Menjadi Super Affilate hakikatnya sangat sukar, namun, jika anda menunjukkan komitmen yang tinggi, pemasaran affiliate boleh menjadi lubuk pendapatan online anda, dan berkemungkinan besar boleh menjadi sumber pendapatan utama anda berbanding sumber-sumber lain.
Ikuti langkah-langkah berikut dan anda pasti akan mencapai status seorang Super Affiliate!
Jalan paling pantas untuk menjadi super affiliate adalah dengan mengikut langkah-langkah yang dilalui oleh para affiliate yang sudah berjaya. Saya tahu perkara ini sukar dicapai tapi anda akan terkejut apabila mengetahui bahawa mereka-mereka ini sejak awal lagi sudah mula membina kaedah mereka sendiri untuk mendapatkan keuntungan. Oleh itu, ambil perhatian kerana pakar-pakar affiliate ini juga pernah berada di mana anda berada sekarang dan mereka tahu apa yang mereka katakan.
Sekiranya mereka menyatakan jangan membina senarai email dengan menggunakan autoresponder percuma, mereka bercakap kerana mereka sudah merasai kehilangan beribu-ribu list setelah bersusah payah membina list bertahun-tahun. Jadi, ikutlah nasihat mereka.
Baiklah, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh super affiliate adalah kajian mengenai niche pasaran mereka dengan mendalam untuk mengenalpasti produk mana yang sesuai dipromosikan. Apabila anda sudah memahami kehendak pelanggan, ianya akan menjadi lebih mudah. Ini yang sering saya lakukan.
Pertama, ia menjimatkan masa dan wang kerana anda tidak perlu mencuba daya potensi pasaran anda. Kedua, pelanggan akan lebih mempercayai anda kerana kajian yg telah anda jalankan mengenai potensi pasaran anda.
Keputusannya adalah jualan yang tinggi, dan dalam jangka masa panjang akan mengurangkan kos pemasaran kerana produk anda akan menjadi buah mulut orang selain mendapat jualan berulang!

Nasihat-nasihat lain yang mungkin diberikan oleh pakar-pakar affiliate kepada anda ialah untuk memberi tumpuan yang sebaiknya kepada usaha spesifik yang anda lakukan. Anda tidak akan mampu memuaskan kehendak semua orang, jadi jangan menjual semua benda dalam semua pasaran. Tumpukan usaha pemasaran anda kepada satu cabang dahulu, dan uji cara paling berkesan untuk pemasaran dan penjualan produk anda di pasaran itu.
Memandangkan anda sudah berjaya menjual beberapa produk affiliate, anda sudah pasti mahu mengembangkan pula jualam affiliate. Enjin carian pula adalah sumber utama yang sering digunakan oleh seseorang affiliate yang sudah berjaya. Anda boleh mencuba Pay Per Click (PPC) jika anda sudah membuat kajian mengenainya, dan yakin anda tidak akan kerugian besar! Saya selalu perhatikan para affiliate mengambil jalan ini, tetapi hanya berakhir dengan kerugian berbanding dengan keuntungan.Ianya memerlukan kajian kerana kalau silap langkah, anda akan terduduk kerugian.
Jika sudah mempunyai tapak yang kukuh dan mendapat cukup pengalaman dan keyakinan, sudah tiba masa untuk anda menambahkankan lagi program affiliate untuk menambah pendapatan! Daftarlah beberapa produk affiliate yang lain samada dari individu ataupun syarikat. Dengan kepelbagaian, anda akan mendapat lebih banyak pendedahan dan jika anda tidak mendapat bayaran dari satu produk affiliate, anda masih mempunyai produk-produk lain yang boleh memberi pendapatan kepada anda.
Komisen affiliate saya bulan lepas(ada lagi komisen produk yang belum dibayar)
Selain itu, sentiasa peka dengan berita-berita, trend dan perubahan terbaru pasaran. Jangan takut untuk bertukar-tukar produk dan juga program sekiranya perlu. Sentiasa fleksibel, mahu perubahan, dan lakukan perubahan.
Akhir sekali, jangan sekali-kali berputus asa! Kaedah pemasaran yang menjadi beberapa bulan lalu mungkin tidak menjadi pada bulan ini atau bulan-bulan seterusnya. Saya telah melihat ramai di kalangan affiliate mengangkat bendera putih walaupun mereka sudah boleh merasa pendapatan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi jika mereka bersabar dan bertahan.
Diulangi: untuk menjadi super affiliate bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan ketekunan yang tinggi lebih-lebih lagi jika anda bergerak bersendirian. Namun begitu, dengan sikap, produk dan pasaran niche yang betul, anda boleh menyenaraikan nama anda di dalam senarai Super Affiliate! Yosh!!
Mazlie Nadzri
p/s: Tawaran untuk Affiliate Kerajaan masih lagi dibuka. Maklumat lanjut di sini
Sphere: Related Content