Archive | February, 2009

Slogan – Tiada pemenang, ebook percuma

Tags: , , ,

Slogan – Tiada pemenang, ebook percuma

Posted on 06 February 2009 by mazlienadzri

Asssalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya sibuk akhir-akhir ini. Jadi saya ingin post artikel yang ringkas mengenai keputusan pertandingan mencipta slogan logo perniagaan saya. Sebenarnya saya tidak menjumpai slogan yang betul-betul membuat saya tertarik. Tetapi atas menghargai idea-idea anda, saya akan memberikan secara percuma ebook Panduan Asas HTML saya yang berharga RM30.

Kepada nama-nama dibawah, sila hubungi saya untuk saya berikan ebook tersebut di alamat email mazlie83@gmail.com dengan tajuk EBOOK HTML FREE. Jadi, kesimpulannya, saya masih lagi tiada slogan untuk logo perniagaan saya.

1. Anuar

2. esam

3. KA’AB

4. khalifah

5. panduanhidup

5. atyleana

6. fid

7. suhana

8. mun

9. x-po shop

10. half

11. dino

13. Azzam

Terima kasih,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (2)

Cipta Wang Lumayan Dengan Clickbank? Percuma dalam tempoh terhad

Cipta Wang Lumayan Dengan Clickbank? Percuma dalam tempoh terhad

Posted on 05 February 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pernah dengar tentang Clickbank ? Saya pasti anda pernah mendengarnya. ClickBank merupakan salah satu daripada topik yang paling hangat di kalangan rakyat malaysia yang cuba untuk menjana pendapatan di internet.

Mungkin anda pung tahu yang Clickbank pernah menutup pendaftaran keahlian kepada rakyat malaysia, sehinggalah mereka membukanya semula pertengahan tahun lepas!

Sekarang anda boleh mendaftar di Clickbank tanpa ada masalah. Tetapi apakah yang akan terjadi selepas anda membuka akaun ClickBank anda ? Bagaimana anda mempromosikan produk Clickbank anda?

Apakah cara yang terbaik untuk melakukannya supaya seboleh-bolehnya anda dapat menjana wang di ClickBank dengan usaha yang sedikit?

Kawan saya Gobala Krishnan and Zamri Nanyan telah menulis satu laporan yang hebat yang akan menunjukkan anda secara tepat bagaimana melakukannya.

Dan untuk jangkamasa yang terhad ia boleh didapati tanpa sebarang kos di sini :

EBOOK PERCUMA RAHSIA CLICKBANK

Gobala dan Zamri akan melancarkan pakej produk mereka “Rahsia Clickbank” tidak lama lagi.

Oleh kerana ianya belum 100% siap lagi, mereka memberikan laporan ini secara percuma.

Setelah pakej tersebut dilancarkan,laporan yang sama ini akan dijual sekurang-kurangnya RM30.

Jadi jangan lepaskan peluang ini, dapatkan laporan ClickBank yang ditulis secara khusus untuk rakyat malaysia ini secara PERCUMA di sini :

EBOOK PERCUMA RAHSIA CLICKBANK

Ianya akan dijual pada harga RM30 selepas 9hb ini. Jadi, dapatkan segera sebelum terlambat

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (2)

Seminar Jutawan Produk Digital di Bangi

Tags: , , , ,

Seminar Jutawan Produk Digital di Bangi

Posted on 04 February 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ok, kali ni sedikit info mengenai seminar yang dijalankan oleh AmmarZahar, seorang usahawan internet yang telah berjaya mencapai pendapatan 5 Angka sebulan dan juga merupakan seorang pelajar IPTA dalam jurusan senibina landskap. Mungkin selama ini anda fikir hanya orang yang betul-betul tahu dan belajar kemahiran komputer seperti programmer sahaja mampu menjalankan perniagaan internet. Sebanarnya tidak kerana AmmarZahar sendiri dah berjaya membuktikannya.

Saudara Ammar juga telah menunjukkan bukti pendapatan beliau dalam bentuk video dilaman web dibawah. Saya rasa, inilah pertama kali IM tempatan yang berbuat begini, menunjukkan bukti pendapatan yang mereka dapat hasil berniagan di internet. Lawati web dibawah:

SEMINAR JUTAWAN PRODUK DIGITAL

Produk demi produk berjaya dikeluarkan oleh Ammar dalam masa 5 bulan dia menceburi dunia IM di Malaysia. Nak tahu macam mana dia dapat idea, buat dan seterusnya mempromosikan produk beliau, inilah masanya. Anda tidak perlu menatap lama-lama skrin komputer anda dengan membaca pelbagai ebook untuk berjaya seperti AmmarZahar dan juga usahawan internet yang lain. Apa yang anda perlu, tiru sistem AmmarZahar dengan cara berdepan belajar dengan beliau. Boleh terus tanya kalau tak faham.

Sedikit review tentang seminar ini, anda akan diajar tentang bagaimana melakukan kajian pasaran tentang produk apa yang mampu dijual dengan laris di internet. Ingat, tiada permintaan, maka tiadalah jualan. AmmarZahar akan menunjukkan bagaimana dia mencari pasaran yang mampu melariskan produknya. Anda juga mampu memiliki produk untuk dijual sebaik saja anda keluar dari bilik seminar ini. Itu janji Ammar yang dia maklumkan pada saya. Janjinya terbukti bila saya lihat testimonial dari peserta seminar pertama beliau. Pulak tu, testimonial tersebut dirakam melalui video. Wah, terbukti seminarnya berkesan.

Saya dengar cerita dah ada diantara peserta seminar AmmarZahar yang sudah berjaya menyiapkan produk hasil pembelajarannya dengan Ammar. Seminggu dah siap! Oh, memang cepat. Patutla AmmarZahar senang saja boleh keluar produk. Rupanya sistem dia memang canggih dan berbeza dari orang lain.

SEMINAR JUTAWAN PRODUK DIGITAL

Seterusnya, anda juga diajar bagaimana caranya membuatkan orang tak sabar membeli produk anda. Ini ada dalam teknik pelancaran yang AmmarZahar kongsikan. Bukan itu saja, anda juga akan dapat rahsia AmmarZahar yang selama ini terpendam. Iaitu rahsia macam mana nak mendapatkan jv partner yang betul dan teknik mempromosi tanpa mengeluarkan modal.

AmmarZahar bermula dari tak ada siapa pun kenal, sehingga kini membina perniagaan internet dengan pendapatan 5 angka sebulan. Apakah rahsianya? Bagaimana dia melakukannya? Semua perkara tersebut dikongsikan oleh AmmarZahar dalam seminar beliau. Malah, jika anda menjadi peserta beliau, anda juga akan menerima bonus seperti Hosting bernilai RM 120 secara percuma oleh Rawanaz Studioz dan juga diskaun 50% untuk servis ecover dari dari saya sendiri(VirtualNiaga) . Bukan itu saja, malah anda juga akan dapat bimbingan seumur hidup sampai berjaya membina perniagaan anda di internet. WAH! ini memang idea gila tapi itulah yang diberikan oleh AmmarZahar. Ianya bertempat di:

Tarikh: 15 Februari 2009

Masa: 9pagi hingga 5petang

Tempat: Hotel Residence Uniten, Bangi, Selangor

Bayaran: RM 388

Kuota: 40 orang sahaja.

Tambahan pula, otai-otai IM lain juga dijemput memberikan talk pada hari tersebut seperti Shuth, Amirul Faisyal, dan juga Labanon Flarebiz. Anda juga berpeluang mendapat ilmu dan tips yang bakal dikongsikan oleh mereka. Klik link disini jika anda berminat menjadi salah seorang daripada mereka yang bertuah ini!

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: InsyaAllah, kalau tiada apa-apa hal, saya akan ke sana sebagai menyokong IM tempatan membuat seminar :)

Sphere: Related Content

Comments (0)

Azizi Ali dan sekeping kad

Tags: , , , , ,

Azizi Ali dan sekeping kad

Posted on 04 February 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya yakin ramai yang kenal dengan nama Azizi Ali. Satu perkara yang menarik mengenai beliau yang baru saya tahu hari ini, didalam buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah, penulis bertanya kepada Azizi Ali, bagaimana beliau boleh menjadi jutawan  sedangkan  ramai orang melayu  merasa mustahil untuk menjadi jutawan?

Jawapan beliau :

Kerana saya MAHU dan saya TAHU apa yang saya MAHU

Dan lebih menarik, Azizi Ali laminate apa yang beliau mahukan didalam sekeping kad. Beliau berkata “Ini adalah misi hidup yang saya buat beberapa tahun yang lepas. Ianya jelas dan tepat, apa yang saya mahukan untuk tahun-tahun akan datang”

Dan pesanan beliau lagi:

Ramai orang inginkan banyak perkara, sehingga mereka sendiri tidak pasti apa SEBENARNYA yang mereka mahukan. Mereka hanya berkhayal dan mengelamun kosong, tanpa menentukan secara tepat apa yang mereka mahukan. Jika kita hendak berjaya, pertama sekali, kita kena TAHU apa yang kita MAHU

Kesimpulan

Lihat sahaja, seorang yang sudah bergelar jutawan pun masih menulis apa yang beliau mahu didalam sekeping kad, inikan kita yang langsung tak mempunyai apa-apa.

Juga saya ingin berkongsi semasa saya menghadiri bengkel Berhenti Makan Gaji baru-baru ini, pada sesi terkahir bengkel, Tuan Shamsuddin Kadir menyuruh kami menulis apa yang kami mahu buat diatas sekeping kad.

Jadi, kepada sesiapa yang masih tidak melakukan perkara ini, lakukanlah, anda pasti akan mendapat hasilnya dengan syarat usaha.

Salam perniagaan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (7)

Tiada pemenang+pertandingan terbaru..

Tags: , , ,

Tiada pemenang+pertandingan terbaru..

Posted on 02 February 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, saya akan nyatakan pemenang pertandingan meneka gambar dan membuat kesimpulan pada hari ini.

Setelah saya amati lebih sejam jawapan-jawapan anda, tiada satu pun yang membuat kesimpulan gambar tersebut tepat dengan apa yang saya fikirkan.

Kesimpulan yang tepat adalah

“Idea perniagaan yang banyak adalah penting, sekiranya idea tersebut gagal(seperti imej tersebut, belon akan meletup), anda ada idea-idea yang lain(belon yang tinggal) sebagai backup didalam perniagaan anda”

Memang ramai yang menyebut idea perniagaan, sebab saya letakkan tulisan IDEA, tetapi yang saya cari adalah kesan sekiranya idea tersebut GAGAL(belon meletup). Ianya tiada kaitan dengan warna belon dan sebagainya. Cukup kalau ada yang menyebut belon lain sebagai backup atau mengganti idea yang gagal pun saya akan ambil sebagai pemenang :)

Jadi, saya membuat kesimpulan, tiada pemenang untuk pertandingan yang ini.

PERTANDINGAN TERBARU

Baiklah, untuk sekelian kali, saya akan berikan peluang lagi kepada anda untuk mendapat hadiah yang saya tawarkan di bawah. Untuk kali ini, anda tidak perlu meneka, namun saya mahu anda hasilkan satu SLOGAN yang menarik untuk logo perniagan saya dibawah ini. Saya dah lama berniat nak buat slogan ni, tapi tak sempat, jadi anda adalah orang yang saya cari.

Syarat-syaratnya:

1. Slogan tidak lebih daripada 40 patah perkataan

2. Slogan hanya dalam bahasa Melayu (memartabatkan bahasa ibunda..hehehe)

Itu sahaja syaratnya.

Pemenang saya akan nilai berdasarkan slogan yang kreatif, lagi pendek slogan dan kreatif, adalah lagi bepeluang cerah menang.

Hadiah saya tukar, anda akan menerima RM30 daripada saya, bukan lagi RM10 dan ebook HTML saya seperti sebelum ini.

Jadi, rebutlah peluang ini. Mari mengasah minda anda lagi :)

Tarikh tutup

Tarikh tutup pada hari Rabu(4hb feb) ini, dan pemenang saya akan umumkan pada hari Khamis(5 feb) nanti.

Selamat mencuba sekali lagi

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (25)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest