Archive | May, 2009

Binalah LIST anda sekarang!! Kalau anda serius

Tags: ,

Binalah LIST anda sekarang!! Kalau anda serius

Posted on 08 May 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit pendapatan affiliate yang saya ceburi 1-2 bulan lepas dan bulan ini. Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk menyatakan kepada anda, atau ingin menggalakkan anda membina list anda sendiri. Itu tujuan sebenar saya.

1. Produk Duit Mania 

Setakat ini, pembeli yang membeli melalui link saya seramai 28 orang. Ianya akan bertambah lagi, kerana ada beberapa orang lagi pembeli belum mendapat pengesahan daripada Ammar, dan terbaru, pagi ini, ada seseorang SMS saya, nak booking Duit Mania dari link saya, minggu depan akan beli.

28 orang x $16 = $448

Ditukarkan kepada RM adalah RM1657.6

2. Produk Rahsia Clickbank

 

Untuk produk RCB ini, saya berjaya mendapat $268/RM991.6. Bayaran pun saya sudah terima. Dan yang terbaru, Isnin lepas.

 

 

 

Saya tersalah strategi untuk RCB ini. Saya rasa saya boleh buat lagi tingi sales. Tapi tak mengapalah, saya akan lebih berhati-hati selepas ini.

Program Affiliate

Bagi saya, sekiranya anda tidak mahu pening kepala memikirkan masalah support, membina laman web, kajian produk dan pelbagai masalah teknikal(masalah download etc), saya sarankan anda menyertai mana-mana program affiliate yang semakin banyak di internet sekarang.

Tetapi, perlulah melihat beberapa aspek seperti berapa komisen yang diberikan, kalau komisen 40%-50% amat sesuai untuk anda turut serta, produk yang berkualiti dan customer support yang baik.

Promosi

Anda wajib mempunyai Mailing List sendiri untuk melakukan follow up dan promosi yang berterusan. Anda perlu tahu, mailing list adalah antara teknik berkesan di dalam dunia pemasaran Internet. Melalui list, kita bukan sahaja boleh mempromosikan satu produk, malah produk-produk lain kepada prospek atau orang yang sama

Bina Mailing List sekarang!!

Saya pernah bersembang dengan seorang rakan, dia baru sahaja hendak berjinak cari duit di internet. Saya nyatakan kepada dia, bayangkan kalau dia ada 500 orang list, dan mempromosikan produk yang komisennya RM20 dan yang membeli seramai 20 orang. Berapa dia akan dapat?

20 orang x RM20 = RM400

Dia angguk geleng-geleng tanda faham maksud saya. Saya lihat dia teruja. Inilah cara promosi yang bagi saya paling senang dan menguntungkan. Kalau kita lihat nama-nama besar seperti Mike Filsaime, Ewen Chia, Gobala Krishnan(sekadar menyebut beberapa nama) mempunyai senarai list yang BESAR sehingga puluhan ribu. Anda boleh bayangkan bagaimana sekali email dihantar, berapa lajunya duit yang masuk ke akaun mereka-mereka ini.

Jika anda serius, dapatkan servis Autoresponder yang berbayar. Untuk getresponse dan lain-lain, ia sekitar USD17++ sahaja sebulan. Jangan fikirkan mahal, sebab jika kena strateginya, bayaran untuk kos itu akan balik berlipat kali ganda. Saya sendiri memang dah balik modal + untung berganda sebab mempunyai senarai mailing list sendiri.

Kesimpulan

Sekiranya ada serius ingin menjana duit di internet, dan tidak mahu bersusah payah memikirkan mengenai hal-hal teknikal, maka…

BINA LIST > PROMOSI PRODUK = $$$

Inilah yang saya lakukan, bina list awal tahun lepas, kini, hasilnya sudah pun nampak. Saya pasti, ada yang memang dah tahu atau dah banyak sangat dengar mengenai LIST, LIST dan LIST ini. Tetapi malangnya, anda tidak bertindak.

Rahsia BESAR seorang yang berjaya adalah, mereka bertindak secepat yang mungkin apabila mengetahui ada peluang yang besar begini.

Kerja anda hanya promosi dengan betul dan jika kena caranya, ribuan ringgit sebulan adalah jumlah yang tidak mustahil. Ini yang saya perolehi hari ini selain servis design saya dan lain-lain.

Anda tidak tahu hendak setup autoresponder getresponse, saya ada menghasilkan satu ebook percuma setup getresponse yang boleh anda dapatkan disini.

Rata yang orang-orang yang baru, mereka mempromosikan produk affiliate hanya melalui email SPAM. Percayalah, itu bukanlah cara yang terbaik, malahan ianya tidak beretika. Cara yang betul adalah,

BINA MAILING LIST > PROMOSI

* Ada satu lagi faktor penting yang mempunyai kaitan dengan LIST, iaitu BLOG, akan dihuraikan di lain kali

Yang telah bertindak,

Mazlie Nadzri

p/s: Sekiranya anda ingin cuba iklan PEEL AWAY di blog/web anda, klik banner dibawah ini, anda akan diberikan skrip percuma untuk dimasukkan ke dalam blog anda.

Sphere: Related Content

Comments (1)

Perubahan : Hasilnya memerlukan masa

Tags: , , ,

Perubahan : Hasilnya memerlukan masa

Posted on 05 May 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Fuhhh…penat sungguh saya hari ini. Biasalah, baru balik malam kelmarin ke KL, terus uruskan email, proses tempahan bonus Duit Mania(20 kuota telah habis, tambahan 10 kuota lagi) dan siapkan beberapa tempahan minisites.

Oklah, kembali ke tajuk asal artikel. Setiap perubahan yang ingin kita lakukan, hasilnya tidak akan datang dengan serta merta. Sebagai contoh, berat badan anda 70KG, dan anda ingin turun kepada 50KG, adakah ianya akan berjaya dalam masa satu hari sahaja?

Anda memaksa tubuh badan anda supaya kurus dalam masa sehari. Akibatnya, badan anda akan menjadi lemah, sakit dan tidak bermaya. Cara yang terbaik adalah dengan memulakan dengan sedikit demi sedikit. Rancang cara pemakanan anda dan senaman anda.

Begitulah juga dengan perubahan yang anda lakukan untuk mencapai impian didalam perniagaan. Ianya perlu tersusun dan penuh perancangan. Bukan hari ini pergi seminar, beranggapan, esok mahukan hasilnya. Bukan hari ini dapatkan ebook bagaimana buat duit di internet, esok mahukan hasilnya.

Bermatian sehari semalam mengikut segala panduan yang diberikan. Sampaikan tidur tidak cukup, makan pun entah kemana. Percayalah, perubahan yang mendadak ini akan membuatkan otak anda ‘terkejut’.  Otak anda tidak mendapat menerima perubahan drastik yang anda lakukan ini. Dan akhirnya, anda menjadi malas dan terus berhenti.

Didalam agama Islam sendiri, Allah menyukai seorang hambaNya yang istiqamah dalam amal kebaikan walaupun sedikit, daripada banyak, tetapi hanya untuk seketika.

Jadi, perubahan yang terbaik adalah perubahan yang berperingkat-peringkat. Bermula dari A, B,C dan seterusnya. Jadilah orang yang sabar dan konsisten untuk melakukan perubahan.

Pengumuman

Untuk 1-2 bulan ini, kepada mana-mana IM yang ingin mengajak JV produk, saya terpaksa menolaknya. Saya perlu tumpukan kepada servis saya dan beberapa produk RR yang perlu saya jual kembali yang sudah lama terperap didalam hard disk komputer saya.

JV yang terakhir adalah produk Duit Mania dari Ammar Zahar dan ada beberapa orang IM yang ingin mengajak saya JV, saya terpaksa menolaknya. Saya harap anda faham. InsyaAllah, di lain masa kita boleh berkerjasama lagi

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Bonus Duit Mania untuk 20 orang telah pun habis, saya kini menambah kuota 10 orang lagi. Kepada yang berminat, klik disini untuk maklumat lanjut

Sphere: Related Content

Comments (2)

Saya bercuti + How to Stay Focused

Tags: , , ,

Saya bercuti + How to Stay Focused

Posted on 01 May 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ketika anda membaca post ini, saya sedang berada di kampung bercuti. Segala email akan dibalas pada hari isnin minggu hadapan. Tempahan minisites, iklan peel akan ditutup sehinggalah saya kembali pada hari isnin nanti.

Sebelum saya offline, saya ingin kongsikan bersama anda satu video dari Joel Comm, salah seorang individu yang saya kagumi dalam IM ini. Video mengenai bagaimana hendak fokus.

Masalah fokus adalah masalah kritikal menurut Joel Comm sendiri. Saya sendiri, hanya fokus kepada servis sahaja, walaupun pelbagai jenis ebook saya ada di hard disk saya, ebook adsense, clickbank, dan banyak lagi.

Saya pasti, saya tidak akan kemana kalau hendak kejar semuanya, sebab saya pernah cuba sebelum ini. Memang takda hasil, yela, masa tu semangat orang muda, semuanya nak buat(ayat ni macam saya ni dah tua benor pula) ho!ho!ho!

Masalah ini antara masalah yang paling banyak ditanya kepada saya melalui email. Semoga anda mendapat manfaat daripada video diatas :)

Okla, berjumpa kembali minggu hadapan.

Selamat maju jaya,

Mazlie Nadzri

p/s: Kepada yang belum mendapatkan Duit Mania, boleh lihat tawaran saya disini. Kuota semakin berkurangan. Ketika saya menulis post ini, sudah 13 orang yang mendapatkannya, dan selamat dihantar.

Sphere: Related Content

Comments (1)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest