Archive | August, 2009

Strategi Pelancaran Semula Produk/Servis Sebagai Pemangkin Jualan

Tags:

Strategi Pelancaran Semula Produk/Servis Sebagai Pemangkin Jualan

Posted on 30 August 2009 by mazlienadzri

Selepas beberapa ketika, produk anda mungkin akan mengalami tahap tepu di mana anda mungkin boleh melihat bahawa produk anda telahpun dipasarkan di mana-mana sahaja di Internet, atau pun di sebaliknya, di mana produk anda tidak dapat dijual langsung kerana terdapat persaingan yang hebat.

Dalam erti kata lain, produk anda telahpun melalui zaman kegemilangannya dan sekarang ianya menuju ke zaman kejatuhan. Perkara ini tidak mustahil walaupun produk anda merupakan produk yang berkualiti tinggi dan  mempunyai permintaan yang tinggi suatu masa dahulu.

Hendak dibuang daripada pasaran, terasa sayang. Hendak diteruskan jualan,  jualan pula tidak memberansangkan. Rakan JV atau affiliate anda yang dahulunya gah mempromosikan produk anda ini sekarang tidak lagi mempromosikannya.

Jadi, anda tentu perlukan cara baru untuk membangkitkan semula minat orang ramai terhadap produk anda.

Disebabkan telah hampir habis strategi pemasaran dilakukan oleh anda semasa mempromosikan produk anda tersebut, maka ianya logikal untuk anda mencuba cara yang lain.

Di dalam contoh ini, salah satu cara yang berkesan ialah dengan melancarkan semula produk anda tersebut.

“Pelancaran Semula” produk bukanlah perkara yang asing lagi di dalam strategi pemasaran. Di antara cara yang dilakukan oleh peniaga ialah dengan melakukan satu atau perkara yang berikut:

1. menukar label atau penampilan produk

Jika produk anda ialah sebuah ebook, mungkin anda akan menukarkan ebook  cover, banner atau keseluruhan laman web jualan. Menukarkan produk  digital ke produk fizikal juga adalah salah satu daripadanya.

2. menulis semula surat jualan

Walaupun produk yang dijual adalah sama tetapi cara penyampaian di dalam surat jualan dilakukan dengan cara berlainan untuk menarik minat pasaran yang berlainan ataupun mensasarkan lagi pasaran yang sedia ada.

3. merombak kembali struktur komisyen

Sekiranya anda mempunyai komisyen jualan affiliate, pada masa inilah penstrukturan semula komisyen boleh dilakukan. Mungkin sebelum ini komisyen sebanyak 30% daripada hasil jualan tidak menarik minat ramai pemasar atau rakan niaga anda, tetapi jika anda naikkan kominsyen sehingga 60%, besar kemungkinan ianya akan membangkitkan semula semangat mereka untuk mempromosikan produk anda.

4. menambah isi kandungan produk

Kebanyakan pembeli akan berasa lebih gembira sekiranya isi kandungan produk yang anda jual bertambah lebih banyak daripada produk sebelumnya.  Jika ebook yang anda jual dahulu cuma 100 mukasurat dan sekarang anda  menjualnya dengan tambahan 75 mukasurat, mereka akan berasa bahawa anda telah menambah nilai produk tersebut walaupun apa yang anda lakukan mungkin cuma menambah beberapa bahagian yang perlukan  penghuraian yang lebih terperinci daripada dahulu.

5. menilai semula harga produk

Memberikan lebih banyak kandungan produk anda dengan mengekalkan harga sekarang (atau menurunkan harga) dapat juga menarik minat bakal pembeli terdahulu yang ingin mendapatkan produk anda tetapi masih ragu-ragu tentang harga dan kandungan produk anda. Dengan mengatasi masalah ini, anda mungkin memenangi semula hati bakal pembeli terdahulu.

Dari sini, anda boleh lihat bahawa pelbagai cara boleh dilakukan untuk memulakan semula proses pelancaran semula produk anda yang sedia ada sekarang.

Proses pelancaran yang biasanya anda lakukan sebelum ini bolehlah  diaplikasikan semula seolah-olah produk yang anda akan lancarkan semula ini adalah produk baru.

Di antaranya ialah mengadakan peraduan jualan terbanyak bagi agen jualan anda, mencari rakan niaga yang baru, membeli iklan di laman web tertentu, melakukan joint-venture dan proses pra-pelancaran dan sebagainya.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan  pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet.

Lawati laman web beliau di http://www.TheFourWeekstoFreedom.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

================================================

*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.  Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “TheFourWeekstoFreedom” kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.

Sphere: Related Content

Comments (2)

Review Report 10 Cara Buat Duit Raya

Review Report 10 Cara Buat Duit Raya

Posted on 25 August 2009 by mazlienadzri

Salam Sejahtera..

Tak lama lagi dah nak raya. Anda semua bagaimana? Dah siapkan persiapan untuk berhari raya?

Kalau belum lagi, cepat-cepatlah takut nanti tak sempat pulak pakai baju baru maas raya ni.

Dalam artikel ini, saya ingin ambil kesempatan untuk mereview report yang telah dihasilkan oleh saudara Ammar Zahar bertajuk 10 Cara Buat Duit Raya. Maklumlah, raya dah nak dekat. Jadi, kita perlu ada persiapan bukan saja untuk beraya, malah persiapan untuk dapatkan balik duit selepas banyak berhabis masa raya.

Dalam report dengan 45 mukasurat ini, banyak info langkah demi langkah yang telah ditunjukkan oleh Ammar tentang cara nak buat duit raya. Langkah-langkah tersebut mudah diikuti dan langsung tak perlu ada kemahiran pun. Ada orang buat duit online. Yang itu memerlukan pengetahuan asas tentang komputer sedikit sebanyak.

Tapi kali ni, Ammar Zahar tunjukkan 10 cara buat duit raya yang tak ada kaitan dengan online. Maksudnya, semua orang pun boleh lakukannya. Ammar bukan saja mengupas teknik tersebut secara langkah demi langkah, malah Ammar tunjukkan bagaimana nak caranya dan resource yang banyak diberikan.

Saya pasti, selepas membaca report ni, anda boleh terus pilih dari 10 cara tersebut yang mana stau nak dibuat dan terus kumpul duit raya anda. Dan yang pastinya, harga report ini sangat sangatlah murah tak seperti harga kebanyakan ebook diluar sana.

Klik sini untuk maklumat lanjut: REPORT DUIT RAYA

Saya beri 5 bintang dan 9/10 markah untuk report ini. Murah, praktikal, dan memang mantap isinya. Satu lagi report hebat dari Ammar Zahar..:)

Untuk kejayaan Anda..

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (2)

Definisi Sistem Autoresponder

Definisi Sistem Autoresponder

Posted on 15 August 2009 by mazlienadzri

Jika anda ingin memulakan pemasaran di internet, salah satu alatan paling penting yang perlu anda miliki adalah sistem autoresponder.

Apakah maksud sistem autoresponder?

Sistem autoresponder adalah merupakan satu sistem yang digunakan untuk mengurus segala aktiviti penghantaran email secara automatik kepada pengguna atau pelanggan yang telah mendaftar ke dalam sistem tersebut.

Mengapa pentingnya sistem autoresponder ini untuk segala aktiviti pemasaran internet anda?

Pertamanya, sistem ini diperlukan untuk menyimpan segala data – data pelanggan anda terutama sekali data seperti nama dan alamat email mereka.

Pentingnya menyimpan data pelanggan anda tersebut adalah supaya anda boleh melakukan “follow up” terhadap mereka di kemudian hari.

Keduanya pula adalah, anda perlu mengautomasikan segala proses penghantaran email. Bayangkan jika anda mempunyai 1000 orang pelanggan…  Adalah teramat sukar untuk anda menghubungi mereka satu persatu untuk proses “check up” atau “follow up”.

Jika menggunakan sistem autoresponder, semua proses ini boleh dilakukan secara automatik selepas anda menetapkan proses penghantaran email.

Ketiga, penggunaan sistem autoresponder dapat memudahkan anda menghubungi pelanggan – pelanggan anda pada bila – bila masa sahaja.

Anda boleh sediakan sejumlah email yang ingin dikirimkan kepada pelanggan – pelanggan anda dan tetapkan masa penghantarannya mengikut kehendak anda. Sistem autoresponder akan menguruskan segala proses penghantaran secara berkala mengikut tempoh yang telah anda set kan pada sistem.

Malah, anda juga boleh menetapkan pelbagai kempen pemasaran email tanpa ada sebarang masalah seperti email bercampur aduk kerana setiap kempen email yang ditetapkan akan disimpan pada database tersendiri.

Inilah kelebihan sesiapa yang menggunakan autoresponder…anda bila lagi?

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (6)

Idea diperlekehkan? Buat je..

Idea diperlekehkan? Buat je..

Posted on 10 August 2009 by mazlienadzri

Mungkin anda ada idea perniagaan yang agak pelik,atau
idea perniagaan yang anda rasa kecil nilainya
di mata orang ramai, maka, anda pendamkan.
Saya percaya mesti ada bukan idea seperti itu
yang pernah terlintas di kepala anda?
Kenapa anda tidak teruskan kalau ianya ada manfaatnya
kepada orang ramai?
Kenapa anda tidak yakin? Jawapannya kerana anda memikirkan
apa pandangan orang terhadap idea anda itu.
Anda mungkin terfikir seperti dibawah ini:
“laa…idea ini pun nak jual juga ke?”
“takde ke idea lain, biarlah nampak pro sikit”
dan pelbagai lagi jenis sindiran yang anda fikir…
Saya menulis ini kerana saya pernah alaminya…
Ada yang lagi teruk daripada ini sindiran yang
saya pernah dapat…tapi, adakah saya perlu
berhenti merialisasikan idea-idea yang saya
jumpa?
Tidak…
Saya mahu buktikan bahawa idea yang dikatakan tidak
bernilai itu sebenarnya sangat bernilai dan mempunyai
permintaan..
Saya lakukan, saya buat berdasarkan keyakinan saya..
saya tidak akan menghakimi diri saya sehinggalah
saya mencubanya…itu prinsip saya…
Prinsip ini juga perlu anda tanamkan didalam diri
anda kalau anda benar-benar mahu berjaya..
Jangan cuba menyatakan TIDAK BOLEH selagi anda
belum mencuba…jangan BERUNDUR kalau anda belum
cuba melangkah ke hadapan…
Ada idea, teruskan(setelah mengambil kira permintaan pasaran),
abaikan sahaja apa yang orang lain katakan…
Yang memberikan rezeki kepada kita adalah Allah, yang menentukan
kejayaan juga adalah Dia, bukannya manusia..
Lihatlah ebook RahsiaKambing, walaupun satu idea yang nampak
tidak bernilai, tetapi ianya mempunyai permintaan..jualannya
tetap ada…orang ramai tetap mencari…
Ikhlas,
Mazlie Nadzri

Mungkin anda ada idea perniagaan yang agak pelik,atau idea perniagaan yang anda rasa kecil nilainya di mata orang ramai, maka, anda pendamkan.

Saya percaya mesti ada bukan idea seperti itu yang pernah terlintas di kepala anda?

Kenapa anda tidak teruskan kalau ianya ada manfaatnya kepada orang ramai?

Kenapa anda tidak yakin? Jawapannya kerana anda memikirkan apa pandangan orang terhadap idea anda itu.

Anda mungkin terfikir seperti dibawah ini:

“laa…idea ini pun nak jual juga ke?”

“takde ke idea lain, biarlah nampak pro sikit”

dan pelbagai lagi jenis sindiran yang anda fikir…

Saya menulis ini kerana saya pernah alaminya…Ada yang lagi teruk daripada ini sindiran yang saya pernah dapat…tapi, adakah saya perlu berhenti merialisasikan idea-idea yang saya jumpa?

Tidak…

Saya mahu buktikan bahawa idea yang dikatakan tidak bernilai itu sebenarnya sangat bernilai dan mempunyai permintaan..dan sekaligus memberikan pulangan kepada saya..

Saya lakukan, saya buat berdasarkan keyakinan saya..saya tidak akan menghakimi diri saya sehinggalah saya mencubanya…itu prinsip saya…

Prinsip ini juga perlu anda tanamkan didalam diri anda kalau anda benar-benar mahu berjaya..

Jangan cuba menyatakan TIDAK BOLEH selagi anda belum mencuba…jangan BERUNDUR kalau anda belum cuba melangkah ke hadapan…

Ada idea, teruskan(setelah mengambil kira permintaan pasaran), abaikan sahaja apa yang orang lain katakan…

Yang memberikan rezeki kepada kita adalah Allah, yang menentukan kejayaan juga adalah Dia, bukannya manusia..

Lihatlah ebook RahsiaKambing, walaupun satu idea yang nampak tidak bernilai, tetapi ianya mempunyai permintaan..jualannya tetap ada…orang ramai tetap mencari…dan memberikan pulangan lumayan kepada empunya produk tersebut

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s:  Kepada yang belum mendapatkan Sistem Easy Order Form, segera dapatkan disini. Sistem ini membantu newbie memiliki borang tempahan online mereka sendiri..

GetResponse

Sphere: Related Content

Comments (6)

Sistem Easy Order Form dilancarkan..

Sistem Easy Order Form dilancarkan..

Posted on 05 August 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum,

Saya baru sahaja melancarkan projek Sistem Easy Order Form saya. Daripada kajian yang saya lakukan, ramai lagi orang diluar sana tidak memiliki borang tempahan online ini. Jadi, atas sebab inilah, saya mengambil inisiatif  menjual sistem easy order form ini.

Ianya sangat mudah dipasang, dah nama pun ‘easy’ ye tak? Hanya beberapa langkah, kini anda boleh memiliki borang tempahan online anda.

InsyaAllah, saya ada perancangan jangkamasa panjang untuk projek ini. Sistem ini akan diupdate dari masa ke semasa. Beberapa fungsi sudah saya fikirkan, jadi, sekiranya anda pembeli sistem ini, anda akan menerima update terkini sistem secara percuma sahaja nanti.

Projek ini dijual dalam 2 bentuk, iaitu Personal Use dan Resale Rights. Dibawah ini linknya.

Personal Use : http://mazlienadzri.com/Hz

Resale Rights : http://mazlienadzri.com/Hz/rr.html

Sekiranya anda berminat, segera buat pilihan anda diatas. Untuk lesen resale right, syarat reseller  boleh anda lihat disini

Terima kasih,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (10)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest