Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Saya rasa semua orang tahu yang saya menyediakan servis design minisites, ecover dan banner melalui nama VirtualNiaga. Alhamdulilah, dengan pendapatan yang semakin hari semakin meningkat, melebihi RM1500 sebulan melalui servis ini, saya telah membuat kajian dan perancangan untuk meningkatkan lagi pelanggan saya.
Langkah pertama yang saya lakukan adalah redesign semula laman web utama VirtualNiaga yang boleh anda lihat disini. Saya hanya melakukannya selama 2 hari untuk design, menyusun atur layout dan sebagainya tapi dalam masa yang sama menyiapkan tempahan daripada pelanggan seperti Sabri Saifulsham dan ramai lagi.
Cara kerja saya agak stress sebenarnya, kenapa? Sebab style saya adalah, saya design bukan satu dalam satu hari, tapi saya design 2-3 dalam satu hari. Katakan saya dah siap design design A, kemudian saya akan beralih ke design B, begitulah seterusnya cara saya kerja.
Kalau saya tak dapat idea untuk tempahan A, saya akan beralih ke tempahan B kalau idea datang dan begitu seterusnya. Sampaikan dalam toilet samada tengah menyiram badan atau ehem..ehem pun saya akan fikir macam mana design yang saya nak buat kalau masa tu saya takde idea(depan pc)
Okla, dah melalut pula saya. Oklah, saya gembira dan puas hati dengan design terbaru VirtualNiaga. Ianya membuatkan saya semakin bersemangat.
Kepada anda yang ingin mendapatkan servis saya, segera ke laman web utama VirtualNiaga disini
Salam usahawan,
Mazlie Nadzri
Sphere: Related ContentIf you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!













April 13th, 2009 at 3:00 pm
Nampak lebih simple daripada sebelum ini. Tahniah, saya pun nak cuba untuk belajar daripada sifoo tentang teknik pemasaran dan sebagainya selepas ini
April 13th, 2009 at 7:17 pm
April 13th, 2009 at 8:00 pm
April 15th, 2009 at 4:06 am