Kejayaan dan perubahan untuk tahun 2010

Posted on 25 December 2009 by mazlienadzri

Seperti biasa, saya pasti, ramai akan membicarakan mengenai azam tahun 2010.  Bagi saya, alhamdulilah, ada beberapa azam yang saya tanamkan pada tahun 2009 telah pun berjaya dicapai. Berikut seperti dibawah ini:

1. Buku kedua dipasaran

Alhamdulilah, buku kedua saya sudah pun berada dipasaran. Buku tersebut adalah dalam niche multimedia. Tajuk buku adalah ‘Pembangunan Aplikasi Permainan Komputer Menggunakan Flash dan ActionScript 2.0 (Aras Pertengahan)’. Buku pertama saya telah berada dipasaran 2 tahun yang lepas.

2. Rangking blog

Azam saya pada tahun 2009 juga adalah untuk menempatkan blog saya berada dibawah 1juta, alhamdulilah, sudah berjaya mencapai target. Kini blog saya berada di tangga 700,000++, menurut maklumat yang disediakan oleh Alexa.com. Jumlah pengunjung juga semakin bertambah dari hari ke hari. Pada pertengahan tahun 2010, saya target untuk mencapai rangking 500+++ ke bawah pula.

3. Hasil pendapatan meningkat

Alhamdulilah, pendapatan pada tahun 2009 semakin meningkat berbanding pada tahun 2008 sewaktu mula-mula terbabit dalam dunia IM.

Pendapatan tersebut bertambah dengan beberapa cara seperti jualan produk sendiri, affiliate dan servis. Ketiga-tiga ini adalah sumber utama saya di internet ketika ini. InsyaAllah, pada tahun 2010 pula, ada tambahan iaitu menerusi royalti buku pula(buku pertama bukan royalti, saya mendapat bayaran secara pukal)

Dan target untuk tahun 2010 sudah semestinya untuk meningkatkan lagi pendapatan saya menerusi internet ini sebab pada tahun 2010 saya akan berkahwin…hohohohho :)

4. Produk sendiri

Alhamdulilah, beberapa projek saya sendiri telah berjaya dihasilkan seperti Sistem Easy Order Form versi (1.0) yang kini dalam proses upgrade versi 2.0 , Raja Grafik Icon, Twitter-Mania dan servis design Peel Away Ads.

InsyaAllah, pada tahun 2010 nanti, ada beberapa projek akan dihasilkan dan lebih kepada perkhidmatan.

Perubahan tahun 2010

Itu antara beberapa azam tahun 2009 saya yang berjaya dilaksanakan. Bagi tahun 2010 pula, saya belum menetapkan secara terperinci azam saya, tetapi, akan ada perubahan untuk diri saya terhadap dunia IM ini. Antaranya :

1. Tiada lagi promosi PPL

Saya akan berhenti terus promosi program PPL. Ini adalah keputusan saya. Perkara ini dah lama saya fikirkan, tetapi saya masih terus lakukan untuk 2009, tetapi pada tahun 2010, memang saya tidak akan terima lagi JV untuk program PPL. Saya ada alasan tersendiri kenapa saya mahu berhenti, sebab saya dah merasa kesannya yang ‘dasyat’ terhadap perjalanan bisnes saya. Tak perlulah saya beritahu disini kenapa.

2. JV produk

Untuk tahun 2010, saya lebih berhati-hati dengan mana-mana JV yang dijemput. Selalunya saya akan berkata ‘YA’, tapi untuk tahun 2010, saya tidak akan sewenang-wenangnya mengatakan YA lagi. Untuk produk buat duit, mungkin saya lebih banyak berkata TIDAK selepas ini, tetapi untuk produk teknikal, sangat-sangat dialu-alukan untuk JV. Contoh produk teknikal seperti software, panduan website, dan seumpama dengannya.

3. Pengiklanan di blog

Ramai yang email saya, tak buka ruang untuk pengiklanan di blog? InsyaAllah, tahun hadapan akan saya buka ruangan iklan, memandangkan trafik di blog saya semakin bertambah. Harga iklan akan saya maklumkan dalam satu artikel khusus nanti. Jadi, yang berminat, boleh alert dengan pengumuman ini nanti.

Akhir sekali…

Dengan beberapa ‘kejayaan’ yang saya perolehi pada tahun 2009, akan terus memberikan semangat kepada saya khususnya untuk terus ke hadapan membina kejayaan. Saya harap, anda juga telah bersedia untuk menempuh tahun 2010 yang semakin mencabar samada didalam kerjaya, kehidupan dan sebagainya.

Tidak perlu meletakkan azam yang terlalu banyak kalau anda tidak berkeupayaan melaksanakannya. Cukup satu dua, rancangkan perlaksanaannya dan rasai kejayaannya, insyaAllah, anda akan lebih bersemangat, bermotivasi untuk menempuh tahun-tahun yang akan datang

Selamat Tahun Baru 2010!

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Share/Save/Bookmark

Sphere: Related Content

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

17 Comments For This Post

  1. Shukor Says:

    Wah, banyak juga azam Mazlie yang dah terlaksana ye? Tahniah,tahniah!

    Semoga lebih terus sukses di masa akan datang… :)

  2. SyurinaW Says:

    Salam.. Mungkin boleh ditambah lagi satu azam tahun 2010:

    1. Rombakan peruntukan masa yang perlu dilakukan utk ‘bakal yang tak lama lagi jadi isteri’, memandangkan Mazlie akan melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.. ;) . Percaya la ckp saya, banyak yang perlu dirombak/diadjust utk ‘hijrah’ Mazlie tu.. Good Luck!

  3. Abooain Says:

    Wah, banyak perancangan tu.. semoga berjaya. Saya baru dok karang perancangan di blog ni…

  4. Zairi Zaidi Says:

    Semoaga berjaya ya bro

  5. JAMAL Says:

    Good luck Mazlie..Seorang yang amat dihormati oleh saya. Apa yang dikatakan adalah benar.

    Semoga di tahun 2010 akan memberikan 1001 kejayaan buat Mazlie.

  6. AzamAbdullah Says:

    salam..Gud Luck untuk saudara Mazlie..saya doakan kejayaan buat anda. Samalah kita..saya pun nak kawin thun 2010 ni..hehe..Jom KAwinnn( bukan kempen k) saya harapkan kejayaan berganda buat semua :)

  7. Ecards Says:

    saya nak tiru skit skit blog ni bleh………………

  8. donny Says:

    syabas saudara Mazlie diatas kejayaan kamu.saya tumpang gembira..

    mungkin dua atau tiga tahun lagi saya akan berjaya spt saudara..banyak lagi yang perlu dipelajari..

    selamat menyambut tahun baru 2010 ya!jumpa tahun depan :)

  9. aril Says:

    blog ni pun canggih sebab tu rank bwh 1 juta…harap lepas ni dpt earn1 juta ke atas lak…

  10. PakSuLan Says:

    alhamdulillah……semoga terus berjaya dan berjaya! tahniah!

  11. smartzul Says:

    Tahniah Mazlie. Teruskan usaha.

    Satu prinsip yang saya pegang selama ini: Jika mahukan kejayaan yang memuaskan, usahalah ‘di atas kaki sendiri’. Jika mahu bermentor, carilah mentor yang ikhlas dan bukan kerana nama. Kedua, berkawan dengan kawan yang ikhlas dan jujur. Sekarang, ramai yang berkawan sebab ada udang di sebalik batu. Selepas kita berusaha bermati-matian itu, jangan sesekali membiarkan orang mempergunakan kita.

    “If you want something, just go get it. Period.”

    Selamat tahun baru, 2010.

  12. abanglong Says:

    Salam dan tahniah.

    Teruskan usaha murni anda. Kadang-kadang kita tak boleh berfikir terlalu lama untuk melakukan sesuatu. Amalkan tagline seperti Nike -> Just Do It. Tagline Celcom Axiata pula -> Semuanya Di Tangan Anda.

    Usaha kita menentukan kejayaan, bukannya orang lain. Usaha itu tangga kejayaan.

    Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua..

  13. bluedianthus Says:

    Tahniah dari saya, ianya sangat mengujakan dan saya tahu saudara memang bekerja keras sampai ke tahap itu…:)

  14. annuar Says:

    Tahniah untuk saudara.
    Memang blog saudara ni hebat. ituler barangkali yang menjadikan ia berjaya mencapai ke tahap tersebut. Semoga sdr terus berjaya menempa lebih banyak lagi kejayaan dalam tahun 2010.

  15. MY Says:

    Tahniah Saudara Mazlie, semoga dengan kejayaan demi kejayaan yang dicipta akan membuka minda dan memandaikan bangsa kita.

    Daripada pemerhatian saya, peratusan mereka-mereka yang meletakkan azam di blog adalah tinggi untuk menjayakan azam tersebut. Dan sudah tentu yang memberi komen juga akan mendapat tempiasnya.

    Selamat maju jaya semua.

  16. lanchini Says:

    Salam bro Madzlie,

    Tahniah dan syukur ke atas nikmatNya yang telah berikan kejayaan buat bro sepanjang tahun 2009. Bro adalah antara IM yang saya jadikan contoh untuk sy pelajari ilmu IM ni..

    Moga tahn2010 ni, bro Madzlie akan lebih banyak berkongsi ilmu sama ada melalui produk ataupun dengan blog ni. I follow…

  17. mazlie Says:

    Salam…terima kasih kepada semua yang memberikan komen. Saya baru balik dari kampung malam semalam..

    Saya juga doakan agar semuanya berjaya dengan azam masing-masing, samada azam tahun lepas ataupun azam untuk tahun 2010..

Leave a Reply

Mininiaga

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest