Archive | July, 2009

Luahan kecewa saya…

Luahan kecewa saya…

Posted on 29 July 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin meminta maaf terlebih dahulu sekiranya luahan saya ini ada menyinggung perasaan anda diluar sana. Tapi , saya yakin bukan anda yang akan terkena dengan luahan rasa saya ini.

Semalam, saya ada broadcast satu email kepada subscribers saya mengenai tawaran terhad saya untuk design ecover hanya RM20 sahaja, diskaun RM10, kerana harga asal adalah RM30. Tawaran ini saya buat untuk membantu mana-mana individu yang ingin memiliki ecover bagi projek mereka, itu sahaja, namun, selepas saya hantar email tersebut, ada seorang individu yang reply email tersebut dengan menyatakan minatnya tetapi meminta saya supaya berikan lagi diskaun RM10, bermakna, saya cas RM10 sahaja.

Saya terdiam membaca email tersebut, saya baca beberapa kali. Dan akhirnya, saya tak dapat sembunyikan perasaan kecewa saya.

Ya, saya memang boleh kenakan cas RM10 tersebut, tapi, saya merasakan mereka-mereka ini tidak pernah bersyukur atas apa yang diberi. Sudahlah saya berikan diskaun RM10, minta lagi RM10, apakah tidak ada rasa malu?

Saya tidak balas email tersebut tetapi saya memikirkannya dengan lama. Kadang-kadang manusia ini, sudah terlalu manja atau ‘lemak’ sangat. Hanya memikirkan kepuasan diri sendiri, tanpa memikirkan orang lain. Ya, mungkin mereka ‘tiada’ duit, tetapi bagaimana dengan saya pula? Harga RM20 tersebut terlalu kecil berbanding dengan masa, idea untuk saya create design tersebut. Tanyalah mana-mana designer, adakah senang mencari idea untuk design?

Harga tersebut saya berikan kerana ingin membantu anda, miliki ecover sendiri yang pro dan cantik untuk projek anda. Itu sahaja, tetapi, kalau itupun anda tidak hargai, saya kecewa.

Kalau ‘dia’ mahukan harga RM10 tersebut, sila klik disini atau disini , belajar dan buatlah ecover anda sendiri, laburkan untuk ilmu dan aplikasikannya, jadi, tidak perlulah mengupah orang dengan harga RM10 yang anda minta itu.

Minta hargai apa yang orang berikan kepada kita…itulah adab antara manusia dengan manusia…

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: Kalau anda berminat nak dapatkan diskaun pada mana-mana servis saya, tak kiralah, design ecover, banner, minisites ataupun iklan peel, subscribe ke mailing list VirtualNiaga.com. Promosi ini akan diadakan beberapa kali dalam sebulan khusus untuk list saya sahaja…

Sphere: Related Content

Comments (9)

Speed Adsense : Mengagumkan

Speed Adsense : Mengagumkan

Posted on 25 July 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi beberapa maklumat berkaitan dengan Seminar Speed Adsense. Sebelum itu, lihat video dibawah ini yang direkod secara live dan juga anda boleh ikuti satu thread khas di forum WC mengenai Speed Adsense ini.

Thread tersebut telah hampir kepada 50 page, banyak kejayaan yang dicipta dengan teknik yang diajar oleh team Speed Adsense ini. Salah satu page yang menarik perhatian saya di page 45 yang boleh anda baca disini.

Kalau anda rajin, bolehlah membacanya dari page pertama lagi atau terus lihat seminar yang mereka anjurkan disini :)

Adsense, cara buat duit untuk orang malas tapi beretika…hohohoho..buktinya, sila baca thread yang nyatakan diatas ini.

Semoga bermanfaat,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (1)

Tips ‘Hadiah Bonus’ Super Affiliate

Tips ‘Hadiah Bonus’ Super Affiliate

Posted on 23 July 2009 by mazlienadzri

Tidak dinafikan lagi bahawa terdapat banyak produk tempatan yang menawarkan peluang menjana pendapatan tambahan daripada program affiliate yang disediakan oleh empunya produk.
Semakin banyak produk, semakin banyak saingan dan semakin berkualiti juga produk yang bakal dihasilkan. Perkembangan ini sangat baik dan menggalakkan kerana sekarang anda tidak perlu lagi mencipta produk sendiri (jika tidak mahu) untuk menjana pendapatan ribuan ringgit daripada program affiliate sahaja.
Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja produk yang dilancarkan.
Ada pelancaran yang berjaya.
Ada juga pelancaran produk yang gagal.
Jika dihalusi, anda pasti akan nampak polar kejayaan sesuatu produk.
Walaupun boleh dipersoalkan tetapi bolehlah saya katakan yang pelancaran produk dengan bantuan “super affiliate” dapat melonjakkan jualan produk sehingga ke lima angka sebulan, berbanding dengan usaha si empunya produk itu sahaja.
Mana tidaknya…
Pemasaran daripada JV partner dan affiliate merupakan pemasaran virus yang boleh menjangkit dari satu laman web ke laman web yang lain. Dan “super affiliate” adalah individu atau syarikat yang mempunyai senarai nama (mailing list) yang besar yang mampu menghasilkan ribuan ringgit dengan satu email promosi sahaja.
Di dalam pasaran tempatan, belum ada lagi individu yang dilabelkan sebagai “super affiliate”. Ini tidak bermakna tiada “super affiliate” di dalam pasaran tempatan kerana jika anda perhatikan, di dalam setiap pelancaran produk baru, terdapat beberapa orang usahawan perniagaan digital ini yang mendapat hasil jualan tertinggi bagi pelancaran produk tersebut.
Secara tidak langsung, ini ialah petunjuk bagi mancari “super affiliate” tempatan yang mampu meningkatkan jualan produk anda.
Anda rasa anda bukan “super affiliate”?
Tidak perlu risau kerana saya akan berikan satu tip menarik untuk anda tetapi sebelum itu anda perlu ingat bahawa kejayaan seseorang “super affiliate” bergantung kepada berapa besar dan responsif “mailing list” beliau. Ramai yang terpinga-pinga melihat seseorang menghasilkan jualan yang tinggi dalam masa satu hari produk dilancarkan.
Selepas ini, anda tidak perlu tertanya-tanya lagi. Jawapannya ada di dalam “mailing list”. Dengan satu email promosi ke “mailing list”, “super affiliate” ini boleh menghasilkan jualan mencecah 3 atau 4 angka dan tidak mustahil ada yang mencecah 5 angka.
Jika perlukan bantuan mengenai strategi menambahkan prospek ke dalam “mailing list” anda, sila lihat artikel saya yang lepas yang bertajuk “Strategi Pemasaran Produk Affiliate Yang Terbukti Berkesan!“. Gunakan strategi yang diberikan untuk memulakan database bagi “mailing list” anda.
Baiklah, selepas anda berjaya membina “mailing list” yang besar dan terdapat satu produk yang berkualiti yang anda ingin promosikan, apakah taktik “super affiliate” seterusnya?
Idea yang saya berikan di sini bukanlah yang asli. Ramai yang telah menggunakannya tetapi saya tergerak untuk menggunakannya selepas membaca ebook “Day Job Killer“.
Tawarkan Hadiah Bonus Pembelian
Ya, satu taktik yang sangat mudah untuk dipraktikkan.
Email kepada prospek di dalam “mailing list” anda dan tawarkan hadiah bonus kepada mereka sekiranya mereka membeli produk yang anda promosikan melalui pautan (link) yang anda berikan di dalam email anda. Dan, sudah pasti link yang anda berikan tersebut adalah link yang mempunyai kod affiliate anda.
Kelebihan menawarkan hadiah bonus ini adalah lebih kepada memberi nilai tambahan kepada produk affiliate yang anda promosikan.
Walaubagaimanapun, anda jangan terkejut kerana memang ada yang membeli produk yang anda promosikan disebabkan mereka inginkan hadiah bonus yang anda tawarkan. Dalam apa alasan sekalipun, anda tetap untung kerana hasilnya tetap sama – jualan affiliate dihasilkan.
Saya pasti tiada yang sukar difahami di dalam penerangan saya di atas namun persoalan seterusnya ialah bagaimana menghasilkan hadiah bonus yang menarik minat prospek anda untuk membeli produk affiliate yang anda promosikan?
Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan.
1. Cipta produk anda sendiri yang bersesuaian untuk dipadankan dengan produk yang anda promosikan. Cara ini mungkin adalah sedikit sukar bagi sesetengah orang tetapi ianya tidak mustahil bagi mereka yang telah mempunyai pengalaman.
2. Dapatkan produk yang mempunyai “resell rights” atau “private label rights” sama ada secara percuma atau berbayar. Disebabkan produk sebegini terlalu banyak dipasaran, anda boleh pakejkannya semula untuk menjadikannya lebih menarik. Sebagai contoh, tukarkan e-cover produk ini sebelum anda tawarkan sebagai hadiah istimewa anda.
3. Tawarkan perkhidmatan kepada pelanggan. Sekiranya anda mahil di dalam mencipta e-cover, laman web dan sebagainya, inilah masanya untuk anda gunakan kemahiran anda.
Semakin unik tawaran hadiah yang anda berikan, semakin baik. Walaubagaimanapun, ianya tidak menjadi masalah sekiranya produk anda tidak unik pun. Asalkan hadiah pembelian yang anda tawarkan memberi makna kepada bakal pembeli anda, ianya sudah cukup.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Comments (3)

Kursus Urus Wang Percuma 2 Ogos

Kursus Urus Wang Percuma 2 Ogos

Posted on 19 July 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum,

Kepada sesiapa yang berminat mempelajari ilmu kewangan, bolehlah menghadiri kursus percuma yang dianjurkan oleh Shamsuddin Kadir, penulis buku seperti Hidup Tenang Walaupun Berhutang (diterbitkan di Indonesia juga) dan Makan Gaji Tetapi Kaya, Kaya Dengan Rumah (Best Seller), Buat Duit Dengan Rumah, Usahawan Cilik : Biskut Ajaib dan Usahawan Cilik: Garaj Aiman dan Usahawan Cilik: Tukang Gunting Terbang dan juga pernah muncul di kaca TV(terbaru awal pagi tadi).

Bengkel ini akan diadakan pada 2 Ogos nanti bertempat di Taman Permata, Hulu Kelang.

InsyaAllah, saya akan berada disana nanti. Pada hari Jumaat lepas, saya ada bertemu dengan beliau, dan pesan beliau, hadir awal kerana ianya percuma, takut nanti tak boleh masuk kursus tersebut :)

Kalau anda berminat, bolehlah hadir kesana nanti. Maklumat lanjut boleh anda lihat di blog beliau disini

Kalau mahu berjumpa dengan saya, inilah masanya..hohohoho :)

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (13)

Perkembangan terkini saya+2 projek terbaru+luar negara..

Perkembangan terkini saya+2 projek terbaru+luar negara..

Posted on 15 July 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sekarang ini saya sedang sibuk menghasilkan 2 projek utama, niche grafik dan satu lagi adalah  sistem simple yang insyaAllah dapat membantu mana-mana individu didalam membina perniagaan internet mereka.

Apa yang dapat saya katakan, proses design sudah pun siap, sebab saya design sendiri…hohohho! Cuma sedang menunggu surat jualan sahaja. Ianya akan dijual dalam bentuk Resale Rights.

Untuk projek grafik, belum dipastikan lagi hendak diberikan lesen jualan semula atau tidak. Kalau anda ada pandangan, boleh nyatakan melalui ruangan komen dibawah ye :)

Saya kini sedang cuba masuk pasaran luar negara pula. Langkah pertama yang saya hendak lakukan adalah, membina mailing list khusus untuk mat/minah  salleh…heheheh..ini adalah perkara ‘wajib’ bagi seorang internet marketer. Hendak saya jelaskan kenapa? Tak perlu rasanya, sebab dah banyak kali saya nyatakan manfaatnya.

Jadi, nantikan 2 projek saya yang akan saya umumkan bila-bila masa sahaja daripada sekarang.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: Dapatkan kuasa pemasaran email bagi memulakan proses membina mailing anda sendiri disini

Sphere: Related Content

Comments (3)

imej448

Video live saya bina simple minisites…

Posted on 10 July 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera…

Apa khabar? Harap anda sentiasa sihat. Bagaimana dengan bisnes anda? Semoga sentiasa sukses selalu ya :)

Okla, saya hanya nak kongsikan satu video yang saya rakam bagaimana saya bina minisites dalam masa 10 minit. Langkah demi langkah saya design di Photoshop, slice grafik dan dimasukkan ke dalam Dreamweaver.

Inilah cara saya guna untuk tempahan design daripada semua pelanggan yang menggunakan khidmat VirtualNiaga. Berikut beberapa contoh design terbaru dalam minggu ni yang saya siapkan..dan ada beberapa lagi yang masih belum mendapat confirmation design daripada pelanggan :)

imej450

imej449

imej448

Setiap designer, ada cara tersendiri dan saya juga lain caranya. Semoga anda dapat belajar sesuatu ye :)

Sebelum terlupa, tiada audio, sebab suara saya mahal :-p

Rebet RM50 untuk produk The Four Weeks to Freedom masih lagi ada. Segera dapatkan disini

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (2)

The Four Weeks To Freedom + Rebet RM50

The Four Weeks To Freedom + Rebet RM50

Posted on 08 July 2009 by mazlienadzri

Selama beberapa hari anda disajikan dengan berita kedatangan The Four Weeks To Freedom.

Anda sudah dengar, lihat dan nilai sendiri kualiti audio dan laporan percuma yang diberikan.

Kini…

Produk sebenar sudah TIBA!

The Four Weeks To Freedom dengan ini dilancarkan! Di antara beberapa modul yang akan direka khas untuk anda ialah

Modul #1 – bagaimana untuk mencipta pendapatan
pantas

Modul #2 – bagaimana membina strategi untuk
menguasai sesuatu niche market.

Modul #3 – bagaimana membina aset

Modul #4 – bagaimana mencari kekuatan dan
membina sistem untuk bisnes anda

Maklumat lanjut boleh anda perolehi di

THE FOUR WEEKS TO FREEDOM

Buat pengetahuan anda, program ini akan bermula pada 14 Julai tetapi anda perlu dapatkannya  sekarang kerana beberapa sebab.

Sebab pertama ialah untuk persediaan anda sendiri menghadapi apa yang bakal diajarkan supaya anda boleh praktikkan.

Sebab kedua… merupakan sebab paling HEBAT bagi 100 pembeli bertuah!

Sekarang, jika anda pergi ke laman web The Four Weeks To Freedom, anda akan lihat satu tawaran hadiah bonus yang sangat lumayan — sebuah seminar “Memulakan Bisnes Internet” anda, yang saya keluarkan duit sendiri untuk anda hadiri percuma.

Tawaran ini dibuka kepada 100 pembeli terawal sahaja, dan saya tak pasti sampai bila ianya akan habis diambil.

Yang penting… ianya PASTI akan habis.

Jika anda rasa anda boleh tunggu dan lihat, anda perlu ingat!

Jadi, anda boleh nilai di sini kenapa anda perlu dapatkan The Four Weeks To Freedom dan jamin satu tempat duduk di seminar nanti pada hari ini juga — jam ini juga!

Jika tidak, anda mungkin akan kehilangan peluang seumur hidup anda berjumpa pakar pemasaran dan jutawan internet yang sebenar secara bersemuka.

Jangan tunggu lama lagi.

Segalanya di hadapan anda.

BONUS DARI SAYA

Sekiranya anda membeli produk  The Four Weeks To Freedom dari link saya, anda akan menerima rebet RM50. Pastikan anda clear cookies terlebih dahulu sebelum klik link saya, selepas itu buat bayaran dan email kepada saya dengan tajuk CLAIM 4 WEEK 2 FREEDOM untuk tujuan simpanan.

Rebet akan saya berikan selepas saya menerima pembayaran daripada Zamri

Dapatkan The Four Weeks To Freedom sekarang juga di

THE FOUR WEEKS TO FREEDOM

ikhlas,

Mazlie Nadzri

ps. pada masa anda membaca email ini pun, sudah ramai yang mula membuat pesanan.

Sphere: Related Content

Comments (3)

imej444

Kalau kena gaya, memang untung besar jual produk Resell Rights/Master Resell Rights…

Posted on 02 July 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sememangnya cara mudah ingin menjual produk di internet adalah mencari produk-produk yang memberikan lesen hak jualan semula.

Tapi, ramai mengatakan susah nak jual produk-produk begini, tapi saya rasa tak susah kalau kena gayanya. Apa yang penting adalah perancangan anda. Lihat bagaimana saya buat jualan bagi produk Panduan Minisites dan saya adalah salah seorang reseller yang sah.

imej443

Dalam dua hari pelancaran, sebanyak 35 jualan dengan harga produk adalah RM30. Jadi, berapa yang saya dapat:

RM30 x 35 orang = RM1050

RM1050 dengan modal yang tak sampai seratus pun. Berpuluh kali ganda keuntungan yang saya perolehi dengan menjual produk ini.

Antara kaedah yang saya lakukan ialah:

1. Saya buat kajian pasaran bagi melihat ada permintaan atau tidak produk ini. Saya buat tanya mereka adakah mereka tahu membina minisites, dan lebih daripada 50 orang responden menjawab tidak tahu. Dari kaji selidik tersebut, saya membuat keputusan menjual panduan ini.

imej444

2. Mempunyai mailing list anda sendiri. Saya rasa tak perlu dihuraikan banyak kali, satu dua pos saya sebelum ini telah menyentuh kepentingan memiliki mailing list. Apa yang nak saya tekankan, kalau saya takde mailing list, mustahil saya akan dapat jualan sebanyak ini, itu saya yakin :)

3. Harga yang saya letak adalah murah, iaitu RM30. Harga ini saya letak berdasarkan permintaan kaji selidik yang saya lakukan, kebanyakannya meminta RM30, jadi saya jual dengan harga RM30 dalm tempoh 48 jam. Apabila dilancarkan, memang lakulah sebab itu yang prospek minta :)

Jadi, tiada sebab tidak boleh jual produk yang mempunyai hak jualan semula ini. Apa yang penting kerjasama perancangan anda untuk menjual produk tersebut. Anggap ia umpama produk anda sendiri, dihasilkan oleh anda sendiri, rancang dengan teliti seperti mana anda merancang menjual produk anda.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Dapatkan ebook Teknik Manipulasi Sistem Kewangan Malaysia dengan BONUS saya disini terhad hanya untuk 16 20 orang sahaja lagi

Sphere: Related Content

Comments (5)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest