Melancarkan sesuatu produk dengan jayanya dalam internet memang agak sukar. Persaingan boleh menjadi sengit bergantung kepada niche sasaran produk anda. Walaupun begitu, ada beberapa langkah yang anda patut ambil untuk memastikan pelancaran produk yang anda jalankan itu sukses.
Langkah pertama dalam proses ini adalah kajian pasaran. Anda perlu tahu apa keperluan pasaran dan apa pasaran itu mahukan. Selalunya ada beberapa jenis keperluan atau masalah yang dihadapi oleh pengguna dalam pasaran tersebut. Satu-satu produk yang berjaya adalah produk yang mampu membantu menyelesaikan masalah dan membuat kehidupan mereka bertambah mudah.
Sebaik saja anda membuat kajian pasaran, anda perlu laksanakan pelan tindakan. Rangka setiap proses pelancaran produk itu dari awal hingga ke akhir. Anda perlu mempunyai persediaan yang cukup untuk memastikan ia berjalan dengan lancar dan dengan jayanya.
Semasa di dalam workshop mania minggu lepas, Ammar menyediaka satu segmen untuk para peserta membuat pelan untuk penghasilan sesuatu produk. Dari idea produk, market demand, cara pemasaran dan banyak lagi digunakan untuk menghasilkan satu produk yang lengkap untuk dijual.

Kemudian, mengadakan satu pra-pelancaran(pre-launch) juga adalah idea yang baik. Anda perlu dapatkan seberapa banyak maklum balas daripada pelanggan-pelanggan lain untuk mengetahui apa yang mereka suka atau tak suka dengan produk tersebut. Mendapatkan testimonial juga adalah satu idea yang baik. Anda boleh gunakan testimonial-testimonial itu dalam laman web anda bila produk dilancarkan untuk meyakinkan prospek anda.
Memandangkan anda sudah mempunyai maklum balas dan hanya perlu membuat sedikit perubahan ke atas produk itu, anda perlu mencari rakan kongsi untuk membantu memasarkannya. Cara terbaik untuk memberitahu produk anda kepada orang ramai adalah dengan menghubungi nama-nama besar dalam niche yang anda ceburi yang boleh membantu anda menyebarkan berita tentang pelancaran itu. Pada peringkat ini, anda tetapkan tarikh pelancaran dan sediakan bahan-bahan pemasaran untuk kegunaan promosi rakan-rakan kongsi anda sebagai bantuan pelancaran produk tersebut nanti.
Kemudian, anda hanya perlu tunggu pelancaran rasmi produk tersebut tiba. Apabila produk tersebut dilancarkan, anda perlu merekod setiap jualan dan lihat dari mana datangnya pelanggan anda untuk membantu meningkatkan usaha promosi produk itu. Teruskan usaha mempromosi produk, dan dengan bantuan rakan-rakan kongsi, anda sudah pun mempunyai satu pelancaran produk yang berjaya.
Mengenai Penulis
MazlieNadzri merupakan Interet Marketer separuh masa. Beliau mula aktif dalam perniagaan interet sejak awal tahun 2006. Kemahiran beliau adalah menjana wang menerusi affiliate, penghasilan produk, pemilik servis design, dan pemasangan sistem. Beliau juga telah menulis 2 buah buku mengenai multimedia yang kini berada di kedai-kedai buku berhampiran. Maklumat lanjut, layari blog beliau di sini untuk mempelajari ilmu bisnes internet.
*Nota Penting: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mazlie Nadzri di atas tidak dibuang. Anda boleh juga memasukkan link affiliate yang berkaitan ke dalam artikel ini untuk menjana pendapatan sampingan.
Sphere: Related ContentIf you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!










July 17th, 2010 at 5:44 am
tips yang sangat berguna untuk dikongsi, kajian sangat penting jangan main redah jer pastu cakap xberbaloi.. bukan senang nak senang
kegagalan selepas kegagalan juga memerlukan kajian yang serius..
betul ke bro..
July 19th, 2010 at 3:14 am
July 19th, 2010 at 3:20 am
p/s: macam tahu2 je, ni jam pukul 3 pagi ni
July 21st, 2010 at 1:16 pm
TY