Archive | Pengumuman

eCover Produk Mampu Meningkatkan Hasil Jualan

Tags:

eCover Produk Mampu Meningkatkan Hasil Jualan

Posted on 16 August 2010 by mazlienadzri

Jika anda menjual produk – produk digital, pastikan anda tidak mengabaikan rupa bentuk produk digital anda tersebut.

Sebagai contoh jika anda menjual ebook, maka sudah semestinya anda memerlukan rupa bentuk cover ebook untuk menzahirkan ebook tersebut. Maksudnya dengan adanya rupa bentuk eCover yang bersesuaian, ia dapat meningkatkan keyakinan pengguna untuk membeli produk anda.

Untuk menghasilkan ecover, terdapat 3 cara iaitu:

1. Mengupah designer menghasilkan ecover untuk anda
2. Melakukan ecover sendiri secara manual dari scratch
3. Menggunakan action script ecover

Pilihan pertama
Jika anda mempunyai modal, anda boleh mengupah designer menghasilkan ecover untuk anda. Kebiasaannya mereka (Designer) akan caj sekitar RM30 – RM150 untuk menghasil SATU (1) jenis ecover sahaja!

Bayangkan jika anda mempunyai 10 produk? Berapakah modal yang anda perlukan?

Pilihan kedua
Jika anda mahir menggunakan “TOOLS” yang disediakan di dalam Photoshop atau GIMP, anda boleh menghasilkan rupa bentuk eCover anda dengan mudah. Walaubagaimanapun, ia akan mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan rupa bentuk ecover yang diingini seperti rupa DVD box, eBOOK, CD, dan sebagainya.

Bayangkan jika 1 design mengambil masa 2 jam… Brapakah jumlah masa yang anda perlukan untuk menghasilkan 10 bentuk design?

Pilihan ketiga (DISARANKAN!)
Ini adalah pilihan yang bijak di mana anda menggunakan action script eCover untuk menghasilkan ecover pilihan anda. Anda boleh menghasilkan pelbagai bentuk eCover yang telah diciptakan khas untuk anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, hanya tekan butan PLAY, dan kemudian rupa bentuk eCover idaman anda akan terhasil!

Apa itu action script? Action script adalah “RAKAMAN” yang telah dibuat oleh penghasilnya bagi memudahkan segala tugas melakukan design. Jika kita ingin menghasilkan rupa design yang sama di masa hadapan, kita hanya perlu memainkan rakaman tersebut dan seterusnya rupa design yang diingini akan dihasilkan hanya beberapa minit sahaja!

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan action script ini, anda memerlukan perisian Adobe Photoshop. Anda boleh download trial version di: http://www.adobe.com/products/photoshop/photoshop/

Terima kasih,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (6)

Siapa Kata Perniagaan Internet Tak Perlu Modal?

Tags:

Siapa Kata Perniagaan Internet Tak Perlu Modal?

Posted on 27 July 2010 by mazlienadzri

Bisnes Internet adalah seperti bisnes konvensional yang lain. Bezanya, jika anda hendak mulakan bisnes konvensional, anda fikir banyak perkara seperti kos permulaan, barang keperluan, bahan promosi dan sebagainya. Kemudian, anda akan lakukan bisnes anda dengan berhati-hati dan bersungguh-sungguh.

Malangnya, ramai yang terjun ke dalam “bisnes” internet dengan terlalu sedikit ilmu, tiada modal dan berfikiran yang penglibatan mereka di dalam bisnes internet akan menjadikan mereka kaya-raya dalam sekelip mata.

Mana tidaknya? Lihat kiri. Lihat kanan. Laman web yang dilawati memberikan harapan yang tinggi kepada mereka. Ada yang sehingga menjanjikan status jutawan dalam masa beberapa bulan sahaja (siapa tak nak jadi jutawan dalam masa kurang daripada setahun, bukan?)

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (0)

Coretan dari workshop mania

Coretan dari workshop mania

Posted on 12 July 2010 by mazlienadzri

Alhamdulilah, sabtu lepas saya telah selamat sampai di hotel Ragency, KL untuk menghadiri Workshop Mania anjuran Ammar Zahar. Saya lambat sampai ke workshop tersebut sebab perlu ke Kajang dahulu dan kemudian terus gerak ke hotel Regency, KL dalam pukul 11 lebih sampai sebab sesat :)

Tujuan utama saya datang ke sana adalah untuk berjumpa dengan IM-IM yang lama saya kenal tapi tak pernah berjumpa, antaranya Ammar Zahar, Eruwan Gerry, Ridzuan Richie dan ramai lagi. Alhamdulilah, termakbul akhirnya.

Kemudian saya dapat berjumpa dengan IM-IM baru seperti Rahman Basri(pakar affiliate berkopiah), Muaz Hadi(ebook terhangat beliau TipPTD yang mencecah ratusan ribu jualan), Azrul (Kuasa Fan Page) dan ramai lagi. Seronok berjumpa dengan mereka-mereka ini.

Selepas tamat workshop, saya dan Azrul ke Segambut dan kami berborak tidak sedar pukul 9 lebih. Pertama kali jumpa Azrul, macam dah lama kenal. Sungguh bersemangat dan peramah orangnya.

Rupanya Azrul merupakan calang-calang orang. Beliau pernah berguru dengan Ewen Chia dan anda tahu untuk menghadiri bengkel beliau, mencecah ribuan ringgit.

Saya pasti, Azrul akan menjadi antara IM yang disegani tidak lama lagi berdasarkan ilmu yang beliau ada sekarang. Menyentuh mengenai Ewen Chia, saya sudah berjaya mengorek salah satu rahsia beliau dari Azrul, dan ianya sangat memeranjatkan saya.

Saya akan simpan rahsia ini selama-lamanya. Dan, yang pasti, teknik Ewen Chia sudah saya nampak hasilnya dari seorang IM local, iaitu Ammar Zahar. Saya tidak hairan Ammar berjaya seperti sekarang sebab beliau tiru apa yang IM berjaya lakukan.

Inilah kelebihan kalau kita berjumpa, bertukar-tukar pandangan dengan orang sekeliling kita. Kita tidak tahu siapa orang tersebut, bila kita berjumpa, bertukar-tukar pandangan, baru kita sedar yang mereka-mereka ini mempunyai pengalaman yang berbeza-beza. Ini sedikit sebanyak akan membantu menjadikan perniagaan internet kita berkembang.

Kepada anda sekiranya ada peluang untuk menghadiri seminar, bengkel dan sebagainya, ambil peluang ini. InsyaAllah, kita akan dapat banyak input yang berguna.

Satu input yang berguna saya dapat adalah, TIRU SAHAJA KEJAYAAN ORANG YANG BERJAYA…itu sahaja.

* Sesiapa nak lihat gambar-gambar sekitar workshop, lihat di Flickr saya disini

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: Sepanjang perjalanan saya balik ke rumah, minda saya asyik teringat rahsia ewen chia yang diberitahu oleh Azrul kepada saya…memang ia menyedarkan saya… :)

Sphere: Related Content

Comments (1)

Caj Paypal (Paypal Fees) Untuk Pengguna Malaysia

Tags: ,

Caj Paypal (Paypal Fees) Untuk Pengguna Malaysia

Posted on 24 June 2010 by mazlienadzri

Sebagai pengguna Paypal (terutama penjual), mengetahui jumlah caj yang dikenakan oleh Paypal adalah satu perkara yang penting. Di dalam artikel ini, saya akan berikan contoh caj yang dikenakan terhadap pengguna Malaysia.

Walaupun kita boleh melihat jumlah caj pada paparan statement transaksi di akaun kita, namun sebaiknya sebelum kita mula menjual produk, kita sudah tahu paling kurang purata caj yang akan dikenakan.

Secara asasnya, formula caj oleh Paypal untuk pengguna dari Malaysia adalah:

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (1)

Apa itu Paypal

Tags: ,

Apa itu Paypal

Posted on 12 June 2010 by mazlienadzri

Di dalam artikel ringkas ini, saya akan terangkan apa itu Paypal.

Secara asas, Paypal.com adalah salah satu pihak yang menguruskan jual-beli melalui Internet dengan selamat dan cepat. Para pembeli tidak perlu memberikan maklumat kad kredit atau maklumat kewangan mereka kepada penjual. Ini tujuan asasnya.

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (13)

VirtualNiaga berwajah baru

VirtualNiaga berwajah baru

Posted on 08 June 2010 by mazlienadzri

Perkhidmatan membina minisite perniagaan, ecover dan banner dari VirtualNiaga sudah masuk usia ke 2 tahun. Tetapi sebenarnya, nama VirtualNiaga telah lahir di internet sekitar tahun 2006(kalau tak salah saya) oleh sahabat saya, SmartZul.

VirtualNiaga sebenarnya adalah ilham dari saudara Smartzul. Beliau ketika itu menyediakan servis membina web perniagaan juga bersama rakan beliau sehinggalah beberapa tahun.

Kemudian saya mengenali saudara Smartzul melalui forum. Dari sana, kami selalu berhubung melalui email dan Smartzul mengajak saya menyediakan perkhidmatan membina minisite, ecover dan banner kepada usahawan internet tempatan.

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (3)

ScreenShot058

Tags:

Trafik melampau…blog suspend

Posted on 04 May 2010 by mazlienadzri

Sekiranya anda ada melawat blog saya semalam, pasti anda akan menerima mesej mengatakan bahawa blog saya di suspend. Perkara ini berlaku kerana semalam mencatatkan trafik yang terlampau tinggi, lebih 2k pelawat masuk, jadi, pihak hosting provider suspend sekejap blog saya.

Biasanya, trafik saya dalam 300-600 sehari, tapi semalam tak tahu dari mana datang trafik yang 2k tersebut.

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (3)

Sistem Easy Order Form versi 2.0 – Lebih mudah

Tags: ,

Sistem Easy Order Form versi 2.0 – Lebih mudah

Posted on 28 April 2010 by mazlienadzri

Pada tahun lepas, saya ada lancarkan projek sistem Easy Order Form. Sistem ini membantu orang ramai membina borang tempahan untuk web jualan mereka dengan mudah. Hanya sekadar copy dan paste sahaja skrip, kemudian, masukkan maklumat seperti nama anda, email dan url terimakasih. Semudah itu sahaja.

Ianya mendapat sambutan yang menggalakkan, sehingga kini, ianya telah terjual sebanyak 60 jualan(termasuk pembeli lesen RR 20 orang)

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (6)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest