Tag Archive | "email marketing"

RM880 dalam masa 2 minggu

Tags: , ,

RM880 dalam masa 2 minggu

Posted on 20 July 2010 by mazlienadzri

Sudah banyak kali rasanya saya menulis artikel mengenai teknik email marketing ini.  Kadang-kadang ada orang yang masih skeptikal mengenai teknik ini. Masih tidak percaya akan keberkesanannya.

Malah ada lagi yang hebat mengatakan, mereka email kepada orang lain tanpa kebenaran pemilik email itu juga adalah teknik email marketing. Walhal itu adalah ‘teknik’  SPAM.

Saya masih ingat masa workshop mania tempoh hari, ramai yang tak tahu apa itu SPAM. Patutlah boleh dikatakan setiap hari saya menerima macam-macam email SPAM dalam inbox saya, rupanya rakyat malaysia masih tidak tahu apa itu SPAM. Hmm…

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (12)

468×60

Tags: ,

Pemasaran Emel Pukal – Apakah Kesannya Terhadap Bisnes Anda?

Posted on 25 May 2010 by mazlienadzri

Hari ini, terdapat pelbagai jenis strategi pemasaran dalam dunia perniagaan. Pemilik bisnes pula semakin kretif dalam mempromosikan perniagaan mereka ditambah lagi dengan kemajuan teknologi terkini. Menyebarkan maklumat tentang kewujudan produk dan servis anda kepada orang ramai sekarang ini adalah jauh lebih mudah disebabkan oleh Internet.

Kelahiran Internet atau WWW (World Wide Web) telah mewujudkan satu alat yang paling berguna dan inovatif untuk mana-mana jenis perniagaan. Ianya menyediakan jalan komunikasi yang lebih mudah di antara para pengguna Internet dari seluruh dunia. Selain itu, Internet juga membuka jalan untuk perkongsian maklumat, idea, konsep dan apa-apa sahaja di antara para pengguna Internet, tidak kira dari mana asal mereka atau di mana mereka berada.

Salah satu cara untuk berkomunikasi di Internet adalah melalui emel. Anda boleh menghantar apa-apa sahaja kepada sesiapa pun melalui emel. Syarikat atau pemilik perniagaan menggunakan alat pemasaran ini untuk menyebarkan maklumat tentang produk atau servis mereka kepada seberapa ramai pengguna Internet yang termampu.

Dari situlah munculnya pemasaran emel secara pukal. Pemasaran emel pukal boleh mempunyai pengertian yang berbeza-beza. Ada orang yang merujuknya sebagai satu cabang pemasaran – mass marketing, direct marketing atau opt-in list untuk sesebuah produk atau sesuatu servis kepada lebih dari seorang prospek melalui emel. Ini adalah dari perspektif pemilik bisnes merangkap penghantar emel promosi.

Continue Reading

Sphere: Related Content

Comments (8)

komisen

Tags: , , , ,

Menjadi Super Affiliate

Posted on 09 February 2010 by mazlienadzri

Menjadi Super Affilate hakikatnya sangat sukar, namun, jika anda menunjukkan komitmen yang tinggi, pemasaran affiliate boleh menjadi lubuk pendapatan  online anda, dan berkemungkinan besar boleh menjadi sumber pendapatan utama anda berbanding sumber-sumber lain.

Ikuti langkah-langkah berikut dan anda pasti akan mencapai status seorang Super Affiliate!

Jalan paling pantas untuk menjadi super affiliate adalah dengan mengikut langkah-langkah yang dilalui oleh para affiliate yang sudah berjaya. Saya tahu perkara ini sukar dicapai tapi anda akan terkejut apabila mengetahui bahawa mereka-mereka  ini sejak awal lagi sudah mula membina kaedah mereka sendiri untuk mendapatkan keuntungan. Oleh itu, ambil perhatian kerana pakar-pakar affiliate ini juga pernah berada di mana anda berada sekarang dan mereka tahu apa yang mereka katakan.

Sekiranya mereka menyatakan jangan membina senarai email dengan menggunakan autoresponder percuma, mereka bercakap kerana mereka sudah merasai kehilangan beribu-ribu list setelah bersusah payah membina list bertahun-tahun. Jadi, ikutlah nasihat mereka.

Baiklah,  perkara pertama yang perlu dilakukan oleh super affiliate adalah kajian mengenai niche pasaran mereka dengan mendalam untuk mengenalpasti produk mana yang sesuai dipromosikan. Apabila anda sudah memahami kehendak pelanggan, ianya akan menjadi lebih mudah. Ini yang sering saya lakukan.

Pertama, ia menjimatkan masa dan wang kerana anda tidak perlu mencuba daya potensi pasaran anda. Kedua, pelanggan akan lebih mempercayai anda kerana kajian yg telah anda jalankan mengenai potensi pasaran anda.

Keputusannya adalah jualan yang tinggi, dan dalam jangka masa panjang akan mengurangkan kos pemasaran kerana produk anda akan menjadi buah mulut orang selain mendapat jualan berulang!

Nasihat-nasihat lain yang mungkin diberikan oleh pakar-pakar affiliate kepada anda ialah untuk memberi tumpuan yang sebaiknya kepada usaha spesifik yang anda lakukan. Anda tidak akan mampu memuaskan kehendak semua orang, jadi jangan menjual semua benda dalam semua pasaran. Tumpukan usaha pemasaran anda kepada satu cabang dahulu, dan uji cara paling berkesan untuk pemasaran dan penjualan produk anda di pasaran itu.

Memandangkan anda sudah berjaya menjual beberapa produk affiliate, anda sudah pasti mahu mengembangkan pula jualam affiliate. Enjin carian pula adalah sumber utama yang sering digunakan oleh seseorang affiliate yang sudah berjaya. Anda boleh mencuba Pay Per Click (PPC) jika anda sudah membuat kajian mengenainya, dan yakin anda tidak akan kerugian besar! Saya selalu perhatikan para affiliate mengambil jalan ini, tetapi hanya berakhir dengan kerugian berbanding dengan keuntungan.Ianya memerlukan kajian kerana kalau silap langkah, anda akan terduduk kerugian.

Jika sudah mempunyai tapak yang kukuh dan mendapat cukup pengalaman dan keyakinan, sudah tiba masa untuk anda menambahkankan lagi program affiliate untuk menambah pendapatan! Daftarlah beberapa produk affiliate yang lain samada dari individu ataupun syarikat. Dengan kepelbagaian, anda akan mendapat lebih banyak pendedahan dan jika anda tidak mendapat bayaran dari satu produk affiliate, anda masih mempunyai produk-produk lain yang boleh memberi pendapatan kepada anda.

komisen affiliateKomisen affiliate saya bulan lepas(ada lagi komisen produk yang belum dibayar)

Selain itu, sentiasa peka dengan berita-berita, trend dan perubahan terbaru pasaran. Jangan takut untuk bertukar-tukar produk  dan juga program sekiranya perlu.  Sentiasa fleksibel, mahu perubahan, dan lakukan perubahan.

Akhir sekali, jangan sekali-kali berputus asa! Kaedah pemasaran yang menjadi beberapa bulan lalu mungkin tidak menjadi pada bulan ini atau bulan-bulan seterusnya.  Saya telah melihat ramai di kalangan affiliate mengangkat bendera putih walaupun mereka sudah boleh merasa pendapatan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi jika mereka bersabar dan bertahan.

Diulangi: untuk menjadi super affiliate bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan ketekunan yang tinggi lebih-lebih lagi jika anda bergerak bersendirian. Namun begitu, dengan sikap, produk dan pasaran niche yang betul, anda boleh menyenaraikan nama anda di dalam senarai Super Affiliate! Yosh!!

Mazlie Nadzri

p/s: Tawaran untuk Affiliate Kerajaan masih lagi dibuka. Maklumat lanjut di sini

Sphere: Related Content

Comments (17)

Affiliate, anda pun boleh…

Tags: , , ,

Affiliate, anda pun boleh…

Posted on 23 November 2009 by mazlienadzri

Pengalaman saya dalam bidang affiliate ini memang menyeronokkan. Hari ini saya nak berkongsi sedikit pengalaman mula-mula saya di dalam program affiliate setahun yang lepas.

Namun, sebelum itu, saya ingin jelaskan secara ringkas apa itu affiliate.

Pada dasarnya, program affiliate ini sebagai satu bentuk program yang
memberi peluang kepada anda sebagai pengguna internet untuk menjadi
salah seorang wakil pemasaran program tersebut atau dikenali sebagai
agen. Anda berusaha dan membantu pengusaha atau penganjur program ini
memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan hasil
dari jualan tersebut anda akan diberi komisyen.

Pada dasarnya, program affiliate ini sebagai satu bentuk program yang memberi peluang kepada anda sebagai pengguna internet untuk menjadi salah seorang wakil pemasaran program tersebut atau dikenali sebagai agen. Anda berusaha dan membantu pengusaha atau penganjur program ini memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan hasil dari jualan tersebut anda akan diberi komisyen.

Pada permulaan saya didalam affiliate, saya tak berjaya mendapat jualan. Dua cara sahaja saya guna ketika itu, promosi di blog(pada ketika itu, blog saya tiada trafik yang tinggi) dan iklan banner di laman web iklan percuma. Kemudian saya mencari sebab kenapa saya gagal menghasilkan jualan dan alhamdulilah, saya telah menjumpai bagaimana cara yang betul membuat promosi sekaligus berjaya mendapat komisen pertama dalam affiliate.

Selepas itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi, dan cara tersebut adalah email marketing(pemasaran email)

Kalau nak saya imbaskan kembali pengalaman pertama menjana wang daripada affiliate adalah produk Ammar Zahar, juga merupakan produk pertama beliau iaitu koleksi grafik, itulah pengalaman saya dalam affiliate, pada masa itu, saya mampu memperolehi komisen beratus juga(saya tak ingat jumlah yang tepat)

Kemudian produk MRR MEGA SALES, Panduan Paypal, DVD Video Usahawan, Teknik Manipulasi Sistem Kewangan, Panduan SEO Inspiration, Rahsia Emas dan banyak lagi. Alhamdulilah, semua program affiliate tersebut saya mendapat komisen, bezanya samada sedikit atau banyak sahaja.

Bagi saya, kemuncak selama saya menyertai affiliate ini adalah berjaya memperolehi USD1033 bagi jualan produk Duit Mania oleh Ammar Zahar., dan juga saya menerima BONUS produk OSIM uCrown sebagai pemenang cabaran affiliate tersebut. Juga saya menerima bonus external hard disk 1 terabytes daripada Ammar Zahar.  Itu adalah nilai komisen terbanyak pernah saya perolehi di internet, ianya pengalaman yang takkan saya lupakan sampai bila-bila:)

Mungkin ada yang ingin tahu apa rahsia saya berjaya membuat jualan sebanyak itu bukan?

Baiklah, kunci kepada ‘kejayaan’ tersebut adalah,

1. Tawaran. Percayalah, ramai prospek menanti-nanti apakah tawaran yang diberikan oleh seseorang IM tersebut. Pastikan tawaran yang anda berikan menarik dan unik dari IM yang lain. Pada masa itu, kalau tak silap saya, saya tawarkan 2 produk saya yang bernilai RM200.

2. Berapa kali?.Maksud disini ialah, kalau anda membuat promosi melalui mailing list, berapa kali anda follow up list anda untuk promosi sesuatu produk tersebut? Bagi Duit Mania, saya melakukan promosi sebanyak 5 kali. Saya pernah terbaca satu report yang mengatakan, sekurang-kurangnya kita perlu lakukan follow up sebanyak 7 kali(ada sesetengah mengatakan 10 kali) untuk menukar prospek kepada pembeli, ini yang saya lakukan :)

Satu lagi faktor adalah, sejauh mana anda tahu akan produk yang anda promosikan tersebut.

Cara terbaik adalah, anda sendiri perlu mencubanya terlebih dahulu, membacanya terlebih dahulu. Setelah anda memperolehi hasilnya, barulah anda membuat promosi.

Kebanyakan rakan IM yang menjemput saya turut serta dalam affiliate telah memberi produk tersebut untuk di review. Ini memudahkan saya membuat promosi disebabkan saya akan membaca terlebih dahulu, mencuba teknik yang disarankan dan barulah saya membuat promosi produk tersebut.

Itu beberapa faktor penting yang dapat saya kongsikan.

Saya selalu menerima email SPAM yang mempromosikan produk affiliate, ini bukanlah cara yang betul. Ya, saya akui, memang ada yang terbukti mampu membuat jualan dengan teknik SPAM ini, tetapi adakah anda mahu menanggung risiko apabila komisen anda tidak dibayar?

Kebiasaanya, syarat utama yang dinyatakan oleh pemilik produk adalah, jangan lakukan SPAM. Sudah terang lagi bersuluh, tetapi kaedah ini juga yang banyak digunakan. Itu sebab kaedah email marketing diperkenalkan.

Kalau anda lihat, saya bermula peringkat demi peringkat. Sedikit demi sedikit dan barulah dapat lihat hasilnya sekarang, alhamdulilah. Yang pasti saya tegaskan disini, affiliate adalah pendapatan sampingan saya sahaja, saya ada produk sendiri dan juga ada menawarkan servis di internet. Jadi, saya ada 3 sumber di internet.

Panduan Menjadi Pakar Affiliate

Dibawah ini saya telah rekodkan satu video review bagi produk Pakar Affiliate dari Zamri Nanyan. Video yang saya rakam selama 24 minit mengulas modul-modul yang terdapat dalam Pakar Affiliate. Semoga dengan review ini menjadi panduan untuk anda sebelum mendapatkannya.

[stream flv=x:/www.mazlienadzri.com/flv/reviewPakarAffiliate.flv width=320height=240 img=x:/www.my-blog.com/path/to/Preview.jpg bandwidth=med mp4=x:/www.my-blog.com/path/to/iPhone-512kbps.mp4 title=Review Pakar Affiliate /]

Bonus

Kepada anda yang ingin mendapatkan Pakar Affiliate ini, anda boleh claim bonus daripada saya. Antara bonus yang saya berikan seperti dibawah ini:

1. Lesen RR Sistem Easy Order Form.

  • Dengan lesen ini, anda boleh jual sistem easy order form dan segala keuntungan milik anda 100%. Harga lesen adalah RM50.

2. Servis design daripada VirtualNiaga

  • Saya akan berikan servis design minisites anda secara PERCUMA. Saya akan design header, footer, ecover.Harga design ini adalah RM90.(minisites untuk produk seks saya tidak akan terima)

Kesemua tawaran ini hanya untuk 5 orang sahaja.

Kalau anda berminat, anda boleh dapatkan Pakar Affiliate sekarang dan claim bonus tersebut dengan saya.

Affiliate memang boleh menjadi satu sumber pendapatan kalau anda tahu akan teknik dan strategi yang betul, jadi Pakar Affiliate ini boleh membantu anda.

Penafian : Semua bukti pendapatan diatas adalah benar bagi diri saya,dan saya tidak bertanggungjawab sekiranya selepas anda mendapatkan produk Pakar Affiliate ini anda gagal menjana wang seperti yang saya perolehi di atas. Kejayaan adalah bergantung kepada usaha anda dan panduan ini hanyalah jalan yang disediakan oleh Zamri Nanyan.

Ikhlas,

Mazlie Nadzri

p/s: Sebelum itu, pastikan anda benar-benar memerlukan panduan ini barulah membelinya.

Sphere: Related Content

Comments (18)

Email Marketing : Beberapa tips untuk anda..

Tags: ,

Email Marketing : Beberapa tips untuk anda..

Posted on 27 June 2009 by mazlienadzri

Email Marketing : Beberapa tips untuk anda..
Baiklah, beberapa tips mengenai mailing list dibawah ini :
1. Berikan sesuatu yang unik dan berguna sesuai dengan niche anda
Prospek tidak akan berikan email mereka begitu sahaja kalau anda sekadar
meminta mereka mengisi form optin-in. Anda perlu berikan sesuatu
kepada mereka supaya mereka merasakan berbaloi apabila subscribe ke dalam
mailing list anda. Berikan info berkaitan niche anda atau apa-apa
yang anda rasakan bermanfaat kepada mereka.
2. Letakkan borang optin-in pada setiap halaman web anda.
Seeloknya, diletakkan diatas sekali di laman web/blog anda kerana disitulah tempat tertumpunya mata pelawat apabila mereka melawat blog/laman web anda. Dengan fakta inilah, saudara Iskandar mwnghasilkan Miniopt-in yang saya rasakan satu idea yang sangat bagus membantu IM mendapatkan list. Lihat disini
3. Jangan menyusahkan list anda
Permudahkan proses subscribe list anda. Tidak perlu meletakkan apa-apa
tawaran samasa prospek melakukan proses pendaftaran. Perkara tersebut
boleh dilakukan apabila mereka sudah berada di dalam mailing list anda
nanti :)
4. Berikan jaminan privasi mereka dijamin.
Ada sesetengah IM tidak menyatakan perkara ini. Saya rasa ia wajib
dinyatakan dilaman optin-in anda sekiranya tiada.
5. Jadikan list anda sebagai ‘ejen; viral marketing anda
Minta list anda sebarkan kepada rakan-rakan apa-apa informasi yang berguna
yang anda hantar kepada mereka, ini sekaligus menjadi teknik viral marketing
yang bagus bagi menambah lagi list anda dimasa hadapan. Nyatakan kepada list
anda dengan syarat jangan mengubahnya dan link kan ke blog anda.
6. Minta testimonial.
Perkara ini saya hendak lakukan dalam masa terdekat ini. Letakkan 1-2 testimonial
daripada list anda dilaman squeeze page anda. Testimonial apa perasaan mereka
apabila berada didalam mailing lits anda. Puas hati atau tidak, banyak info bermanfaat
atau tidak dan sebagainya. Dengan adanyan testimonial begini, membuatkan prospek
berminat subscribe mailing list anda :)
a
Email marketing(pemasaran email) sangat berguna kepada perniagaan anda.
Tidak kisah perniagaan berbentuk fizikal mahupun digital.
Bagi saya, harga untuk kadar sewa sebulan masih murah. Ya, murah, mari lihat
pengiraan dibawah ini.
Iklan di laman web bertrafik tinggi:
Berita Harian = RM150 seminggu(minimum seminggu)
Malayskiakini = RM70 (minimum seminggu)
* Saya hanya ambil 2 laman web diatas sahaja sebagai kajian kes
Baik, mari kita lihat kadar sewa sebulan autoresponder. Saya mengambil
autoresponder berbayar Getresponse sebagai contoh.
Bagi Getresponse, kadar bayaran bulanan adalah RM60++ sahaja. Cuba
anda perhatikan, kalau anda mengiklankan di laman web seperti diatas,
seminggu sahaja sudah melebih RM50 kos pengiklananya.
Itu sebab saya mengatakan penggunaan autoresponder berbayar masih murah
lagi sebenarnya. Mungkin anda nampak ianya seakan mahal sebab kena bayar bulan
-bulan bukan? Tidak mengapalah, bagi saya, kita kena fikir jauh ke hadapan,
kalau anda dapat fikirkan manfaatnya untuk bisnes untuk jangkamasa panjang,
anda tidak akan memikirkan mengenai ‘bebanan’ yang perlu anda bayar
setiap bulan nanti.

Assalammualaikum dan salam sejahtera…

Apa khabar? Semoga sihat sentiasa ye.  Saya sekarang sibuk mengemas barang-barang rumah nak pindah ke rumah sewa baru. Pagi tadi je dah beli satu meja khusus untuk mini ofis saya dirumah sewa baru ni :)

Baiklah, beberapa tips mengenai mailing list dibawah ini :

1. Berikan sesuatu yang unik dan berguna sesuai dengan niche anda

Prospek tidak akan berikan email mereka begitu sahaja kalau anda sekadar meminta mereka mengisi form optin-in. Anda perlu berikan sesuatu kepada mereka supaya mereka merasakan berbaloi apabila subscribe ke dalam mailing list anda. Berikan info berkaitan niche anda atau apa-apa yang anda rasakan bermanfaat kepada mereka.

2. Letakkan borang optin-in pada setiap halaman web anda.

Seeloknya, diletakkan diatas sekali di laman web/blog anda kerana disitulah tempat tertumpunya mata pelawat apabila mereka melawat blog/laman web anda. Dengan fakta inilah, saudara Iskandar mwnghasilkan Miniopt-in yang saya rasakan satu idea yang sangat bagus membantu IM mendapatkan list. Lihat disini

3. Jangan menyusahkan list anda

Permudahkan proses subscribe list anda. Tidak perlu meletakkan apa-apa tawaran samasa prospek melakukan proses pendaftaran. Perkara tersebut boleh dilakukan apabila mereka sudah berada di dalam mailing list anda nanti :)

4. Berikan jaminan privasi mereka dijamin.

Ada sesetengah IM tidak menyatakan perkara ini. Saya rasa ia wajib dinyatakan dilaman optin-in anda sekiranya tiada.

5. Jadikan list anda sebagai ‘ejen; viral marketing anda

Minta list anda sebarkan kepada rakan-rakan apa-apa informasi yang berguna yang anda hantar kepada mereka, ini sekaligus menjadi teknik viral marketing yang bagus bagi menambah lagi list anda dimasa hadapan. Nyatakan kepada list anda dengan syarat jangan mengubahnya dan link kan ke blog anda.

6. Minta testimonial.

Perkara ini saya hendak lakukan dalam masa terdekat ini. Letakkan 1-2 testimonial daripada list anda dilaman squeeze page anda. Testimonial apa perasaan mereka apabila berada didalam mailing lits anda. Puas hati atau tidak, banyak info bermanfaat atau tidak dan sebagainya. Dengan adanyan testimonial begini, membuatkan prospek berminat subscribe mailing list anda :)

Email marketing(pemasaran email) sangat berguna kepada perniagaan anda. Tidak kisah perniagaan berbentuk fizikal mahupun digital.

Bagi saya, harga untuk kadar sewa sebulan masih murah. Ya, murah, mari lihat pengiraan dibawah ini.

Iklan di laman web bertrafik tinggi:

Berita Harian = RM150 seminggu(minimum seminggu)

Malayskiakini = RM70 (minimum seminggu)

* Saya hanya ambil 2 laman web diatas sahaja sebagai contoh

Baik, mari kita lihat kadar sewa sebulan autoresponder.  Saya mengambil autoresponder berbayar Getresponse sebagai contoh.

Bagi Getresponse, kadar bayaran bulanan adalah RM60++ sahaja. Cuba anda perhatikan, kalau anda mengiklankan di laman web seperti diatas, seminggu sahaja sudah melebih RM50 kos pengiklananya. Sama sahaja sekiranya anda membayar bulanan Getresponse, malah lagi jimat.

Itu sebab saya mengatakan penggunaan autoresponder berbayar masih murah lagi sebenarnya. Mungkin anda nampak ianya seakan mahal sebab kena bayar bulan-bulan bukan?

Tidak mengapalah, bagi saya, kita kena fikir jauh ke hadapan,kalau anda dapat fikirkan manfaatnya untuk bisnes untuk jangkamasa panjang, anda tidak akan memikirkan mengenai ‘bebanan’ yang perlu anda bayar setiap bulan nanti.

Beriklan di laman web belum tentu ada pembeli lagi, kerana iklan anda tidak tertumpu pada target anda. Berbanding dengan memiliki mailing list, ianya memang sudah dituju kepada target produk  anda. Sekali hantar email promosi,  sudah pasti akan ada yanng membelinya kerana mereka sememangnya memerlukan produk tersebut.

Fikir-fikirkan :)

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

p/s:Mahukan panduan dari ‘guru’ email marketing, klik disini untuk maklumat lanjut

Sphere: Related Content

Comments (4)

Mahu artikel-artikel terkini MazlieNadzri.Com terus ke email anda? Masukkan email anda di bawah :

Delivered by FeedBurner

TwitterCounter for @mazlienadzri

Advertise Here

AKAN DATANG

Photos from our Flickr stream

See all photos

Advertise Here

Links of Interest