Otak bisnes?

Posted on 29 May 2009 by mazlienadzri

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Diharapkan anda sihat sentiasa dan berjaya dalam apa juga perniagaan yang anda ceburi.

Semalam, saya ada ber’ym’ dengan kawan lama saya, dah lama juga saya tak borak dengan dia samada secara offline ataupun online.

Dia terus bertanya kepada saya macam mana dengan  perniagaan internet saya? Saya cakap, alhamdulilah.

Kemudian saya pun cakaplah, “kita sendiri yang menentukan hidup kita, bukan orang lain”

Kemudian kawan saya ni cakap, “yela, kau otak bisnes, aku bukan, macam mana nak bina perniagaan”

Kemudian saya cakap lagi, “Otak bisnes atau tak, itu bukan masalah UTAMA, yang utama adalah KEMAHUAN kita. Kemudian kawan saya jawab “Aku ni MALAS sikit” dan saya jawab, “Itulah masalah UTAMA yang membezakan kita berdua”

Kemudian kami stop borak(dia pergi solat Isyak, dan saya pergi keluar makan)

Pengajaran

Bagi saya, samada anda memang otak bisnes, atau tidak, itu bukan faktor UTAMA perlu terlibat didalam perniagaan. Ramai juga yang asalnya bukan otak bisnes, tapi bila mereka bermula, mereka ‘jatuh cinta’ walaupun pada mulanya mereka orang yang kaki lepak dan sebagainya.

Ianya berbalik kepada diri sendiri. Seperti yang saya beritahu, “Kita yang perlu ubah diri sendiri, bukan orang lain’. Kalau betul-betul mahu, tiada masalah. Kalau seorang penagih dadah pun boleh jadi manusia yang berguna, apatah lagi hanya ada sifat MALAS, tiada masalah untuk menukarnya kepada sifat RAJIN dan mempunyai otak bisnes.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Share/Save/Bookmark

Sphere: Related Content

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

4 Comments For This Post

  1. rahimah Says:

    Ramai sebenarnya yang ada sifat macam ni. Selesa dengan hidup susah.Mengadu banyak kali, nasihat pun dah banyak kali. Bila dah bagi nasihat pun tak nak ambik peduli, bila mengadu lagi saya senyum je. malas nak layan sebab membuang masa je.

  2. mazlienadzri Says:

    Hehehehe….kiranya dah banyak pengalamanlah ye…biasalah, kita nak cakap lebih2 tak boleh, senyum sajalah… :)

  3. shahrani Says:

    Saya selalu dapat panggilan “otak bisnes”. Kalau ikutkan banyak betul saya nak buat, kadang-kadang saya tukang bagi idea pada abang (kekgulahangus.com) dan teman-teman.

    Masalah saya idea terlalu banyak. Bila terlalu lama berlegar dalam kepala tanpa ada tindakan saya akan hilang konfiden dan paling x best rasa lesu… (banyak sangat pikir).

    Adakah banyak idea menyebabkan kita hilang fokus?

  4. mazlienadzri Says:

    Salam,

    Ada catitkan segala idea anda dalam buku khas? Kalau takde, ini yang menjadi masalahnya.

    Catit semua idea, kemudian, lupakan idea2 yang disalin tadi, fokus pada apa yang anda buat sekarang. Nanti,bila2 masa boleh check balik idea yang ada dalam buku tersebut.

Leave a Reply

Mininiaga

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest