Archive | February, 2009

Ayah saya meninggal dunia dan pengumuman

Ayah saya meninggal dunia dan pengumuman

Posted on 25 February 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Mungkin ada yang dah tahu atau belum tahu, ayah saya telah meninggal dunia pada 21hb pukul 6.30 petang. Saya sebenarnya telah berada dikampung pada hari jumaat(20hb) setelah mengambil ayah di KL, dan bawa balik ke kampung dan terus hantar ke Hospital Teluk Intan.

Sempat juga saya jumpa ayah pada pagi sabtu, dan saya perlu hantar kawan balik ke KL dan pada pukul 6.30, saya menerima panggilan mengatakan ayah telah pun meninggal dunia. Saya terima dengan redha pemergian ayah. Cuma apa yang saya kesalkan adalah, pihak hospital dan klinik tidak dapat mengenalpasti apa penyakit ayah semasa dibawa ke sana(walapupaun telah mengambil sample darah). Saya lihat ayah kurus terus, dan ayah sempat cerita, doktor beritahu ayah asma, tapi bagi saya, asma takkan jadi kurus kering. Ayah juga sebenarnya minta ditahan di wad di hospital selayang, tetapi pihak hospital tidak membenarkan ayah ditahan. Ini yang menyedihkan saya.

Apabila saya bawa ayah ke kampung dan terus ke Hospital Teluk Intan, ayah terus ditahan masuk ke wad setelah doktor membuat xray dan darah. Ayah disahkan mengidap TIBI. Ianya sudah kronik. Bagi saya, kalau doktor sebelum ini dapat mengesan penyakit ayah lebih awal, mungkin ayah masih boleh diselamatkan. Namun, saya menerima takdir ini dengan tenang dan tabah.

Semoga ayah saya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Al-fatihah..

Pengumuman

Saya akan bercuti sehingga ahad ini, ini pun saya balik ke KL sampai pukul 10.30 malam tadi, dan esok hari saya akan balik ke kampung semula atas beberapa urusan yang perlu saya selesaikan dengan segera.

Jadi, segala email saya akan jawab pada hari isnin ini, insyaAllah. Malam ini, saya hanya akan semak email yang berkaitan pembayaran produk-produk saya sahaja. Saya tidak cukup tidur sebenarnya. Jadi, kepada sesiapa yang email kepada saya, saya minta maaf kalau tidak dapat membalasnya lagi.

Kepada yang membuat tempahan minisites, saya akan forwardkan tempahan anda kepada designer-designer lain sahaja.

Perkembangan Projek X

Projek X saya akan lancarkan setelah segala urusan saya di kampung selesai. Tiga harga saya akan tawarkan iaitu :

RM150 - PLR (anda boleh ubah sesuka hati anda daripada minisites dan sebagainya, terhad kepada 10 orang sahaja)

RM20 RM17 – MRR (untuk tempoh 24 jam sahaja, harga asal RM20)

RM15 – Personal Use

Kepada yang berminat, bolehlah pilih harga mana yang anda mampu untuk dapatkan projek terbaru saya ini nanti. Nantikan pengumuman daripada saya dari semasa ke semasa.

Itu sahaja yang dapat saya tulis disini dalam keadaan tergesa-gesa.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (13)

Video – Are You Going to Finish Strong

Video – Are You Going to Finish Strong

Posted on 19 February 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Cuba anda hayati video ini sehingga habis. Apa perasaan anda? Semoga ia memberikan motivasi untuk kita seorang insan yang normal. Kalau mereka boleh, kita pun boleh.

Yang penting adalah kepercayaan kepada diri sendiri. Kita berhak memiliki kejayaan. Itu adalah hak kita.

Salam motivasi,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (22)

RM100K tidak mustahil di internet – bukti

Tags: , ,

RM100K tidak mustahil di internet – bukti

Posted on 18 February 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kalau di luar negara, saya percaya ada produk yang berjaya dijual dengan jumlah kutipan yang beribu-ribu dolar dalam sehari, malah jualan sejuta dalam masa sehari pun ada, tapi untuk pasaran Malaysia, saya agak ragu-ragu, yang saya tahu, jualan puluhan ribu memang ada.

Kini, saya sudah mempercayainya, dan produk itu adalah Rahsia Clickbank . Ianya dilancarkan pada 10hb Feb tepat pukul 2 petang, tidak sampai setengah jam, jualan telah pun rancak berlangsung dan sehingga web Maybank2u terpaksa ‘mengistiharkan’ web mereka busy disebabkan trafik yang sangat tinggi masuk untuk membuat pembayaran untuk mendapatkan Rahsia Clickbank ini.

Dan dalam masa beberapa jam selepas dilancar, anda boleh tengok imej transaksi dibawah ini:

Dan ini pula pengistiharan daripada pihak Maybank2u, website mereke busy:

Clickbank menjadi permintaan yang tinggi di internet, kerana ianya memang sudah terbukti mereka boleh membuat duit di internet. Komisen yang ditawarkan kepada mereka adalah sangat tinggi. Jadi, tidak hairanlah mengapa mereka sanggup melaburkan RM240, kerana mereka percaya, panduan ini sangat praktikal, dihasilkan oleh 2 IM tempatan yang sudah menjana lebih puluhan ribu dengan Clickbank.

Disamping itu, bantuan yang dilakukan oleh para JV juga menjadikan  Rahsia Clickbank sangat berjaya.

Didalam perniagaan, networking adalah sangat penting. Anda tidak boleh berseorangan. Jadi, sekiranya anda ada perancangan menghasilkan produk, binalah networking anda daripada sekarang.

Kini terbukti, tiada yang mustahil di internet. Sedang orang diluar merungut dengan masalah ekonomi, saya yakin, Gobala dan Zamri sedang tersenyum ‘menuai’ duit di internet..ho!ho!ho! :)

Bagi mereka yang belum mendapatkan produk hebat ini, boleh dapatkan melalui link dibawah ini:

Rahsia Clickbank

Atau boleh mendapatkan bonus daripada saya disini

Tawaran Bonus Daripada Saya

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Segala masalah berkaitan produk ini atau anda ingin kemusykilan, terus hubungi mereka disini


Sphere: Related Content

Comments (4)

Kesenangan mesti ada kesakitan – Prinsip Jackie Chan

Tags: , ,

Kesenangan mesti ada kesakitan – Prinsip Jackie Chan

Posted on 14 February 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya nak luangkan juga masa untuk upadated blog ni walaupun saya sungguh, sungguh sibuk sekarang. Alhamdulilah, rezeki bulan ni sangat murah :)

Sementara tengah tunggu design saya siap menjadi bentuk 3D(ecover pelanggan), saya nak tulis sedikit prinsip menarik dari pelakon Jackie Chan. Saya dalam tahun lepas ada juga beli 2 buku yang bertajuk “LEARN FROM SUCCESSFUL ENTREPRENEURS“, Jackie Chan tersenarai.

Beliau berasal daripada keluarga miskin yang tinggal di flat buruk je. Bermula dari bawah sebagai pembantu pelakon dan meningkat naik satu tangga demi satu tangga dan kini tiap filem beliau, mencecah jutaan dolar.

Pernah tak anda melihat bagaimana beliau melakukan lagak ngeri sendiri tanpa bantuan orang lain atau peralatan? Bagaimana beliau pernah luka, patah tangan dan sebagainya. Beliau sanggup lakukannya walaupun adakala boleh membunuh nyawanya sendiri. Kenapa beliau sanggup? Ini jawapan beliau:

Kesenangan tidak mungkin datang tanpa kesakitan. Ketakutan dan kesakitan bukanlah sebab kita memejamkan mata, tetapi peluang bagi kita membukanya dengan lebih luas lagi

Sekarang kita faham, kenapa beliau sanggup melakukannya, kerana disitulah sebahagian daripada jalan kejayaan bagi dirinya.

Kita pula? Ada yang tak mahu bersusah payah untuk berjaya. Nak kaya, tapi mahu dengan cara yang mudah. Mahu semuanya disediakan. Tidak mahu berusaha. Mahu membina perniagaan internet, tapi tidak sanggup belajar apa itu marketing, teknikal web dan sebagainya walaupun ianya adalah asas.

Fikir-fikirkan :)

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Sambung kerja, walaupun mata dah pedih

MinisiteTanpaPhotoshop

Sphere: Related Content

Comments (7)

Template Minisites tanpa photoshop secara percuma

Template Minisites tanpa photoshop secara percuma

Posted on 12 February 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya merasakan demam Rahsia Clickbank belum kebah lagi melanda pasaran internet tempatan. Sana sini forum, blog berkata mengenai produk hebat dari 2 orang IM tempatan ini. Bagi yang belum tahu, boleh lihat disini laman web jualan mereka.

Minisites Tanpa Photoshop

Bagi mereka yang tahu mengenai design grafik, salah satu software untuk menghasilkan grafik adalah Photoshop. Saya memang menggunakan software ini untuk projek VirtualNiaga saya dan Smartzul. Saya membina minisites, ecover dan banner semuanya menggunakan perisian tersebut. Sudah hampir 6 tahun saya menggunakan perisian tersebut dari version lama hingga terkini.

Bagi mereka yang tidak tahu menggunakan perisian tersebut, kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana saudari Luvlee ingin memberikan 3 template design minisites kepada anda secara percuma. Apa yang menarik, anda perlu meletak isi kandungan web sahaja dan terus promosi.

Sesuai digunakan untuk menjual produk resell rights. Dalam beberapa minit sahaja telah siap. Cepat, mudah dan menjimatkan masa bagi anda yang yang tidak mahu pening-pening mereka bentuk minisite.

Dapatkan secara percuma 3 template tersebut segera disini

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Saya sangat2 sibuk sekarang dengan tempahan design yang tidak putus2, terpaksa ditolak kepada designer lain. Tips yang saya guna adalah cara Azizi Ali dengan sekeping kad yang boleh anda baca kisahnya disini ho!ho!ho! :)

p/p/s: Kepada yang bertanya mengenai status Projek X saya, ianya sudah lama siap, cuma menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. Saya memberi peluang produk-produk sahabat IM yang lain dulu menerjah pasaran. InsyaAllah, awal bulan 3 nanti saya akan lancarkan.

MinisiteTanpaPhotoshop

Sphere: Related Content

Comments (2)

ClickBank, lubuk duit di internet

Tags: ,

ClickBank, lubuk duit di internet

Posted on 10 February 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sehingga pertengahan tahun 2008, ramai rakyat Malaysia bertungkus lumus untuk menjana wang melalui ClickBank. Malangnya, disebabkan beberapa alasan yang tidak diketahui, ClickBank menolak semua permohonan rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, sesetengah rakyat Malaysia bercadang untuk menggunakan “pintu belakang” untuk mendaftar akaun ClickBank. Saya pasti anda masih mengingati ebook Gobala Krishnan yang bertajuk “Chapter-M”, bukan? Ramai rakyat Malaysia telah membelinya beberapa tahun yang lalu dan mereka mencuba sebaik mungkin untuk memulakan perniagaan ClickBank mereka.

Kenapa? Kerana ClickBank merupakan peluang affiliate yang luas dan jika anda tidak menggunakan ClickBank, anda akan ketinggalan banyak produk yang hebat yang anda boleh promosikan dengan senang untuk menjana wang secara online. Terdapat 10,000 produk ClickBank yang hampir kebanyakkannya terdiri daripada ebook, perisian dan laman web keahlian. ClickBank hanya menjual produk digital dan itulah perkara yang paling menakjubkan!

Produk digital, memandangkan ia tidak mengandungi kos penghantaran atau kos fizikal, ia mempunyai nilai keuntungan yang sangat tinggi. Sebab itulah kenapa para peniaga mampu membayar komisyen sehingga 75% setiap produk yang anda promosikan – anda tidak akan pernah mendapat kelebihan ini jika mempromosikan produk fizikal atau apa jua produk di dunia offline.

Sekarang, sesiapa pun rakyat Malaysia boleh mendaftar akaun ClickBank tanpa perlu melalui kaedah “pintu belakang”, pejabat virtual atau alamat palsu. Saya rasa kita sepatutnya sudah mula memanfaatkan kelebihan situasi ini dan jana wang sebanyak yang mungkin!

Untuk menjana wang melalui ClickBank adalah sangat mudah, jika anda mengetahui formula rahsianya.

1) Mengetahui Bagaimana untuk Mencari Produk Yang Perlu Dipromosikan

Seperti yang saya maklumkan, terdapat 10,000 produk – Jadi, yang mana satu yang anda ingin promosikan? Sebenarnya, terdapat formula yang boleh digunakan dalam kes ini dan hampir kesemua maklumat yang anda inginkan sudah tersedia di dalam laman web ClickBank. Anda hanya perlu mengetahui di mana anda perlu mencarinya dan bagaimana untuk menganalisa segala statistik dan data.

2) Tumpukan Hanya Kepada 1 Pasaran dan 5 Produk

Anda PERLU memilih sebuah pasaran yang anda ingin promosikan. Anda tidak boleh mempromosikan sebuah produk yang berkaitan dengan Pemasaran Internet dan sebuah lagi produk pelangsingan badan! Ini akan membuatkan anda kurang tumpuan dan akhirnya anda tidak dapat menjana satu sen pun.

Cari satu pasaran “niche” yang anda fikir serasi dengan anda dan kaji atau cari produk mana yang menjadi produk top 3-5 dalam ClickBank. Anda tidak perlu hiraukan produk yang lain kerana 80% daripada jualan dibuat melalui produk yang 5 teratas. Anda tidak boleh mempromosikan hanya sebuah produk kerana ia akan membazirkan masa anda. Anda juga tidak boleh mempromosikan terlalu banyak produk, jadi hanya 3 hingga 5 produk, sudah mencukupi.

3) Hasilkan Laman Web yang Dapat Menjual

Ya, ini merupakan bahagian yang paling penting. Anda boleh menghantar pelawat atau prospek secara langsung ke laman produk dengan link affiliate anda dan menjana wang. Walaubagaimanapun, jika anda ingin memaksimakan komisyen anda, anda perlu membina sekurang-kurangnya sebuah laman web di mana anda menulis sebuah “ulasan produk” mengenai produk top 5 ini supaya pelawat dapat membandingkan dan menentukan produk yang terbaik untuk mereka.

Ulasan produk anda mestilah ditulis dengan caranya yang tersendiri yang akan menghapuskan segala keraguan pembaca anda, menyakinkan mereka bahawa ia merupakan produk yang terbaik dan buatkan mereka ingin membelinya dengan serta-merta. Pakar memanggilnya sebagai “Landing Pages” dan ia terbukti lebih berkesan daripada blog ataupun jenis laman web yang lain.

Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut bagaimana untuk menjana wang melalui ClickBank sebagai rakyat Malaysia, saya sangat menyarankan anda untuk melihat Rahsia ClickBank yang dihasilkan oleh Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan:

Tapi sebelum itu, saya ada tawaran menarik untuk anda yang berminat untuk mendapatkan Rahsia Clickbank ini. Saya ada bonus istimewa yang berharga RM250 terhad hanya kepada 10 orang terawal sahaja. Maklumat lanjut klik link dibawah ini sekarang.

BONUS ISTIMEWA DARIPADA SAYA

Ia merupakan pakej yang sangat bagus yang menerangkan secara terperinci semua yang saya ceritakan sebentar tadi. Selain itu, mereka telah berusaha keras untuk menyediakan laman web ClickBank yang siap sedia untuk digunakan oleh anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah meng’upload’nya ke dalam ‘hosting’ laman anda dan menggantikan ID ClickBank anda.

BONUS ISTIMEWA DARIPADA SAYA

Ingat, ClickBank pernah menutup penyertaan rakyat Malaysia dan tiada jaminan perkara ini tidak akan terjadi lagi. walaubagaimanapun, jika anda mulakannya sekarang, anda boleh mengambil kesempatan dengan situasi ini dan menjana ribuan ringgit secara online sebelum lebih ramai rakyat Malysia mengetahui kewujudan ClickBank. Selain daripada itu, jika mereka menutup kembali penyertaan rakyat Malaysia, anda tidak akan terjejas jika anda sudah pun menjadi affiliate yang sentiasa membuat jualan.

Rahsia ClickBank adalah satu jalan yang bagus untuk dimulakan, sesuatu yang saya sarankan dengan penuh kejujuran:

BONUS ISTIMEWA DARIPADA SAYA

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (2)

Lagi kisah Pn Rozita Ibrahim

Lagi kisah Pn Rozita Ibrahim

Posted on 08 February 2009 by mazlienadzri

Terima kasih kepada DikMal dengan respon artikel saya mengenai Puan Rozita Ibrahim dan didalam blog beliau juga ada menyiarkan artikel mengenai kisah usahawan wanita berjiwa cekal ini yang dipetik daripada Utusan Online. Boleh baca kisah beliau dibawah ini:

Sumber : Utusan Online

Musibah Itu Adalah Rezeki oleh SITI MARIAM MD. ZAIN


“YA Allah ya Tuhanku, aku ini sudah puas hidup susah, aku minta satu sahaja ya Allah, berikanlah aku kasih sayang, martabat yang mulia, petunjuk ke jalan yang benar dan aku ingin menjadi yang terbaik.

“Sekiranya Engkau berikan ya Allah, akan aku bantu wanita dan fakir miskin yang senasib dengan aku dahulu.”

Bagi pengasas produk kesihatan dan kecantikan, Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim, beliau tidak pernah melupakan janji-janji yang dibuat kepada Tuhan.

Malah sehingga kini, setiap malam ketika menunaikan solat tahajud, beliau masih terus berdoa tentang perkara yang sama.

Menurut Rozita, doa tersebut bukan bermakna beliau cemburu dengan kejayaan orang lain tetapi kerana berhasrat menjadi yang lebih baik daripada yang terbaik.

“Saya mengaku saya bukan alim. Apa yang saya buat adalah kerana Allah. Saya pernah cuba meninggalkan janji-janji saya, tetapi jiwa saya keluh kesah,” akuinya ketika ditemui sebaik sahaja merasmikan cawangan terbarunya di Kuala Lumpur.

Selain cawangan tersebut, Rozita, seorang wanita yang asalnya tidak punya apa, kini telah mempunyai dua cawangan perniagaan Sendayu Tinggi, masing-masing di Bukit Tinggi dan Bukit Raja, kedua-duanya terletak di Klang. Selain turut mempunyai sebuah kilang sendiri di Pelabuhan Barat.

Berpegang kepada pepatah “Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat,’‘ Rozita tidak seperti kebanyakan wanita lain yang hanya berserah kepada nasib tetapi bangun melawan kemiskinan yang melingkungi hidupnya sehingga kini muncul sebagai antara wanita paling berjaya.

Kepada wartawan SITI MARIAM MD. ZAIN, ibu cekal berusia 40 tahun ini menceritakan kisah suka duka hidup dalam usaha menjadikan impiannya satu realiti.

Apa perasaan puan sekarang?

Sebenarnya saya macam tidak percaya rezeki yang Allah beri. Tetapi jauh di sudut hati, semakin hari saya semakin takut dan berdebar. Tak tahu kenapa. Mungkin takut orang kata. Kita ini hendak mendapat sebuah kejayaan memang susah. Tetapi untuk mengekalkannya lebih susah. Mampukah saya mengekalkannya?

Pernah terfikir sampai ke tahap hari ini?

Tidak pernah termimpi atau terkeluar dari mulut yang saya akan ada walau RM1 juta kerana apa yang saya harapkan ialah dapat keluar daripada belenggu kemiskinan yang menyebabkan saya hidup melarat.

Bagaimana puan melihat kejayaan ini?

Kalau kata bersyukur ya. Tetapi hendak kata bangga tidak. Kalau sebelum ini saya belum naik, saya buat ucapan tanpa membaca skrip, tetapi bila ada cawangan begini, macam-macam bermain di fikiran. Mampukah saya mempertahankan perniagaan ini? Mampukah saya membayar hutang dan buat yang lebih baik lagi?

Apa yang membimbangkan puan?

Saya tidak mahu orang cakap peniaga Melayu ini `hangat-hangat tahi ayam.’ Saya juga takut saya mungkin jadi riak. Saya hendak menjadi seorang ikon. Saya pernah ditawarkan gelaran Datuk tetapi kurang berminat kerana niat saya buat bisnes, bukan hendak menjadi ahli politik atau hendak terkenal atas nama Da-tuk. Saya hendak orang kenal saya sebagai seorang perempuan yang susah, yang prihatin tetapi mempunyai semangat tinggi dan boleh membimbing perempuan lain melalui perniagaan Sendayu Tinggi.

Usaha ini merupakan satu perjuangan?

Pada saya ini satu jihad kepada diri sendiri. Pada saya, tanpa rezeki, tanpa kesihatan, kecantikan dan pelajaran, martabat itu tidak akan wujud. Dalam keluarga, saya rasa kalau suami tidak boleh pandang kita, kita pun tidak boleh menyumbang banyak kepada keluarga, saya rasa rugi hidup sebagai perempuan.

Kalau perempuan zaman Rasulullah atau perempuan yang berfikiran secara kampung, mereka kata, tidak apa, suami ada, dia boleh sara, anak-anak akan beri duit. Konsep hidup saya, tidak pernah mengharapkan bila tua nanti anak-anak jaga, saya tua nanti, suami ada. Dari dulu saya tidak reti hendak meminta-minta.

Dari mana puan dapat kekuatan ini?

Saya pernah bercerai. Saya pernah mengalami kehidupan yang teramat susah. Tiada siapa pandang saya. Saya sendiri kata, kenapa saya mesti menjadi seorang petani? Saya rasa saya muda, bertungkus-lumus membanting tulang, bersengkang mata untuk hidup. Anak dalam keadaan bahaya kerana ditinggalkan untuk mencari rezeki sehingga tengah malam. Sampai bila saya harus begini? Mesin atau kereta sekalipun, kalau lasak sangat boleh rosak enjin. Walaupun saya tidak mempunyai pelajaran tinggi, tetapi kalau Lim Goh Thong boleh berjaya, kenapa saya tidak boleh menjadi sepertinya?

Saya bertanya sampai bila hendak jadi macam ini? Hidup melarat. Apabila fikir balik, saya bersyukur kenapa saya tidak disayangi oleh orang (sebak) sebab menganggap anak perempuan membawa malang. Disisihkan, dihina, dinista. Saya malah berterima kasih dengan seksaan yang diterima. Jika saya dimanja, dibelai, dipuja, saya tidak akan jadi seperti hari ini.

Saya senang bukan kerana peninggalan harta emak ayah, bukan kerana pelajaran, bukan kerana dorongan suami tetapi kerana kekuatan jiwa sebagai seorang ibu. Saya rasa bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak. Saya tidak mahu kerana kelemahan terlalu menaruh harapan – tak mengapa, suami sara saya. Tak mengapa anak-anak akan jaga saya, akhirnya masa depan anak-anak saya gelap.

Boleh gambarkan kesusahan masa lalu?

Saya pernah bersalin ketika itu ada duit hanya RM1.85 sen. Saya pernah bersalin (anak ketiga) tanpa ada bidan. Lahir sendiri, tidak ada lampin. Saya tidak pernah menangis kerana miskin. Tetapi sebab anak, saya menangis. Saya miskin dan tidak makan, saya tidak hairan. Saya minta kain buruk dari rumah orang, saya kata untuk buat kain lap (kesat) kaki. Sebenarnya saya hendak balut anak saya. Basuh pinggan pakai berus sabut. Setiap kali Hari Raya, saya tidak pernah tunjuk pada emak yang saya miskin, tidak pernah balik raya. Saya beli baju lelong 50 sen untuk anak-anak.

Pengalaman yang saya tidak boleh lupa ialah makanan saya kalau setakat nasi berlaukkan sayur atau tidak makan, sudah jadi macam lali, tidak rasa apa. Kalau orang tengok saya berimej korporat, sebenarnya saya tidak selesa berkawan dengan orang korporat. Saya lebih selesa berkawan dengan orang macam saya dulu. Sebab saya rasa itu adalah saya. Apa yang orang tengok saya sekarang, adalah sebagai pengasas sebenarnya. Saya terpaksa membawa diri saya – orang tengok nampak cantik tapi hakikatnya jiwa saya masih jiwa saya yang dulu.

Apa pengajaran yang puan belajar daripada pengalaman ketika hidup susah?

Bila saya pernah hidup susah, orang tidak menghiraukan saya, nyawa pun tidak ada nilai, sengsara dalam usia muda, saya kata, beri masa umur saya sebelum 40 tahun, saya mesti dapat sesuatu, sekurang-kurangnya rumah sebuah, kereta dan sedikit simpanan untuk hari tua.

Tetapi bila saya sudah berjaya, kalau hendak duduk senang lenang memang boleh, tetapi saya fikir balik, saya tidak boleh mengambil keputusan seperti itu, ramai perempuan lain yang boleh saya gilap. Mungkin kalau tidak jadi macam saya, dapat pendapatan antara RM50,000 atau RM100,000 sebulan pun sudah memadai.

Kebanyakan net working saya dapat angka itu. Saya rasa gembira. Saya selalu pesan pada net working saya, ingat asal-usul kita. Kekayaan, kemiskinan adalah ujian. Kalau niat untuk jihad, insya-Allah rezeki itu akan berkat, hati akan damai.

Puan belajar dari kehidupan sendiri?

Alam sekeliling adalah universiti saya. Kebanyakannya saya belajar daripada susah payah kehidupan. Saya sebenarnya tidak suka tengok sikap perempuan yang percaya perkahwinan adalah satu jaminan hidup. Pada saya perempuan ini sebenarnya bijak. Perempuan boleh berkembang. Walaupun tanpa pelajaran, banyak suri rumah berjaya buat jualan langsung.

Saya duduk dengan emak tidak lama, sebab berkahwin atas pilihan keluarga. Hidup saya tertekan. Sebab itu saya nampak setiap musibah yang datang adalah satu rezeki yang kita tidak tahu tetapi Allah turunkan. Kerana itu saya kata, kita patut belajar daripada musibah. Kita tidak boleh anggap sesuatu benda itu kemalangan, contoh macam anak saya meninggal dunia. Orang tuduh punca anak saya mati lemas kerana perceraian. Kita perlu menerima takdir dengan terbuka. Kita patut melihat kesilapan kita yang lepas mungkin Allah balas sebagai penyucian dosa. Dalam masa sama, kerana orang tuduh saya tidak bertanggungjawab, saya buktikan kerana sayalah, anak-anak saya hari ini mendapat yang terbaik.

Mengapa berlaku tuduhan begitu?

Mereka menyalahkan saya kerana sakit hati, saya bercerai. Masa itu, anak balik kampung, bercuti, saya pula bekerja di Kuala Lumpur. Jadi mereka menyalahkan saya, “itulah emaknya pergi cari duit, anak mati lemas sebab dia lah tu.” Lagi satu, saya tengok sikap orang yang berfikiran sempit. Mereka selalu memandang negatif kepada orang lain. Mereka menganggap perempuan yang menjadi ibu tunggal ini sebagai beban. Bagi saya, perempuan ini bersikap lemah, mereka perlu disayangi, diberi perhatian tetapi dalam masa yang sama juga, saya menyalahkan kaum perempuan itu sendiri.

Kenapa?

Kerana perempuan menggunakan kelemahan mereka untuk meraih simpati dan untuk menangis. Orang selalu berpandangan negatif kepada perempuan yang bercerai. Mereka kata, “baru kau tahu, baru kau rasa.” Kita patut beritahu pada diri sendiri, perceraian bukan satu benda yang sakit. Kita tidak akan mati kerana perceraian. Tetapi kita mesti buktikan walaupun bercerai, kita boleh hidup. Saya sering beritahu kepada ibu-ibu tunggal bahawa setiap perempuan itu mempunyai aura sendiri. Mereka mempunyai kekuatan tersendiri.

Bagaimana puan menghadapi tuduhan?

Saya tidak menyalahkan mereka. Orang boleh tuduh atau cakap apa sahaja. Saya kena buktikan, mungkin kalau bukan tahun ini, tahun yang akan datang.

Sebab di mana saya waktu itu? Saya mencari rezeki, anak saya meninggal masa dia tidak ada bersama saya. Tetapi saya lawan balik perasaan itu. Saya kata, ini adalah qadak dan qadar. Mungkin orang menuduh saya sebab Allah hendak menegur saya. Bila saya cakap begitu, maknanya, orang yang mengata saya tidak salah dan saya kata diri saya juga tidak bersalah. Jadi saya rasa ringan. Dan jalan terbaik ialah memperbaiki diri sendiri.

Apa yang berlaku selepas itu?

Dua tahun saya tidak boleh tengok air. Dalam masa yang sama anak itu meninggal, saya mengandung dua bulan. Tetapi saya kuatkan semangat. Saya cakap pada diri saya, hidup harus diteruskan. Kalau saya ikut tension, anak dalam perut mungkin akan menerima kesan. Saya dekatkan diri dengan Tuhan, cari rakan yang boleh dipercayai untuk beri saya ketenangan.

Apa tindakan puan selanjutnya?

Bila saya tengok orang banyak memandang remeh terutama apabila kita miskin, tiada pelajaran, hidup susah, saya cuba berjanji pada diri sendiri – saya hendak hidup seperti orang lain. Saya hendak ada maruah dan martabat diri sendiri, mahu jadi seseorang. Alhamdulillah, saya dapat kerja, sebagai pegawai pengurusan harta. Kemudian saya cakap pada diri hendak menjadi pemilik syarikat. Sekali lagi Allah tunaikan.

Satu pengajaran yang saya dapat ialah saya dapat mendidik orang yang memandang sinis terhadap saya sebelum ini, malah mereka semua baik dengan saya sekarang.

Puan tidak berdendam dengan orang yang memandang hina pada puan dahulu?

Tidak kerana bagi saya, memaafkan seseorang itu adalah saat-saat yang indah – kata Fauziah Latiff – Dendam Yang Terindah. Tetapi jauh di sudut hati saya ada rasa sedih, sebab orang sayang bukan kerana ikhlas tetapi sebab kejayaan saya sekarang.

Awal tadi puan kata tiada kelulusan, bagaimana boleh mendapat kerja yang baik?

Terus terang saya katakan, saya juga pernah bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat percetakan selain bekerja di hotel. Saya sebenarnya bijak semasa sekolah. Peperiksaan tidak pernah dapat lebih daripada nombor empat. Memang saya pernah tinggal di Felda tetapi selepas bercerai saya duduk di bandar. Di bandar, saya nampak saya mesti ada sesuatu untuk memajukan diri. Saya perbaiki kehidupan dengan mengambil kursus-kursus tetapi hanya di peringkat asas. Saya belajar selok-belok komunikasi dengan pelanggan dan sebagainya.

Semasa bekerja sebagai pegawai pengurusan harta, saya melihat kelemahan mentaliti dan sikap orang Melayu. Saya mengkaji kelemahan mereka untuk dijadikan iktibar supaya saya tidak menjadi seperti mereka. Semasa saya minta kerja ini, saya beritahu saya pernah bekerja sekian, sekian, tetapi saya tidak bawa sijil kerana hilang. Walhal memang tiada sijil. Saya terpaksa menipu. Saya kata, beri saya peluang enam bulan. Kalau saya mampu buat kerja, ambil, jika tidak, buanglah saya. Alhamdulillah, saya dapat buktikan yang terbaik. Saya bertahan selama 10 tahun. Dalam masa yang sama, saya mula mencuba perniagaan Sendayu Tinggi.

Berapa modal permulaan puan?

Saya bermula dengan modal RM400, hasil gadaian barang kemas. Semasa di pengurusan harta, saya banyak terlibat di bahagian promosi dan operasi. Bila pelanggan datang, saya akan tanya, sudah kahwin ke belum atau mungkin ada masalah keluarga. Kemudian saya akan syorkan mereka menggunakan produk herba saya. Suami-suami yang datang jumpa saya selepas itu mengaku isteri mereka macam anak dara. Dari situ perniagaan saya berkembang.

Kemudian saya cuba pula menjual ubat menguruskan badan. Pada awalnya tidak laku kerana saya sendiri gemuk. Apabila saya kurus, saya keluarkan gambar semasa gemuk dan tunjuk perbezaan sebelum dan selepas makan ubat. Sebenarnya saya cuba buat pinjaman bank tetapi ketika itu bank tidak layan. Alasan mereka, belum ada perniagaan herba yang berjaya di Malaysia. Saya sakit hati. Saya kata pada diri sendiri, saya akan buktikan yang saya boleh berjaya. Saya tidak perlukan bank untuk berniaga. Dan saya semat dalam hati, mungkin satu hari nanti bank yang akan datang mencari saya. Betul. Sekarang semua bank cari saya.

Apa reaksi puan?

Biasa sahaja. Bagi saya bank mana yang boleh bagi kadar paling rendah saya ambil. Sebenarnya hendak berniaga kita tidak perlu ada modal banyak. Yang penting kita ada keyakinan diri, apa yang kita buat bagus dan jangan tipu. Buat ikhlas kerana Allah. Jadilah nanti.

Formula kejayaan puan?

Saya fokuskan minda saya dengan kata-kata. Dan saya akan berusaha ke arah itu.

Falsafah hidup puan?

Saya sentiasa ingat pesan bapa, jangan menipu, jangan rasuah dan jangan buat benda-benda bodoh – minum arak. Pesan saya pada diri saya – jangan riak dan takbur.

Bagaimana sikap puan sebenarnya?

Saya mempunyai banyak karakter. Saya boleh menjiwai sebagai seorang perempuan kampung, sebagai wanita korporat, ibu dan hakikat yang orang tidak tahu ialah orang nampak saya lemah lembut tetapi sebenarnya saya sangat tegas dan keras hati. Tiada apa yang boleh mengatakan tidak dalam kamus hidup saya.

Kalau saya hendak sesuatu, saya pasti akan dapat. Sebab pada saya, dalam dunia ini tiada perkara yang tidak boleh. Selagi tidak cuba, kita tidak akan tahu. Itu diri saya yang sebenar. Di rumah, saya adalah ibu dan isteri, seperti suri rumah yang lain.

Hobi puan?

Memasak dan tengok orang makan apa yang saya masak. Saya juga suka menghias. Semua pejabat saya, saya hias sendiri. Selain itu, saya suka melihat satu benda mustahil tetapi boleh menjadi kenyataan.

Apa yang pelik tentang diri puan?

Saya tidak suka pakai kasut. Saya biasa turun kereta, kejar orang dengan berkaki ayam semata-mata untuk memberi sedekah. Saya juga masih berkeliaran di pasar-pasar termasuk pasar borong dan pasar malam. Saya masih shopping di kedai-kedai bundle. Saya tak pernah rasa malu untuk berpakaian begitu sebaliknya saya rasa lebih cantik.

Puan seorang yang kedekut dan memakai pakaian berjenama?

Kalau saya kedekut saya tidak akan membantu wanita-wanita malang dan fakir miskin. Pada saya, daripada kita membazir duit tidak tentu fasal, membeli kereta mewah dan pakaian mahal, lebih baik kita sedekah duit buat amal jariah. Kita membeli pakaian berjenama, padahal kalau beli di Petaling Street, sama sahaja.

Orang kata puan pun semakin berubah?

Kalau orang kata kemewahan boleh mengubah saya, tidak. Orang nampak saya mungkin sebagai pengasas (Sendayu Tinggi) tetapi saya tetap saya yang seperti dulu.

Apa makna perkahwinan bagi puan?

Pada saya, tidak guna kalau kita berkahwin tetapi perasaan kita terseksa. Kita cuba mendapatkan kebahagiaan itu tetapi daripada kita kena pukul, sakit hati, tiada komitmen dalam kehidupan, saya rasa lebih selesa mengakhirinya, saya tak nak `sakit.’ Malangnya orang anggap saya berkahwin banyak kali kerana suka-suka. Saya sedar banyak kata-kata di luar tentang saya. Orang boleh bercakap apa sahaja. Tetapi saya yang melalui kehidupan, saya tahu apa yang berlaku dan apa perlu dibuat.

Ada orang kata puan gila glamor, suka promosi diri sendiri menerusi iklan?

Kalau saya guna model orang lain, dia tak pakai Sendayu Tinggi, dia cuma jual produk. Tetapi itulah diri saya sebenarnya – pergi ke hutan, berjumpa nenek kebayan yang mempunyai rahsia kesihatan terbaik. Saya daripada perempuan biasa yang tiada apa-apa, kemudian menjadi lebih berkeyakinan setelah menggunakan Sendayu Tinggi.

Iklan itu kisah benar?

Itulah apa yang berlaku sebenarnya. Ia kisah diri saya. Tetapi nenek tersebut bukan nenek kebayan, tetapi bidan tua yang uzur. Saya pembuat, saya pengarah dan saya pengasas. Mudahnya saya adalah Sendayu Tinggi dan Sendayu Tinggi adalah saya. Kalau ada orang kata saya cuba promosi diri semata-mata kerana mencari glamor, saya rasa saya boleh buat lebih daripada itu.

Apa harapan puan?

Saya hendak mendapat satu kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan penuh berkat. Sebab saya rasa kalau kaya sahaja, hati tidak tenteram, tidak guna.

Sphere: Related Content

Comments (6)

Dari seorang penoreh getah…kini usahawan wanita berjaya

Tags: , ,

Dari seorang penoreh getah…kini usahawan wanita berjaya

Posted on 07 February 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya sangat terkejut bila mendapat tahu bahawa wanita ini dahulunya adalah seorang penoreh getah yang keluar menoreh jam 1 pagi yang berstatus ibu tunggal!! Lebih mengejutkan, beliau tidak pernah melihat wang kertas RM50 dan semasa melahirkan bayinya, tiada bidan yang menyambut anak kerana beliau seorang yang miskin. Seorang ibu yang hanya mengutip baju-baju di tepi jalan dan dibasuh bagi dibuat ‘baju raya’ anak-anaknya.

Namun tidak kini, jualannya produknya berjumlah ratusan juta ringgit setahun. Siapa pemiliknya? Yang saya maksudkan wanita diatas adalah Puan Rozita Ibrahim, pengasas dan pemilik Sendayu Tinggi. Didalam buku Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah, beliau menyatakan beliau tidak mahu terus hidup dengan ‘gambar-gambar’ kesusahan dan kemelaratan. Beliau menetapkan matlamat yang tinggi.

Beliau yang bertatih dari awal sebagai pekerja kilang, penyambut tetamu di hotel, dan pekerjaan terakhir beliau adalah menceburi bidang jualan langsung dan dari situlah, beliau mencabar dirinya membuat produk sendiri dan beliau berpegang kepada ungkapa dibawah:

Sekiranya orang lain boleh buat, aku pun boleh

Bayangkan, dari seorang penoreh getah kini telah menjadi pemilik syarikat Multinasional yang berjaya. Saya sangat tersentuh bila membaca kisah beliau.

Kesimpulan

Keadaan juga salah satu faktor mempengaruhi kehidupan kita untuk berjaya. Kemiskinan adalah musuh didalam agama kerana ianya membawa kepada kekufuran.

Kemiskinanlah yang membuatkan Puan Rozita berjaya seperti sekarang disertakan sifat mahu berubah, mempunyai jati diri yang kuat sebagai usahawan dan sifat tidak mahu mengaku kalah. Benarlah sekali lagi sabda Nabi s.a.w,

9/10 rezeki adalah perniagaan

Bayangkan sekiranya Puan Rozita masih bekerja makan gaji, saya berani jamin, beliau tidak akan sampai tahap begini.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (14)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest