Categorized | Traffik

Tags |

Adakah Trafik Penting dalam Internet Marketing?

Posted on 11 July 2010 by mazlienadzri

Konsep trafik ini adalah sangat popular dalam  dunia internet marketing. Tak kira sama ada ia adalah blog atau product page, ramai yang mahukan trafik yang banyak. Jadi, kenapa trafik sangat penting dalam internet marketing? Kenapa ramai internet marketer memberi tumpuan yang tinggi untuk mendapatkannya?

Internet marketer perlukan trafik kerana mereka percaya lebih banyak trafik bermaksud lebih banyak jualan yang akan mereka dapat. Logik atau tidak? Memang logik bahawa trafik yang besar akan meningkatkan peluang anda untuk membuat jualan dalam apa jua yang anda promosikan. Saya ingin nyatakan di sini yang pernyataan ini sebenarnya tidak BETUL. Trafik tak membawa kepada jualan. Hanya TRAFIK YANG BERKUALITI membawa jualan.

Apa itu trafik berkualiti? Trafik berkualiti adalah trafik yang terdiri daripada orang-orang/pelanggan-pelanggan yang mencari apa yang anda tawarkan. Ia mestilah sesuatu yang spesifik terhadap apa yang anda promsikan. Anda boleh letak link affiliate produk yang anda promosikan dalam pelbagai forum di internet, dan ia mungkin akan mendapat trafik yang banyak ke laman web anda. Malangnya, anda tidak akan dapat membuat jualan kerana kebanyakkan daripada trafik itu adalah tidak BERKUALITI. Tapi, jika anda menulis review tentang satu-satu produk yang anda mahu promosikan dan anda turut menjawab soalan-soalan spesifik yang mungkin mereka tanyakan tentang produk tersebut, anda akan mendapat trafik yang berkualiti, dan peluang anda membuat jualan akan meningkat.

Terdapat banyak penipuan online yang menawarkan teknik penjanaan trafik untuk mendapatkan wang anda. Ianya hanya membazirkan masa kerana dengan bergantung kepada trafik sahaja tidak akan memberikan anda keuntungan. Anda akan mendapat pulangan trafik yang tinggi dengan memberikan orang ramai bahan-bahan yang berkualiti, dan ia akan mendapatkan jualan untuk anda. Fokuskan kepada kualiti kandungan bahan dalam blog, artikel atau apa sahaja yang anda sedang usahakan untuk mendapat traffik yang berkualiti.

Adakah trafik penting dalam internet marketing? Ya, tapi hanya trafik yangberkualiti. Saya harap sedikit perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua :)

Sebelum saya terlupa, kepada yang berminat mempelajari bagaimana menghasilkan ebook yang boleh menjual, dijemput untuk tonton video di bawah ini dan jangan lupa untuk mendaftar masuk kerana saya ada sesuatu nak berikan kepada anda nanti semasa pelancaran Pakar Ebook 26 Julai ini.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Share/Save/Bookmark

Sphere: Related Content

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

3 Comments For This Post

  1. Zaki Says:

    Satu perkongsian yang bermanfaat.

  2. Mohd Rushaidin Muhamed Says:

    Terima kasih atas perkongsian yg menarik ini (^____^)

  3. Mohd zamri Says:

    sememangnya trafik yang berkualiti akan membawa duit, melalui pengiklanan bermaruah tidak melalui spamming.. betul tak bro..

Leave a Reply

Mininiaga

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest