Archive | June, 2009

Kepada anda yang tidak tahu membina minisites..

Kepada anda yang tidak tahu membina minisites..

Posted on 29 June 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Panduan Minisites baru sahaja dilancarkan tepat pukul 12 tengahari tadi. Kepada anda yang tidak tahu membina minisites, panduan ini sesuai untuk anda. Ianya didatangkan dalam bentuk video tutorial, sekaligus membantu pemahaman anda mengikuti panduan ini.

Sekiranya berminat, bolehlah mendapatkannya melalui link dibawah ini segera kerana harga adalah RM30 untuk tem poh 48 jam sahaja, sebelum dinaikkan kepada RM40 selepas itu.

KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Terima kasih,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (1)

Email Marketing : Beberapa tips untuk anda..

Tags: ,

Email Marketing : Beberapa tips untuk anda..

Posted on 27 June 2009 by mazlienadzri

Email Marketing : Beberapa tips untuk anda..
Baiklah, beberapa tips mengenai mailing list dibawah ini :
1. Berikan sesuatu yang unik dan berguna sesuai dengan niche anda
Prospek tidak akan berikan email mereka begitu sahaja kalau anda sekadar
meminta mereka mengisi form optin-in. Anda perlu berikan sesuatu
kepada mereka supaya mereka merasakan berbaloi apabila subscribe ke dalam
mailing list anda. Berikan info berkaitan niche anda atau apa-apa
yang anda rasakan bermanfaat kepada mereka.
2. Letakkan borang optin-in pada setiap halaman web anda.
Seeloknya, diletakkan diatas sekali di laman web/blog anda kerana disitulah tempat tertumpunya mata pelawat apabila mereka melawat blog/laman web anda. Dengan fakta inilah, saudara Iskandar mwnghasilkan Miniopt-in yang saya rasakan satu idea yang sangat bagus membantu IM mendapatkan list. Lihat disini
3. Jangan menyusahkan list anda
Permudahkan proses subscribe list anda. Tidak perlu meletakkan apa-apa
tawaran samasa prospek melakukan proses pendaftaran. Perkara tersebut
boleh dilakukan apabila mereka sudah berada di dalam mailing list anda
nanti :)
4. Berikan jaminan privasi mereka dijamin.
Ada sesetengah IM tidak menyatakan perkara ini. Saya rasa ia wajib
dinyatakan dilaman optin-in anda sekiranya tiada.
5. Jadikan list anda sebagai ‘ejen; viral marketing anda
Minta list anda sebarkan kepada rakan-rakan apa-apa informasi yang berguna
yang anda hantar kepada mereka, ini sekaligus menjadi teknik viral marketing
yang bagus bagi menambah lagi list anda dimasa hadapan. Nyatakan kepada list
anda dengan syarat jangan mengubahnya dan link kan ke blog anda.
6. Minta testimonial.
Perkara ini saya hendak lakukan dalam masa terdekat ini. Letakkan 1-2 testimonial
daripada list anda dilaman squeeze page anda. Testimonial apa perasaan mereka
apabila berada didalam mailing lits anda. Puas hati atau tidak, banyak info bermanfaat
atau tidak dan sebagainya. Dengan adanyan testimonial begini, membuatkan prospek
berminat subscribe mailing list anda :)
a
Email marketing(pemasaran email) sangat berguna kepada perniagaan anda.
Tidak kisah perniagaan berbentuk fizikal mahupun digital.
Bagi saya, harga untuk kadar sewa sebulan masih murah. Ya, murah, mari lihat
pengiraan dibawah ini.
Iklan di laman web bertrafik tinggi:
Berita Harian = RM150 seminggu(minimum seminggu)
Malayskiakini = RM70 (minimum seminggu)
* Saya hanya ambil 2 laman web diatas sahaja sebagai kajian kes
Baik, mari kita lihat kadar sewa sebulan autoresponder. Saya mengambil
autoresponder berbayar Getresponse sebagai contoh.
Bagi Getresponse, kadar bayaran bulanan adalah RM60++ sahaja. Cuba
anda perhatikan, kalau anda mengiklankan di laman web seperti diatas,
seminggu sahaja sudah melebih RM50 kos pengiklananya.
Itu sebab saya mengatakan penggunaan autoresponder berbayar masih murah
lagi sebenarnya. Mungkin anda nampak ianya seakan mahal sebab kena bayar bulan
-bulan bukan? Tidak mengapalah, bagi saya, kita kena fikir jauh ke hadapan,
kalau anda dapat fikirkan manfaatnya untuk bisnes untuk jangkamasa panjang,
anda tidak akan memikirkan mengenai ‘bebanan’ yang perlu anda bayar
setiap bulan nanti.

Assalammualaikum dan salam sejahtera…

Apa khabar? Semoga sihat sentiasa ye.  Saya sekarang sibuk mengemas barang-barang rumah nak pindah ke rumah sewa baru. Pagi tadi je dah beli satu meja khusus untuk mini ofis saya dirumah sewa baru ni :)

Baiklah, beberapa tips mengenai mailing list dibawah ini :

1. Berikan sesuatu yang unik dan berguna sesuai dengan niche anda

Prospek tidak akan berikan email mereka begitu sahaja kalau anda sekadar meminta mereka mengisi form optin-in. Anda perlu berikan sesuatu kepada mereka supaya mereka merasakan berbaloi apabila subscribe ke dalam mailing list anda. Berikan info berkaitan niche anda atau apa-apa yang anda rasakan bermanfaat kepada mereka.

2. Letakkan borang optin-in pada setiap halaman web anda.

Seeloknya, diletakkan diatas sekali di laman web/blog anda kerana disitulah tempat tertumpunya mata pelawat apabila mereka melawat blog/laman web anda. Dengan fakta inilah, saudara Iskandar mwnghasilkan Miniopt-in yang saya rasakan satu idea yang sangat bagus membantu IM mendapatkan list. Lihat disini

3. Jangan menyusahkan list anda

Permudahkan proses subscribe list anda. Tidak perlu meletakkan apa-apa tawaran samasa prospek melakukan proses pendaftaran. Perkara tersebut boleh dilakukan apabila mereka sudah berada di dalam mailing list anda nanti :)

4. Berikan jaminan privasi mereka dijamin.

Ada sesetengah IM tidak menyatakan perkara ini. Saya rasa ia wajib dinyatakan dilaman optin-in anda sekiranya tiada.

5. Jadikan list anda sebagai ‘ejen; viral marketing anda

Minta list anda sebarkan kepada rakan-rakan apa-apa informasi yang berguna yang anda hantar kepada mereka, ini sekaligus menjadi teknik viral marketing yang bagus bagi menambah lagi list anda dimasa hadapan. Nyatakan kepada list anda dengan syarat jangan mengubahnya dan link kan ke blog anda.

6. Minta testimonial.

Perkara ini saya hendak lakukan dalam masa terdekat ini. Letakkan 1-2 testimonial daripada list anda dilaman squeeze page anda. Testimonial apa perasaan mereka apabila berada didalam mailing lits anda. Puas hati atau tidak, banyak info bermanfaat atau tidak dan sebagainya. Dengan adanyan testimonial begini, membuatkan prospek berminat subscribe mailing list anda :)

Email marketing(pemasaran email) sangat berguna kepada perniagaan anda. Tidak kisah perniagaan berbentuk fizikal mahupun digital.

Bagi saya, harga untuk kadar sewa sebulan masih murah. Ya, murah, mari lihat pengiraan dibawah ini.

Iklan di laman web bertrafik tinggi:

Berita Harian = RM150 seminggu(minimum seminggu)

Malayskiakini = RM70 (minimum seminggu)

* Saya hanya ambil 2 laman web diatas sahaja sebagai contoh

Baik, mari kita lihat kadar sewa sebulan autoresponder.  Saya mengambil autoresponder berbayar Getresponse sebagai contoh.

Bagi Getresponse, kadar bayaran bulanan adalah RM60++ sahaja. Cuba anda perhatikan, kalau anda mengiklankan di laman web seperti diatas, seminggu sahaja sudah melebih RM50 kos pengiklananya. Sama sahaja sekiranya anda membayar bulanan Getresponse, malah lagi jimat.

Itu sebab saya mengatakan penggunaan autoresponder berbayar masih murah lagi sebenarnya. Mungkin anda nampak ianya seakan mahal sebab kena bayar bulan-bulan bukan?

Tidak mengapalah, bagi saya, kita kena fikir jauh ke hadapan,kalau anda dapat fikirkan manfaatnya untuk bisnes untuk jangkamasa panjang, anda tidak akan memikirkan mengenai ‘bebanan’ yang perlu anda bayar setiap bulan nanti.

Beriklan di laman web belum tentu ada pembeli lagi, kerana iklan anda tidak tertumpu pada target anda. Berbanding dengan memiliki mailing list, ianya memang sudah dituju kepada target produk  anda. Sekali hantar email promosi,  sudah pasti akan ada yanng membelinya kerana mereka sememangnya memerlukan produk tersebut.

Fikir-fikirkan :)

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s:Mahukan panduan dari ‘guru’ email marketing, klik disini untuk maklumat lanjut

Sphere: Related Content

Comments (4)

Mahu menjadi pakar dalam email marketing? Boleh berguru dengan ‘dia’

Mahu menjadi pakar dalam email marketing? Boleh berguru dengan ‘dia’

Posted on 25 June 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Akhirnya saudara Hairi dari Team Aspirasi Cyber dengan rasminya melancarkan produk serta bimbingan khas berkenaan kaedah pemasaran email kepada umum:

www.kuasaemail.com

Terhad Untuk 300 orang sahaja!

Ya! tawaran ini terhad hanya untuk 300 orang terawal sahaja dan selepas itu saudara Hairi akan tutup tawaran ini serta merta.

Beliau telah berjaya memperolehi RM13,744.80 hanya dalam masa 2 minggu mempromosikan satu produk hanya melalui email. Ya, hanya melalui email sahaja. Harus diingat, bukan cara SPAM, tapi menggunakan kaedah pemasaran email.

Juga bagaimana saya memperolehi USD1000 dalam masa 2 minggu mempromosikan produk Duit Mania hanya melalui list. Nyata, saya memperakui sendiri keberkesanan teknik email marketing ini.

Melalui panduan,bantuan,bonus ekslusif serta bimbingan secara personal kepada peserta,anggarkan nilai tawaran beliau ini mencecah RM 2630.Namun untuk tempoh jangka waktu terhad ini beliau tawarkannya dengan harga yang cukup istimewa kepada anda.

Untuk makluman,apa yang mesti anda rebut ialah tawaran bimbingan daripada beliau kepada anda.Beliau hanya perlukan komitmen daripada anda sahaja.Saya pasti anda ingin produk anda terjual melalui internet.

Untuk makluman anda juga biasanya sesi bimbingan khas melalui forum tertutup serta online coaching untuk beberapa sesi sahaja,kosnya mencecah RM 500 ke atas.

Saya harap anda tidak lepaskan peluang yang jarang-jarang diberikan ini.

www.kuasaemail.com

Untuk mempercepatkan proses pembelajaran dan kejayaan dalam pemasaran internet anda perlu memiliki mentor dan bimbingan. Masanya sudah tiba dan saudara Hairi kini bersedia untuk melatih anda supaya sama-sama berjaya di dalam perniagaan dan pemasaran internet.

Objektif beliau adalah untuk melatih dan melahirkan lebih ramai usahawan internet yang berjaya dalam bidang pemasaran internet,dan pastinya anda akan dibimbing dan ditekankan tentang kaedah NO.1 ini: PEMASARAN EMAIL.

Saya faham perasan mereka yang sukar untuk memasarkan produk melalui internet.Oleh itu beliau tampil bukan saja untuk menghasilkan panduan berkenaan pemasaran malah yang istimewanya ialah bimbingan yang berterusan kepada anda.

Saya harap anda rebut peluang sekali seumur hidup yang ditawarkan ini kerana selepas ini beliau tidak akan buka lagi tawaran keahlian khas serta online coaching secara personal dan menjadi mentor anda.Cukup untuk 300 orang sahaja!

Beliau akan sedaya upaya untuk mencurahkan segala ilmu kepada bakal 300 orang protege ini untuk dibimbing bagi menggegarkan arena pemasaran online khususnya melalui pemasaran email.

Tips Pemasaran Email – Fikirkan kegunaan Autoresponder untuk jangka masa panjang

Bersempena dengan pelancaran produk ini,Hairi akan sentuh berkenaan konsep pemasaran email untuk memberi lebih kesedaran bersama tentang kuasa pemasaran email.

Untuk kali ini Hairi akan bincangkan kepada anda berkenaan autoresponder percuma dan berbayar. Seperti yang anda telah maklum dalam laporan percuma sebelum ini,anda disarankan supaya menggunakan autoresponder berbayar.

Ingat! Tujuan kita untuk mengumpul senarai email adalah untuk kegunaan jangka panjang. Jadi untuk jangka panjang pasti email yang dikumpul akan terus berkembang.

Masalah utama yang dihadapi jika anda memilih autoresponder percuma ialah sistem mereka ini biasanya tidak boleh menampung senarai yang besar.

Jika ini berlaku,cuba anda bayangkan sekiranya ketika itu anda sudah memiliki senarai email sebanyak 3000 pelanggan dan tiba-tiba ia sudah tidak boleh digunakan lagi kerana had yang dikenakan oleh sistem tersebut.

Saya pasti anda akan menangis tak berlagu kerana penat lelah usaha anda mengumpulkan senarai tersebut hanyalah sia-sia sahaja,apabila ia tidak dapat digunakan lagi.

Akhir kata dari saya, kumpul senarai email untuk kegunaan jangka panjang dan gunakan autoresponder yang telah terbukti mampu untuk menampung dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk jangka waktu panjang.

Ok,Itu saja untuk kali ini.

Mazlie Nadzri

P/S: jangan lupa tawaran bimbingan ini. Klik disini

Sphere: Related Content

Comments (0)

“Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia untuk kejayaan”

Tags:

“Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia untuk kejayaan”

Posted on 24 June 2009 by mazlienadzri

Assalammu

Anda akan jadi daripada apa yang anda gambarkan. Ya, satu ‘kuasa’ yang saya sendiri sudah merasainya.

Contohnya, sekiranya anda sangat takut bercakap di hadapan orang ramai, cuba berlatih dengan menggambarkan anda boleh bercakap dihadapan orang ramai, sangat berkeyakinan dan mampu berkomunikasi dengan baik dengan orang dihadapan anda.

Sekiranya anda mahu menjadi usahawan, gambarkan anda sudah menjadi seorang usahawan. Sudah mempunyai perniagaan yang berjaya, sudah mempunyai bangunan sendiri, sudah mempunyai pekerja sendiri.

Kebanyakan orang selalu membuat penghakiman terhadap diri sendiri dengan ayat-ayat seperti berikut:

Aku tidak boleh buat“, “Aku takde masa“, “Aku tak yakin“,

Dan seribu satu perkataan yang disebut merendahkah kemampuan diri tanpa disedari.

Apa yang perlu anda lakukan adalah menterbalikkan pemikiran tersebut. Tukar “aku tidak boleh buat” kepada “aku boleh buat”

Tukar diri anda daripada “aku tak yakin” kepada “aku yakin boleh buat“.

Selalulah bercakap dengan diri sendiri anda melalui bisikan hati. Ini memang selalu saya lakukan. Kadang kadang, timbul dalam diri hati tidak yakin, tapi saya akan cepat-cepat lawan dengan mengatakan saya yakin saya boleh buat.

Mengikut apa yang saya baca, disarankan anda melakukan 6 kali sehari. Tapi waktu yang paling disarankan sebelum tidur dan selepas anda bangun pagi.

Apabila anda berjaya melakukan perkara ini, semakin meningkatlah keyakinan diri anda, semakin hampirlah kepada apa yang anda impikan.

Seperti kata Ralph Waldo Emerson,

“Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia untuk kejayaan”

Semoga bermanfaat,

Mazlie Nadzri

p/s: Dapatkan ebook yang membongkarkan rahsia bagaimana seorang IM memperolehi RM13,744.80 hanya dalam masa 2 minggu hanya menggunakan mailing list disini.

p/p/s: Blog ini sedang dalam proses pemindahan server. Anda mungkin akan mengalami masalah sewaktu masuk ke blog ini dalam 1-2 hari lagi..

Sphere: Related Content

Comments (1)

Menambah pelanggan dan menaikkan keuntungan…

Tags: , ,

Menambah pelanggan dan menaikkan keuntungan…

Posted on 19 June 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar? Semoga anda sihat sentiasa. Saya agak sibuk sekarang dengan beberapa projek dan tempahan design. Tapi saya cuba juga menulis.

Baiklah, untuk hari ini, mari kita mengulangkaji sedikit perkara asas untuk menambah pelanggan bagi produk ataupun servis anda.

1. Jaminan/Guarantee

Memberi jaminan adalah antara cara paling berkesan meningkatkan kepercayaan orang ramai mendapatkan produk anda.

Bakal pelanggan mempunyai pemikiran bahawa produk anda semestinya terbaik, berkesan, bermutu, tidak merugikan pelaburan mereka dan  ikhlas.

Bagi pihak anda pula, semestinya apabila anda memberikan jaminan, anda sudah yakin dengan kualiti produk anda dapat membantu orang ramai dan memastikan pembelian pelanggan adalah berbaloi.

Jadi, berikan jaminan bagi produk anda mulai sekarang sekiranya anda belum mencuba kaedah ini.

2. Teaser

Apa movie yang dinantikan orang ramai seluruh dunia sekarang? Biar saya berikan jawapannya, saya pasti adalah movie Tranformers 2. Saya sudah berpuluh-puluh kali melihat teaser tranformers di Youtube, dan sangat teruja menantikan tayangannya.

Mengapa teaser digunakan? Kerana ianya bertujuan untuk mengusik psikologi anda. Menimbulkan perasaan ingin tahu anda.

Adik saya ada satu pengalaman, bagaimana peranan teaser telah membuatkan dia tertipu.

Dua tiga bulan lepas, heboh di media massa mengenai cerita seram ini, teasernya juga menyeramkan, tetapi menurut apa yang adik saya beritahu, cerita yang dikatakan seram itu, adalah cerita yang paling bodoh yang pernah dia tengok. Sampai adik saya menyumpah-nyumpah pengarah filem tersebut..hohoho..kenapa dia tertarik nak menonton? Kerana teasernya ‘menarik’

Jadi, terbukti disini, teaser memainkan peranan sangat besar dalam menarik pelanggan. Cumanya, adakah teaser tersebut benar-benar seperti yang diingkan atau sekadar ingin mencari untung tapi tiada kualiti.

Kalau anda perasan, telah ramai IM tempatan menggunakan teknik ini bagi menarik pembeli produk mereka. Ianya sangat-sangat berkesan. Cubalah Zamarul(cuba teka iklan ape)

3. Testimonial

Kalau laman web jualan anda tiada testimonial, anda sudah membuatkan bakal pelanggan merasa kurang ‘bernafsu’ untuk membeli.

Ya, anda memang boleh mengangkat bakul sendiri dengan mengatakan produk anda terbaik, berkesan dan seumpama dengannya, tetapi adalah lebih elok ataupun memberi kesan yang efektif adalah dengan memberikan testimonial daripada pelanggan anda untuk disiarkan kepada bakal pelanggan anda.

Ini menunjukkan orang lain telah pun memiliki/menggunakan produk/perkhidmatan anda dan sudah menerima manfaatnya. Ini akan memudahkan anda membuat jualan!

Hubungi 2-3 orang pelanggan anda, dan nyatakan anda inginkan testimonial daripada mereka, sebagai balasannya, anda akan siarkan laman web mereka di laman utama produk/servis anda, sekaligus mempromosikan secara percuma nama mereka :)

4. Kupon Diskaun

Saya ada lakukan kaedah kupon ini, dan sememangnya, ianya sangat berkesan. Anda boleh berikan kupon diskaun ini samada sebelum atau selepas jualan pertama. Terpulang mengikut kreativiti anda.

Bagi saya, sekarang saya memberikan diskaun sebelum mereka mendapatkan servis saya. Bila anda memberikan kupon diskaun, anda sudah pun berjaya membuatkan bakal pelanggan selangkah mendapatkan produk/perkhidmatan anda.

Cubalah Zamarul :)

Banyak lagi cara menambah pelanggan anda, dan apa yang saya kongsikan ini adalah sebahagiannya sahaja.

Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada anda.

Salah usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Sempena tayangan Tranformers 2, saya juga sedang menggunakan konsep yang sama untuk projek saya, kalau Tranformers telah wujud sejak tahun 80-an, dan ianya di’hidup’kan kembali dengan cara yang tersendiri dan berjaya, saya juga sedang meng’hidup’kan semula produk yang lama kembali segar dengan kreativiti saya sendiri. Saya akan ulas kemudian apabila dilancarkan nanti.

Sphere: Related Content

Comments (4)

Review: Adakah MiniOpt-In Sebaik Yang Disangka?

Tags:

Review: Adakah MiniOpt-In Sebaik Yang Disangka?

Posted on 15 June 2009 by mazlienadzri

Jika anda mengikut perkembangan dalam dunia internet marketing tempatan, anda mungkin mengetahui tentang koleksi MiniOpt-In yang dibuat oleh saudara Iskandar Jauhari, seorang rakan saya yang selalu juga menghubungi saya meminta pendapat, pandangan dan sebagainya.

Beliau juga seorang designer dan mendapat banyak tempahan design di internet walaupun beliau masih belajar lagi :) .

Projek MiniOpt-in beliau lain daripada lain adalah kerana ianya mempunyai subscription form di header itu sendiri. Berbanding tema-tema lain yang tidak menggunakan taktik ini, koleksi Mini Opt-in mampu menjana lebih banyak leads atau optin untuk anda.

Anda akan mendapat LIMA tema berlainan warna untuk anda gunakan. Seperti yang anda tahu, setiap orang PASTI akan membaca daripada atas ke bawah dan pastinya akan melihat header dahulu sebelum teks lain. Jadi, dengan meletakkan optin form di dalam header itu sendiri, optin akan meningkatkan dengan mendadak.

Apa yang akan anda dapat dalam minggu pelancaran.

Sekiranya anda mendapatkan MiniOpt-In dalam masa tiga minggu ini, anda akan mendapat pelbagai manfaat.

Pertama: Keahlian Mini Pro secara percuma. Ini merupakan tempat di mana anda akan memuat turn (download) themes MiniOpt-in.

Ianya akan diberikan percuma kepada mereka yang membeli pada minggu pelancaran (3 minggu pertama). Mereka yang mendapat keahlian ini akan mendapat tema secara percuma atau pada harga diskaun pada masa hadapan, dan akan mendapat update dari semasa ke semasa tentang projek dibuat oleh saudara Iskandar, dan diskaun-diskaun lain oleh dia.

Kedua: Anda akan menerima 5 tema tambahan secara percuma, tambahan daripada 5 yang asal sekarang ini. Maksudnya, anda akan menerima 10 tema keseluruhannya. Jika anda membeli selepas tempoh pelancaran, anda terpaksa membayar lebih untuk mendapatkannya.

Ketiga: Anda akan menerima kad kupon daripada Iskandar sendiri supaya anda mendapat diskaun sebanyak 40% di iscandesign.com. Bayangkan jika kos anda sehingga RM100. Anda akan berjimat sehingga 40 ringgit dengan mendapatkan kupon diskaun ini.

Bonus tambahan

Jika anda mendapatkan MiniOpt-In ini, anda bukan sahaja mendapat tema daripada Iskandar, kerana anda akan mendapat:

- 15 Opt-in Box Sidebar

- 15 Opt-in Box Blog

- 50 Anak Panah Animasi

- 1 Design Contact Form Dwibahasa (anda boleh pilih mana yang anda mahu)

- Kupon Diskaun 40% (dalam 3 minggu sahaja)

- Keahlian Mni Pro (dalam 3 minggu sahaja)

Akhir kata, Mungkin ramai yang berkata, “banyak tema kat luar sana” tetapi seseorang perlu ingat: jarang kita dapat lihat tema yang mempunyai opt-in form di dalam header.

Saya sendiri TIDAK PERNAH menjumpai tema-tema seperti itu. Jadi ianya memang unik dan lain daripada lain. Adakah ianya berbaloi untuk duit anda?

Bagi saya ya, kerana ianya mampu menjana lebih banyak jualan untuk diri saya. Saya sanggup untuk memberikan Iskandar RM25 untuk ini kerana ianya TERLAMPAU murah.

Saya juga telah memilikinya..hohohoho…lihat dibawah ini:

Jika anda berminat untuk melihat potensi sebenar tema minisite Iskandar, anda boleh layari disini untuk maklumat lanjut.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (4)

Rahsia Pemasaran Super Affiliate – Pemasaran Email

Tags: ,

Rahsia Pemasaran Super Affiliate – Pemasaran Email

Posted on 12 June 2009 by mazlienadzri

Sebelum saya sentuh berkenaan dengan tajuk yang saya nyatakan di atas,saya ada buah tangan untuk anda,iaitu sebuah laporan percuma berkenaan kuasa pemasaran email. Klik disini

Hari ini saya ingin mendedahkan satu rahsia yang sebenarnya bukan lagi rahsia di kalangan super affiliate. Rahsia tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah melalui pemasaran email.

Pemasaran melalui email memang sama sekali tidak akan diabaikan oleh super affiliate di luar sana dalam mempromosikan sesuatu produk. Super affiliate pasti akan meletakkan opt in form untuk menangkap senarai email di halaman landing page untuk produk yang mereka promosikan.

Ini adalah bertujuan untuk proses melakukan follow up kepada pelanggan yang tidak melakukan pembelian,selepas mereka keluar daripada halaman yang dipromosikan.

Seperti yang saya lakukan untuk laman web VirtualNiaga.com dibawah ini.

Bukan sahaja saya melakukan follow-up untuk servis saya, malah juga produk atau servis orang lain. Seperti apa yang saya dapat dibawah ini, jualan yang terhasil dari beberapa produk IM tempatan.

Cuba anda bayangkan,betapa ruginya jika anda mempromosikan sesuatu produk yang bagus,tetapi pelawat yang datang ke laman promosi anda berfikir 50-50 untuk membeli produk tersebut, dan anda pula tidak meletakkan opt in form untuk melakukan follow up kepada mereka.

Ini akan menyebabkan anda bakal kehilangan pelanggan yang berpotensi untuk membeli produk yang anda promosikan kerana tidak meletakkan opt in form untuk mendapatkan email mereka bagi proses follow up.

Jika anda ingin mengetahui tips-tips dan kelebihan memilki senarai email,silalah download laporan percuma ini disini

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (0)

Komisen affiliate+bonus

Tags: , ,

Komisen affiliate+bonus

Posted on 11 June 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulilah. Hanya perkataan tersebut yang mampu saya ucapkan bila saya dinobatkan sebagai juara affiliate bagi produk Duit Mania oleh Ammar Zahar.

Kelmarin saya menerima bonus mesin urut dari OSIM, hadiah juara affiliate tersebut. Memang seronoklah dapat urut kepala selepas penat bekerja. Yelah, nak suruh isteri urut, tak sampai seru lagi :)

 

 

Selain daripada alat diatas, saya juga menerima komisen wang tunai yang berjumlah USD1033. Ini merupakan komisen affiliate yang tertinggi yang saya terima setakat ini. Juga saya memenangi hadiah external hard disk 1 Terabytes untuk race 24 jam Duit Mania ini. Fuhh, boleh sumbat apa sahaja dalam hard disk tersebut :D

Secara totalnya, pendapatan saya daripada affiliate untuk bulan lepas berjumlah RM4K lebih termasuk komisen affiliate Teknik Manipulasi Sistem Kewangan Malaysia yang berjumlah RM810, itupun promosi saat-saat terakhir tidak termasuk income dari main busines saya iaitu servis.

Hari ini sahaja income daripada servis masuk sebanyak RM520, alhamdulilah. Berkat nak kahwin kot :p

Bukti

Jelas disini, anda memang boleh menjana pendapatan di internet tetapi dengan cara yang betul. Cara yang sudah digunakan oleh mereka yang sudah berjaya. Saya hanya meniru cara mereka sahaja.

Mereka mempunyai senarai list, saya juga berusaha mencari list. Saya hanya promosi di list saya sahaja, samada seperti IM yang lain dan hasilnya seperti diatas.

Saya rasa sudah banyak kali saya mengatakan mengenai kepentingan memiliki mailing list ini. Ada yang masih endah tidak endah. Masih berkira ingin memilikinya atau tidak. Tidak mengapalah, saya hanya menyarankan sahaja apa yang saya rasai, keputusan tetap bergantung kepada anda juga.

Malah saya kini akan membina mailing list untuk niche yang lain pula, niche SEKS. Kenapa? Sebab saya lihat semakin banyak produk berkaitan niche ini ‘tumbuh’. Jadi, saya perlu melihat ini sebagai peluang untuk saya mencuba. Bukan SPAM sesuka hati, kemudian merungut tidak ada hasil.

Sebelum saya terlupa, sekiranya anda ingin mempelajari kuasa pemasaran email ini, dapatkan report percuma disini

Saya bukan bertujuan untuk menunjuk apa yang saya dapat, tapi saya ingin mengatakan anda memerlukan kaedah yang betul untuk berjaya. Itu sahaja.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (3)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest