Archive | Tips Perniagaan

Beberapa mitos mengenai perniagaan internet

Tags: , ,

Beberapa mitos mengenai perniagaan internet

Posted on 28 May 2010 by mazlienadzri

Ketika ini saya sedang banyak mendapat idea untuk menulis. Jadi, saya tidak akan sia-siakan idea tersebut. Mungkin sebab saya ketika ini agak free, jadi, mudah idea untuk menulis itu datang.

Baiklah,  dijemput untuk anda membaca beberapa mitos mengenai perniagaan internet di bawah ini :)

1. Mudah menjalankan perniagaan internet

Satu sebab kenapa orang ramai gagal dalam menjalankan perniagaan internet adalah kerana mereka menganggap ia satu perkara yang mudah. Mereka fikir mereka hanya perlu bina laman web, masukkan gambar produk dan tunggu orang datang melawat laman web dan beli produk yang mereka tawarkan.

Adakah semudah itu? Kalau semudah itu, ramai orang sudah bergelar jutawan, kaya raya hanya dengan melakukan 3 perkara mudah seperti di atas.

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (5)

5 Tips Menghasilkan Produk Online yang Berjaya

Tags: ,

5 Tips Menghasilkan Produk Online yang Berjaya

Posted on 05 May 2010 by mazlienadzri

Berjuta-juta orang online setiap hari untuk mencari maklumat. Dengan kemudahan penggunaan serta kepantasan enjin carian Google, internet telah menjadi pilihan utama kebanyakkan manusia di serata dunia. Bukan sahaja ia dikira sebagai kaedah yang efektif untuk mencari apa yang anda ingin ketahui, tetapi ia juga dilihat sebagai lombong emas untuk kebanyakkan IM. Potensi untuk mencapai lebih ramai pelanggan adalah sangat tinggi!

Salah satu cara terbaik untuk menjana pendapatan online adalah untuk menghasilkan produk berasaskan maklumat. Namun, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk megnhasilkan sesuatu yang unik dan juga menawarkan sesuatu yang AMAT bernilai. Bukan sahaja ia akan menguntungkan anda, tetapi ia akan menyebabkan anda menjana wang yang banyak.
Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (11)

Minda Yang Betul Untuk Seorang IM

Tags: ,

Minda Yang Betul Untuk Seorang IM

Posted on 16 March 2010 by mazlienadzri

Saya pasti sebab utama mengapa seseorang IM  gagal dalam perniagaan internet  adalah kerana mereka TIDAK mempunyai minda  yang betul. Jika anda mahu berjaya dalam bidang ini dan membina empayar online anda sendiri, anda mesti mempunyai rangka pemikiran dan minda yang betul.

Ini penting kerana jika anda tidak mempunyai minda yang positif, anda akan berdepan dengan pelbagai masalah apabila pelan yang dirancang tidak menjadi. Sewaktu anda baru hendak memulakan sesuatu projek , rancangan yang telah anda rangka selalunya akan kucar-kacir pada awalnya. Anda juga mungkin akan terfikir untuk mengaku kalah dan mengangkat bendera putih  tetapi mereka-mereka yang mempunyai pemikiran yang positif akan terus berusaha dan tidak akan mudah berputus asa.

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (4)

7 Perkara Yang Tidak Patut Lupa Semasa Melancarkan Produk

Tags: , , ,

7 Perkara Yang Tidak Patut Lupa Semasa Melancarkan Produk

Posted on 03 March 2010 by mazlienadzri

Benda paling menarik mengenai perniagaan internet ialah anda tidak perlu mempunyai produk yang sempurna sebelum pelancarannya. Anda boleh melancarkan produk dan lihat bagaimana hasilnya dan belajar dari kekurangan yang anda buat untuk produk tersebut. Saya juga ada membuat beberapa kesilapan terhadap produk saya dan saya mahu kongsikan dengan anda bagaimana caranya untuk tidak melakukan kesalahan yang sama sewaktu pelancaran produk anda (tidak kiralah ini produk anda yang pertama atau yang ke-50)..hohohoho

1. Jangan Lupa Mengedit Produk Anda

Jika anda hendak mengeluarkan ebook, EDIT TERLEBIH DULU. Saya sendiri selalu terlupa buat perkara ini dan saya dapati memang ebook saya mempunyai banyak kesalahan tatabahasa. Jika anda melancarkan produk sebelum betul-betul bersedia, ia mungkin mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Reputasi anda sebagai penulis dan usahawan internet juga akan terjejas. Pembeli akan hanya menganggap produk anda tidak berkualiti kerana mengesan kesalahan tatabahasa yang banyak.

Jika anda ingin tahu, kesalahan-kesalahan tatabahasa kecil di dalam blog masih boleh dimaafkan. Lagipun, bahasa yang digunakan selalunya adalah bahasa perbualan harian dan maklumat yang anda berikan adalah percuma. Tetapi apabila anda mula meletakkan harga kepada maklumat anda, penulisan itu perlu mantap atau anda berisiko tinggi untuk merosakkan reputasi (dan pendapatan online anda).

2. Jangan Lupa Beri Pelanggan Mencuba/Review Produk Anda

Produk anda MESTI mendapat review dan uji sebelum dilancarkan. Cuba dapatkan rakan  untuk menguji produk itu dahulu dan tunjukkan kepada anda kelemahan-kelemahan produk tersebut. Sebelum anda mula menjualnya dipasaran, anda berpeluang untuk membaikinya terlebih dahulu.

Dan jika anda ingin menjual produk anda dengan laku, anda juga memerlukan bantuan testimonial untuk memberitahu orang ramai bahawa produk anda berkualiti. Ini akan menerbitkan rasa percaya bakal pelanggan terhadap produk anda, dan jika mereka percaya kepada testimonial itu, sudah tentu kuasa membeli mereka akan meningkat 100 kali ganda.

3. Jangan Lupa Memasarkan Produk Sebelum Melancarkannya

Pemasaran produk sebelum anda melakukan pelancaran adalah penting kerana beberapa sebab:

a. Ia mewujudkan publisiti mengenai produk anda (jika promosi dilakukan dengan betul) dan memberi peluang kepada orang ramai berasa teruja. Jadi, apabila produk anda dilancarkan dalam pasaran, pelanggan akan berpusu-pusu membelinya. Saya ada tulis artikel berkaitan disini

b. Anda boleh menilai sendiri pendapat bakal-bakal pelanggan terhadap produk yang akan anda pasarkan. Adalah ia terlalu mahal, atau terlalu murah? Apa sebenarnya kehendak pasaran anda dan jenis produk apa yang mereka sanggup bayar untuk mendapatkannya? Perkara ini boleh membantu anda membuat pembetulan di saat-saat akhir dan mampu membantu menjana pendapatan yang lebih tinggi kepada anda apabila anda melancarkan produk tersebut.

4. Jangan Lupa Mengeluarkan Produk yang Setimpal Dengan Harga Yang Dibayar

Ini paling penting untuk anda ingati. Berikan pelanggan anda satu produk yang berkualiti, sesuai dengan apa yang telah mereka laburkan untuk produk itu. Ini akan membuat mereka rasa berpuashati dan gembira dan akan meningkatkan promosi percuma dari mulut ke mulut oleh pelanggan-pelanggan anda.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja. Berikan mereka insentif sebagai tambahan pembelian produk anda asalkan ia tidak merugikan perniagaan anda. Contoh terbaik adalah dengan memberikan laporan-laporan percuma atau membuat pertandingan yang boleh disertai oleh pelanggan anda.

5. Jangan Lupa Menghasilkan Produk Yang Bermutu Tinggi

Anda akan rugi teruk jika melancarkan produk yang tidak berkualiti. Reputasi jatuh menjunam dan menyebabkan peluang perniagaan anda di masa akan datang menjadi kabur. Jadi, pastikan anda hanya melancarkan produk yang berkualiti tinggi, atau jangan lancarkan produk itu langsung.

6. Jangan Lupa Mengedit untuk Menjadikannya Lebih Baik

Apabila produk telah dilancarkan dan mendapati ianya mempunyai kelemahan berdasarkan maklum balas pengguna, edit produk itu dan buangkan kelemahan-kelemahan tersebut. Yang hebatnya tentang internet adalah anda boleh edit dan betulkan dengan mudah. Jika ada kesalahan ejaan atau tatabahasa, mudah sahaja nak membetulkannya. Dengan ini, aduan-aduan yang banyak anda terima sebelum ini akan jadi berkurangan dan bertambahlah pelanggan yang berpuashati.

7. Jangan Lupa Belajar Dari Kesilapan Lalu

Saya sudah pun belajar untuk tidak mengulangi kesilapan saya sewaktu pelancaran produk pertama di mana hasilnya amat mengecewakan. Tapi, apa yang telah saya pelajari boleh saya praktikkan untuk pelancaran produk-produk seterusnya. Jadi, jika anda telah melakukan kesilapan, jangan terlampau risau. Belajar dan terus belajar dari kesilapan anda dan buat yang lebih baik akan datang.

Ada beberapa projek saya yang gagal, tak perlulah saya nyatakan disini. Tapi, adakah saya perlu berputus-asa? Tidak sama sekali!! :)

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Mengenai Penulis

MazlieNadzri merupakan Interet Marketer separuh masa. Beliau mula aktif dalam perniagaan interet sejak awal tahun 2006. Kemahiran beliau adalah menjana wang menerusi affiliate, penghasilan produk, pemilik servis design, dan pemasangan sistem. Beliau juga telah menulis 2 buah buku mengenai multimedia yang kini berada di kedai-kedai buku berhampiran. Maklumat lanjut, layari blog beliau di sini untuk mempelajari ilmu bisnes internet.

*Nota Penting: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Mazlie Nadzri di atas tidak dibuang. Anda boleh juga memasukkan link affiliate yang berkaitan ke dalam artikel ini untuk menjana pendapatan sampingan.

panduan sistem affiliate

Sphere: Related Content

Comments (5)

Berikan lebih…

Tags: , , ,

Berikan lebih…

Posted on 16 February 2010 by mazlienadzri

Realiti perniagaan di internet pada masa kini begitu sengit persaingannya berbanding dengan lima tahun sebelum ini. Hari ini sekiranya seseorang usahawan mahupun syarikat tidak dapat memenuhi permintaan pelanggannya, mereka akan susah mendapat jualan dan keuntungan.

Menurut kajian yang dibuat, 90% perniagaan itu gagal kerana persaingan yang sengit.

Pada hari ini, sekiranya seseorang usahawan internet tidak dapat memberikan perkhidmatan atau produk yang diharapkan oleh pelanggan, mereka tidak akan kembali semula mendapatkan perkhidmatan ataupun produk kita lagi selepas itu.

Ini kerana terdapat banyak lagi individu ataupun syaraikat lain yang mempu memenuhi permintaan pelanggan kita tadi.

Jadi persoalannya, bagaimana untuk kita mendapat keuntungan dan pelanggan yang setia kepada kita?

Jawapannya, kita terpaksa melakukan lebih daripada apa yang diharapkan oleh pelanggan tersebut. Kita perlu memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik supaya mereka akan kembali kepada kita lagi, dan lebih menarik, mereka akan memberitahu kepada rakan-rakannya mengenai produk atau perkhidmatan kita.

Kita perlu pastikan kita memberikan satu tahap terbaik untuk mereka supaya mereka tidak berpindah ke tempat lain.

Sebagai contoh, servis design virtualniaga saya, saya hanya mempertaruhkan kepantasan dalam menyiapkan tempahan pelanggan. Itu sahaja. Bukan tujuan hendak meninggi diri, tapi apa yang saya nak katakan adalah, kita kena tawarkan sesuatu yang mampu membuatkan kita berbeza dengan pesaing yang lain.

Target saya, saya akan pastikan draft design akan dihantar kepada pelanggan dalam temph 24-48 jam, dan kebanyakannya, akan siap semuanya tidak sampai 48 jam. Contoh seperti hari ini, saya menyiapkan 2 tempahan dalam masa 24 jam, semalam sahaja, 4 tempahan siap dalam tempoh 24 jam juga.

virtuaniaga

virtuaniaga

Jadi, berikan lebih untuk perniagaan anda. Fikirkan sesuatu yang mampu membuatkan anda berbeza dengan persaing anda yang lain.

Yosh!!

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (6)

ScreenShot126

Tags: ,

Antara faktor yang perlu ditekankan dalam email marketing..

Posted on 24 January 2010 by mazlienadzri

Beberapa faktor utama boleh menentukan sejauh mana mailing list anda dapat memberikan keuntungan. Berikut adalah beberapa faktor tersebut :

1. Kadar bukaan

Anda perlu tahu, tidak semua mailing list anda akan membuka email yang kita hantar. Ini mungkin disebabkan email kita masuk ke folder SPAM mereka, mereka tidak menggunakan email utama semasa sign-up squeeze page kita, mereka tidak membaca email kita serta merta dan kebiasaanya akan lupa dan terakhir, barangkali mereka memang tidak suka email yang kita hantar.

Menurut kajian, kadar bukaan sebanyak 20% adalah kadar yang paling minima.  Sistem autoresponder dari Getresponse mempunyai fungsi melihat statistik kempen yang kita pasang. Seperti salah satu contoh kempen saya dibawah ini. Peratus yang buka adalah 24.8% bagi senarai email yang berjumlah 1843 orang

2. Kadar klik

Seperti point saya nombor satu, ianya sama juga terjadi pada kadar klik pada email yang dihantar kepada mailing list. Tidak semua mereka akan klik link yang kita masukkan dalam email. Saya dapat lihat, kalau saya hantar email dengan meletakkan dua atau tiga link dalam satu email, kadar klik adalah sangat rendah berbanding saya meletakkan hanya satu link sahaja.

Lihat statistik kempen yang sama seperti di atas ini. Jumlah yang klik adalah sebanyak 251 iaitu lebih kurang dalam 55%. Saya hanya meletakkan satu link sahaja dalam email ini. Kadar 55% ini adalah satu angka yang baik.


3. Kadar penukaran

Kadar 1% adalah kadar yang baik sekiranya list anda memberikan maklum balas dengan membeli produk yang anda tawarkan. Mungkin anda menganggap nilai sangat kecil, tapi anda akan tahu itulah hakikatnya kalau anda belum ada pengalaman mempunyai senarai email. Bukan senang menjadikan list kita sebagai pembeli.

Tetapi, dari pengalaman saya, kalau saya menjual produk saya sendiri, kadar peratusnya adalah dalam 5% – 10%. Sebabnya saya akan membuat kajian terlebih dahulu terhadap mailing list saya.

Untuk produk affliate yang saya promosi, ianya bergantung kepada tawaran saya dan laman web jualan produk tersebut. Seperti contoh, saya berjaya menjual produk Duit Mania kepada 64 orang didalam kempen saya berjumlah seramai 1747 orang sekaligus membolot USD1065. Bermakna, saya berjaya mendapat kira-kira 3.7%. Ini satu jumlah peratus yang sangat baik dalam mempromosikan produk affiliate.

Kesimpulan

Saya harap anda nampak apa yang saya cuba sampaikan disini. Mungkin selama ini anda menyangkakan email marketing ini mudah, tapi realitinya tidak mudah seperti yang disangka.

Saya sendiri masih belajar kenapa list saya masih kurang memberikan respon dan sebagainya. Mungkin ada salah dari saya sendiri.

Tapi, ini bukan  memberikan gambaran keseluruhan mengenai email marketing. Email marketing masih lagi menjadi pilihan kepada mana-mana usahawan internet dalam membuat jualan. Kepada yang masih belum mendapatkan autoresponder, dapatkanlah sekarang.

Semasa saya hadir di seminar pakar affiliate semalam, masih ramai lagi yang tiada lagi sistem autoresponder. Sedangkan inilah perkara yang ditekankan oleh Jutawan Internet, Patric Chan sendiri semasa seminar tersebut. Anda lambat bertindak, anda semakin ketinggalan. Ketika saya sedang menulis artikel ni, saya sedang tolong seorang subscribers saya membuat pembelian sistem autoresponder getresponse.

Mungkin ada yang berkata, saya nak menyedapkan cerita, klik imej dibawah ini bukti email tersebut. Bukan sahaja email marketing ini penting untuk affiliate sahaja, malah boleh anda gunakan untuk apa juga bisnes di internet.

Iklhas,

Mazlie Nadzri

p/s: Dua sistem autoresponder yang saya galakkan adalah, getresponse dan aweber. Kalau anda nak gunakan  getresponse, sebarang masalah, sila hubungi saya, insyaAllah, saya akan bantu sebab saya dah guna getresponse lebih 2 tahun.

Sphere: Related Content

Comments (6)

panduan sistem autoresponder

Tags: , , , , , ,

Meletakkan harga rendah bukan langkah terbaik..

Posted on 21 December 2009 by mazlienadzri

Perkara yang biasa dilakukan oleh syarikat mahupun usahawan dalam bersaing didalam perniagaan adalah menurunkan harga apabila produk mereka ‘bertembung’ antara satu sama lain.

Psikologi manusia memang akan tertarik dengan perkataan ‘harga rendah’.

Tetapi tahukah anda, menurunkan harga bukan cara terbaik untuk bersaing. Saya tidak menafikan ianya berjaya membuat jualan, tetapi hanya untuk jangka masa yang pendek sahaja.

Usahawan mungkin berjaya menarik pelanggan bagi membeli produk, tetapi bukan meningkatkan keuntungan. Pesaing yang lain juga terpaksa menurunkan harga untuk bersaing. Akhirnya semua pihak tidak akan mendapat untung walaupun jualan yang terhasil adalah banyak.

Sesetengah pesaing boleh bertindak dengan lebih dasyat dengan menurunkan harga serendah yang mungkin sehingga kita tidak mampu bersaing lagi.

Tambah nilai produk

Cara untuk bersaing yang disarankan oleh Pakar Strategi Perniagaan adalah menambah nilai terhadap produk anda. Dengan cara ini, pesaing tidak akan melihat anda ingin bersaing dengannya.

Sebagai contoh, syarikat penerbangan. Banyak pesaingan diantara mereka, tetapi mereka tidak boleh menurunkan harga serendah-rendah yang boleh kerana syarikat-syarikat tersebut memerlukan modal yang besar. Jadi,  mereka menambah servis yang lain daripada yang lain bagi menarik perhatian pelanggan.

Strategi ini digunakan apabila objektif syarikat adalah untuk menghadapi persaingan. Ia akan membuatkan pelanggan memilih perkhidmatan mereka berbanding yang ditawarkan oleh pesaing.

Seperti saya, untuk servis virtualniaga.com, saya menambah servis setup dan design iklan peel away ads untuk bersaing dengan pesaing saya. Jadi, pesaing tidak akan nampak  saya sebagai ancaman kepada mereka, sebab harga utama servis saya adalah sama dengan mereka juga :)

Jadi, sekiranya perniagaan anda mempunyai persaingan yang ramai, fikirkan sesuatu yang yang dapat menambah kelainan pada perniagaan anda untuk terus bertahan dalam pasaran.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

panduan sistem autoresponder

Sphere: Related Content

Comments (5)

war

Tags: , , , ,

Strategi peperangan dalam bisnes

Posted on 14 December 2009 by mazlienadzri

war

Bisnes boleh ditafsirkan sebagai peperangan. Didalam peperangan, ada musuh. Didalam bisnes, ada pesaing. Ini realiti dalam peperangan dan bisnes.

Askar-askar yang ingin masuk ke dalam medan pertempuran harus ada strategi dalam menghadapi musuh, begitulah juga bisnes, memerlukan strategi, bukan dilakukan dengan sambil lewa melainkan anda berniaga untuk gagal.

1. Risikan

Kejayaan tentera Jepun didalam Perang Dunia Kedua adalah dibantu dengan perisik-perisik yang dihantar sebelum peperangan bermula lagi.

Sebagai contoh, servis design yang saya tawarkan mempunyai ramai pesaing, saya memang akui. Apa yang saya lakukan adalah, saya selalu melawat laman web mereka dan melihat strategi perniagaan mereka seperti harga, testimonial dan sebagainya untuk saya nilai. Saya juga yakin, mereka juga selalu melawat laman web servis saya untuk dinilai. Ini perkara biasa dalam bisnes.

Saya juga sentiasa peka dengan testimoni-testimoni pelanggan mereka samada di forum, blog dan sebagainya kalau saya terjumpa. Dari testimonial tersebut saya akan tahu kenapa mereka suka dengan servis yang mereka tawarkan, dengan cara ini saya dapat memperbaiki apa yang kurang dimata mereka terhadap servis saya.

Begitu juga dengan anda, haruslah membuat risikan terhadap pesaing anda setiap masa.

2. Pantas memasuki medan ‘pertempuran’

Didalam buku Sun Tzu’s, Art of War in Marketing ada menyatakan,

‘sesiapa yang sampai dahulu dan menguasai medan peperangan mempunyai masa untuk membuat persiapan sementara menunggu kehadiran musuh, manakala mereka yang  sampai lewat akan berperang dalam keadaan lemah dan letih’

Didalam bisnes, kita boleh tafsirkan begini.

Banyak kelebihan pada sesiapa yang memasuki pasaran lebih awal berbanding orang lain.

Laihat bagaimana syarikat gergasi Coca Cola yang menjadi perintis kepada minuman berkarbonat di seluruh dunia. Mereka mampu berdiri teguh berpuluh tahun walaupun telah banyak syarikat yang mengedarkan minuman berkarbonat. Coca cola telah dilihat berpengalaman dan cekap berbanding yang lain.

Oleh itu, anda perlu berani menjadi yang terawal memasuki pasaran. Anda perlu berani masuk pasaran dengan produk baru. Produk yang belum lagi dihasilkan oleh orang lain.

Sebaliknya, cuba elakkan menjalankan perniagaan yang sedang popular. Sebagai contoh, produk OneDropPerfumes sedikit masa lalu yang hangat diperkatakan, ramai berlumba lumba menjadi pengedar, malangnya saya lihat sekarang, pasarannya sudah mulai tepu. Terlalu ramai yang menjalankan perniagaan tersebut.

Kalau dilihat, orang yang mula-mula menjual produk tersebut mendapat untung yang banyak berbanding orang yang baru.

Sistem Kedai Online Niagakit

3. Jangan mudah merasa selesa

Didalam peperangan, tentera-tentera diajar supaya sentiasa bersedia setiap masa, mereka diingatkan supaya sentiasa menjangkakan musuh akan datang.

Kalau anda usahawan yang mencipta program, software dan seumpamanya, pastikan anda peka dengan perkembangan teknologi terkini.

Sekiranya anda tidak melakukan penambahbaikan, sampai satu masa dikhuatiri program, software tersebut tidak akan berguna lagi.

4. Kepantasan

Kepantasan sangat penting didalam bisnes. Tidak kiralah bisnes online ataupun offline. Masa adalah emas bagi pelanggan.

Sekiranya anda menjual produk digital, pastikan tempoh masa untuk memberikan link download dalam jangkamasa 6-12 jam. Kalau lagi cepat, lagi bagus.

Bagi servis seperti design, jangkamasa sesuatu tempahan hendaklah disiapkan secepat yang mungkin. Perkara ini sangat saya tekankan dalam servis saya. Saya sanggup tolak tempahan sekiranya saya merasakan saya akan siap lambat. Selalunya atas faktor tempahan yang banyak ataupun saya ada hal yang perlu diutamakan.

Didalam buku Sun Tzu’s Art of War in Marketing menyatakan:

Kepantasan adalah perkara penting didalam peperangan

Itu antara beberapa teknik peperangan yang boleh diguna pakai didalam bisnes anda. Semoga ianya bermanfaat untuk anda gunakan didalam membina bisnes yang sebenar, tidak kira, offline ataupun online.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: Anda boleh copy dan paste artikel diatas didalam blog, newsletter anda dengan syarat, link kan ke blog ini.

Sistem Kedai Online Niagakit

Sphere: Related Content

Comments (32)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest