Agak lama juga saya tak update blog ini dengan tips perniagaan internet. Saya minta maaf banyak-banyak. Rasa letih selepas majlis perkahwinan adik saya masih belum hilang, maklumlah, kami masak sendiri, bukan catering dan disamping banyak tempahan yang menunggu selama saya bercuti menyebabkan blog ini tidak diupdate dengan tips terkini.
InsyaAllah, selepas ini akan menyusul beberapa artikel terkini.
Perkembangan terkini saya
Sedikit mengenai perkembangan saya, esok saya akan ke Regency Hotel, KL atas jemputan rakan maya saya, Ammar Zahar yang akan mengadakan ‘Workshop Mania’ yang penceramahnya adalah Ammar Zahar, Zamri Nanyan, Rahman Basri, Jamal, Suthan M dan Ridzuan Richie.
Saya dijemput oleh Ammar Zahar untuk hadir dan ianya free kata beliau, saya bersetuju sebab selama ini saya belum pernah berjumpa dengan beliau. Rasanya kami kenal sudah 2 tahun tapi tak pernah bersua muka, jadi, ini masanya untuk saya berjumpa beliau dan rakan-rakan IM yang lain.
Saya rasa, itu sahaja yang dapat saya kongsikan perkembangan terkini saya. Ada projek yang saya nak lancarkan, tetapi saya ambil keputusan selepas raya baru dikeluarkan.
Kini, saya fokus kepada affiliate dalam dan luar negara serta servis VirtualNiaga saya sahaja.
Sebelum saya terlupa, kepada yang berminat mempelajari bagaimana menghasilkan ebook yang boleh menjual, dijemput untuk tonton video di bawah ini dan jangan lupa untuk mendaftar masuk kerana saya ada sesuatu nak berikan kepada anda nanti semasa pelancaran Pakar Ebook 26 Julai ini.
Nantikan artikel saya selepas ini
Ikhlas,
Mazlie Nadzri
Sphere: Related ContentIf you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!










July 9th, 2010 at 11:46 pm
July 9th, 2010 at 11:49 pm
July 10th, 2010 at 1:22 am
July 10th, 2010 at 2:21 am