Archive | September, 2009

internet marketing

Tags: ,

Interview Eksklusif : Dari Zero ke Hero IM

Posted on 28 September 2009 by mazlienadzri

Seperti yang saya janjikan pada post sebelum raya tempoh hari, anda kini boleh dapatkan interview khas bersama dua orang IM disini

internet marketing

Semoga apa yang terkandung didalam interview ini mendatangkan banyak manfaat kepada anda yang bercita-cita ingin menjadi seorang IM yang berjaya.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (4)

Selamat hari raya

Tags:

Selamat hari raya

Posted on 16 September 2009 by mazlienadzri

Saya pasti, esok orang dari bandar mula berpusu-pusu balik ke kampung dengan satu tujuan, menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga dan sanak saudara.

Saya sendiri tidak ketinggalan dan akan bertolak ke kampung saya di Teluk Intan esok malam. Saya bercuti selama seminggu disana dan akan kembali ke KL pada 27hb.

Jadi, segala email pertanyaan atau email tempahan akan saya balas pada 28hb nanti.

Atas kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan saya dengan penuh rendah diri memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan yang tak disengajakan seperti perbuatan ataupun perkataan kepada anda.

Semoga anda semuanya ceria menyambut hari raya bersama keluarga tersayang dan dimurahkan rezeki. Yang akan bertolak ke kampung nanti, saya doakan agar anda berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat pergi dan selamat pulang ke destinasi anda masing-masing.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (5)

email

Tags:

Sediakan artikel/email promosi…

Posted on 14 September 2009 by mazlienadzri

Begitu banyak sekali cabaran affiliate, program PPL sebelum ramadhan dan semasa ramadhan sekarang ini.  Juga saya pasti, ianya akan berterusan sehinggalah ke akhir tahun nanti.

Bagi saya sendiri secara jujur, ianya satu perkembangan yang positif, ramai muka-muka baru mula menerjah dunia perniagaan internet ini, memberikan cabaran, persaingan kepada orang-orang lama. Saya bukanlah orang lama, saya pun baru setahun lenih sahaja bergiat secara benarnya didalam perniagaan internet ini.

Berbalik kepada tajuk asal post saya kali ini. Saya selalu dijemput menyertai cabaran affiliate bagi produk IM, adakalanya saya turut serta dan ada kalanya saya tidak. Salah satu perkara yang saya lihat untuk sertai cabaran tersebut adalah, saya akan pastikan, ada atau tidak artikel/email promosi disediakan.

Ya, itu antara penilaian saya terlebih dahulu sebelum saya kata setuju untuk turut serta dalam cabaran tersebut. Mengapa? Biar saya berterus terang, saya sememangnya bergantung kepada artikel/email promosi didalam mana-mana cabaran affiliate yang saya sertai sebelum ini. Ada kalanya saya ambil 100%, dan adakalanya saya akan ubah mengikut gaya saya sekiranya sempat, tapi masih memerlukan artikel/email yang disediakan sebagai idea utama.

Jadi, kalau ada yang email saya minta sertai program affiliate mereka, dan saya tak dapat turut serta, mungkin perkara ini yang menyebabkan saya menolak pelawaan anda. Satu contoh seperti dibawah ini. Saya menerima 1-2 kali email minta saya sertai cabaran tersebut, tapi saya dapat turut serta kerana isu ini, tambahan pada masa itu, saya juga sibuk, kalau ada email/artikel disediakan, mungkin ianya membantu saya untuk promosi. Saya lihat sebentar tadi, masih tiada artikel promosi disertakan.

email

Jadi, nasihat saya, kalau anda betul-betul ingin membuat apa-apa cabaran affiliate, pastikan bahan-bahan promosi disediakan. Ini memudahkan ejen affiliate membuat promosi. Banner sahaja tidak memadai dalam membuat promosi untuk mendapatkan jualan.

Juga satu signal kepada empunya produk supaya serius dalam perniagaan, bukan sekadar ‘menggunakan’ orang lain untuk kepentingan sendiri. Dalam affiliate, kita sama-sama membantu antara satu sama lain.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (3)

peelaway

Tags: , ,

Terhad! Rotating peel RM50

Posted on 11 September 2009 by mazlienadzri

Saya rasa anda sudah tahu yang saya ada menyediakan perkhidmatan design dan pemasangan iklan peel away, yang saya lancarkan  5-6 bulan lepas. Ketika itu, iklan tersebut berfungsi hanya untuk satu iklan untuk satu blog/forum etc.

peelaway

Tapi, untuk kali ini, anda boleh memasukkan seberapa banyak iklan peel yang anda mahu hanya dalam satu blog, website atau forum. Cuba lihat iklan peel di blog saya diatas penjuru kanan browser ini, cuba anda refresh, anda akan lihat iklan peel saya akan berganti -ganti dengan iklan yang lain. Saya setkan iklan peel saya sebanyak 3 iklan sahaja. Bermakna, 3 iklan ini sentiasa bertukar-tukar tempat di atas penjuru blog saya ini. Atau anda boleh lihat demo yang lain disini

Ok, saya ingin memberikan tawaran istimewa kepada anda yang berminat, tawaran ini sah sebelum hari isnin ini sahaja, kemudian ditutup.

Saya akan design 2 iklan peel anda dan pemasangan skrip peel away hanya RM50 sahaja. Kalau anda yang belum tahu berapa harga saya cas satu iklan peel sebelum ini, boleh lihat disini, RM60, satu iklan, tapi kali ini, 2 iklan RM50 sahaja.

Satu pelanggan saya sudah menggunakannya, lihat disini

Ingat, tawaran ini sah sebelum hari isnin ini, kemudian akan ditutup dan harga selepas ini, adalah dalam lingkungan RM80-RM100(2 iklan)  dan harga lagi tinggi kalau anda inginkan iklan peel lebih daripada 2.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (0)

Interview istimewa akan menemui anda..

Interview istimewa akan menemui anda..

Posted on 03 September 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum

Huh…lama sungguh tak menulis dengan idea sendiri. Bukannya apa, saya amat sibuk sekarang dan juga ada sedikit masalah personal disamping saya sedang membuat perancangan membina aset untuk perniagaan internet saya.

Juga saya sedang merancang projek selepas hari raya nanti.

Baiklah, kembali kepada tajuk utama post kali ini, saya sebenarnya baru selesai menemubual seorang IM yang boleh dikatakan newbie tapi melonjak naik tidak sampai setahun dengan penghasilan produk yang berjaya mencatat jualan puluhan ribu di internet.

Interview ini melibatkan 2 orang IM dan seorang lagi saya masih dalam proses temubual. Report ini akan diedarkan secara percuma kemungkinan selepas raya nanti. Tajuk report adalah “Dari Zero ke Hero IM”.

Berikut petikan interview tersebut :)

Ramai newbie tahu akan kepentingan memiliki mailing-list sendiri, tetapi mereka masih tidak mahu membina mailing-list dengan alasan, tak mampu bayar sewa bulanan, apa nasihat anda kepada mereka?
Tidak mampu bukanlah alasannya. Tahu tetapi tidak melakukannya. Pasti ada yang tahu bahawa
ilmu tanpa amal tidak berguna. Begitulah juga konsepnya. Kedengaran agak susah, tetapi anda tidak tahu selagi tidak mencuba. Apa yang perlu ditunggu? Just do it! Ianya akan menjadi susah
jika anda seriing menangguh kerja. Kehidupan kita sebenarnya mudah, saya selalu tekankan,
buat sekarang atau tak perlu buat langsung. Itu sahaja. Tiada pilihan buat esok atau minggu depan. Mungkin ada pernah dengar “Kerja bertangguh tidak menjadi”.

Soalan : Ramai newbie tahu akan kepentingan memiliki mailing-list sendiri, tetapi mereka masih tidak mahu membina mailing-list dengan alasan, tak mampu bayar sewa bulanan, apa nasihat anda kepada mereka?

Jawapan : Tidak mampu bukanlah alasannya. Tahu tetapi tidak melakukannya. Pasti ada yang tahu bahawa ilmu tanpa amal tidak berguna. Begitulah juga konsepnya. Kedengaran agak susah, tetapi anda tidak tahu selagi tidak mencuba. Apa yang perlu ditunggu? Just do it! Ianya akan menjadi susah jika anda seriing menangguh kerja. Kehidupan kita sebenarnya mudah, saya selalu tekankan, buat sekarang atau tak perlu buat langsung. Itu sahaja. Tiada pilihan buat esok atau minggu depan. Mungkin ada pernah dengar “Kerja bertangguh tidak menjadi”.

Bagaimana? Teruja? Itu satu soalan daripada 15 soalan yang anda akan dapat baca dalam interview eksklusif tersebut nanti.

Ikhlas,
Mazlie Nadzri
p/s:  Bonus panduan Pelaburan Emas boleh lihat disini sekiranya berminat

Sphere: Related Content

Comments (4)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest