Archive | March, 2009

Preview – My Story – Lim Goh Tong

Tags: , , , ,

Preview – My Story – Lim Goh Tong

Posted on 30 March 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya baru sahaja selesai siapkan projek terbaru. Sekarang tengah mencari beberapa orang untuk testimonial, insyaAllah, kalau tiada apa-apa masalah, minggu hadapan akan dlancarkan. Ringkasnya, projek ini dinamakan P.A.A.D.S. Apa dia? Tunggu masa pelancarannya nanti.

My Story – Lim Goh Tong

Pada hari Sabtu lepas, saya berkesempatan membeli 2 buah buku walaupun pada awalnya, ianya bukan dalam senarai hendak dibeli, asalnya, nak beli baju, baju tak beli, buku yang dibeli. Ho!ho!ho!

Saya tak fikir panjang bila ternampak buku ini, terus ambil dan buat bayaran. Nyata, kisah yang ditulis oleh tokoh usahawan Tan Sri Lim Goh Tong sangat bermotivasi. Saya dapat membayangkan beliau menulis dengan penuh teliti untuk disampaikan kepada semua.

Beberapa perkara yang menarik mengenai beliau sempat saya tulis semasa membaca buku ini seperti dibawah.

1. Beliau sangat merendah diri. Beliau menyatakan yang beliau sebenarnya segan untuk menceritakan kisah kejayaan yang tak seberapa ini kepada orang ramai. Beliau tidak mahu menjadi tumpuan orang ramai. Akhirnya beliau bersetuju kerana beliau menceritakan kisah kejayaan Malaysia, bukan dirinya.

2. Sangat menepati janji. Beliau akan pastikan beliau akan menunggu orang 10 minit lebih awal dan tidak kisah samada orang yang akan dijumpainya orang biasa ataupun tokoh korporat. Hebat!

3. Membawa kertas kemana sahaja beliau pergi dan mencatitkannya apa sahaja yang berguna. Sehinggakan beliau menceritakan, kalau tengah tidur, kalau dia terjaga akan terus mencatit dan melukis gambarajah apa yang difikirkannya(idea). Nah, sekali lagi bukti, orang berjaya mesti menulis apa yang mereka fikirkan berguna.

4. Beliau sering kali diejek, namun tidak pernah melatah, kerana beliau yakin apa yang beliau buat akan berjaya walaupun ianya sangat sukar. Contohnya, projek Genting Higland. Dan ada 2 syarikat terpaksa menarik diri kerana tidak sanggup melakukannya(satu syarikat tempatan, satu syarikat terkenal antarabangsa), dan Lim Goh Tong menawarkan diri namun beliau digelak kerana mereka menganggap ianya sia-sia. Hakikatnya, beliau berjaya dengan keyakinan beliau yang sangt tingi.

5. Pernah beliau menangis kerana gagal menjual barang semasa mula-mula berniaga dengan bermodalkan 2 dolar sahaja. Tapi akhirnya berjaya mendapatkan kembali modal, dan untung 2 dolar 8 sen. Sikap tidak putus asa.

6. Ingin menjadi usahawan, buang sifat malu dan pasif. Ini yang dilakukan oleh beliau. Pada awalnya, beliau seorang yang pendiam, suka menyendiri. Namun, ia dinasihatkan oleh saudara-mara terdekat supaya membuang sifat tersebut. Dan akhirnya beliau berubah kepada orang yang sangat ramah, positif dan tegas membina masa depan.

7. Sifat ramah tersebut membentuk rangkaian perniagaan yang sangat menguntungkan.

8. Siapa kata nak berjaya perlu kuasai Bahasa Inggeris? Lim Goh Tong, tidak tahu berbahasa inggeris. Beliau akan membawa jurubahasa sekiranya ada perjumpaan dengan orang luar :)

9. Keluarga adalah nadi kejayaan beliau. Sesibuk mana beliau dengan perniagaan, tiada yang peling gembira melihat keluarga bahagia dan ceria. Isterinya sentiasa berada semasa susah dan senang.

10. Beliau berpegang kepada pepatah ini “Berbuat baiklah kepada orang lain, nanti adalah caranya kebaikanmu dibalas”

Banyak lagi sebenarnya tips, motivasi didalam buku ini, tak tercatit saya. Saya sangat menyarankan anda mendapatkan buku ini dan hayati setiap tulisannya kerana ianya disampaikan dengan penuh emosi, ada sedih, gembira, takut dan sebagainya.

Apa yang dapat saya nyatakan disini ialah, beliau bermula tanpa memiliki apa-apa pun, mengubah kesusahan menjadi kesempatan, bertindak mengikut gerak minda, mengambil risiko terancang dan menumpaskan ejekan orang dengan pandangan jauh dan hati yang cekal.

Moga menjadi inspirasi kepada semua usahawan di Malaysia.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (13)

Template minisites untuk dijual

Template minisites untuk dijual

Posted on 27 March 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum,

Saya nak jual satu template minisites dengan harga RM130 sahaja

Template ini sesuai samada untuk produk RR, MRR , produk sendiri yang berkaitan dengan niche template tersebut.

Jadi, kalau anda ada produk RR, MRR yang berkaitan, bolehlah dapatkan template ini, saya akan edit kembali berdasarkan kehendak anda.

Boleh juga lihat dalam bentuk HTML disini

Anda akan dapat:

1. 1 ecover dengan 5 jenis saiz berbeza

2. 2 Banner bersaiz 468×60 dan 150×150

3. Order button

4. Testimoni Box

BONUS : Background grafik secara percuma saya akan berikan nanti.

Nota : Tajuk header diatas hanyalah dummy teks sahaja. Tiada kena mengena dengan mana-mana laman web.

Sekiranya berminat, hantar komen dibawah, saya akan hubungi anda kembali

Sekali lagi, harga hanya RM130 sahaja.

Banner saya akan animatedkan bila dah ada pembeli.

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (1)

Sebelum anda ghairah…. :p

Tags: , , , ,

Sebelum anda ghairah…. :p

Posted on 26 March 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Oh! Ada yang sudah fikir yang bukan-bukan ke dengan tajuk diatas? Mungkin tajuk itu saya tulis memandang ketika saya tulis artikel ini adalah malam jumaat..ho!ho!ho! :)

Ok, ok, tajuk diatas sebenarnya adalah, “sebelum anda ghairah memulakan perniagaan”. Adakah anda mengalami situasi seperti dibawah:

1. Adakah anda hendak memulakan perniagaan kerana anda ada masalah kewangan?

2. Adakah anda ingin membina perniagaan kerana ingin menampung perbelanjaan bulanan?

Jika jawapan anda adalah YA, ianya bukanlah jawapan yang konkrit untuk anda menceburkan diri dalam dunia perniagaan sebaliknya boleh membuatkan anda tersungkur jatuh dalam perniagaan.

Apakah anda dapat memberi jaminan yang anda akan dapat menguruskan wang hasil perniagaan dengan baik sedangkan kewangan sendiri anda gagal? Ianya akan memberikan kesan yang lebih buruk lagi, malah mungkin menambahkan hutang lebih banyak.

Realiti seorang usahawan adalalah, mereka sanggup menahan ‘nafsu’ keseronokan dan kemewahan. Saya tak yakin seorang yang mempunyai masalah pengurusan kewangan, dapat menahan ‘nafsu’ apabila melihat duit keluar masuk nanti. Malah, ciri utama seorang usahawan adalah mempunyai sikap suka menabung dan melabur. Tapi ini bukanlah sikap yang ada pada orang yang mempunyai masalah kewangan bukan? Jadi, anda perlu membetulkan sikap anda dengan wang sebelum anda “ghairah” membina perniagaan.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (12)

Tahun pertama – penuh ranjau

Tags: , ,

Tahun pertama – penuh ranjau

Posted on 24 March 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya tak pasti, adakah betul pada bulan April nanti, genap setahun blog ini beroperasi. Bukannya apa, saya rasakan blog saya ini dah wujud lama pula. Hehehe..tapi kenyataan tetap kenyataan, blog ini akan genap tahun pertama pada bulan April ini nanti. Tahniah Mazlie!!(puji diri sendiri la pulak)

Tahun pertama – tahun belajar

Sepanjang tahun ini, saya banyak belajar mengenai dunia perniagaan internet. Saya balajar bagaimana nak setup blog. Malah, saya setup blog ini hanya dengan trial & error. Saya tidak mendapatkan mana-mana ebook bagaimana nak setup blog. Semuanya saya cuba sendiri. Terdelete file, tersalah setting dan sebagainya. Pengalaman ini manis bagi saya.  Sehingga sekarang saya masih lagi membuat trial & error.

Juga pengalaman yang tak saya lupakan bila saya diwarning oleh sebuah syarikat melalui email. Mereka menyatakan akan saman saya sekiranya saya tidak menarik balik jualan ebook Flash saya. Saya banyak menghubungi kawan-kawan saya, penulis buku Venton, En. Ibrahim, Sabri daripada SaifulSham, SmartZul, Shuth,  dan Abooain mengenai masalah saya itu. Memang saya tidak melanggar mana-mana peraturan, tetapi, memandangkan saya masih baru ketika itu, projek tersebut terpaksa dibatalkan serta merta dan saya kerugian beratus juga, kerana semuanya sudah disiapkan. Malah ada yang sudah membuat tempahan.

Saya tidak putus asa. Saya teruskan lagi belajar dan mencari idea bagi melancarkan produk pertama saya. Dan lahirlah Ebook Panduan Asas HTML yang sehingga kini masih lagi menerima pembelian(hanya untuk lesen RR, personal use sudah ditutup). Ebook ini banyak mendapat bimbingan daripada saudara Smartzul daripada segi pelancaran, jv dan sebagainya. Ilmu itulah yang paling berharga yang saya dapat dan saya ucapkan terima kasih kepada Smartzul atas nasihat beliau kepada saya ketika itu dan sehinggalah sekarang :)

Tahun pertama – beranikan diri dengan servis

Pada tahun ini juga, saya beranikan diri untuk menyediakan servis design minisites atas nama VirtualNiaga. Bab design ini, saya dah tinggal lama, masa belajar dulu, tapi atas dorongan daripada Smartzul, saya gagahkan juga untuk buat servis ini. Saya belajar semula mengenai grafik ni. Dan alhamdulilah, ada rezeki saya melalui servis ini.

Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah setakat ini yang boleh saya kongsikan bersama anda. Apa yang pasti, tahun pertama penuh dengan pelbagai dugaan untuk saya memulakan perniagaan internet ini.

Semua ini perkara biasa dalam menjalankan perniagaan dan pengalaman adalah pelajaran terbaik kepada saya.

Jadi, kepada newbie yang baru sahaja berjinak dengan perniagaan internet ini, sedarlah, jangan bermimpi untuk berjaya dalam masa yang singkat. Nanti anda akan cepat putus asa. Sedarlah, tahun pertama adalah tahun BELAJAR. Sekiranya gagal, itu adalah proses pembelajaran. Anda kena belajar gagal sekiranya mahukan kejayaan.

Jangan tergopoh-gapah. Yang penting adalah istiqamah terhadap apa yang anda ceburi. Ingat kata-kata dibawah ini:

“Kegagalan hanya datang apabila anda berhenti berusaha….”

Salam kejayaan,

Mazlie Nadzri

p/s : Saya kini sedang mengupah copywritter untuk projek terbaru saya. Mengenai servis juga.

p/p/s : Sedang berfikir samada nak launch satu lagi projek terbaru atau tidak. Idea datang tiba-tiba. Masih lagi difikirkan

Sphere: Related Content

Comments (9)

Yang mana perlu hebat?

Tags: , ,

Yang mana perlu hebat?

Posted on 20 March 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya teringat kata-kata Irfan Khairi di blog beliau, servis grafik yang beliau pernah buat dahulu bukanlah cantik sangat, malah beliau mengakui, ada yang lagi power designnya daripada beliau, tapi yang menentukan kejayaan servis beliau adalah marketing. Bagaimana Irfan Khairi memberitahu kepada orang ramai servis design beliau.

Begitu juga dengan syarikat tambah murah Air Asia, baru setahun jagung ditubuhkan, kini lebih berjaya daripada MAS. Saya melihat strategi marketing mereka yang sangat hebat. Bagaimana besarnya peranan marketing dalam membina kejayaan mereka. Mereka juga ada kekurangan, contohnya penerbangan sering tertangguh, penerbangan lambat, kapal kotor dan banyak lagi.

Malah Ketua Eksekutifnya, Datuk Tony Fernandez mempunyai pengalaman luas dalam bidang pemasaran. Jadi, tidak hairanlah bagaimana mereka membina jenama Air Asia dengan sungguh berjaya. Di setiap lengan pengadil EPL, akan kelihatan jenama Air Asia!! Anda perasan?

Topi Air Asia tidak pernah lekang di kepala Tony, kerana ianya promosi percuma yang simple, tetapi mendatangkan kesan yang besar. Pengalaman saya, saya dahulu ada topi Air Asia, pergi makan tengahari di warung, ketika hendak membuat bayaran, cashier warung tersebut tanya kepada saya, encik kerja di Air Asia ke? Ho!ho!ho!. Saya senyum dan jawab taklah(sambil berlalu dan kontrol hensem). Nah, bagaimana jenama Air Asia diketahui umum hasil daripada strategi marketing yang berkesan dan meluas.

Kadangkala kita terlupa walaupun kita mempunyai produk yang lebih baik daripada orang lain tetapi kita gagal untuk menjual,kerana ianya tidak sampai ke pembeli. Dan kita perlu juga tahu, sesuatu produk itu tidaklah perlu hebat sangat, tetapi marketing yang perlu hebat lagi(harap korang faham ayat ni, macam tunggang terbalik je..ho!ho!ho!)

Saya kini sedang mempelajari selok belok marketing. Kalau saya buat baju yang ada logo perniagaan saya, dan saya berikan secara percuma kepada anda, adakah anda berminat? Heheheheh :)

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (8)

Ulangtahun pertama Mazlie Nadzri.com

Tags: , ,

Ulangtahun pertama Mazlie Nadzri.com

Posted on 20 March 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Bulan April nanti genap setahun blog ini beroperasi. Sempena ulangtahun pertama blog saya, saya akan tukar themes blog ini. Jadi, kalau anda masuk 1-2 hari lepas, bertukar-tukar themes saya guna. Ada kelabu, merah, hijau dan macam-macam lagi, anda jangan pening pula ya :p

Themes ini pun tak sure lagi. Sedang dalam percubaan. Saya memang cerewet bab design ni. Jadi, kalau anda tengok ada yang tidak teratur widget-widget blog ni, buat tak tahu jela ya. Faham-fahamlah, dalam proses ‘berkenalan’ lagi.

Okla, berjumpa lagi untuk artikel selepas ini.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (2)

Buat Duit PERCUMA Di Internet

Tags: , , ,

Buat Duit PERCUMA Di Internet

Posted on 18 March 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Salam sejahtera.

Saya nak berkongsi cara saya menjana wang di internet. Jangan risau, semuanya PERCUMA.

Mula-mula nak kongsi dengan anda satu panduan bagus yang mengajar step-by-step menjana wang di  survey berbayar Malaysia iaitu youthsays. Sungguh mudah nak praktikkannya. Nak tahu lanjut? Download sekarang di disini

Dapatkan segera dan mula buat duit di internet hari ini juga kerana dah ramai berjaya. Setakat 27 februari lalu, jumlah pendapatan terkumpul ahli youthsays ialah RM150,025. Mahukah anda turut tersenarai penerima jumlah ini? Dapatkan secara PERCUMA panduan lengkap ini segera disini

Download dan mula praktikkan sekarang!

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (0)

Inspirasi daripada itik!!

Tags: , , , ,

Inspirasi daripada itik!!

Posted on 16 March 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pernah tengok itik berenang? Rileks dan cool je ‘diorang’ berenang ye tak?  Tapi, kalau kita dapat tengok dalam air tersebut, pasti kita akan tengok macam mana lajunya kaki itik tu mengayuh untuk mereka bergerak. Tetapi kita tidak nampak. Pada pandangan anda, adakah mereka merasakan satu bebanan? Jawapannya tidak.

Begitu juga dengan orang yang berjaya. Minda mereka sentiasa berkerja walaupun nampak mereka tenang sahaja. Mereka sentiasa merancang kehidupan mereka agar lebih berjaya.  Itu bukanlah satu bebanan kepada mereka, tapi adalah satu keseronokan seperti itik-itik yang berenang tadi.

Tips ini daripada pengacara terkenal, Nizal Mohammad

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (6)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest