Tag Archive | "affiliate marketing"

Affiliate, anda pun boleh…

Tags: , , ,

Affiliate, anda pun boleh…

Posted on 23 November 2009 by mazlienadzri

Pengalaman saya dalam bidang affiliate ini memang menyeronokkan. Hari ini saya nak berkongsi sedikit pengalaman mula-mula saya di dalam program affiliate setahun yang lepas.

Namun, sebelum itu, saya ingin jelaskan secara ringkas apa itu affiliate.

Pada dasarnya, program affiliate ini sebagai satu bentuk program yang
memberi peluang kepada anda sebagai pengguna internet untuk menjadi
salah seorang wakil pemasaran program tersebut atau dikenali sebagai
agen. Anda berusaha dan membantu pengusaha atau penganjur program ini
memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan hasil
dari jualan tersebut anda akan diberi komisyen.

Pada dasarnya, program affiliate ini sebagai satu bentuk program yang memberi peluang kepada anda sebagai pengguna internet untuk menjadi salah seorang wakil pemasaran program tersebut atau dikenali sebagai agen. Anda berusaha dan membantu pengusaha atau penganjur program ini memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan hasil dari jualan tersebut anda akan diberi komisyen.

Pada permulaan saya didalam affiliate, saya tak berjaya mendapat jualan. Dua cara sahaja saya guna ketika itu, promosi di blog(pada ketika itu, blog saya tiada trafik yang tinggi) dan iklan banner di laman web iklan percuma. Kemudian saya mencari sebab kenapa saya gagal menghasilkan jualan dan alhamdulilah, saya telah menjumpai bagaimana cara yang betul membuat promosi sekaligus berjaya mendapat komisen pertama dalam affiliate.

Selepas itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi, dan cara tersebut adalah email marketing(pemasaran email)

Kalau nak saya imbaskan kembali pengalaman pertama menjana wang daripada affiliate adalah produk Ammar Zahar, juga merupakan produk pertama beliau iaitu koleksi grafik, itulah pengalaman saya dalam affiliate, pada masa itu, saya mampu memperolehi komisen beratus juga(saya tak ingat jumlah yang tepat)

Kemudian produk MRR MEGA SALES, Panduan Paypal, DVD Video Usahawan, Teknik Manipulasi Sistem Kewangan, Panduan SEO Inspiration, Rahsia Emas dan banyak lagi. Alhamdulilah, semua program affiliate tersebut saya mendapat komisen, bezanya samada sedikit atau banyak sahaja.

Bagi saya, kemuncak selama saya menyertai affiliate ini adalah berjaya memperolehi USD1033 bagi jualan produk Duit Mania oleh Ammar Zahar., dan juga saya menerima BONUS produk OSIM uCrown sebagai pemenang cabaran affiliate tersebut. Juga saya menerima bonus external hard disk 1 terabytes daripada Ammar Zahar.  Itu adalah nilai komisen terbanyak pernah saya perolehi di internet, ianya pengalaman yang takkan saya lupakan sampai bila-bila:)

Mungkin ada yang ingin tahu apa rahsia saya berjaya membuat jualan sebanyak itu bukan?

Baiklah, kunci kepada ‘kejayaan’ tersebut adalah,

1. Tawaran. Percayalah, ramai prospek menanti-nanti apakah tawaran yang diberikan oleh seseorang IM tersebut. Pastikan tawaran yang anda berikan menarik dan unik dari IM yang lain. Pada masa itu, kalau tak silap saya, saya tawarkan 2 produk saya yang bernilai RM200.

2. Berapa kali?.Maksud disini ialah, kalau anda membuat promosi melalui mailing list, berapa kali anda follow up list anda untuk promosi sesuatu produk tersebut? Bagi Duit Mania, saya melakukan promosi sebanyak 5 kali. Saya pernah terbaca satu report yang mengatakan, sekurang-kurangnya kita perlu lakukan follow up sebanyak 7 kali(ada sesetengah mengatakan 10 kali) untuk menukar prospek kepada pembeli, ini yang saya lakukan :)

Satu lagi faktor adalah, sejauh mana anda tahu akan produk yang anda promosikan tersebut.

Cara terbaik adalah, anda sendiri perlu mencubanya terlebih dahulu, membacanya terlebih dahulu. Setelah anda memperolehi hasilnya, barulah anda membuat promosi.

Kebanyakan rakan IM yang menjemput saya turut serta dalam affiliate telah memberi produk tersebut untuk di review. Ini memudahkan saya membuat promosi disebabkan saya akan membaca terlebih dahulu, mencuba teknik yang disarankan dan barulah saya membuat promosi produk tersebut.

Itu beberapa faktor penting yang dapat saya kongsikan.

Saya selalu menerima email SPAM yang mempromosikan produk affiliate, ini bukanlah cara yang betul. Ya, saya akui, memang ada yang terbukti mampu membuat jualan dengan teknik SPAM ini, tetapi adakah anda mahu menanggung risiko apabila komisen anda tidak dibayar?

Kebiasaanya, syarat utama yang dinyatakan oleh pemilik produk adalah, jangan lakukan SPAM. Sudah terang lagi bersuluh, tetapi kaedah ini juga yang banyak digunakan. Itu sebab kaedah email marketing diperkenalkan.

Kalau anda lihat, saya bermula peringkat demi peringkat. Sedikit demi sedikit dan barulah dapat lihat hasilnya sekarang, alhamdulilah. Yang pasti saya tegaskan disini, affiliate adalah pendapatan sampingan saya sahaja, saya ada produk sendiri dan juga ada menawarkan servis di internet. Jadi, saya ada 3 sumber di internet.

Panduan Menjadi Pakar Affiliate

Dibawah ini saya telah rekodkan satu video review bagi produk Pakar Affiliate dari Zamri Nanyan. Video yang saya rakam selama 24 minit mengulas modul-modul yang terdapat dalam Pakar Affiliate. Semoga dengan review ini menjadi panduan untuk anda sebelum mendapatkannya.

[stream flv=x:/www.mazlienadzri.com/flv/reviewPakarAffiliate.flv width=320height=240 img=x:/www.my-blog.com/path/to/Preview.jpg bandwidth=med mp4=x:/www.my-blog.com/path/to/iPhone-512kbps.mp4 title=Review Pakar Affiliate /]

Bonus

Kepada anda yang ingin mendapatkan Pakar Affiliate ini, anda boleh claim bonus daripada saya. Antara bonus yang saya berikan seperti dibawah ini:

1. Lesen RR Sistem Easy Order Form.

  • Dengan lesen ini, anda boleh jual sistem easy order form dan segala keuntungan milik anda 100%. Harga lesen adalah RM50.

2. Servis design daripada VirtualNiaga

  • Saya akan berikan servis design minisites anda secara PERCUMA. Saya akan design header, footer, ecover.Harga design ini adalah RM90.(minisites untuk produk seks saya tidak akan terima)

Kesemua tawaran ini hanya untuk 5 orang sahaja.

Kalau anda berminat, anda boleh dapatkan Pakar Affiliate sekarang dan claim bonus tersebut dengan saya.

Affiliate memang boleh menjadi satu sumber pendapatan kalau anda tahu akan teknik dan strategi yang betul, jadi Pakar Affiliate ini boleh membantu anda.

Penafian : Semua bukti pendapatan diatas adalah benar bagi diri saya,dan saya tidak bertanggungjawab sekiranya selepas anda mendapatkan produk Pakar Affiliate ini anda gagal menjana wang seperti yang saya perolehi di atas. Kejayaan adalah bergantung kepada usaha anda dan panduan ini hanyalah jalan yang disediakan oleh Zamri Nanyan.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: Sebelum itu, pastikan anda benar-benar memerlukan panduan ini barulah membelinya.

Sphere: Related Content

Comments (18)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest