Archive | January, 2010

seminar  pakar affiliate

Tags: , ,

Sebahagian gambar di Seminar Pakar Affiliate

Posted on 28 January 2010 by mazlienadzri

Pada 23hb yang lepas, saya berkesempatan menghadiri seminar Pakar Affiliate yang dianjurkan oleh saudara Zamri Nanyan dan Patric Chan.

Ramai juga yang hadir yang dapat saya lihat. Walaupun hampir kesemua content seminar tersebut telah saya ketahui, namun ianya dapat menyegarkan semula ingatan saya terhadap point-point yang penting yang mungkin saya dah tak ingat.Namun niat saya yang sebenarnya nak mendengar talk dari Patric Chan. Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga :)

Dan inilah juga seminar pertama yang saya dapat ‘turun padang’ berjumpa dengan IM-IM yang lain. Satu pengalaman yang menyeronokkan disamping dapat meluaskan network saya. Selepas sahaja saya balik dari seminar, beberapa tempahan masuk yang dibuat oleh bekas seminar tersebut. Cuma saya agak sedih sebab business card saya habis dan tak dapat bertukar-tukar business dengan prospek. Satu pengajaran bagi saya :)

Ok, dibawah ini adalah beberapa gambar yang saya ambil menggunakan kamera handphone saya. Harap maaf kalau kualitinya agak kureng ya :)

seminar pakar affiliatePatric Chan ketika memberikan talk. Sungguh bersemangat!!

seminar pakar affiliate

Sesi bergambar beramai-ramai. Lama juga menunggu sebab Zamri dan Patric sibuk menguruskan jualan.Huhuhuh

seminar pakar affiliate

Saya dan Patric Chan

seminar pakar affiliate

Bersama Sham Raja Adsense dan Cikgu Hazar

seminar pakar affiliate

Bersama Sham Raja Adsense dan Jamal (Juara Cabaran Pakar Affiliate)

seminar pakar affiliate

Bersama Zamri Nanyan

seminar  pakar affiliateBersama Cikgu Yus dari SeminarTuisyen.com. Siapa nak buat seminar, boleh sewa dari beliau

Itulah beberapa gambar yang sempat saya ambil. Kepada yang saya tak sempat nak bergambar sama-sama, saya minta maaf sebab kekangan masa. InsyaAllah, kalau berjumpa di mana-mana seminar selepas ini, bolehlah kita bergambar dan bertukar-tukar pandangan :)

Saya pun merasa semakin bermotivasi pula bila menghadiri seminar-seminar macam ni, insyaAllah, ada peluang, saya akan cuba hadirkan diri untuk seminar yang akan datang pula.

Berjumpa lagi,

Mazlie Nadzri

Malaysia Web Hosting

Sphere: Related Content

Comments (8)

ScreenShot126

Tags: ,

Antara faktor yang perlu ditekankan dalam email marketing..

Posted on 24 January 2010 by mazlienadzri

Beberapa faktor utama boleh menentukan sejauh mana mailing list anda dapat memberikan keuntungan. Berikut adalah beberapa faktor tersebut :

1. Kadar bukaan

Anda perlu tahu, tidak semua mailing list anda akan membuka email yang kita hantar. Ini mungkin disebabkan email kita masuk ke folder SPAM mereka, mereka tidak menggunakan email utama semasa sign-up squeeze page kita, mereka tidak membaca email kita serta merta dan kebiasaanya akan lupa dan terakhir, barangkali mereka memang tidak suka email yang kita hantar.

Menurut kajian, kadar bukaan sebanyak 20% adalah kadar yang paling minima.  Sistem autoresponder dari Getresponse mempunyai fungsi melihat statistik kempen yang kita pasang. Seperti salah satu contoh kempen saya dibawah ini. Peratus yang buka adalah 24.8% bagi senarai email yang berjumlah 1843 orang

2. Kadar klik

Seperti point saya nombor satu, ianya sama juga terjadi pada kadar klik pada email yang dihantar kepada mailing list. Tidak semua mereka akan klik link yang kita masukkan dalam email. Saya dapat lihat, kalau saya hantar email dengan meletakkan dua atau tiga link dalam satu email, kadar klik adalah sangat rendah berbanding saya meletakkan hanya satu link sahaja.

Lihat statistik kempen yang sama seperti di atas ini. Jumlah yang klik adalah sebanyak 251 iaitu lebih kurang dalam 55%. Saya hanya meletakkan satu link sahaja dalam email ini. Kadar 55% ini adalah satu angka yang baik.


3. Kadar penukaran

Kadar 1% adalah kadar yang baik sekiranya list anda memberikan maklum balas dengan membeli produk yang anda tawarkan. Mungkin anda menganggap nilai sangat kecil, tapi anda akan tahu itulah hakikatnya kalau anda belum ada pengalaman mempunyai senarai email. Bukan senang menjadikan list kita sebagai pembeli.

Tetapi, dari pengalaman saya, kalau saya menjual produk saya sendiri, kadar peratusnya adalah dalam 5% – 10%. Sebabnya saya akan membuat kajian terlebih dahulu terhadap mailing list saya.

Untuk produk affliate yang saya promosi, ianya bergantung kepada tawaran saya dan laman web jualan produk tersebut. Seperti contoh, saya berjaya menjual produk Duit Mania kepada 64 orang didalam kempen saya berjumlah seramai 1747 orang sekaligus membolot USD1065. Bermakna, saya berjaya mendapat kira-kira 3.7%. Ini satu jumlah peratus yang sangat baik dalam mempromosikan produk affiliate.

Kesimpulan

Saya harap anda nampak apa yang saya cuba sampaikan disini. Mungkin selama ini anda menyangkakan email marketing ini mudah, tapi realitinya tidak mudah seperti yang disangka.

Saya sendiri masih belajar kenapa list saya masih kurang memberikan respon dan sebagainya. Mungkin ada salah dari saya sendiri.

Tapi, ini bukan  memberikan gambaran keseluruhan mengenai email marketing. Email marketing masih lagi menjadi pilihan kepada mana-mana usahawan internet dalam membuat jualan. Kepada yang masih belum mendapatkan autoresponder, dapatkanlah sekarang.

Semasa saya hadir di seminar pakar affiliate semalam, masih ramai lagi yang tiada lagi sistem autoresponder. Sedangkan inilah perkara yang ditekankan oleh Jutawan Internet, Patric Chan sendiri semasa seminar tersebut. Anda lambat bertindak, anda semakin ketinggalan. Ketika saya sedang menulis artikel ni, saya sedang tolong seorang subscribers saya membuat pembelian sistem autoresponder getresponse.

Mungkin ada yang berkata, saya nak menyedapkan cerita, klik imej dibawah ini bukti email tersebut. Bukan sahaja email marketing ini penting untuk affiliate sahaja, malah boleh anda gunakan untuk apa juga bisnes di internet.

Iklhas,

Mazlie Nadzri

p/s: Dua sistem autoresponder yang saya galakkan adalah, getresponse dan aweber. Kalau anda nak gunakan  getresponse, sebarang masalah, sila hubungi saya, insyaAllah, saya akan bantu sebab saya dah guna getresponse lebih 2 tahun.

Sphere: Related Content

Comments (6)

Tags: , ,

Peluang hadiri seminar..jangan lepaskan…

Posted on 19 January 2010 by mazlienadzri

Salah satu niat saya pada tahun 2010 adalah memberikan talk mengenai perniagaan internet. Hasrat itu hampir tercapai apabila saya menerima email jemputan dari saudara Khairul Fadhli beberapa minggu lepas.

Talk tersebut diperuntukkan selama 2 jam setiap seorang, namun atas sebab tertentu, saya terpaksa menolak dengan berat hati jemputan tersebut. Antara yang memberikan talk pada 23hb nanti adalah :

1. Syazwan (team Saifulsham) – Pakar produk online dan offline dan penulis buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” yang diterbitkan oleh PTS Publications Sdn Bhd.

2. Adly a.k.a Labanon (Team Flarebiz) – Pakar Produk Digital. Beliau adalah pengasan MajalahIM dan Sistem Niagakit. Maklumat lanjut sistem Niagakit disini

3. Saudara Mohd Amirol – Pakar Buat Duit Dengan Menawarkan Perkhidmatan. Kemahiran dan kepakaran utama Amirol adalah dalam penghasilan produk – produk digital seperti ebook, video tutorial, scripting dan juga pengendalian sistem e-commerce. Amirol kini aktif dalam aktiviti pemasaran affiliate, mencipta produk digital dan juga menguruskan beberapa laman web e-commerce yang beliau miliki di peringkat antarabangsa.

Seminar ini akan diadakan pada 23hb Januari ini di U.I.A. Saya akan memberikan beberapa BONUS kepada anda sekiranya anda  menghadiri seminar tersebut.

1. Produk BUAT DUIT DENGAN YOUTUBE yang bernilai RM20 PERCUMA untuk anda.

2. Ebook Panduan Asas HTML yang berharga RM30 diberikan secara PERCUMA anda

3. Pengiklanan di blog MazlieNadzri.com selama 15 hari yang berharga RM25 diberikan secara percuma(blog PR 3).

4. Diskaun RM10 untuk produk Sistem Easy Order Form saya

Nota : Produk yang ingin diiklankan bukanlah SKIM CEPAT KAYA dan produk Seksual.

Bagaimana nak claim bonus tersebut?

1. Klik link ini -> http://mazlienadzri.com/vB

2. Buat pembayaran ke akaun Khairul Fadhli

3. Hantarkan bukti pembayaran yang sama ke email saya di mazlie83@gmail.com

4. Saya akan semak dengan Khairul Fadhli dan sekiranya pembayaran anda adalah benar, saya akan berikan link download produk Buat Duit Dengan Youtube dan saya akan minta link produk untuk dimasukkan ke dalam blog saya.

Sedikit dari saya…

Bagi saya, seminar ini patut anda hadiri kerana anda akan mendengar nasihat, panduan dari pakar yang sebenar. Ianya bukan cara buat duit dengan cepat, tapi cara membina perniagaan internet yang sebenar.

Menggunakan segala kemahiran yang anda ada untuk dibawa ke dalam perniagaan internet. Kali ini saya akan mengatakan seminar ini WAJIB anda hadiri kerana saya kenal dengan ketiga-tiga penceramah tersebut.

Klik di ini -> http://mazlienadzri.com/vB

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: Saya masih terasa rugi menolak jemputan tersebut diatas sebab-sebab yang memang tidak dapat ditolak, tapi saya yakin, saya akan dapat tunai niat saya memberikan talk pada tahun ini…. :)

p/p/s: Saya akan hadiri seminar Pakar Affiliate pada Sabtu ini bersama Jutawan Internet, Patric Chan. Juga bersama Zamri Nanyan dan ramai lagi IM-IM hebat yang akan datang pada seminar tersebut. Kepada anda yang akan hadir nanti, insyaAllah kita berjumpa disana :)
Kepada yang belum tahu apa itu Pakar Affiliate, lihat disini

Sphere: Related Content

Comments (0)

Tags: ,

Standing in the eyes of the World

Posted on 13 January 2010 by mazlienadzri

Semasa saya menyiapkan kerja, saya selalu pasang lagu ni. Lagu ni memberikan motivasi yang sangat tinggi bagi saya. Tiada apa yang mustahil kalau kita berusaha, yakin dan tidak berputus asa.

Letakkan satu matlamat, dan berusahalah :)

Sphere: Related Content

Comments (1)

Untitled-5

Tags:

Amali dahulu, teori kemudian..

Posted on 12 January 2010 by mazlienadzri

usahawan berjaya

Untuk berjaya dalam perniagaan, seseorang perlu bermula dari bawah. Pengalaman adalah guru terbaik bagi seorang usahawan. Pengalaman hanya dapat diperolehi dengan melibatkan diri dalam urusan jual beli dan pemasaran.

Menjual barang ataupun memberikan perkhidmatan memerlukan kita berkomunikasi. Seseorang usahawan perlu menguasai teknik berkomunikasi yang berkesan, memahami psikologi dan keperluan pasaran.

Cara terbaik mendapatkan pengalaman dan kemahiran ini adalah dengan belajar menjual produk  orang lain ataupun ringkas kata, menyertai affiliate. Dengan menyertai affiliate secara tidak langsung mendedahkan seseorang itu dengan pelbagai karenah dan perangai pelanggan. Kerana anda juga memerlukan proses promosi dan memilih produk yang menjadi permintaan pasaran. Anda tidak boleh mempromosi produk tanpa mengenalpasti kehendak pasaran.

Dengan cara ini akan dapat dapat membina kematangan seseorang sebelum mereka memulakan perniagaan sendiri. Seseorang yang baru memasuki bidang perniagaan internet perlu belajar kaedah berniaga yang praktikal bukan teori semata-mata.

Itu sebab ramai yang gagal, mereka hanya mengetahui teori, sedangkan apabila ia dibawa ke dunia perniagaan yang sebenar, mereka gagal. Dunia perniagaan penuh dengan pelbagai cabaran, persaingan dan tipu muslihat. Tidak hairanlah pelajar lulusan perniagaan dari universiti gagal menjadi usahawan yang berjaya.

Apabila sesorang melangkah ke dalam dunia perniagaan internet, mahu atau tidak mahu, dia terpaksa berdiri di atas kaki sendiri. Kejayaan ditentukan oleh daya usahanya sendiri. Seseorang itu perlu berani, kreatif, tidak mudah mengalah dan sanggup berusaha.

Dalam perniagaan, untung dan rugi adalah satu perkara biasa. Sudah diketahui, tidak ada jaminan yang seseorang akan mendapat untung pada setiap masa. Tanyalah mana-mana usahawan internet, mereka juga pernah rugi, produk tiada pembeli dan sebagainya.  Ini saat-saat yang perlu mereka hadapi, kerana ianya diluar jangkaan. Perkara ini akan membuatkan seseorang itu bertambah matang dalam perniagaan. Yang penting adalah pengalaman dan pendedahan.

Tetapi tidak bermakna seseorang itu tidak boleh belajar daripada orang lain. Belajar dahulu kemudian buat mungkin mengambil masa yang lama.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (5)

2

Tags: ,

Income dari Text-Link-Ads, small and steady :)

Posted on 08 January 2010 by mazlienadzri

Kalau blog anda mempunyai rangking yang baik dan PR yang tinggi, saya cadangkan anda menyertai program Text Link Ads untuk menjana pendapatan sampingan.

Saya bermula pada tahun 2008, dan pada tahun tersebut, saya tidak mendapat komisen pun, sehinggalah pada tahun 2009, saya mula menuai hasil dari program tersebut. Lihat imej dibawah ini:

ScreenShot113

Dan dibawah ini pula email dari Text Link Ads yang saya terima Januari baru-baru ini:

ScreenShot116x

Hujung bulan Januari ini nanti saya akan terima komisen daripada pihak Text Link Ads.

ScreenShot117

UPDATED

Payment yang saya terima malam tadi

ScreenShot118x

Mesti ramai tertanya, bagaimana cara nak sertainya?

Secara mudah, melalui program ini, anda hanya perlukan submit laman web anda dan tunggu pihak tex link ads memeriksa dan meluluskan permohonan anda. Bukan kelulusan akaun, tetapi kelulusan laman web. Bermaksud, anda boleh create akaun tetapi untuk menjalankan program ini, anda perlu memiliki laman web yang baik dari segi PR, trafik dan contentnya. Pendek kata, laman web yang berkualiti.

Tetapi anda harus ingat, walaupun laman web anda diluluskan oleh pihak text link, jika laman web anda tiada ciri di atas, pihak pembeli ruang iklan pula yang amat susah untuk membeli ruang yang anda sediakan.

Saya sebenarnya hanya cuba-cuba sahaja, dan ternyata, ianya mendatangkan hasil walaupun tidak banyak, bagi saya memadai sebab saya bukan fokus pada program ini. Ada hasil saya terima, tiada hasil, tiada masalah :)

Bila laman web anda diluluskan oleh pihak TLA ini, pengiklan-pengiklan akan melihat laman web anda dari segi content, PR dan ranking, sekiranya mereka berminat, mereka akan bayar kepada pihak TLA.

Anda boleh terima melalui Paypal ataupun Cek. Kalau cek, perlu ada nilai minimum dan kalau Paypal, tiada, ada komisen, TLA akan buat payment kepada anda.

Kini, untuk affiliate luar negara, saya dah terima komisen daripada affiliate Getresponse yang kini berjumlah USD300 dan saya target untuk capai USD1000 selepas ini.

Jadi, bolehlah sertai kalau anda ada laman web ataupun blog yang baik. Klik banner dibawah ini untuk join, free je :)

Sphere: Related Content

Comments (4)

Tags:

Faktor Utama Kejayaan Pemasaran Ebook Anda

Posted on 06 January 2010 by mazlienadzri

Siapa anda? Adakah anda seorang,

• Usahawan internet yang menjual produk informasi seperti ebook dan sebagainya.

• Usahawan kecilan atau SOHO yang menjalankan perniagaan tidak kira menjual produk mahupun perkhidmatan.

• Usahawan MLM, Direct Selling serta Ejen Insurans.

• Seorang jurujual atau pegawai pemasaran di sebuah syarikat yang menjual produk ataupun perkhidmatan.

• Yang ingin menjadi usahawan namun tidak tahu perniagaan apa yang ingin anda jalankan.

Siapa pun anda satu perkara yang mungkin bermain di fikiran anda iaitu bagaimana untuk melakukan pemasaran dan bagaimana untuk mencipta jualan yang banyak. Untuk menyelesaikan masalah pemasaran anda satu amalan pemasaran yang dipanggil Pemasaran Informasi boleh membantu anda.

Pemasaran Informasi adalah satu usaha pemasaran bagi memasarkan apa pun jenis perniagan, produk mahupun perkhidmatan dengan menggunakan informasi sebagai senjata jualan dan pemasaran. Orang yang menjalankan usaha pemasaran informasi ini digelar sebagai Pemasar Informasi. Pemasar Informasi ini adalah mereka yang samada :

• Menjual produk-produk informasi secara terus tidak kira melalui sistem ‘ online’ atau pun ‘offline’ dan terus menjana wang melaluinya

• Seorang usahawan, jurujual atau ahli pemasaran yang menggunakan produk-produk informasi bagi memasarkan perniagaan tidak kira perniagaan mereka tersebut menjual produk atau perkhidmatan mahupun bagi mengembangkan perniagaan mereka

Oleh itu tidak kiralah samada anda mahu menjana wang terus dari penjualan produk-produk informasi (secara sambilan mahupun sepenuh masa) atau bagi mengembangkan dan melonjakkan pendapatan dari perniagaan yang sedang anda jalankan atau mungkin anda memerlukan bantuan mencapai kuota jualan anda Pemasaran Informasi merupakan kaedah yang sangat mudah, cepat dan memerlukan kos yang paling optimum untuk anda jalankan.

Jadi bagaimana untuk aplikasikan amalan Pemasaran Informasi ini bagi perniagaan anda?

Kini anda tidak perlu berteka-teki lagi kerana Team Pemikat yang ditunggak oleh 2 pemasar informasi iaitu saudara Zahrul Azua dan Saudara Safuan telah menyediakan satu pakej ebook bagaimana untuk anda melakuan pemasaran informasi bagi perniagaan anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut, terus saja klik ke laman web di bawah

Sistem Pemikat Jualan

Sekian,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (0)

Anda pula menulis…

Anda pula menulis…

Posted on 01 January 2010 by mazlienadzri

Sempena tahun baru 2010 ini, saya akan membuka peluang kepada mana-mana individu menghantar artikel untuk disiarkan di halaman blog saya. Antara syarat-syaratnya seperti dibawah ini :

1. Mestilah artikel mengenai perniagaan internet atau  motivasi, lain daripada itu, saya tidak akan terima.

2. Artikel hanya berbahasa Malaysia sahaja.

3. Artikel bukan untuk promosi produk, tetapi, informasi anda seperti nama, laman web, sedikit keterangan boleh diletakkan di akhir artikel.

4. Panjang mana pun artikel dibolehkan.

5. Berikan saya keizinan untuk edit mana yang perlu seperti kalau ada kesilapan ejaan, memasukkan imej sekiranya perlu, penyusunan ayat.

Itu sahaja, boleh hubungi saya sekiranya berminat. Ini juga salah satu cara untuk menaikkan rangking blog anda :)

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: Istimewa Untuk Anda : Panduan Kuasa Pemasaran Email

Sphere: Related Content

Comments (4)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest