Categorized | Motivasi Diri

Cuba teknik ini, jualan pasti terhasil…

Posted on 04 November 2009 by mazlienadzri

Artikel ini elok dibaca untuk newbie yang baru didalam bidang internet marketing ini.  Kalau yang dah lama, mungkin boleh refresh semula teknik ini :)

Kebanyakan IM(tidak semua), akan hasilkan produk, siap dan launch produk tersebut.

Tapi, saya pula suka hasilkan produk, dalam masa yang sama mencari standby buyers dan launch.

Apa bezanya?

Tiada beza yang besar, cuma, teknik yang saya gunakan adalah, saya sudah mempunyai bakal pembeli untuk produk saya walaupun saya belum melancarkannya.

Berbeza dengan kaedah biasa, kita perlu mencari pembeli selepas produk dilancarkan. Ada sedikit bezanya disini.

Saya berikan satu contoh untuk projek Sistem Easy Order Form saya. Saya telah hasilkan satu page untuk saya kumpul bakal pembeli produk tersebut seperti dibawah ini selama 2 minggu.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Didalam page tersebut, saya memberikan diskaun kepada mereka dengan syarat, mereka haruslah mendaftar form yang saya sediakan. Untuk mendapatkan form ini, anda perlulah ada sistem autoresponder.

Kalau yang masih tiada autoresponder, dapatkanlah, anda boleh menggunakan getresponse,aweber ataupun yang paling murah, norabot. Tidak perlulah bertangguh lagi sebab banyak kali saya nyatakan dalam blog ini, kebaikan yang banyak sekiranya anda mempunyai autoresponder ini.

Anda boleh meletakkan apa juga tawaran didalam page tersebut, tetapi, saya sarankan anda berikan diskaun, kerana orang berminat dengan perkataan diskaun ini :)

Untuk projek tersebut, saya mendapat 31 orang dan yang membeli adalah seramai 22 orang. Yang paling ramai membeli lesen RR dengan harga RM25

Lihat, saya sudah memperolehi ratusan ringgit walaupun belum dilancarkan kepada orang ramai dan saya hanya email kepada 31 orang ini dahulu. Mereka pembeli yang sudah sedia membeli produk saya apabila diberitahu.

Saya boleh berikan jaminan, kaedah ini amat berkesan menghasilkan jualan. Itu belum dikira selepas produk tersebut dilancarkan kepada orang ramai dengan keuntungan yang anda perolehi selepas itu.

Semoga bermanfaat,

Mazlie Nadzri

p/s: Saya akan bukan lesen RR untuk Sistem Easy Order Form minggu hadapan terhad kepada 30 orang sahaja, kemudian, ianya akan ditutup selamanya.

Share/Save/Bookmark

Sphere: Related Content

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

9 Comments For This Post

  1. Fazli Says:

    nnt beritahu saya yer sekiranya lesen RR tu dah keluar. dulu saya miss. good post.

  2. Shukor Says:

    Salam buat bro Mazlie,

    post yang menarik…tips ni memang bagus diapplykan untuk produk yang bakal dilancarkan

  3. lanchini Says:

    Salam ,

    Terima kasih berkongsi info ni.
    Saya masih lagi belajar bab2 mengumpul list ni, insyaAllah akan apply teknik dalam projek2 masa depan.

    Tenkiu sekali lagi.

  4. mazlie Says:

    terima kasih…saya selalu buat teknik ni, terbaru projek Raja Grafik Icon :)
    , hasilnya tdak mengecewakan :)

  5. zaki shaari Says:

    Right info, tetapi yang masih merangkak macam saya, list tak banyak pasti idamkan teknik tu. Idea teknik yang baik.

    Thanks Mazlee

  6. mazlie Says:

    kalau anda perasan, masa itulah masa kita nak kumpul lagi list, sebab kita tawarkan sesuatu yang lagi bernilai(diskaun produk terbaru),pasti lagi ramai yang subscribe… :)

  7. hairulbiz Says:

    teknik yang bagus ni..boleh diaplikasikan untuk produk saya nanti..salah satu bentuk psikologi juga ini untuk menarik pelanggan.tq mazlie

  8. Mantra Says:

    Assalamualaikum,

    Satu perkongsian yang sangat berguna kepada saya.
    InsyaAllah saya akan praktikkannya dalam produk keluaran saya nanti.
    Mungkin lama lagi :)

  9. Penang Says:

    Teknik yang cukup bagus… Nanti saya praktikan teknik ini….

1 Trackbacks For This Post

  1. JomBuzz.com Says:

    Cuba teknik ini, jualan pasti terhasil… | MazlieNadzri Dot Com…

    Saya kongsikan cara bagaimana memperolehi pembeli sebelum produk dilancarkan…..

Leave a Reply

Mininiaga

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest