Didalam bisnes, tidak kira samada online ataupun offline, mempunyai rakan perniagaan adalah penting.
Anda tidak boleh bergerak secara bersendirian didalam perniagaan anda sekiranya anda ingin berjaya.
Didalam perniagaan internet, lihatlah rakan-rakan IM kita yang berjaya membuat jualan puluhan ribu hanya dalam masa beberapa hari sahaja.
Adakah mereka memperolehinya secara bersendirian? Tidak sama sekali! Mereka sudah mempunyai ramai rakan bisnes(ataupun rakan JV) yang sedia membantu seseorang IM itu membuat jualan yang tinggi.
Inilah peranan penting yang dilakukan oleh rakan JV.
Permasalahan
Namun, satu soalan yang penting untuk ditanya ialah:
” Antara keuntungan dan rakan jv, mana yang lagi penting?”
Kalau anda melihat dari aspek ‘long term business’, saya yakin rakan jv adalah jawapan yang anda akan pilih.
Didalam memelihara hubungan diantara rakan JV, sifat bantu membantu hendaklah dikekalkan.
Sebagai contoh, rakan A menghubungi rakan rakan B untuk membantu membuat jualan produk terbaru rakan A beberapa bulan lepas.
Kemudian, rakan B pula ingin melancarkan produknya sendiri, dan menghubungi rakan A, meminta bantuan untuk membuat jualan, tetapi tiada jawapan, dan sekiranya ada pun, jawapan yanag diberikan adalah ‘saya sibuk’ sekarang.
Saya yakin, kalau rakan A tersebut memahami atau ikhlas ingin membantu, alasan sibuk bukanlah satu alasan yang tepat.
Tahukah anda, ada diantara rakan JV bersetuju menerima undangan JV dan memberhentikan seketika projek-projek mereka sendiri kerana ingin menjaga hubungan diantara mereka.
Mereka sanggup membantu walaupun mereka juga sibuk.
Mungkin ada yang meengatakan, produk tersebut tidak sesuai untuk list mereka. Ya, itu betul, tapi dalam artikel ini, saya tidak mahu fokus kepada isu tersebut.
Bagi saya, tiada gunanya anda mampu membuat jualan puluhan, ratusan ribu tetapi anda tidak menghargai bantuan rakan JV tersebut yang bertungkus lumus membantu jualan produk anda.
Sedangkan, jualan yang terhasil adalah di atas bantuan rakan-rakan JV anda juga, walaupun tidak banyak, namun, sedikit sebanyak ianya turut membantu.
Duit kita mampu perolehi dengan mudah, tetapi sekiranya rakan JV anda sudah hilang kepercayaan, itu adalah satu kemusnahan yang besar dalam perniagaan anda. Kalau rakan jv merasakan diri mereka seperti diguna pakai bila anda mahukan mereka, percayalah, mereka tidak akan mahu bekerjasama lagi selepas itu.
Saya sangat menghargai rakan-rakan IM yang lama, walaupun mereka sibuk, tetapi masih sempat membantu saya, walaupun sesetengahnya tiada jualan yang dihasilkan, itu bukanlah perkara utama yang saya mahukan, apa yang saya ingin lihat adalah istilah rakan perniagaan tersebut, sejauh mana mereka memahami kepentingan rakan jv dalam perniagaan internet dan nampaknya, ianya adalah positif dan saya tidak teragak-agak akan membantu mereka-mereka ini di masa akan datang.
Kebanyakan daripada mereka yang menjemput saya untuk JV, dan saya menerima jemputan mereka, dan bila saya pula memerlukan mereka, alhamdulilah, mereka juga dapat menerima jemputan saya. Inilah perhubungan yang baik. Ingat, ‘mereka-mereka’ ini adalah orang lama, yang bermindakan keusahawanan.
Inilah membezakan orang lama didalam perniagaan internet dan orang baru dalam perniagaan internet berfikir….
Ikhlas,
Mazlie Nadzri
Sphere: Related ContentIf you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!










October 28th, 2009 at 11:36 pm
Terima Kasih di atas peringatan ini, Mazlie …….
October 29th, 2009 at 12:11 am
October 29th, 2009 at 9:18 pm
Memang betul tu, hubungan di antara rakan jv perlu dijaga. Seperti layang-layang, sekali dah putus tali, memang susah nak dapatkan balik layang-layang tu…
October 29th, 2009 at 10:59 pm
memang betul rakan JV ni penting untuk jangka masa panjang..umpama rakan kongsi dalam bisnes offline..
October 31st, 2009 at 1:21 am
October 31st, 2009 at 8:47 am
November 2nd, 2009 at 2:53 am
November 3rd, 2009 at 9:57 pm
Saya setuju dengan pendapat saudara. JV kita kene ibaratkan macam member baik kita. Susah sama susah, senang sama senang. Walaupun saya tak berpeluang tuk JV dengan mane2 otai kita, Tapi saya selalu perhatikan kehebatan JV dalam pelancaran sesuatu produk.
Tak kira walaupun sibuk, mereka akan cube membantu rakan2 mereka. Sesuatu yang patut kita contohi dari otai2 kita.
Salam
Amrilmuidz
November 3rd, 2009 at 10:01 pm
November 3rd, 2009 at 10:50 pm
Topik yang sangat menarik dan berguna untuk newbie cam saya. InsyaAllah saya akan cuba aplikasikan nasihat saudara dalam membina hubungan dengan IM lain. Ramai berminat nak join JV, tapi tak ramai yang tahu bagaimana nak bina hubungan tu. Harap tuan dapat beri tips2 ni dalam post akan datang…
Terima kasih
December 11th, 2009 at 10:03 am
harap beri penerangan