Archive | January, 2009

Ilmu dunia vs ilmu akhirat

Tags: , , , ,

Ilmu dunia vs ilmu akhirat

Posted on 13 January 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ada orang berkata, mereka sudah pun membuat apa juga cara untuk berjaya didalam perniagaan mereka seperti, membuat solat sunat Dhuha setiap hari pada waktu pagi, bersedekah, berbuat baik terhadap orang kedua ibu bapa, namun masih lagi kesempitan wang, perniagaan pun tidak maju-maju.

Ya, apa yang dilakukan di atas adalah perkara yang sangat baik, malah digalakkan didalam agama kita sendiri. Namun satu persoalan yang saya ingin timbulkan disini, jika kedai atau perniagaan kita terletak dikawasan tiada orang, adakah tidak cukup lagi kita bersedekah?

Anda mempunyai produk yang sangat tip top, tetapi tidak membuat marketing, adakah tidak cukup solat sunat Dhuha yang hari-hari yang anda lakukan?

Kesimpulan

Didalam apa juga perkara yang kita lakukan, perlulah mempunyai ilmu.  Berkaitan hal diatas, satu jawapan sahaja iaitu ilmu perniagaan. Tidak jadi hanya sekadar bersedekah sekiranya kita sebagai usahawan tidak tahu hal-hal berkaitan promosi, kewangan dan lain-lain. Biarlah ianya seimbang ilmu dunia dan akhirat, barulah ianya menampakkan hasil yang mengagumkan.

Jangan menyalahkan Allah sekiranya tidak dapat apa yang anda hajati, tetapi perlulah muhasabah diri sendiri, apa kekurangan kita sehingga kita tidak berjaya dan sebagainya.

Yang mengoreksi diri :)

Mazlie Nadzri

p/s: Mari buat duit melalui Youtube. Youtube bukan sekadar berhibur, tapi dah terbukti mampu memberikan duit tambahan kepada saya. Cubalah disini

Sphere: Related Content

Comments (0)

Iktibar dari Palestin…

Tags: , , , , , ,

Iktibar dari Palestin…

Posted on 08 January 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Lama juga saya tidak update blog ni. Sibuk sikit sekarang. Tengah sibuk buat marketing untuk servis yang saya tawarkan. Baru lepas design secara percuma satu produk yang akan dilancarkan oleh seorang otai IM tempatan. Siapa ya? just tunggu saje. Mengapa percuma? Saya nak buat viral marketing..hohoho :)

Jihad nyawa di Palestin

Sekarang ini saudara kita sedang di ganyang di tanah air mereka sendiri oleh zionis Israel. Saya sangat sedih melihat saudara-saudara kita disana yang mati dibunuh terutamanya kanak-kanak, wanita dan orang tua.

Kini mereka diWAJIBkan untuk berjihad nyawa menentang musuh dalam situasi disana. Dan negara-negara islam yang lain hanya setakat berarak, memboikot yang termampu. Adakah ianya berkesan?. Ya, saya tidak nafikan ianya salah satu cara ‘menentang’ musuh(israel/barat). Tapi secara hakikatnya, ia tidaklah mampu memberi impak 100% kepada musuh.

Jihad ekonomi

Salah satu cara untuk menentang barat adalah hanya melalui ILMU dan EKONOMI. Kita memboikot produk barat sekiranya ada pilihan, bagaimana sekiranya kita tiada pilihan? Disinilah puncanya. Cuba bayangkan kita umat islam mempunyai produk sehebat barat di dunia seperti komputer ciptaan orang islam dan produk-produk yang lain? Kita akan menguasai ekonomi dunia. Percayalah, kita tidak akan senang-senang dilanyak seperti sekarang.

Pada pandangan saya, ianya sedikit sebanyak adalah dari kesilapan diri umat islam itu sendiri. Tengoklah sendiri di negara kita, ekonomi dikuasai oleh bangsa asing. Mujurlah menteri kewangan kita masih orang islam(melayu), tapi akan datang bagaimana? Kita perlu berjihad membina perniagaan.

Jihad adalah bermaksud kesungguhan. Jadi disini dapat difahami, kita perlu bersungguh membina ekonomi umat islam. Menguasai perdagangan, perindustrian, kewangan dan lain-lain.

Jangan kita biarkan duit kita diberikan kepada kaum lain. Jangan sampai songkok pun dihasilkan oleh kaum lain. Jangan sampai sejadah kita dihasilkan oleh kaum lain(dah ada pun). Tidakkan kita sebagai umat islam merasa rugi?

Seperti yang dikatakan oleh Chef Li dalam buku beliau, jangan sampai perayaan Tahun Baru Cina dan Krismas nanti diistihar sebagai  perayaan nasional akibat kelemahan kita sendiri.

Jadi, pasanglah impian untuk membina perniagaan. Jangan terus menerus membiarkan kita ditindas dan diperlekehkan oleh kaum lain. Saya percaya, ini adalah salah satu cara berjihad menentang musuh, bukan hanya berjihad mengangkat senjata.

Hanya sekadar pandangan peribadi,

Mazlie Nadzri

p/s: Anda tidak mempunyai blog, dapatkan ebook Panduan Kit Blogger disini segera

Sphere: Related Content

Comments (4)

Tags: , , , ,

Kejayaan orang lain..anda cemburu?

Posted on 04 January 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sifat cemburu adalah satu sifat yang memang ada dalam jiwa manusia. Malah ada pepatah yang berbunyi:

cemburu tanda sayang

Pepatah ini menunjukkan, kalau anda takde perasaan cemburu dalam perhubungan, anda tidak sayang pasangan anda..hohoho..betul ke?

Dalam dunia perniagaan, saya yakin, setiap usahawan akan mempunyai perasaan cemburu melihat kejayaan usahawan-usahawan lain. Yela, ada yang mendapat income sebanyak RM10ribu, RM20ribu malah ada yang mendapat RM30ribu sebulan. Bagi saya, kalau tiada langsung perasaan cemburu terhadap kejayaan mereka, anda bukanlah manusia yang normal!! Saya sendiri mengaku yang saya ‘cemburu’ dengan kejayaan mereka.

Cemburu yang bagaimana?

Persoalannya, cemburu bagaimana yang dibenarkann? adakah dengan cemburu yang membabi buta seperti ingin menjatuhkan perniagaan mereka, sabotaj, buat fitnah malah sampai hendak membunuh!!!(hoh!!belum ada lagi keluar dalam paper, usahawan internet kena bunuh sebab cemburu dengan perniagaan mereke)

Apa yang sepatutnya anda lakukan adalah berusaha ingin menjadi seperti mereka. Kaji, bagaimana mereka berjaya sampai ke tahap tersebut. Bukannya menjadikan mereka musuh. Ada beberapa usahawan yang kini membuka bengkel memulakan perniagaan internet. Mengapa anda tidak mengikuti bengkel tersebut? Satu jawapan yang saya pasti adalah kerana ego dan hasad dengki menguasai diri. Inilah masalahnya.

Dalam mencipta kejayaan, kita tidak perlu mencipta formula yang baru, kita hanya perlu mengikuti jejak mereka. Bagaimana? Bergaul bersama mereka, berkongsi-kongsi pandangan, ikuti seminar/bengkel yang mereka adakan, beli produk mereka sekiranya ada dan banyak lagi.

Kita seringkali melihat kesalahan orang lain, tetapi sangat jarang melihat kesalahan yang ada pada diri sendiri. Sudahlah mereka berkongsi ilmu dengan anda, tetapi tidak menghargai, mencaci, memaki hamun, itukah sifat orang nak berjaya?

Sekiranya anda peka dengan dunia perniagaan internet, mereka-mereka ini akan bersama-sama membantu sesama mereka dalam penjualan produk dan sebagainya. Mereka menolong diantara satu sama lain. Mereka menghubungi usahawan-usahawan lain untuk bekerjasama dengan mereka.

Saya bangga melihat seorang demi seorang usahawan internet muncul. Saya bangga mereka mendapat pulangan yang lumayan walaupun mengatasi diri saya sendiri. Itulah rezeki. Mengapa perlu dengki, anda usaha, anda akan mendapat balasan yang setimpal dengan usaha anda, anda malas, anda dapat pulangan yang sesuai. Itu sahaja.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Sedikit permintaan, marilah kita bersama-sama mendoakan ketabahan dan kemenangan ke atas saudara islam kita di Palestin yang kini menerima ujian yang sangat-sangat besar. Setiap kali tengok dalam tv berita mengenai keadaan disana, rasa sebak dan sedih dengan penderitaan mereka. Moga mereka-mereka yang terkorban mendapat ‘pangkat’ syahid disisi Allah. Amin

Sphere: Related Content

Comments (3)

Menjana wang dalam kemelesetan ekonomi

Menjana wang dalam kemelesetan ekonomi

Posted on 04 January 2009 by mazlienadzri

Nota: Artikel ini khas untuk Newbie, bagi mereka yang sudah tahu, mungkin anda akan boring..hohoho :)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Tahun 2009 adalah tahun paling mencabar seperti yang didedahkan didalam media massa dan elektronik. Kemelesetan ekonomi yang paling teruk diramalkan pada tahun ini.

Rakyat kini sudah merasakan tempiasnya. Dan juga, bertambahlah jumlah pengunjung melayari internet untuk mencari duit. Sekiranya yang bijak dan berilmu, mereka akan mencari program-program yang menambah pendapatan yang SAH, dan pada mereka yang baru pertama kali melayari internet, golongan ini akan mudah terpengaruh dengan pelbagai program yang MENIPU orang ramai.

Salah satu cara mendapatkan duit di internet adalah ‘bermain’ dengan program Google Adsense. Bagi yang tidak pernah mendengar program ini, program ini amat popular di internet, ada yang memang membuat kerja full time hanya melalui Adsense dan menjana beribu-ribu sebulan.

Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk join program ini. Kalau takde internet di rumah, anda boleh meluangkan masa beberapa jam di CyberCafe dan kalau duit di akaun adsense anda mencecah US100(RM350), cek akan sampai ke rumah anda :)

Anda boleh start dengan menggunakan blogspot sahaja sekiranya tiada modal untuk membeli hosting sendiri.

Bagaimana??

1. Ebook Raja Adsense

Bagi mereka yang tidak pernah tahu bagaimana hendak bermula, anda saya sarankan dapatkan ebook Raja Adsense disini. Ebook ini adalah ebook pertama yang dihasilkan didalam bahasa Malaysia berkaitan Adsense. Ia adalah ebook asas.

Dengan Panduan Raja Adsense…

1. Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk promosi

2. Anda tidak perlukan modal untuk membangunkan laman web

3. Anda tidak perlu kemahiran menulis iklan

4. Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk nama domain

5. Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk hosting

2. Ebook 101 Tips Adsense Terbongkar

Bagi mereka yang sudah memiliki akaun Adsense, tapi mendapat klik yang rendah, anda juga digalakkan mendapatkan ebook 101 Tips Adsense Terbongkar

Melalui panduan ini, anda akan pelajari:

1. Menggandakan pendapatan adsense anda

2. Tip-tip dari pakar adsense tempatan

3. 101 tip ini telah dicuba dan ianya sememangnya berkesan

4. 5 pakar adsense tempatan mendedahkan rahsia dan tips mereka menjana beribu-ribu sebulan.

6. Ebook ini juga menerangkan langkah yang sangat MUDAH bagaimana mendapat pengesahan membuka akaun Adsense dengan segera. Anda akan terkejut. Sebelum ini, akaun saya tidak di’approved’ oleh pihak Google, selepas menggunakan teknik yang diajar, dalam sehari saya sudah berjaya membuka akaun Adsense, saya siap ucapkan terima kasih kepada penulis :)

….dan banyak lagi.

Jadi, anda bolehlah bermula sekiranya berminat. Saya sudah memiliki kedua-dua ebook ini. Saya kini ada 2 blog yang saya gunakan untuk program Adsense ini. Berminat, boleh dapatkan salah satu ebook di atas atau kedua-duanya sekali melalui link dibawah:

Ebook Raja Adsense

Ebook 101 Tips Adsense Terbongkar

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (1)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest