Komisen affiliate+bonus

Posted on 11 June 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulilah. Hanya perkataan tersebut yang mampu saya ucapkan bila saya dinobatkan sebagai juara affiliate bagi produk Duit Mania oleh Ammar Zahar.

Kelmarin saya menerima bonus mesin urut dari OSIM, hadiah juara affiliate tersebut. Memang seronoklah dapat urut kepala selepas penat bekerja. Yelah, nak suruh isteri urut, tak sampai seru lagi :)

 

 

Selain daripada alat diatas, saya juga menerima komisen wang tunai yang berjumlah USD1033. Ini merupakan komisen affiliate yang tertinggi yang saya terima setakat ini. Juga saya memenangi hadiah external hard disk 1 Terabytes untuk race 24 jam Duit Mania ini. Fuhh, boleh sumbat apa sahaja dalam hard disk tersebut :D

Secara totalnya, pendapatan saya daripada affiliate untuk bulan lepas berjumlah RM4K lebih termasuk komisen affiliate Teknik Manipulasi Sistem Kewangan Malaysia yang berjumlah RM810, itupun promosi saat-saat terakhir tidak termasuk income dari main busines saya iaitu servis.

Hari ini sahaja income daripada servis masuk sebanyak RM520, alhamdulilah. Berkat nak kahwin kot :p

Bukti

Jelas disini, anda memang boleh menjana pendapatan di internet tetapi dengan cara yang betul. Cara yang sudah digunakan oleh mereka yang sudah berjaya. Saya hanya meniru cara mereka sahaja.

Mereka mempunyai senarai list, saya juga berusaha mencari list. Saya hanya promosi di list saya sahaja, samada seperti IM yang lain dan hasilnya seperti diatas.

Saya rasa sudah banyak kali saya mengatakan mengenai kepentingan memiliki mailing list ini. Ada yang masih endah tidak endah. Masih berkira ingin memilikinya atau tidak. Tidak mengapalah, saya hanya menyarankan sahaja apa yang saya rasai, keputusan tetap bergantung kepada anda juga.

Malah saya kini akan membina mailing list untuk niche yang lain pula, niche SEKS. Kenapa? Sebab saya lihat semakin banyak produk berkaitan niche ini ‘tumbuh’. Jadi, saya perlu melihat ini sebagai peluang untuk saya mencuba. Bukan SPAM sesuka hati, kemudian merungut tidak ada hasil.

Sebelum saya terlupa, sekiranya anda ingin mempelajari kuasa pemasaran email ini, dapatkan report percuma disini

Saya bukan bertujuan untuk menunjuk apa yang saya dapat, tapi saya ingin mengatakan anda memerlukan kaedah yang betul untuk berjaya. Itu sahaja.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Share/Save/Bookmark

Sphere: Related Content

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

2 Comments For This Post

  1. suhana Says:

    Wah…En. Mazlie…tahniah ya..sbb dpt tmpat pertama…awk ni mmg ”born to be a internet millionaire” kot…..

  2. MY Says:

    Pada hari ini saya salah seorang yang menggunakan khidmat Saudara Mazlie. 2nd dalam screenshot tu saya punya la :-) , betul tak En Mazlie? Emel beliau memang pantas.

1 Trackbacks For This Post

  1. JomBuzz.com Says:

    Komisen affiliate+bonus | MazlieNadzri Dot Com…

    Hanya perkataan tersebut yang mampu saya ucapkan bila saya dinobatkan sebagai juara affiliate bagi produk Duit Mania oleh Ammar Zahar. Kelmarin saya menerima bonus mesin urut dari OSIM, hadiah juara affiliate Duit Mania tersebut..ikuti kisah lanjut di …

Leave a Reply

Mininiaga

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest