RM880 dalam masa 2 minggu

Posted on 20 July 2010 by mazlienadzri

Sudah banyak kali rasanya saya menulis artikel mengenai teknik email marketing ini.  Kadang-kadang ada orang yang masih skeptikal mengenai teknik ini. Masih tidak percaya akan keberkesanannya.

Malah ada lagi yang hebat mengatakan, mereka email kepada orang lain tanpa kebenaran pemilik email itu juga adalah teknik email marketing. Walhal itu adalah ‘teknik’  SPAM.

Saya masih ingat masa workshop mania tempoh hari, ramai yang tak tahu apa itu SPAM. Patutlah boleh dikatakan setiap hari saya menerima macam-macam email SPAM dalam inbox saya, rupanya rakyat malaysia masih tidak tahu apa itu SPAM. Hmm…

Untuk menggunakan teknik email marketing ini, apa yang perlu ada ialah sistem autoresponder samada Norabot, Getresponse ataupun Aweber. Saya menggunakan Norabot dan Getresponse. Kalau rasa tidak mampu bayar bulanan, gunalah autoresponder percuma, dapatkan panduannya disini

Berikut antara artikel yang saya sudah tulis mengenai pentingnya memiliki autoresponder dan teknik email marketing.

Mengapa seorang IM Perlukan Autoresponder

Tips Penggunaan Sistem Autoresponder

Antara faktor yang perlu ditekankan dalam email marketing..

Email Marketing : Beberapa tips untuk anda..

Rahsia Pemasaran Super Affiliate – Pemasaran Email

RM880 hanya dalam masa 2 minggu

Bagi membuktikan yang teknik ini berkesan, anda boleh lihat imej printscreen di bawah ini. Bukan tujuan untuk menunjuk, sekadar ingin berkongsi teknik yang sudah banyak kali saya tulis di dalam blog ini, iaitu email marketing.

Untuk bulan ini, saya menyertai 2 program affiliate iaitu Panduan Asas Paypal dan MiniNiaga dan hasilnya RM880 berjaya diperolehi, alhamdulilah. Untuk cabaran MiniNiaga pula, saya juga menerima bonus Sony USB Media Player seperti imej di bawah ini

Anda juga boleh lihat bukti saya yang lain disini dan disini

Apa lagi bukti ingin saya beritahu lagi akan keberkesanan teknik email marketing ini?

Kita tidak perlu mencipta teknik yang baru, ikut sahaja teknik orang berjaya lakukan, insyaAllah, anda boleh berjaya malah lebih hebat lagi, buktinya, sudah ramai dan mereka hanya menggunakan langkah orang yang berjaya guna. Tiada rahsia :)

Semoga apa yang saya kongsikan di atas memberikan anda semangat. Kalau rasa nak belajar affiliate free dengan saya, daftar masuk di sini.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Share/Save/Bookmark

Sphere: Related Content

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

12 Comments For This Post

  1. Fazli Says:

    tahniah! hadiah mahal tu. bila lah nak dapat hadiah macam tu… hehhe…

  2. mazlienadzri Says:

    terima kasih. InsyaAllah, semua boleh dengan syarat ikut sahaja apa yang orang berjaya di luar sana lakukan…itu sahaja kuncinya :)

  3. isham Says:

    TQ mazlie,saya nak kepastian kalau guna yg free dulu boleh transfer list kita tak ke yg berbayar nanti,norabot paling murah ke…masalah sekarang tak ada produk ada ape2 nak bagi…atau saudara blh bg idea nk pakai ni permulaan..

  4. mazlienadzri Says:

    memang boleh tranfer, tapi ibarat SPAM juga, cara yang betul, anda minta list yang berada dalam autoresponder percuma anda tu sign-up ke autoresponder yang berbayar anda, apa2 pun, perlu minta KEBENARAN dari empunya email.

    Ya, norabot murah, USD14.97 sebulan.

    Maksud takde produk tu, produk yang anda nak berikan untuk kumpul list? Begitu?

    Kalau ya, saya boleh berikan tapi perlulah langgan norabot melalui link saya, bukan itu sahaja, saya juga akan bantu tuan kalau tak faham bagaimana nak menggunaka norabot tersebut.

  5. isham Says:

    ooo transfer dgn cara begitu,saya dah daftar sebelum ni tapi tak ade produk nak bg untuk kumpul list dan juga tempat nak letak mcm BLOG atau FanPage,jd tak berbayar..aweber,diaorng akan blacklist atau camana..aweber berapa sebulan,getresponder sebulan

  6. mazlienadzri Says:

    aweber saya tak pasti…tapi ikut rules, tak boleh import contact dengan cara macam tu…getresponse starting USD9.95/bulan dan aweber USD10/bulan..

    Tapi harga akan naik kalau list makin banyak…saya sekarang bayar RM160 sebulan…tapi seperti yang saya beritahu dalam artikel kat atas tu, ianya berbaloi..

    norabot bawah 10K list, hanya USD14…

  7. isham Says:

    ooo macam tu..ok juga kan,bayaran bulanan kena buat camana,pakai paypal ke..akaun paypal saya tak verify xde kad yg nk aktifkan..

  8. isham Says:

    boleh bagi link untuk saya daftar norabot…

  9. mazlienadzri Says:

    norabot pakai paypal, yang lain boleh guna kad debit/kad kredit..saya guna kad debit ambank je untuk getresponse dan norabot saya guna paypal

  10. mazlienadzri Says:

    ini link norabot – http://www.mazlienadzri.com/cadangan/norabot/

  11. wansukri Says:

    salam MN…saya salah seorang pembeli ebook anda panduan HTML, sekarang baru nak berjinak2 dengan blog, dan pelajari serba sedikit mengenai keusahawanan internet…email saya pun kena SPAM setiap hari…terpaksa buat email baru yang tu hanya buka dan delet je..

  12. isham Says:

    nak tanya satu lagi,saya ni susah sikit nak buat keputusan nk langgan autoresponder ni,sebab takut tak terguna n tak berbayar,norabot ni mcm aweber tak boleh asing2kan list kita ikut ape yg kita promote n diaorg daftar,saudara faham kan,

Leave a Reply

Mininiaga

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest