Tag Archive | "artikel perniagaan internet"

Berikan lebih…

Tags: , , ,

Berikan lebih…

Posted on 16 February 2010 by mazlienadzri

Realiti perniagaan di internet pada masa kini begitu sengit persaingannya berbanding dengan lima tahun sebelum ini. Hari ini sekiranya seseorang usahawan mahupun syarikat tidak dapat memenuhi permintaan pelanggannya, mereka akan susah mendapat jualan dan keuntungan.

Menurut kajian yang dibuat, 90% perniagaan itu gagal kerana persaingan yang sengit.

Pada hari ini, sekiranya seseorang usahawan internet tidak dapat memberikan perkhidmatan atau produk yang diharapkan oleh pelanggan, mereka tidak akan kembali semula mendapatkan perkhidmatan ataupun produk kita lagi selepas itu.

Ini kerana terdapat banyak lagi individu ataupun syaraikat lain yang mempu memenuhi permintaan pelanggan kita tadi.

Jadi persoalannya, bagaimana untuk kita mendapat keuntungan dan pelanggan yang setia kepada kita?

Jawapannya, kita terpaksa melakukan lebih daripada apa yang diharapkan oleh pelanggan tersebut. Kita perlu memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik supaya mereka akan kembali kepada kita lagi, dan lebih menarik, mereka akan memberitahu kepada rakan-rakannya mengenai produk atau perkhidmatan kita.

Kita perlu pastikan kita memberikan satu tahap terbaik untuk mereka supaya mereka tidak berpindah ke tempat lain.

Sebagai contoh, servis design virtualniaga saya, saya hanya mempertaruhkan kepantasan dalam menyiapkan tempahan pelanggan. Itu sahaja. Bukan tujuan hendak meninggi diri, tapi apa yang saya nak katakan adalah, kita kena tawarkan sesuatu yang mampu membuatkan kita berbeza dengan pesaing yang lain.

Target saya, saya akan pastikan draft design akan dihantar kepada pelanggan dalam temph 24-48 jam, dan kebanyakannya, akan siap semuanya tidak sampai 48 jam. Contoh seperti hari ini, saya menyiapkan 2 tempahan dalam masa 24 jam, semalam sahaja, 4 tempahan siap dalam tempoh 24 jam juga.

virtuaniaga

virtuaniaga

Jadi, berikan lebih untuk perniagaan anda. Fikirkan sesuatu yang mampu membuatkan anda berbeza dengan persaing anda yang lain.

Yosh!!

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (6)

komisen

Tags: , , , ,

Menjadi Super Affiliate

Posted on 09 February 2010 by mazlienadzri

Menjadi Super Affilate hakikatnya sangat sukar, namun, jika anda menunjukkan komitmen yang tinggi, pemasaran affiliate boleh menjadi lubuk pendapatan  online anda, dan berkemungkinan besar boleh menjadi sumber pendapatan utama anda berbanding sumber-sumber lain.

Ikuti langkah-langkah berikut dan anda pasti akan mencapai status seorang Super Affiliate!

Jalan paling pantas untuk menjadi super affiliate adalah dengan mengikut langkah-langkah yang dilalui oleh para affiliate yang sudah berjaya. Saya tahu perkara ini sukar dicapai tapi anda akan terkejut apabila mengetahui bahawa mereka-mereka  ini sejak awal lagi sudah mula membina kaedah mereka sendiri untuk mendapatkan keuntungan. Oleh itu, ambil perhatian kerana pakar-pakar affiliate ini juga pernah berada di mana anda berada sekarang dan mereka tahu apa yang mereka katakan.

Sekiranya mereka menyatakan jangan membina senarai email dengan menggunakan autoresponder percuma, mereka bercakap kerana mereka sudah merasai kehilangan beribu-ribu list setelah bersusah payah membina list bertahun-tahun. Jadi, ikutlah nasihat mereka.

Baiklah,  perkara pertama yang perlu dilakukan oleh super affiliate adalah kajian mengenai niche pasaran mereka dengan mendalam untuk mengenalpasti produk mana yang sesuai dipromosikan. Apabila anda sudah memahami kehendak pelanggan, ianya akan menjadi lebih mudah. Ini yang sering saya lakukan.

Pertama, ia menjimatkan masa dan wang kerana anda tidak perlu mencuba daya potensi pasaran anda. Kedua, pelanggan akan lebih mempercayai anda kerana kajian yg telah anda jalankan mengenai potensi pasaran anda.

Keputusannya adalah jualan yang tinggi, dan dalam jangka masa panjang akan mengurangkan kos pemasaran kerana produk anda akan menjadi buah mulut orang selain mendapat jualan berulang!

Nasihat-nasihat lain yang mungkin diberikan oleh pakar-pakar affiliate kepada anda ialah untuk memberi tumpuan yang sebaiknya kepada usaha spesifik yang anda lakukan. Anda tidak akan mampu memuaskan kehendak semua orang, jadi jangan menjual semua benda dalam semua pasaran. Tumpukan usaha pemasaran anda kepada satu cabang dahulu, dan uji cara paling berkesan untuk pemasaran dan penjualan produk anda di pasaran itu.

Memandangkan anda sudah berjaya menjual beberapa produk affiliate, anda sudah pasti mahu mengembangkan pula jualam affiliate. Enjin carian pula adalah sumber utama yang sering digunakan oleh seseorang affiliate yang sudah berjaya. Anda boleh mencuba Pay Per Click (PPC) jika anda sudah membuat kajian mengenainya, dan yakin anda tidak akan kerugian besar! Saya selalu perhatikan para affiliate mengambil jalan ini, tetapi hanya berakhir dengan kerugian berbanding dengan keuntungan.Ianya memerlukan kajian kerana kalau silap langkah, anda akan terduduk kerugian.

Jika sudah mempunyai tapak yang kukuh dan mendapat cukup pengalaman dan keyakinan, sudah tiba masa untuk anda menambahkankan lagi program affiliate untuk menambah pendapatan! Daftarlah beberapa produk affiliate yang lain samada dari individu ataupun syarikat. Dengan kepelbagaian, anda akan mendapat lebih banyak pendedahan dan jika anda tidak mendapat bayaran dari satu produk affiliate, anda masih mempunyai produk-produk lain yang boleh memberi pendapatan kepada anda.

komisen affiliateKomisen affiliate saya bulan lepas(ada lagi komisen produk yang belum dibayar)

Selain itu, sentiasa peka dengan berita-berita, trend dan perubahan terbaru pasaran. Jangan takut untuk bertukar-tukar produk  dan juga program sekiranya perlu.  Sentiasa fleksibel, mahu perubahan, dan lakukan perubahan.

Akhir sekali, jangan sekali-kali berputus asa! Kaedah pemasaran yang menjadi beberapa bulan lalu mungkin tidak menjadi pada bulan ini atau bulan-bulan seterusnya.  Saya telah melihat ramai di kalangan affiliate mengangkat bendera putih walaupun mereka sudah boleh merasa pendapatan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi jika mereka bersabar dan bertahan.

Diulangi: untuk menjadi super affiliate bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan ketekunan yang tinggi lebih-lebih lagi jika anda bergerak bersendirian. Namun begitu, dengan sikap, produk dan pasaran niche yang betul, anda boleh menyenaraikan nama anda di dalam senarai Super Affiliate! Yosh!!

Mazlie Nadzri

p/s: Tawaran untuk Affiliate Kerajaan masih lagi dibuka. Maklumat lanjut di sini

Sphere: Related Content

Comments (17)

Kejayaan dan perubahan untuk tahun 2010

Tags: , , ,

Kejayaan dan perubahan untuk tahun 2010

Posted on 25 December 2009 by mazlienadzri

Seperti biasa, saya pasti, ramai akan membicarakan mengenai azam tahun 2010.  Bagi saya, alhamdulilah, ada beberapa azam yang saya tanamkan pada tahun 2009 telah pun berjaya dicapai. Berikut seperti dibawah ini:

1. Buku kedua dipasaran

Alhamdulilah, buku kedua saya sudah pun berada dipasaran. Buku tersebut adalah dalam niche multimedia. Tajuk buku adalah ‘Pembangunan Aplikasi Permainan Komputer Menggunakan Flash dan ActionScript 2.0 (Aras Pertengahan)’. Buku pertama saya telah berada dipasaran 2 tahun yang lepas.

2. Rangking blog

Azam saya pada tahun 2009 juga adalah untuk menempatkan blog saya berada dibawah 1juta, alhamdulilah, sudah berjaya mencapai target. Kini blog saya berada di tangga 700,000++, menurut maklumat yang disediakan oleh Alexa.com. Jumlah pengunjung juga semakin bertambah dari hari ke hari. Pada pertengahan tahun 2010, saya target untuk mencapai rangking 500+++ ke bawah pula.

3. Hasil pendapatan meningkat

Alhamdulilah, pendapatan pada tahun 2009 semakin meningkat berbanding pada tahun 2008 sewaktu mula-mula terbabit dalam dunia IM.

Pendapatan tersebut bertambah dengan beberapa cara seperti jualan produk sendiri, affiliate dan servis. Ketiga-tiga ini adalah sumber utama saya di internet ketika ini. InsyaAllah, pada tahun 2010 pula, ada tambahan iaitu menerusi royalti buku pula(buku pertama bukan royalti, saya mendapat bayaran secara pukal)

Dan target untuk tahun 2010 sudah semestinya untuk meningkatkan lagi pendapatan saya menerusi internet ini sebab pada tahun 2010 saya akan berkahwin…hohohohho :)

4. Produk sendiri

Alhamdulilah, beberapa projek saya sendiri telah berjaya dihasilkan seperti Sistem Easy Order Form versi (1.0) yang kini dalam proses upgrade versi 2.0 , Raja Grafik Icon, Twitter-Mania dan servis design Peel Away Ads.

InsyaAllah, pada tahun 2010 nanti, ada beberapa projek akan dihasilkan dan lebih kepada perkhidmatan.

Perubahan tahun 2010

Itu antara beberapa azam tahun 2009 saya yang berjaya dilaksanakan. Bagi tahun 2010 pula, saya belum menetapkan secara terperinci azam saya, tetapi, akan ada perubahan untuk diri saya terhadap dunia IM ini. Antaranya :

1. Tiada lagi promosi PPL

Saya akan berhenti terus promosi program PPL. Ini adalah keputusan saya. Perkara ini dah lama saya fikirkan, tetapi saya masih terus lakukan untuk 2009, tetapi pada tahun 2010, memang saya tidak akan terima lagi JV untuk program PPL. Saya ada alasan tersendiri kenapa saya mahu berhenti, sebab saya dah merasa kesannya yang ‘dasyat’ terhadap perjalanan bisnes saya. Tak perlulah saya beritahu disini kenapa.

2. JV produk

Untuk tahun 2010, saya lebih berhati-hati dengan mana-mana JV yang dijemput. Selalunya saya akan berkata ‘YA’, tapi untuk tahun 2010, saya tidak akan sewenang-wenangnya mengatakan YA lagi. Untuk produk buat duit, mungkin saya lebih banyak berkata TIDAK selepas ini, tetapi untuk produk teknikal, sangat-sangat dialu-alukan untuk JV. Contoh produk teknikal seperti software, panduan website, dan seumpama dengannya.

3. Pengiklanan di blog

Ramai yang email saya, tak buka ruang untuk pengiklanan di blog? InsyaAllah, tahun hadapan akan saya buka ruangan iklan, memandangkan trafik di blog saya semakin bertambah. Harga iklan akan saya maklumkan dalam satu artikel khusus nanti. Jadi, yang berminat, boleh alert dengan pengumuman ini nanti.

Akhir sekali…

Dengan beberapa ‘kejayaan’ yang saya perolehi pada tahun 2009, akan terus memberikan semangat kepada saya khususnya untuk terus ke hadapan membina kejayaan. Saya harap, anda juga telah bersedia untuk menempuh tahun 2010 yang semakin mencabar samada didalam kerjaya, kehidupan dan sebagainya.

Tidak perlu meletakkan azam yang terlalu banyak kalau anda tidak berkeupayaan melaksanakannya. Cukup satu dua, rancangkan perlaksanaannya dan rasai kejayaannya, insyaAllah, anda akan lebih bersemangat, bermotivasi untuk menempuh tahun-tahun yang akan datang

Selamat Tahun Baru 2010!

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (17)

war

Tags: , , , ,

Strategi peperangan dalam bisnes

Posted on 14 December 2009 by mazlienadzri

war

Bisnes boleh ditafsirkan sebagai peperangan. Didalam peperangan, ada musuh. Didalam bisnes, ada pesaing. Ini realiti dalam peperangan dan bisnes.

Askar-askar yang ingin masuk ke dalam medan pertempuran harus ada strategi dalam menghadapi musuh, begitulah juga bisnes, memerlukan strategi, bukan dilakukan dengan sambil lewa melainkan anda berniaga untuk gagal.

1. Risikan

Kejayaan tentera Jepun didalam Perang Dunia Kedua adalah dibantu dengan perisik-perisik yang dihantar sebelum peperangan bermula lagi.

Sebagai contoh, servis design yang saya tawarkan mempunyai ramai pesaing, saya memang akui. Apa yang saya lakukan adalah, saya selalu melawat laman web mereka dan melihat strategi perniagaan mereka seperti harga, testimonial dan sebagainya untuk saya nilai. Saya juga yakin, mereka juga selalu melawat laman web servis saya untuk dinilai. Ini perkara biasa dalam bisnes.

Saya juga sentiasa peka dengan testimoni-testimoni pelanggan mereka samada di forum, blog dan sebagainya kalau saya terjumpa. Dari testimonial tersebut saya akan tahu kenapa mereka suka dengan servis yang mereka tawarkan, dengan cara ini saya dapat memperbaiki apa yang kurang dimata mereka terhadap servis saya.

Begitu juga dengan anda, haruslah membuat risikan terhadap pesaing anda setiap masa.

2. Pantas memasuki medan ‘pertempuran’

Didalam buku Sun Tzu’s, Art of War in Marketing ada menyatakan,

‘sesiapa yang sampai dahulu dan menguasai medan peperangan mempunyai masa untuk membuat persiapan sementara menunggu kehadiran musuh, manakala mereka yang  sampai lewat akan berperang dalam keadaan lemah dan letih’

Didalam bisnes, kita boleh tafsirkan begini.

Banyak kelebihan pada sesiapa yang memasuki pasaran lebih awal berbanding orang lain.

Laihat bagaimana syarikat gergasi Coca Cola yang menjadi perintis kepada minuman berkarbonat di seluruh dunia. Mereka mampu berdiri teguh berpuluh tahun walaupun telah banyak syarikat yang mengedarkan minuman berkarbonat. Coca cola telah dilihat berpengalaman dan cekap berbanding yang lain.

Oleh itu, anda perlu berani menjadi yang terawal memasuki pasaran. Anda perlu berani masuk pasaran dengan produk baru. Produk yang belum lagi dihasilkan oleh orang lain.

Sebaliknya, cuba elakkan menjalankan perniagaan yang sedang popular. Sebagai contoh, produk OneDropPerfumes sedikit masa lalu yang hangat diperkatakan, ramai berlumba lumba menjadi pengedar, malangnya saya lihat sekarang, pasarannya sudah mulai tepu. Terlalu ramai yang menjalankan perniagaan tersebut.

Kalau dilihat, orang yang mula-mula menjual produk tersebut mendapat untung yang banyak berbanding orang yang baru.

Sistem Kedai Online Niagakit

3. Jangan mudah merasa selesa

Didalam peperangan, tentera-tentera diajar supaya sentiasa bersedia setiap masa, mereka diingatkan supaya sentiasa menjangkakan musuh akan datang.

Kalau anda usahawan yang mencipta program, software dan seumpamanya, pastikan anda peka dengan perkembangan teknologi terkini.

Sekiranya anda tidak melakukan penambahbaikan, sampai satu masa dikhuatiri program, software tersebut tidak akan berguna lagi.

4. Kepantasan

Kepantasan sangat penting didalam bisnes. Tidak kiralah bisnes online ataupun offline. Masa adalah emas bagi pelanggan.

Sekiranya anda menjual produk digital, pastikan tempoh masa untuk memberikan link download dalam jangkamasa 6-12 jam. Kalau lagi cepat, lagi bagus.

Bagi servis seperti design, jangkamasa sesuatu tempahan hendaklah disiapkan secepat yang mungkin. Perkara ini sangat saya tekankan dalam servis saya. Saya sanggup tolak tempahan sekiranya saya merasakan saya akan siap lambat. Selalunya atas faktor tempahan yang banyak ataupun saya ada hal yang perlu diutamakan.

Didalam buku Sun Tzu’s Art of War in Marketing menyatakan:

Kepantasan adalah perkara penting didalam peperangan

Itu antara beberapa teknik peperangan yang boleh diguna pakai didalam bisnes anda. Semoga ianya bermanfaat untuk anda gunakan didalam membina bisnes yang sebenar, tidak kira, offline ataupun online.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: Anda boleh copy dan paste artikel diatas didalam blog, newsletter anda dengan syarat, link kan ke blog ini.

Sistem Kedai Online Niagakit

Sphere: Related Content

Comments (32)

Otak bisnes?

Tags: , , ,

Otak bisnes?

Posted on 29 May 2009 by mazlienadzri

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Diharapkan anda sihat sentiasa dan berjaya dalam apa juga perniagaan yang anda ceburi.

Semalam, saya ada ber’ym’ dengan kawan lama saya, dah lama juga saya tak borak dengan dia samada secara offline ataupun online.

Dia terus bertanya kepada saya macam mana dengan  perniagaan internet saya? Saya cakap, alhamdulilah.

Kemudian saya pun cakaplah, “kita sendiri yang menentukan hidup kita, bukan orang lain”

Kemudian kawan saya ni cakap, “yela, kau otak bisnes, aku bukan, macam mana nak bina perniagaan”

Kemudian saya cakap lagi, “Otak bisnes atau tak, itu bukan masalah UTAMA, yang utama adalah KEMAHUAN kita. Kemudian kawan saya jawab “Aku ni MALAS sikit” dan saya jawab, “Itulah masalah UTAMA yang membezakan kita berdua”

Kemudian kami stop borak(dia pergi solat Isyak, dan saya pergi keluar makan)

Pengajaran

Bagi saya, samada anda memang otak bisnes, atau tidak, itu bukan faktor UTAMA perlu terlibat didalam perniagaan. Ramai juga yang asalnya bukan otak bisnes, tapi bila mereka bermula, mereka ‘jatuh cinta’ walaupun pada mulanya mereka orang yang kaki lepak dan sebagainya.

Ianya berbalik kepada diri sendiri. Seperti yang saya beritahu, “Kita yang perlu ubah diri sendiri, bukan orang lain’. Kalau betul-betul mahu, tiada masalah. Kalau seorang penagih dadah pun boleh jadi manusia yang berguna, apatah lagi hanya ada sifat MALAS, tiada masalah untuk menukarnya kepada sifat RAJIN dan mempunyai otak bisnes.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (4)

Tiada hasil lagi…sebabnya… :(

Tags: ,

Tiada hasil lagi…sebabnya… :(

Posted on 15 May 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin berkongsi kenapa anda masih belum mendapat hasil lagi berniaga di internet.

1. Tidak tahu dimana kekuatan/minat anda. 

Selalunya kita gagal sebab apa yang kita buat bukanlah datang dari jiwa kita sendiri. Banyak yang GAGAL buat kerana orang lain. Maksudnya, ‘terpengaruh’ dengan kejayaan orang lain.

Saranan saya, jangan mudah terpengaruh. Kalau dapat cari rakan yang boleh selidik dimana kekuatan anda. 

Saya, sebelum ini, macam-macam buat, buat web sewa iklan, buat adsense, semuanya tak menjadi.

Kemudian, Smartzul sendiri yang sarankan saya buat design, dan kini, alhamdulilah, inilah lubuk duit saya sekarang.

Saya setuju kata Zul, “bisnes kita yg pertama adalah yg paling kita serasi. Buat sampai berjaya dan kemudian nak tambah bidang lain dah tak jadi masalah.”

Saya sudah merasainya. Apa-apa projek selepas projek pertama, insyaAllah berjaya(affiliate, ebook dan lain2)

2. Fokus

Kemudian adalah FOKUS. Jangan ghairah mencuba perkara yang banyak dalam satu-satu masa. Saya pekakkan sahaja telinga mendengar kisah orang yang berjaya dengan Clickbank, eBAY dan sebagainya. Bukan iri hati tetapi saya fikir saya harus tetap dengan apa yang saya sedang buat sekarang.

Saya tak nak benda lain menganggu FOKUS saya. Sedang fokus dengan Ebay, berikan komitmen 110% tanpa perlu memandang kiri dan kanan anda. Jangan tamak.

3. Kaedah

Ini salah satu perkara yang penting juga, kalau kaedah anda salah, bagaimana anda hendak berjaya mendapatkan duit di internet.

Kalau mempromosikan produk sendiri/affiliate dengan kaedah SPAM, bagaimana mahu mendapat hasil yang diharapkan. Orang naik menyampah adalah. Salah satu kaedah yang berkesan adalah membina mailing list anda sendiri.

4. Promosi

Ini nadi perniagaan. Mungkin ada sedar atau tidak sedar, bagaimana saya mempromosikan servis design saya 2-3 bulan lepas. Saya tidak mahu beritahu, kalau ada yang perasan, boleh ambil perhatian 

Dari promosi inilah, saya membina nama menerusi servis design. Sebab saya tahu, saya dikelilingi designer yang hebat-hebat belaka.

Kalau saya hanya menunggu pelanggan, berjanggutlah saya tiada apa-apa.

5. Ingin mudah

Dalam hati bukan main hebat ingin mendapatkan sekian, sekian jumlah, tetapi MALAS atau KEDEKUT mencari ilmu. Malas mengeluarkan modal. Mereka mudah meminta tanpa usaha. Malas nak mencari sebelum bertanya. Jangan bergantung 100% dengan orang lain.

Belajar erti kesusahan. Anda akan menghargai kesenangan yang anda miliki pada masa akan datang.

Itu antara sebab mengapa anda tidak berjaya mendapat hasil di internet. Ianya juga pesanan untuk diri saya sendiri. Sama-sama kita memperbaiki apa yang silap.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Sphere: Related Content

Comments (4)

Perubahan : Hasilnya memerlukan masa

Tags: , , ,

Perubahan : Hasilnya memerlukan masa

Posted on 05 May 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Fuhhh…penat sungguh saya hari ini. Biasalah, baru balik malam kelmarin ke KL, terus uruskan email, proses tempahan bonus Duit Mania(20 kuota telah habis, tambahan 10 kuota lagi) dan siapkan beberapa tempahan minisites.

Oklah, kembali ke tajuk asal artikel. Setiap perubahan yang ingin kita lakukan, hasilnya tidak akan datang dengan serta merta. Sebagai contoh, berat badan anda 70KG, dan anda ingin turun kepada 50KG, adakah ianya akan berjaya dalam masa satu hari sahaja?

Anda memaksa tubuh badan anda supaya kurus dalam masa sehari. Akibatnya, badan anda akan menjadi lemah, sakit dan tidak bermaya. Cara yang terbaik adalah dengan memulakan dengan sedikit demi sedikit. Rancang cara pemakanan anda dan senaman anda.

Begitulah juga dengan perubahan yang anda lakukan untuk mencapai impian didalam perniagaan. Ianya perlu tersusun dan penuh perancangan. Bukan hari ini pergi seminar, beranggapan, esok mahukan hasilnya. Bukan hari ini dapatkan ebook bagaimana buat duit di internet, esok mahukan hasilnya.

Bermatian sehari semalam mengikut segala panduan yang diberikan. Sampaikan tidur tidak cukup, makan pun entah kemana. Percayalah, perubahan yang mendadak ini akan membuatkan otak anda ‘terkejut’.  Otak anda tidak mendapat menerima perubahan drastik yang anda lakukan ini. Dan akhirnya, anda menjadi malas dan terus berhenti.

Didalam agama Islam sendiri, Allah menyukai seorang hambaNya yang istiqamah dalam amal kebaikan walaupun sedikit, daripada banyak, tetapi hanya untuk seketika.

Jadi, perubahan yang terbaik adalah perubahan yang berperingkat-peringkat. Bermula dari A, B,C dan seterusnya. Jadilah orang yang sabar dan konsisten untuk melakukan perubahan.

Pengumuman

Untuk 1-2 bulan ini, kepada mana-mana IM yang ingin mengajak JV produk, saya terpaksa menolaknya. Saya perlu tumpukan kepada servis saya dan beberapa produk RR yang perlu saya jual kembali yang sudah lama terperap didalam hard disk komputer saya.

JV yang terakhir adalah produk Duit Mania dari Ammar Zahar dan ada beberapa orang IM yang ingin mengajak saya JV, saya terpaksa menolaknya. Saya harap anda faham. InsyaAllah, di lain masa kita boleh berkerjasama lagi

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s: Bonus Duit Mania untuk 20 orang telah pun habis, saya kini menambah kuota 10 orang lagi. Kepada yang berminat, klik disini untuk maklumat lanjut

Sphere: Related Content

Comments (2)

Saya bercuti + How to Stay Focused

Tags: , , ,

Saya bercuti + How to Stay Focused

Posted on 01 May 2009 by mazlienadzri

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ketika anda membaca post ini, saya sedang berada di kampung bercuti. Segala email akan dibalas pada hari isnin minggu hadapan. Tempahan minisites, iklan peel akan ditutup sehinggalah saya kembali pada hari isnin nanti.

Sebelum saya offline, saya ingin kongsikan bersama anda satu video dari Joel Comm, salah seorang individu yang saya kagumi dalam IM ini. Video mengenai bagaimana hendak fokus.

Masalah fokus adalah masalah kritikal menurut Joel Comm sendiri. Saya sendiri, hanya fokus kepada servis sahaja, walaupun pelbagai jenis ebook saya ada di hard disk saya, ebook adsense, clickbank, dan banyak lagi.

Saya pasti, saya tidak akan kemana kalau hendak kejar semuanya, sebab saya pernah cuba sebelum ini. Memang takda hasil, yela, masa tu semangat orang muda, semuanya nak buat(ayat ni macam saya ni dah tua benor pula) ho!ho!ho!

Masalah ini antara masalah yang paling banyak ditanya kepada saya melalui email. Semoga anda mendapat manfaat daripada video diatas :)

Okla, berjumpa kembali minggu hadapan.

Selamat maju jaya,

Mazlie Nadzri

p/s: Kepada yang belum mendapatkan Duit Mania, boleh lihat tawaran saya disini. Kuota semakin berkurangan. Ketika saya menulis post ini, sudah 13 orang yang mendapatkannya, dan selamat dihantar.

Sphere: Related Content

Comments (1)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest