Dulu, saya ada post di blog ini mengenai teknik viral marketing yang mudah, iaitu dengan memberikan sesuatu kepada orang ramai secara percuma. Tidak kisahlah samada ebook, audio, video dan sebagainya.
Salah satu tujuannya adalah untuk membina nama anda. Ya, dengan dibaca oleh pelbagai orang di internet, ianya dapat membina nama anda dalam diam.
Selain itu juga, ia boleh menarik trafik ke blog anda. Caranya dengan meletakkan link blog anda didalam laporan tersebut. Seperti saya, didalam ebook Panduan Setup Getresponse saya meletakkan url ke blog saya ini.
Dan satu lagi perkara yang terhasil daripada teknik ini ialah,jualan daripada iklan yang diletakkan didalam report tersebut.
Buktinya, lihat imej dibawah ini:

komisen affiliate getresponse
Didalam report yang saya hasilkan tahun lepas, saya link kan ke getresponse menggunakan link affiliate software tersebut.
Dan hasilnya, saya sudah terima secara bulanan komisen tersebut sebab komisen getresponse adalah secara ‘recurring’ selagi pemegang akaun tersebut membuat bayaran.
Mungkin anda rasakan ianya tidaklah banyak, tapi perlu ingat, saya bukan promosi habis-habisan, sekadar meletakkannya di dalam report tersebut dan tiada pun ayat memujuk supaya melanggan autoresponder tersebut.
Jadi, saya rasa berbaloi dengan nilai komisen tersebut dan yang penting adalah, dijamin akan terima, sebabnya, salah seorang pelanggan tersebut telah melanggan selama setahun. Bermaknanya disini, selama setahunlah saya akan menerima komisen tersebut tanpa perlu risau
Sebenarnya saya ada tangkap gambar cheque yang dihantar, tapi tak boleh nak download ke PC.
Ringkasnya disini, banyak manfaat sekiranya anda menggunakan teknik ini. Tiga benda anda akan dapat:
1. Membina nama anda
2. Traffik
3. Jualan
Selamat mencuba!
Mazlie Nadzri
Sphere: Related ContentIf you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!










October 14th, 2009 at 8:55 pm
October 14th, 2009 at 9:02 pm
October 15th, 2009 at 12:37 am
October 15th, 2009 at 4:44 pm
pemberian percuma seperti ebook panduan sebenarnya akan lebih meningkatkan kredibiliti seseorang itu..ya lah,sape yang tak nak pemberian percuma daripada orang lain kan?
mesti ada ‘give and take’..baru boleh berjaya..
setuju ngn pandangan bro..100%..
October 15th, 2009 at 4:46 pm
October 15th, 2009 at 5:10 pm
October 15th, 2009 at 5:12 pm
October 17th, 2009 at 10:06 am
Saya sokng cadangan tu, memang orang suke bende2 free nie. Memg satu cara yang bgs, dalam masa yang sama dapat membina name dan jual list email. hehehe kan sudah terbukti bahawa list=duit. jadi dalam masa yang sama kita buat name, kita dapat bina asset kita.
Tapi bagi sesiapa yang nak kuarkan produk percuma, mesti lah dapat memberi info yang berguna kepada semua, jangan main tibai je bg produk free tapi isi tak memberangsang kan. Yang tu akan menjatuhkan imej kita.
Salam
Amril_Muidz
October 20th, 2009 at 2:52 pm
November 1st, 2009 at 5:09 pm