Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Saya ingin berkongsi kenapa anda masih belum mendapat hasil lagi berniaga di internet.
1. Tidak tahu dimana kekuatan/minat anda.
Selalunya kita gagal sebab apa yang kita buat bukanlah datang dari jiwa kita sendiri. Banyak yang GAGAL buat kerana orang lain. Maksudnya, ‘terpengaruh’ dengan kejayaan orang lain.
Saranan saya, jangan mudah terpengaruh. Kalau dapat cari rakan yang boleh selidik dimana kekuatan anda.
Saya, sebelum ini, macam-macam buat, buat web sewa iklan, buat adsense, semuanya tak menjadi.
Kemudian, Smartzul sendiri yang sarankan saya buat design, dan kini, alhamdulilah, inilah lubuk duit saya sekarang.
Saya setuju kata Zul, “bisnes kita yg pertama adalah yg paling kita serasi. Buat sampai berjaya dan kemudian nak tambah bidang lain dah tak jadi masalah.”
Saya sudah merasainya. Apa-apa projek selepas projek pertama, insyaAllah berjaya(affiliate, ebook dan lain2)
2. Fokus
Kemudian adalah FOKUS. Jangan ghairah mencuba perkara yang banyak dalam satu-satu masa. Saya pekakkan sahaja telinga mendengar kisah orang yang berjaya dengan Clickbank, eBAY dan sebagainya. Bukan iri hati tetapi saya fikir saya harus tetap dengan apa yang saya sedang buat sekarang.
Saya tak nak benda lain menganggu FOKUS saya. Sedang fokus dengan Ebay, berikan komitmen 110% tanpa perlu memandang kiri dan kanan anda. Jangan tamak.
3. Kaedah
Ini salah satu perkara yang penting juga, kalau kaedah anda salah, bagaimana anda hendak berjaya mendapatkan duit di internet.
Kalau mempromosikan produk sendiri/affiliate dengan kaedah SPAM, bagaimana mahu mendapat hasil yang diharapkan. Orang naik menyampah adalah. Salah satu kaedah yang berkesan adalah membina mailing list anda sendiri.
4. Promosi
Ini nadi perniagaan. Mungkin ada sedar atau tidak sedar, bagaimana saya mempromosikan servis design saya 2-3 bulan lepas. Saya tidak mahu beritahu, kalau ada yang perasan, boleh ambil perhatian 
Dari promosi inilah, saya membina nama menerusi servis design. Sebab saya tahu, saya dikelilingi designer yang hebat-hebat belaka.
Kalau saya hanya menunggu pelanggan, berjanggutlah saya tiada apa-apa.
5. Ingin mudah
Dalam hati bukan main hebat ingin mendapatkan sekian, sekian jumlah, tetapi MALAS atau KEDEKUT mencari ilmu. Malas mengeluarkan modal. Mereka mudah meminta tanpa usaha. Malas nak mencari sebelum bertanya. Jangan bergantung 100% dengan orang lain.
Belajar erti kesusahan. Anda akan menghargai kesenangan yang anda miliki pada masa akan datang.
Itu antara sebab mengapa anda tidak berjaya mendapat hasil di internet. Ianya juga pesanan untuk diri saya sendiri. Sama-sama kita memperbaiki apa yang silap.
Salam usahawan,
Mazlie Nadzri
Sphere: Related Content