Archive | Motivasi Diri

Cerita pendek dari saya…

Cerita pendek dari saya…

Posted on 10 August 2010 by mazlienadzri

Minggu lepas saya ada kenduri menyambut Ramadhan di kampung saya di Teluk Intan, Perak.  Seperti biasa, ‘tugas’ saya adalah membawa opah, mak dan makcik saya ke pasar untuk membeli barang.

Sampai di satu kedai, kami pun beli barang-barang untuk dimasak untuk kenduri malam nanti. Setelah selesai membuat bayaran, tauke kedai pun memanggil pekerjanya(seorang melayu) untuk menghantar barang ke kereta saya. Saya anggarkan yang umur pakcik ni dalam linkungan 50 tahun ke atas.

Sampai di kereta saya, makcik saya bertanya kepada pakcik tersebut…

Makcik saya : “Pakcik nanti bulan puasa pun kerja juga ke?”

Pakcik : “Kerja, nak cari duit raya sikit, kalau tak, apa nak beli untuk raya nanti”

Selepas sahaja pakcik tersebut memberikan jawapannya, terus terdetik rasa kasihan dan sebak dalam hati saya. Kasihan bukan apa, kasihan kerana pakcik tersebut terpaksa berhujan panas demi mencari sesuap nasi, sedangkan kita, mencari rezeki hanya di depan komputer sahaja, duduk dalam suasana aircond.

Apa yang pakcik tu cakap, masih saya ingat sampai hari ini. Kepada anda semua, bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita sampai hari ini.

Nasihat ini juga saya tujukan kepada diri saya sendiri yang kadang kala alpa dan leka dengan nikmat pemberianNya. Kepada pakcik tersebut, saya doakan beliau dimurahkan rezeki dan khususnya dalam menyambut hari raya aidilfitri nanti.

Kepada anda, selamat menyambut Ramadhan esok hari dari saya, Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (4)

Usaha dari anda…

Usaha dari anda…

Posted on 06 August 2010 by mazlienadzri

Pasti anda pernah dengar “list adalah lubuk duit”, juga anda pernah dengar saranan daripada IM-IM termasuk saya sendiri iaitu gunalah sistem autoresponder untuk menghasilkan jualan samada produk sendiri ataupun affiliate.

Kemudian, berlumba-lumbalah orang ramai menggunakan autoresponder, samada berbayar ataupun percuma.

Kemudian, mereka mencari list, mereka mengarang satu email promosi, hantar dan “BOOM”$$$..betul ke macam tu? Tapi, minit demi minit, jam demi jam, tiada jualan pun seperti yang mereka harapkan.

Mereka mula menyalahkan IM-IM yang sarankan guna autoresponder, guna kaedah email marketing ini dan dicop sebagai penipu.

Mari kita lihat situasi di bawah pula.

Semasa anda mula-mula belajar bawa motor dulu, pasti kadang-kadang kita terbabas, terjatuh, tak tahu masuk gear dan lain-lainnya, tapi lama kelamaan, anda sudah boleh bawa dengan elok, tak jatuh, malah boleh pegang dengan sebelah tangan lagi..hehehe..

Begitulah halnya dengan apa sahaja saranan, cadangan oleh saya untuk anda. Saya sarankan guna autoresponder, bukanlah saya menjamin guna hari ini, terus dapat sales(saya tak nafikan memang ada).

Anda perlukan perancangan dan  ilmu. Janganlah cepat putus asa. Saya lihat ada yang melanggan autoresponder, kemudian dalam beberapa bulan terus stop, sebab hasil yang diperolehi tidak dapat membantu membayar sewa bulanan autoresponder. Salah siapa? Adakah salah saya?

Sesuatu yang baru biasanya memerlukan masa untuk kita membiasakan diri dan manusia, sering memberikan 1001 alasan dan tidak berani mengaku kesalahan.

Terakhir saranan saya, cuba kuasai ilmu email marketing ini dengan menggunakan autoresponder percuma. Kalau anda sudah berjaya membuat jualan menggunakan autoresponder percuma ni nanti, insyaAllah, anda sudah mampu menguasai teknik email marketing, dan sekiranya perlu, bertukar kepada autoresponder yang lebih stabil sebab autoresponder prcuma ini mempunyai banyak kelemahan, tapi untuk belajar untuk permulaan, tiada masalah untuk mencubanya.

Nak dapatkan autoresponder percuma, klik di sini –> Autoresponder Percuma

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (2)

Lamanya saya tak menulis tip ebiz…saya minta maaf

Lamanya saya tak menulis tip ebiz…saya minta maaf

Posted on 09 July 2010 by mazlienadzri

Agak lama juga saya tak update blog ini dengan tips perniagaan internet. Saya minta maaf banyak-banyak. Rasa letih selepas majlis perkahwinan adik saya masih belum hilang, maklumlah, kami masak sendiri, bukan catering dan disamping banyak tempahan yang menunggu selama saya bercuti menyebabkan blog ini tidak diupdate dengan tips terkini.

InsyaAllah, selepas ini akan menyusul beberapa artikel terkini.

Perkembangan terkini saya

Sedikit mengenai perkembangan saya, esok saya akan ke Regency Hotel, KL atas jemputan rakan maya saya, Ammar Zahar yang akan mengadakan ‘Workshop Mania’ yang penceramahnya adalah Ammar Zahar, Zamri Nanyan, Rahman Basri, Jamal, Suthan M dan Ridzuan Richie.

Saya dijemput oleh Ammar Zahar untuk hadir dan ianya free kata beliau, saya bersetuju sebab selama ini saya belum pernah berjumpa dengan beliau. Rasanya kami kenal sudah 2 tahun tapi tak pernah bersua muka, jadi, ini masanya untuk saya berjumpa beliau dan rakan-rakan IM yang lain.

Saya rasa, itu sahaja yang dapat saya kongsikan perkembangan terkini saya. Ada projek yang saya nak lancarkan, tetapi saya ambil keputusan selepas raya baru dikeluarkan.

Kini, saya fokus kepada affiliate dalam dan luar negara serta servis VirtualNiaga saya sahaja.

Sebelum saya terlupa, kepada yang berminat mempelajari bagaimana menghasilkan ebook yang boleh menjual, dijemput untuk tonton video di bawah ini dan jangan lupa untuk mendaftar masuk kerana saya ada sesuatu nak berikan kepada anda nanti semasa pelancaran Pakar Ebook 26 Julai ini.

Nantikan artikel saya selepas ini

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (4)

Ikutlah cara mereka…

Posted on 03 June 2010 by mazlienadzri

Umum tahu, saya menjana wang di internet melalui pelbagai cara(bidang). Antaranya melalui affiliate, menjual produk sendiri, menjual produk yang di berikan lesen MRR, RR dan PLR, melalui blog, dan terakhir servis membina minisite.

Jujur saya katakan, pernah sampai satu tahap saya telah berfikir untuk membuatnya secara full time. Ya, mungkin ada yang baru tahu, saya buat semuanya perkara di atas secara part time sahaja :)

Saya bermula tanpa ada-apa ilmu. Saya mencuba itu dan ini. Melihat IM-IM yang lain berjaya menjana wang, hati saya terdetik, apakah cara mereka sampai mereka berjaya seperti itu.

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (6)

Tunjukkan keprihatinan anda..

Tunjukkan keprihatinan anda..

Posted on 01 June 2010 by mazlienadzri

Mungkin ramai sudah tahu akan kebiadaban tentera israel menyerang kapal-kapal untuk misi kemanusian ke Gaza. Mereka menyerang ibarat kapal-kapal tersebut membawa senjata untuk berperang, walhal, mereka hanya membawa bahan makanan, ubat-ubatan untuk di berikan kepada rakyat Palestin yang telah ditutup ruang bantuan sejak sekian lama.

Ketika ini, seluruh dunia sedang mengutuk tindakan biadab israel. Demostrasi di adakan di seluruh dunia, tidak terkecuali negara-negara barat. Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat.

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (1)

ScreenShot101

Tags: , ,

Duit bukan dalam mailing list…

Posted on 08 May 2010 by mazlienadzri

Saya pasti, anda sudah pernah mendengar ungkapan “Money is in the list”. Ya, hakikatnya, saya juga selalu ulang ungkapan tersebut. Bagaimana pula reaksi anda kalau saya beritahu yang ia sebenarnya salah?

Lihat contoh ini. Katakan anda mempunyai 2000 list dan setiap hari anda menghantar email kepada mereka untuk menjual produk anda satu demi satu. Setiap hari list anda menerima email-email tersebut dan setiap kali itu jugalah anda cuba menjual produk anda kepada mereka. Persoalannya, berapakah jumlah “unsubscribes” yang akan anda dapat?

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (5)

Tags: , ,

Mengapa seorang IM Perlukan Autoresponder

Posted on 02 April 2010 by mazlienadzri

Saya pasti, ramai yang pernah mendengar cadangan, saranan dari IM-IM supaya memiliki autoresponder, mailing list, jadi, timbul persoalan, mengapa IM perlukan autoresponder? Betul-betul berguna ke? Artikel ini akan menjawab persoalan itu.

Secara ringkas, autoresponder adalah penting bagi seseorang IM. Ia adalah teras kepada pemasaran melalui email. Bukan saja ia melambangkan pendekatan professional seseorang IM tetapi membolehkan komunikasi antara IM dan prospeknya dengan lebih kerap.

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (9)

Tags: , , , ,

Dua video dari saya mengenai produk PLR, MRR dan RR yang saya jual…

Posted on 29 March 2010 by mazlienadzri

Hari ini saya akan berkongsi dua video yang saya rekod khas untuk pembaca blog saya. Video ini mengenai beberapa produk PLR, MRR dan RR yang saya jual dan hasil keuntungannya. Untuk pengetahuan, video yang saya rekod ini hanya produk MRR,RR dan PLR dalam bahasa Malaysia sahaja, kalau produk berlesen BI, memang banyaklah :)

Semoga anda mendapat input yang berguna melalui video ini. Anda tiada produk sendiri? Bukan menjadi masalah yang besar kalau anda bijak mencari peluang dan menyusun strategi yang betul

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (2)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest