Pada pendapat saya, kalau kita tak cemburu dengan kejayaan IM lain memang tak de perasaan nak bersaing atau memajukan dirilah maknanya tu.
Cepat berpuas hati boleh menyebabkan kita tak boleh pergi jauh.
Tapi cemburu tu biarlah kena pada tempatnya.Kita perbaiki lagi atau buat lebih baik dari mereka.
Bergaul dengan orang yang dah berjaya akan membawa kita ke arah yang betul.lagi satu, mereka ni banyak tips..so dapat le ceduk mana yang kita belum apply kat laman web atau blog kita.
Itu pendapat saya yang masih belajar lagi ni
January 13th, 2009 at 3:18 pm
saya setuju dengan sifat “cemburu” yang bro cuba ketengahkan disini.
Mereka sepatutnya mengikuti langkah2 para usahawan yang berjaya. Ini tidak, kebanyakannya cuba menjatuhkan mereka dengan cacian, kutukan dan kritikan yang tidak mempunyai unsur-unsur dorongan.
Harap2 pasni xdela cemburu membabi buta
http://jusbuah.blogspot.com
July 17th, 2009 at 11:32 pm
cemburu negatif, seperti denki,iri hati ingin menjatuhkan, tidak puas dengan rezeki sendiri, iri pada rezeki orang lain, ingin mereka bangkrut, sabotase, fitnah, dll, perbuatan syetan yang harus dijauhi……
salam usahawan,
dicky-akupunturis indonesia