Menambah pelanggan dan menaikkan keuntungan…

Posted on 19 June 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar? Semoga anda sihat sentiasa. Saya agak sibuk sekarang dengan beberapa projek dan tempahan design. Tapi saya cuba juga menulis.

Baiklah, untuk hari ini, mari kita mengulangkaji sedikit perkara asas untuk menambah pelanggan bagi produk ataupun servis anda.

1. Jaminan/Guarantee

Memberi jaminan adalah antara cara paling berkesan meningkatkan kepercayaan orang ramai mendapatkan produk anda.

Bakal pelanggan mempunyai pemikiran bahawa produk anda semestinya terbaik, berkesan, bermutu, tidak merugikan pelaburan mereka dan  ikhlas.

Bagi pihak anda pula, semestinya apabila anda memberikan jaminan, anda sudah yakin dengan kualiti produk anda dapat membantu orang ramai dan memastikan pembelian pelanggan adalah berbaloi.

Jadi, berikan jaminan bagi produk anda mulai sekarang sekiranya anda belum mencuba kaedah ini.

2. Teaser

Apa movie yang dinantikan orang ramai seluruh dunia sekarang? Biar saya berikan jawapannya, saya pasti adalah movie Tranformers 2. Saya sudah berpuluh-puluh kali melihat teaser tranformers di Youtube, dan sangat teruja menantikan tayangannya.

Mengapa teaser digunakan? Kerana ianya bertujuan untuk mengusik psikologi anda. Menimbulkan perasaan ingin tahu anda.

Adik saya ada satu pengalaman, bagaimana peranan teaser telah membuatkan dia tertipu.

Dua tiga bulan lepas, heboh di media massa mengenai cerita seram ini, teasernya juga menyeramkan, tetapi menurut apa yang adik saya beritahu, cerita yang dikatakan seram itu, adalah cerita yang paling bodoh yang pernah dia tengok. Sampai adik saya menyumpah-nyumpah pengarah filem tersebut..hohoho..kenapa dia tertarik nak menonton? Kerana teasernya ‘menarik’

Jadi, terbukti disini, teaser memainkan peranan sangat besar dalam menarik pelanggan. Cumanya, adakah teaser tersebut benar-benar seperti yang diingkan atau sekadar ingin mencari untung tapi tiada kualiti.

Kalau anda perasan, telah ramai IM tempatan menggunakan teknik ini bagi menarik pembeli produk mereka. Ianya sangat-sangat berkesan. Cubalah Zamarul(cuba teka iklan ape)

3. Testimonial

Kalau laman web jualan anda tiada testimonial, anda sudah membuatkan bakal pelanggan merasa kurang ‘bernafsu’ untuk membeli.

Ya, anda memang boleh mengangkat bakul sendiri dengan mengatakan produk anda terbaik, berkesan dan seumpama dengannya, tetapi adalah lebih elok ataupun memberi kesan yang efektif adalah dengan memberikan testimonial daripada pelanggan anda untuk disiarkan kepada bakal pelanggan anda.

Ini menunjukkan orang lain telah pun memiliki/menggunakan produk/perkhidmatan anda dan sudah menerima manfaatnya. Ini akan memudahkan anda membuat jualan!

Hubungi 2-3 orang pelanggan anda, dan nyatakan anda inginkan testimonial daripada mereka, sebagai balasannya, anda akan siarkan laman web mereka di laman utama produk/servis anda, sekaligus mempromosikan secara percuma nama mereka :)

4. Kupon Diskaun

Saya ada lakukan kaedah kupon ini, dan sememangnya, ianya sangat berkesan. Anda boleh berikan kupon diskaun ini samada sebelum atau selepas jualan pertama. Terpulang mengikut kreativiti anda.

Bagi saya, sekarang saya memberikan diskaun sebelum mereka mendapatkan servis saya. Bila anda memberikan kupon diskaun, anda sudah pun berjaya membuatkan bakal pelanggan selangkah mendapatkan produk/perkhidmatan anda.

Cubalah Zamarul :)

Banyak lagi cara menambah pelanggan anda, dan apa yang saya kongsikan ini adalah sebahagiannya sahaja.

Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada anda.

Salah usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Sempena tayangan Tranformers 2, saya juga sedang menggunakan konsep yang sama untuk projek saya, kalau Tranformers telah wujud sejak tahun 80-an, dan ianya di’hidup’kan kembali dengan cara yang tersendiri dan berjaya, saya juga sedang meng’hidup’kan semula produk yang lama kembali segar dengan kreativiti saya sendiri. Saya akan ulas kemudian apabila dilancarkan nanti.

Share/Save/Bookmark

Sphere: Related Content

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

3 Comments For This Post

  1. Shukor Says:

    Tips yg bagus dari bro Mazlie :)

    satu lagi sy nk tambah, sistem point macam Esso.

    Pelanggan boleh “redeem” barang2 yg dioffer oleh Esso bila point mereka cukup

  2. Najib Says:

    Terima kasih atas perkongsian yang hebat ni..Bermacam cara sebenarnya utk meningkatkan jualan produk yang juga boleh dipraktiskan dlm bisnes internet

  3. rahimah Says:

    Memang betul semua tu kecuali teaser tu je yg saya belum pernah buat. Nak kena start dah ni :) Sistem point tu pun betul juga..Ni pun kena try gak lepas ni. Terima kasih tambah lagi satu idea.

1 Trackbacks For This Post

  1. pligg.com Says:

    Menambah pelanggan dan menaikkan keuntungan… | MazlieNadzri Dot Com…

    Ketahui bagaimana cara menaikkan keuntungan dan menambah pelanggan dalam perniagaan internet anda…

Leave a Reply

Mininiaga

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest