Menjana pendapatan tetap hanya dengan bergantung kepada pemasaran affiliate adalah tidak mustahil. Para affiliate tidak perlu bersusah payah menguruskan tempahan, penghantaran produk, membuat semakan transaksi kerana semuanya itu akan diuruskan oleh pemiliki program affiliate tersebut samada individu ataupun syarikat. Anda juga boleh membuat pemasaran affiliate ini dengan sendiri tanpa perlu menggunakan bantuan luar.
Memang menjana pendapatan online bukan mudah, tetapi pemasaran affiliate memudahkan proses tersebut. Anda boleh membuat promosi sendiri dengan mengiklankan produk-produk anda melalui blog, email, atau website. Kaedah-kaedah ini akan mempercepatkan penjanaan pendapatan anda jika peluang sebegini digunakan sebaiknya.
Dengan pemasaran affiliate, anda adalah bos diri anda sendiri. Anda juga tidak perlu mempunyai banyak kebolehan. Apa yang perlu ada adalah komputer, talian internet dan masa yang mencukupi. Anda boleh bekerja mengikut masa atau jadual yang ditetapkan mengikut kesesuaian anda sendiri.
Affiliate adalah pendapatan sampingan saya, saya lebih kepada servis membina minisites,sistem,produk sendiri dan produk RR dan MRR.
Untuk affiliate, saya hanya luangkan beberapa jam untuk meneliti program affiliate yang saya berminat, kalau saya berpuas hati, saya akan buat promosi. Itu sahaja.
Terdapat banyak syarikat atau individu yang memerlukan bantuan anda mempromosikan produk-produk mereka. Jadi, anda boleh memilih produk atau perkhidmatan mana yang anda ingin promosikan.
Memang satu kenyataan bahawa mempromosikan produk atau perkhidmatan mengambil masa yang lama. Namun, usaha anda akan menunjukkan hasil jika pelanggan mula menunjuk minat terhadap produk anda dan menekan banner serta iklan-iklan yang anda sediakan. Gunakan teknologi internet dengan sebaiknya seperti promosi di blog, laman web, atau di mana-mana sahaja di internet. Tidak dinafikan kerja-kerja promosi ini adalah suatu yang mudah dan menyeronokkan sambil menjana pendapatan tetap di rumah. Yosh!
Mazlie Nadzri
p/s: Saya akan bercuti selama 5 hari. Penat rasanya kerja tanpa rehat yang cukup. Segala email tempahan, pertanyaan akan saya balas rabu minggu hadapan

Sphere: Related Content