Bisnes Internet adalah seperti bisnes konvensional yang lain. Bezanya, jika anda hendak mulakan bisnes konvensional, anda fikir banyak perkara seperti kos permulaan, barang keperluan, bahan promosi dan sebagainya. Kemudian, anda akan lakukan bisnes anda dengan berhati-hati dan bersungguh-sungguh.
Malangnya, ramai yang terjun ke dalam “bisnes” internet dengan terlalu sedikit ilmu, tiada modal dan berfikiran yang penglibatan mereka di dalam bisnes internet akan menjadikan mereka kaya-raya dalam sekelip mata.
Mana tidaknya? Lihat kiri. Lihat kanan. Laman web yang dilawati memberikan harapan yang tinggi kepada mereka. Ada yang sehingga menjanjikan status jutawan dalam masa beberapa bulan sahaja (siapa tak nak jadi jutawan dalam masa kurang daripada setahun, bukan?)
Saya harap anda tidak berfikiran begitu.
Sengaja saya letakkan perkataan “bisnes” di atas dengan aksara “ ” kerana memang ramai yang merasakan mereka membina sebuah perniagaan internet bila ianya tak lain dan tak bukan adalah permainan, hobi dan aktiviti suka-suka sahaja. Nampak macam bisnes. Aktiviti macam bisnes. Nama pun diberikan sebagai bisnes (bisnes top-up sebagai contoh). Tetapi, ianya mungkin percubaan atau permainan cuba-test-trysahaja.
Bisnes Internet juga memerlukan modal dan usaha seperti bisnes konvensional yang lain.
Muktamad!
Saya tidak mahu ada lagi ada pertengkaran tentang bisnes internet yang tidak memerlukan modal langsung. Bagi saya, kenyataan sebegini cuma gimik pemasaran sahaja.
Jika anda mempunyai bisnes internet, pada permulaannya, anda akan menghabiskan berjam-jam masa anda di hadapan laptop atau komputer anda untuk membangunkan bisnes anda.
Jika wang tidak dikeluarkan, masa anda perlu diagihkan daripada aktiviti lain. Dan, tidakkah “masa” itu berharga dan modal anda juga? Setengah orang berkata, “masa itu emas”. Emas juga ada nilai dalam Ringgit Malaysia atau Dollar atau Yen. Malah masa adalah lebih berharga daripada wang ringgit kerana wang ringgit yang hilang boleh dicari tetapi tidak untuk masa.
Dan, tidakkah anda perlukan komputer untuk membina bisnes anda? Tidakkah anda perlukan talian internet (streamyx, mungkin?) untuk kerja-kerja anda? Ianya adalah modal asas permulaan anda.
Perit untuk saya luahkan tetapi saya harap anda dapat maksud yang hendak saya sampaikan.
Buangkan tanggapan anda bahawa bisnes internet tidak memerlukan modal. Anda akan kecewa nanti sekiranya anda bermula dengan mentaliti yang salah sebegini.
Jika anda mula dengan fikiran bahawa anda perlukan wang untuk membina bisnes internet anda, anda tidak akan merungut nanti bila tiba ketikanya, anda memang perlu laburkan wang anda untuk bisnes anda.
Buat persedian awal untuk mentaliti anda supaya anda tidak terdesak bila berdepan dengan masalah bisnes yang bakal anda bina.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau dihttp://www.BisnesDigital.com untuk mempelajari strategi pemasaran internet yang berkesan. Untuk “link tracking”, anda boleh lawati http://mazlienadzri.com/pdr dan cuba sendiri servis ini selama 30 hari pada harga $1 sahaja.
Sphere: Related ContentIf you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!








