Categorized | Pengumuman

Coretan dari workshop mania

Posted on 12 July 2010 by mazlienadzri

Alhamdulilah, sabtu lepas saya telah selamat sampai di hotel Ragency, KL untuk menghadiri Workshop Mania anjuran Ammar Zahar. Saya lambat sampai ke workshop tersebut sebab perlu ke Kajang dahulu dan kemudian terus gerak ke hotel Regency, KL dalam pukul 11 lebih sampai sebab sesat :)

Tujuan utama saya datang ke sana adalah untuk berjumpa dengan IM-IM yang lama saya kenal tapi tak pernah berjumpa, antaranya Ammar Zahar, Eruwan Gerry, Ridzuan Richie dan ramai lagi. Alhamdulilah, termakbul akhirnya.

Kemudian saya dapat berjumpa dengan IM-IM baru seperti Rahman Basri(pakar affiliate berkopiah), Muaz Hadi(ebook terhangat beliau TipPTD yang mencecah ratusan ribu jualan), Azrul (Kuasa Fan Page) dan ramai lagi. Seronok berjumpa dengan mereka-mereka ini.

Selepas tamat workshop, saya dan Azrul ke Segambut dan kami berborak tidak sedar pukul 9 lebih. Pertama kali jumpa Azrul, macam dah lama kenal. Sungguh bersemangat dan peramah orangnya.

Rupanya Azrul merupakan calang-calang orang. Beliau pernah berguru dengan Ewen Chia dan anda tahu untuk menghadiri bengkel beliau, mencecah ribuan ringgit.

Saya pasti, Azrul akan menjadi antara IM yang disegani tidak lama lagi berdasarkan ilmu yang beliau ada sekarang. Menyentuh mengenai Ewen Chia, saya sudah berjaya mengorek salah satu rahsia beliau dari Azrul, dan ianya sangat memeranjatkan saya.

Saya akan simpan rahsia ini selama-lamanya. Dan, yang pasti, teknik Ewen Chia sudah saya nampak hasilnya dari seorang IM local, iaitu Ammar Zahar. Saya tidak hairan Ammar berjaya seperti sekarang sebab beliau tiru apa yang IM berjaya lakukan.

Inilah kelebihan kalau kita berjumpa, bertukar-tukar pandangan dengan orang sekeliling kita. Kita tidak tahu siapa orang tersebut, bila kita berjumpa, bertukar-tukar pandangan, baru kita sedar yang mereka-mereka ini mempunyai pengalaman yang berbeza-beza. Ini sedikit sebanyak akan membantu menjadikan perniagaan internet kita berkembang.

Kepada anda sekiranya ada peluang untuk menghadiri seminar, bengkel dan sebagainya, ambil peluang ini. InsyaAllah, kita akan dapat banyak input yang berguna.

Satu input yang berguna saya dapat adalah, TIRU SAHAJA KEJAYAAN ORANG YANG BERJAYA…itu sahaja.

* Sesiapa nak lihat gambar-gambar sekitar workshop, lihat di Flickr saya disini

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: Sepanjang perjalanan saya balik ke rumah, minda saya asyik teringat rahsia ewen chia yang diberitahu oleh Azrul kepada saya…memang ia menyedarkan saya… :)

Share/Save/Bookmark

Sphere: Related Content

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

1 Comments For This Post

  1. omecool20 Says:

    Salam tuan mazlie … saya juga ada beli produk2 Ewen Chia … ingin tahu juga saya apakah rahsia dia itu ? hmm… boleh tuan berikan pembayangnya ke ?

Leave a Reply

Mininiaga

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest