Categorized | Motivasi Diri

Kaedah Mencipta Trafik Menggunakan Teknik Blog Commenting

Posted on 17 December 2009 by mazlienadzri

Muhammad Aqif bin Azizan merupakan penulis ebook Pendedahan Eksklusif: Blog Commenting dan merupakan pemilik blog AqifStrategi.com yang membongkarkan 1001 soalan mengenai perniagaan dan pemasaran internet.
Penjanaan trafik amat penting dalam perniagaan internet untuk memastikan penjualan yang berterusan bagi sesuatu produk dan perkhidmatan. Namun, masalah yang dihadapi oleh sesetengah orang ialahmengabaikan beberapa teknik mudah untuk menjana trafik dan ini merupakan salah satu faktor utama mereka seringkali menghabiskan wang untuk mengetahui kaedah penjanaan trafik yang efektif.
Dengan menggunakan sebuah teknik penjanaan trafik mudah yang diberikan nama blog commenting, tindakan yang perlu anda lakukan ialah semudah A-B-C dimana anda cuma memerlukan beberapa minit sahaja untuk melakukannya dan hasil yang bakal diperoleh mampu mengubah persepsi anda mengenai teknik mudah ini.
Terdapat pelbagai perkara yang perlu anda fahami terlebih dahulu sebelum menggunakan teknik ini. Walaupun ia dikatakan efektif, namun anda tidak akan mampu melaksanakannya jika tidak menguasai asas-asas blog commenting. Antaranya:
Betapa Pentingnya Niat Anda
Sepertimana yang kita ketahui, kebanyakkan tindakan yang kita lakukan adalah berlandaskan niat . Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai niat yang baik sebelum anda mula menggunakan teknik ini.
Apakah niat yang dimaksudkan itu?
Sebelum anda mula untuk memberikan sebarang pendapat / kritikan / ulasan dalam ruangan komen yang disediakan, pastikan anda mempunyai niat untuk “membantu” mereka menyelesaikan masalah / persoalan yang dihadapi.
Perkara ini nampak kecil, namun tindakan yang berdasarkan niat yang betul dapat menghasilkan keputusan yang optimum. Jadi, pastikan niat anda berlandaskan menyelesaikan sesuatu perkara sebelum memulakan penulisan pada ruangan komen tuan empunya blog.
Komen Yang Mencipta Jalan Penyelesaian
Memberikan komen yang dapat memberikan jalan penyelesaian kepada para pembaca lain mampu meningkatkan kredibiliti dan meluaskan pengaruh anda. Lebih-lebih lagi apabila blog tersebut mempunyai jumlah pembaca yang ramai dimana anda boleh mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan laman blog anda di ruangan yang disediakan.
Gunakan Konsep “I’m Problem Solver”
Apabila meletakkan diri anda sebagai Problem Solver (Penyelesai Masalah), maka secara automatik setiap komen yang anda berikan pasti memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada para pembaca. Konsep seperti ini diguna pakai untuk membina personaliti sebagai individu yang sentiasa dinanti-nantikan oleh tuan empunya blog dan para pembaca yang lain.
Perkara Asas Adalah Pemangkin Kejayaan.
Dengan menguasai perkara-perkara asas seperti yang telah dikongsikan, maka ia dapat permudahkan anda untuk mengimplimentasikan tindakan bagi menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Kesimpulannya, teknik pemasaran menggunakan blog commenting ini telah dibuktikan keberkesanannya. Kini hanya tinggal tindakan anda sahaja untuk menjadi orang seterusnya yang berjaya menjana trafik melalui teknik ini.
Muhammad Aqif bin Azizan merupakan penulis ebook Pendedahan Eksklusif: Blog Commenting dan merupakan pemilik blog AqifStrategi.com yang membongkarkan 1001 soalan mengenai perniagaan dan pemasaran internet.

Muhammad Aqif bin Azizan merupakan penulis ebook Pendedahan Eksklusif: Blog Commenting dan merupakan pemilik blog AqifStrategi.com yang membongkarkan 1001 soalan mengenai perniagaan dan pemasaran internet.

Penjanaan trafik amat penting dalam perniagaan internet untuk memastikan penjualan yang berterusan bagi sesuatu produk dan perkhidmatan. Namun, masalah yang dihadapi oleh sesetengah orang ialah mengabaikan beberapa teknik mudah untuk menjana trafik dan ini merupakan salah satu faktor utama mereka seringkali menghabiskan wang untuk mengetahui kaedah penjanaan trafik yang efektif.

Dengan menggunakan sebuah teknik penjanaan trafik mudah yang diberikan nama blog commenting, tindakan yang perlu anda lakukan ialah semudah A-B-C dimana anda cuma memerlukan beberapa minit sahaja untuk melakukannya dan hasil yang bakal diperoleh mampu mengubah persepsi anda mengenai teknik mudah ini.

Terdapat pelbagai perkara yang perlu anda fahami terlebih dahulu sebelum menggunakan teknik ini. Walaupun ia dikatakan efektif, namun anda tidak akan mampu melaksanakannya jika tidak menguasai asas-asas blog commenting. Antaranya:

Betapa Pentingnya Niat Anda

Sepertimana yang kita ketahui, kebanyakkan tindakan yang kita lakukan adalah berlandaskan niat . Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai niat yang baik sebelum anda mula menggunakan teknik ini.

Apakah niat yang dimaksudkan itu?

Sebelum anda mula untuk memberikan sebarang pendapat / kritikan / ulasan dalam ruangan komen yang disediakan, pastikan anda mempunyai niat untuk “membantu” mereka menyelesaikan masalah / persoalan yang dihadapi.

Perkara ini nampak kecil, namun tindakan yang berdasarkan niat yang betul dapat menghasilkan keputusan yang optimum. Jadi, pastikan niat anda berlandaskan menyelesaikan sesuatu perkara sebelum memulakan penulisan pada ruangan komen tuan empunya blog.

Komen Yang Mencipta Jalan Penyelesaian

Memberikan komen yang dapat memberikan jalan penyelesaian kepada para pembaca lain mampu meningkatkan kredibiliti dan meluaskan pengaruh anda. Lebih-lebih lagi apabila blog tersebut mempunyai jumlah pembaca yang ramai dimana anda boleh mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan laman blog anda di ruangan yang disediakan.

Gunakan Konsep “I’m Problem Solver”

Apabila meletakkan diri anda sebagai Problem Solver (Penyelesai Masalah), maka secara automatik setiap komen yang anda berikan pasti memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada para pembaca. Konsep seperti ini diguna pakai untuk membina personaliti sebagai individu yang sentiasa dinanti-nantikan oleh tuan empunya blog dan para pembaca yang lain.

Perkara Asas Adalah Pemangkin Kejayaan.

Dengan menguasai perkara-perkara asas seperti yang telah dikongsikan, maka ia dapat permudahkan anda untuk mengimplimentasikan tindakan bagi menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Kesimpulannya, teknik pemasaran menggunakan blog commenting ini telah dibuktikan keberkesanannya. Kini hanya tinggal tindakan anda sahaja untuk menjadi orang seterusnya yang berjaya menjana trafik melalui teknik ini.

Muhammad Aqif bin Azizan merupakan penulis ebook Pendedahan Eksklusif: Blog Commenting dan merupakan pemilik blog AqifStrategi.com yang membongkarkan 1001 soalan mengenai perniagaan dan pemasaran internet.

Share/Save/Bookmark

Sphere: Related Content

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

7 Comments For This Post

  1. Shukor Says:

    Selain memberi komen yang memberikan jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah, anda juga boleh memberikan komen/pendapat yang membina. Dari komen tersebut juga, secara tidak langsung anda dapat bina kredibiliti diri dan perniagaan anda.

    Terima kasih bro Aqif dan Mazlie di atas perkongsian tip di atas…

  2. Aqif Says:

    Terima kasih atas perkongsian saudara Syukor dalam menambahbaikkan kualiti post ini.

    :)

  3. Syed Akmal Says:

    Komen tidak semestinya panjang tetapi berisi dan berinformasi. ada yang membebel panjang tapi just sekadar tinggalkan komen. ada juga yang tak habis baca artikel dah buat komen. tak relevan.

  4. Aqif Says:

    Betul tu. Perkongsian bermanfaat yang diberikan oleh saudara Syed Akmal. :)

  5. mazlienadzri Says:

    saya hanya berikan komen di blog orang lain bila saya rasa saya mampu memberikan cadangan kepada pembaca yang lain…

  6. amrilmuidz Says:

    Salam Saudara Mazlie dan yang lain..

    Selain daripada membina kredibilit..membantu orang..blog commenting juga dapat membina networking..sebagai contoh…orang akan kenali kita jika kita selalu memberi komen yang bernas untuk setiap post yang di buat…

    Networking juga penting kerana ia membawa kita kepada jv partner..dah dalam perniagaan internet jv partner adalah sangat penting.. Kita lihat saudara mazlie juga mengamalkan jv partnet dan ia sangat berkesan.

    Nampak remeh tapi saya pasti setiap post yang kita buat..kita mampu mengenali orang yang memberi komen pada post kita..dari situ kita akan membina satu networking baru ataupun rakan baru..

    Just my opinion….

    Salam
    Amril Muidz

  7. mazlienadzri Says:

    betul tu amril…komen yang bernas akan mendapat perhatian daripada pembaca-pembaca lain secara tidak langsung…ramai yang dah dapat manfaat daripada kaedah yang ‘remeh’ ini…yang penting adalah kita perlukan lakukan sentiasa, insyaAllah, akan dapat hasilnya nanti

Leave a Reply

Mininiaga

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest